Skip to main content

Demo Air

Sambungan dari posting saya pagi tadi, Minggu Lepas dalam Perspektif, akhirnya program kemuncak untuk minggu lepas ialah demo air. Pada pagi itu, saya telah hadir satu program pada jam 8 pagi di bangunan SUK iaitu program Hari OKU (Orang Kurang Upaya) Negeri Selangor. Tetapi ini OKU yang betul, bukan OKU (Orang Kuat UMNO). Selepas itu saya ke pejabat di Sek 13 untuk menghadiri mesyuarat PAS kawasan Shah Alam. Pada jam 11.30 saya bergegas ke Masjid Negara, sampai di sana dalam jam 12.30. Masuk dan berjumpa rakyat yang telah berkumpul seterusnya ambil wudu’ dan ke dalam Masjid bertemu Tan Sri MB. Solat Tahiyat dan selepas itu berbincang dengan Tan Sri tentang program selanjutnya. Masuk waktu Zuhr, solat dan seterusnya membuat pengumuman solat hajat selepas solat sunat bagdiah. Selepas itu menuju ke anjung Masjid bersama Tan Sri yang mula berucap menyampaikan amanat beliau kepada rakyat Selangor yang prihatin. Gambar yang sempat di tweet diambil dari anjung berkenaan.

Seterusnya bergerak bersama rakyat dengan tujuan hendak berarak ke Istana Negara sambil memegang sepanduk yang jelas menyatakan harapan kami iaitu membantah kenaikan harga air dan menolak penswastaan air. Semasa berarak sampai di hadapan Stesyen Keretapi yang lama, polis menghalang perjalanan kami. Kita berhenti sambil melaungkan cogan kata. Tiba-tiba rombongan kereta MB dan 3 kereta exco datang dari belakang secara perlahan. Kami membuka laluan dan bila sampai di halangan Polis, kereta-kereta ini dibenarkan keluar menuju istana. Yang berarak ingin ikut bersama tetapi tanpa apa-apa amaran, polis mula menembak gas pemedih mata. Pada ketika itu saya berada di tepi sebuah dari 3 rombongan kereta exco tersebut. Pintu belakang salah satu kereta dibuka dan YB Dr. Dzul yang berada di dalam menjemput saya masuk. Kereta itu seterusnya mengikut kereta MB yang berada di depan menuju istana Negara.

Setiba di istana Negara kami turun dari kereta dan dibenarkan masuk melalui pagar utama. Pegawai Istana menyambut Tan Sri dan mereka menerima Memorandum yang telah ditandatangani oleh lebih dari 200,000 rakyat Negeri Selangor bagi diperkenankan Agung.

Setelah selesai, kami mengikut rombongan MB sekali lagi. Kereta MB diiringi dua out-rider yang membawa MB ke arah Petaling Jaya. Kami mengikut tanpa mengetahui ke mana ingin mereka bawa kami. Bila sampai dekat kawasan Mid-Valley, mereka memberikan isyarat untuk kami teruskan perjalanan tanpa mereka. Tan Sri MB terus ke arah Damansara, kami ingat dia akan menuju kembali ke Masjid Negara. Jam pada ketika itu sudah hampir 2.40 petang. Kami terus mengikut kereta MB tetapi saya melihat kereta terakhir, iaitu kereta yang membawa YB Yaakob Sapari dan YB Dr. Dzul, mengikut haluan lain. Saya hubungi YB Dr. Dzul dan dia sebut mereka akan ke Masjid Negara. Saya jawab kita pun begitu tetapi mungkin MB mengikut jalan lain. Pada ketika itu saya berada di dalam kereta YB Dr Xavier.

Tiba-tiba saya dapati kami telah sampai di rumah MB. Beliau telah berhubung dengan pimpinan di Masjid memberitahu penyerahan memorandum sudah selesai dan semua boleh beredar. MB memberitahu dia perlu bersedia untuk program bersama Sultan Selangor pula selepas itu. Saya, YB Iskandar dan YB Teresa kemudiannya bergegas kembali ke kereta dan terus menuju kembali ke Masjid.

Sampai di Masjid pada jam pukul 3.15 petang. Saya melihat YB Dr. Dzul sedang berucap melalui mikrofon meminta semua beredar. Saya diberitahu ada beberapa orang yang telah ditahan dan dimasukkan ke dalam trak polis. Oleh itu, saya turun untuk mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan meminta mereka semua beredar. Ada yang menjawab mereka tidak akan beredar selagi yang ditahan tidak dibebaskan. Saya bersama YB Dr. Dzul berbincang dengan pegawai polis dan dia memberikan jaminan bahawa yang ditahan akan dibebaskan petang itu juga setelah dibawa ke Cheras.

Maka disampaikan jaminan ini kepada sahabat-sahabat yang masih di perkarangan Masjid dan akhirnya semua mula beredar. Saya pun beredar dari Masjid pada jam 3.50 petang dan menuju ke rumah DSAI untuk hadir walimah anaknya. Seterusnya ke rumah ‘anak bangsa Malaysia’ di Bukit Damansara untuk program terakhir hari itu iaitu sesi dialog dengan beberapa aktivis sambil menonton dokumentari ‘Penjual Mancis dan minyak yang tumpah’. Dokumentari berkenaan berhubung demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, iaitu satu demonstrasi perarakan dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang dikawal baik oleh pihak Polis tanpa menembak walaupun satu peluru gas pemedih mata. Kalau yang itu boleh dikawal baik dan dibenarkan berarak, mengapa tidak yang pagi tadi saya tanya kepada hadirin. Namun semua sudah tahu sebabnya dan tidak perlu dijawab.

Petang itu saya mendapat maklumat semua yang ditahan dibebaskan. YB Dr. Mariah dan beberapa pimpinan PR lain menguruskan mereka. Saya tiba di rumah pada jam 10 malam dalam keadaan yang letih, tetapi dengan perasaan penuh bangga dengan rakyat Selangor dan Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Kenapa nak berarak protes kenaikan air?
Apa selama ini kami dapat menikmati air free & air yg berkualiti yg telah di rawat oleh syabas, maka perlu ke berarak ke istana serah memorandum dgn mb selangor?

kenapa mb selangor membantah kenaikan air sebanyak 37% tetapi dlm masa yg sama berkata kenaikan tarif air sebanyak 10-15% mungkin terpaksa juga di lakukan?

Yang mana satu betul? MB bantah 37% kah? atau MB nak naikkan 10-15% tarif?

Kenyataan MB Selangor yg agak bercelaru membuat saya menyampah dengan pimpinan PR.

Bukan setakat itu sahaja, isu pasir juga buat kami menyampah. KSSB juga adalah syarikat yg telah di swastakan oleh kerajaan negeri di mana KSSB mengambil segala uruusan pasir drp Pejabat Tanah & Galian Selangor.

Apa beza dgn Syabas di mana kerajaan BN menswastakan perkhidmatan JBA Selangor utk memberikan kualiti air yg lebih terjamin?

BN buat kata khianat hak rakyat. Tapi PR jual pasir sampai ke singapura tu apahal? tak khianat namanya tu?

Boleh blah la Khalid Samad & Khalid Ibrahim.

Kau cerita la panjang lebar macamana pun, aku tetap tak setuju demonstrasi di jalan. Banyak cara boleh kita buat drp kita nak berdemonstrasi kat jalan.

Apa faedah?
Anonymous said…
Kenapa orang Melayu je yang bersusah-payah berdemo? mana puak-puak DAP?
Anonymous said…
Selangorkini sini melaporkan Faekah menghentam GAPS.

Faekah berkata:
Faekah berkata, demonstrasi Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor itu adalah usaha kerajaan negeri untuk mempertahankan dan mengembalikan hak air kepada rakyat selangor dan telah mendapat kebenaran daripada pihak istana serta dikawal polis.
Usaha sebuah kerajaan bukan berdemo tetapi mentadbir, berbincang, mencari penyelesaian, mencapai perjanjian, dan memastikan berjalan.

Entah ini pentadbiran ala Pakatan. Tak boleh selesai masaalah di negeri, datang Kuala Lumpur berdemo.

Isu nak pulangkan hak rakyat sebenarnya untuk menutup kecamukan kewangan kerajaan negeri yang tidak mampu beri air percuma seperti dijanjikan.

Menurut Faekah:

Gaps tiada hak untuk bersuara dan mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
Woittt ... Selangor ini bapak dia punya ke?

Usahlah putar alam nak masukkan mulut GAps sebagai berkata kerajaan negeri bersekongkol dengan Yang di-Pertuan Agong bersengkongkol.

Agong hanya sedia menerima mereka menyampaikan surat.

Nak tanya sedikit?

Pihak istana benarkan Khalid sampaikan surat dengan syarat mereka mendapat persetujuan polis dan bermakna mereka berkerjasama dengan polis.

Khalid tidak bekerjasama dan penganjur perhimpunan yang disebut oleh Badrul Amin tipu kata polis benarkan perarakan.

Boleh ke sebuah kerajaan negeri berbohong dan tidak menghormati polis? Apa cerita nak bayar lawyer dan ikat jamin demonstraters dengan duit kerajaan negeri?

Itu bercanggah dan menunjukkan kerajaan negeri berkerjasama dengan elemen penyalah undang2. Ini kerajaan penjenayah ke?

Posted by The Unspinners
usin said…
YB. SAYA TAK TAU YANG APA... DALAM POSTING YB BNYK TULIS AMAL IBADAT YG YB BUAT SEMPENA MAAL HIJRAH. PEGI MASJID SANALAH, PEGI TEMPAT INILAH. OKLAH YB, HAK YB UTK BERIBADAT. MOGA DITERIMA ALLAH. CUMA SATU YB, KNP PERLU BERDEMO UTK AIR DI SELANGOR. YB LUPA KE SELANGOR DIPERINTAH PR, PAS SEBAHAGIANNYA. KNP BERPERANGAI SPT PEMBANGKANG DI SELANGOR? KNP YB TIDAK MINTA RAKYAT PENANG DAN KEDAH BERDEMO UNTUK MENUNTUT KEADILAN YG SAMA. KALAU YB HANYA SUKA2 MEMBERI ALASAN DEMI MENGHALALKAN CARA, YB MANUSIA HIPOKRIT. SAYA YAKIN YB TAHU APA YG DIMAKSUDKAN SEBAGAI MUNAFIK. APA PERLAKUAN, PERKATAAN YG NANTI NATIJAHNYA ADALAH MUNAFIK. MOGA2 KITA DIJAUHI ALLAH DPD KALANGAN ORG MUNAFIK..
Anonymous said…
anon 3.02pm
i) mb bantah 37%. hanya naik 12%. yang mana u tak faham? ada sekolah kah?

ii) isu pasir ialah najis yang ditinggalkan oleh si toyol tu. mb khalid sedang berusaha nak betulkan. jangan mangkuk macam ngkau ni buat kacau. kalau x ada apa hujah yang produktif, sila masuk balik kandang umno ngkau.

iii) kalu anjing umno yakni segelintir pihak atasan polis tidak menyekat perimpunan aman ini, mana ada demonstrasi?? mana polis masa kepala lembu? perkasa? komtar mamak? mana si polis ada sekat dia orang???? mana ada air bisa? mana ada gas pemedih mata?

iv) kalau rakyat tak berdemonstrasi zaman 40an, ngkau masih dijajah british sekarang. faham?

4RAKYAT
Anonymous said…
to anon 3.22pm

the chinese are too busy shopping and eating dim sum. they are an expensive and jaded race. they dont fight on the streets. they let their malay and indian fellow citizens fight for their rights.

the urban chinese especially. i hope they get it first when umno regains back full control of the country. i hope umno unleash its most wicked plans on these pathetic urban chinese. they have to be taught a lesson, that keeping quiet and hiding behind their big fat accounts and their bungalows are not an option.

4RAKYAT
Anonymous said…
to the unspinners:

i dont agree too with using state govt funds to bail those detained. u hv proof? if u do, pls take action.

i believe these people take to the streets bcos they have been blocked by the mighty instruments of the federal govt. their voices are not heard. no outlet to air their grievances. total mainstream shutdown. so they took to the streets. i was there too.... and i am not even selangorian. but i believe in power to the people.

4RAKYAT
Anonymous said…
Kalau SYABAS dibantah kerana menaikkan tarif air sebanyak 37%, kerajaan negeri Kedah lagi melampau kerana membiarkan SADA menaikkan tarif air sebanyak 100%. Mana UMNO Kedah yang kononnya mahu membela rakyat? Takkan masih tidur dibangunan Tunku? Elaun masuk tiap-tiap bulan buat apa? Makan gaji buta ke?

Jangan mimpilah UMNO Kedah nak tolong rakyat, depa pun masih bagus punya dok mimpi lagi. Buat apa UMNO Kedah nak buat kerja? Kan tiap-tiap bulan dah gerenti mahsyukk elaun dari pusat. Kalau tidur pun masyukk jugak apa.. Sebab tu lah kena harapkan pada Mat Sabu dan Mahpus. Dua orang ni dah gerenti bagus.

Azizan Razak memang patut letak jawatan dan digantikan dengan Mat Sabu atau Mahpus yang lebih prihatin kepada rakyat. Cuba tengok Mat Sabu, kalau nasib rakyat Selangor pun sanggup dia bela, takkanlah nasib orang kampungnya sendiri yang sengsara dia akan biarkan. Mat Sabu dan Mahpus pasti akan bangun menentang kezaliman Azizan di Kedah demi keadilan!

Ini baru dikatakan pemimpin yang adil dan pemimpin yang mengamalkan demokrasi terpimpin. Tak sia-sia Mat Sabu dan juga Mahpus menjadi pemimpin pujaan rakyat Malaysia. Dan tak salah kalau Mat Sabu dan Mahpus diangkat sebagi ikon pemimpin yang memperjuangkan keadilan untuk rakyat.

Kalau peserta demonstrasi membantah "kezaliman" SYABAS dikatakan mencapai 150'000 orang oleh sumber yang "paling soheh dan tepat" seperti Harakah, pasti jumlah yang bakal menyertai Mat Sabu dan Mahpus ini akan lebih berlipat kali ganda jumlahnya.

Anggaran awal ialah sebanyak 500'000 peserta yang akan turun padang bersama kedua-dua pemimpin ini. Itu hanya dari Kedah, kalau dicampurkan dengan yang datang dari luar, jumlahnya pasti akan mampu mencecah 1 juta orang!

Kenapa? Anda tak percaya dengan semua ini? Percayalah kerana ini bukannya cobaannn...Lihat bil SADA dibawah yang membuktikan kenaikan tarif air sebanyak 100% di Kedah.

Dulu kadar minima bagi 20 hingga 60 meter padu hanyalah 3 ringgit sahaja. Tapi sekarang dinaikkan kepada 6 ringgit. Itupun setakat dibawah 35 meter padu saja, kalau lebih kena bayar 15 ringgit!!! Bijak sungguh Ustad Zizan berniaga....

Media Permatang Pauh
Politik itu bukan agama...
lan said…
Saya menyokong pengurusan air Selangor dikembalikan semula pada negeri/ rakyat

Apa ke faedahnya bagi CEO Sabas tu gaji Rm400k sebulan?!
lan said…
lagi satu, bukankah Sultan juga mahu kan yg terbaik dalam isu air Selangor ni? Yakni, kalau dikembalikan pada pengurusan negeri, bukankah itu lebih comel? Dari bagi pihak2 swasta ni, yg depa tahu menaikkan tarif je
Anak Perelih said…
pecacai UMNO..::: mana lebih tinggi 37% ke 15 %??? itu isunya.... ada akai boleh nilai sendiri... atau akai di kepala bawah???

Singapore beli pasir dari pasir laut... dari Johor... bukan pasir sungai utk tambak laut.. dan Selangor lagi jauh dari Johor ke Singapore... Singap[ore beli pasir laut dari Jophor yang diperintah UMNO... Pasir Selangor dibeli oleh MMC Gamuda utk double rail project, projek pembinaan dan perumahan yang banyak di lembah klang yang developernya tu banyak kroni UMNO/BN.. (lebar daun, Setia Alam etc)

Bodoh betul pecacai UMNO ni....
Kay Du Lac said…
Sedara,

seperti yang telah saya tulis pada artikel lalu, perlu ke ajar rakyat Malaysia berdemo?

Berdemo bukan cara yang betul nak buktikan sesuatu. Banyak lagi cara lain.

Demo mungkin bermula aman, tapi bila dah orang tak tentu hala join, maka jadilah demo tak aman.

Saya rasa elok jika Pakatan cari jalan lain selain dari asyik nak berdemo. Terlalu banyak benda negatif dari positif.
Anonymous said…
Kenaikan tarif air hanya boleh berlaku dengan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS & Kerajaan Persekutuan. Tanpa persetujuan kerajaan negeri, tarif air tidak akan naik. Jadi kenapa perlu mengadakan demontrasi?
rmainye balaci dap berarak said…
rmainye balaci2 dap yg sanggup berpanas terik utk kepentingan politik dap n sekutu2 die..wahai umat islam pr..renungkn lah!!
Anonymous said…
haha..gelak aku pada 4rakyat.

apa beza naik 12%, naik 15% atau naik 37%?
yang di bantah adalah kenaikan bukan sapa boleh bagi naik sikit ke banyak.

Lu yg tak sekolah.

Kalau tak percaya, apa motif demo? cuba yg pergi demo tu tanya diri sendiri?

Ok, kalau Khalid Ibrahim nak sangat ambik SYabas, teruskan aku ok je. tapi jangan bagi aku yg rakyat ni menyumpah dgn kau kalau air asyik terputus bekalan je.

kau sanggup ke ambik risiko?
Anonymous said…
kpd anon dec8 (1.52pm):

kerana selangor nak kembalikan hak MUTLAK air kpd RAKYAT SELANGOR. faham? umno nak gunapakai alasan air untuk melancarkan satu lagi projek rundingterus kpd kroni untuk bina paip air ratusan juta ringgit kpd kroninya. bukan untuk melayu miskin. hanya untuk kaum kerabat umnoputra. jadi kami lawan sampai mati pun lawan. pertama, kenapa direct nego? kalau nak pun, open tender. kalau takut jatuh kpd cina, biar open tender sesama kontraktor bumi. itu mesti lebih bermanfaat kpd melayu keseluruhan. bukan umnoputra. umnoputra bukan melayu namanya. iblis namanya. ini isu pokok yang tidak terlihat oleh mangkuk macam ngkau.

kpd anon dec8 (4.39pm)
jangan bahlul. nak kata ngkau jaguh kampung pun tak layak. jangan asyik berbuih2 pasal dap. jangan nak memperlagakan mana2 puak lain dgn melayu. ini muslihat yang tak termakan dah. dah basi. fikirlah yang lebih kreatif.
mari lawan hujah dgn hujah. angka dgn angka. fakta dgn fakta. jangan bawa masuk isu tak berkaitan. saya nak tanya, kalau jadi selangor rampas balik hak mutlak air selangor, bagaimana dap dapat faedah? rakyat selangor keseluruhannya yang dapat faedah ke... atau pihak dap saja? jawab, jangan tak jawab. pakai otak sikit lah. jangan asyik2 dap....sini dap sana dap. dap tak belot melayu. umno belot melayu. umno belot negara. umno wajib dikuburkan supaya demokrasi dan sistem negara dapat disuburkan semula. jawab saya.
Anonymous said…
Nama pun perarakan ke Masjid Negara. Mestilah yg hadir tu sahabat-sahabat muslim kita, dibuat pulak solat hajat. Lainlah perarakan ke Dataran Merdeka...pasti nerdoyon-doyon tiba... hehehee
Anonymous said…
Kepada anon dec9(1:29 AM)...

Kerajaan negeri dikatakan membuat demo dengan hasrat untuk mengembalikan hak mutlak air kepada rakyat selangor.

Apa maksud hak mutlak tu? Kita berbicara mengenai air yang dirawat. Bukan air hujan ataupun air didalam sungai. Air yang dirawat itu memerlukan kos dan kos itu dibiayai oleh pihak tertentu. Juga fasiliti untuk menyalurkan air itu ke rumah-rumah kediaman juga memerlukan kos yang sudah tentunya ditanggung oleh pihak tertentu.

Jadi tidak timbul hak mutlak untuk isu ini. Apa yang lebih utama ialah kerajaan negeri perlu memastikan semua penduduk dapat manfaatnya.

Benar, kenaikan 37% memang bunyinya agak besar. Bagaimanapun saya berpendapat masih ramai yang mampu... iyerlah kalau boleh melanggan ASTRO, sudah tentu mampu untuk bayar bil air..

Untuk yang tidak mampu, boleh dibuat satu tabung khas untuk beri bantuan subsidi..

Saya yakin jumlah subsidi ini adalah jauh lebih kecil dari jumlah amaun air percuma yang dibiayai oleh kerajaan negeri sekarang
Anonymous said…
Kepada ANON December 9, 2010 1:29 AM, anda pun mcm Khalid Samad jugak. Reaksi yg emosi.

Kalau kita tengok response drp yg pro-PR, kebanyakkannya panggil orang UMNO dgn mcm-mcm gelaran dan ANON ni tak patut panggil IBLIS sesama manusia.

Iblis & manusia adalah dua makhluk Allah yg berbeza. Tolong betulkan statement anda.

Saya nak tanya, jika berlaku krisis air, siapa yg harus di persalahkan? Projek Air Langat 2 ke atau Kerajaan Persekutuan? atau anda yg tak sampai 5000 orang yg berdemo? atau Khalid Samad & Khalid Ibrahim? PAS? DAP? PKR? UMNO? BN? atau RAKYAT?

Kepada ANON December 9, 2010 6:19 PM, kenyataan anda lebih kepada fakta & saya sokong 100%.

p/s: saya ahli umno biasa & mengundi khalid samad pada pru 12. adakah kalau saya tidak senada dgn Khalid Samad maka saya di kritik & di hina sedangkan saya bagi undi berharga pada Khalid Samad? bukan saya sahaja tapi semua kumpulan saya pernah bagi undi 100% kepada Khalid Samad dengan harapan PAS boleh tolong orang MELAYU & ISLAM.

Apakah tindakkan Khalid Samad rasional pada anda semua? Isu Kuil, Kalimah Allah, masuk kilang arak? Adakah kita suka?

Tepuk dada tanya selera anda!
Anonymous said…
to anon dec9 6.19pm:

u said "...Air yang dirawat itu memerlukan kos dan kos itu dibiayai oleh pihak tertentu."

u r correct. that "pihak tertentu" is the rakyat's money. here are TWO reasons why
i) govt already gave loan of 320million to puncak niaga bagi membiayai perniagaan mereka.
: 320 million
: no colletaral
: no interest
: repayment 20years
: 1st few years, no need pay a single-sen.
: middle few years, pay no more than 20%.
: last few years, supposed to pay the final 80%.
that means, kalau puncak niaga boleh enjoy duit free selama lebih kurang 10 tahun, lepas tu declare company losing money, close company, and the rakyat's money of rm320,000,000 (pun belum kira interest) GONE. just like that. gone.
ii) the selangor-pahang water pipe will be continued. but must be open tender. now umno wants to award to crony. i say tak boleh. rakyat say tak boleh. dah bosan dah. 53 tahun kena bertubi-tubi, dah sedar ke...? berapa bilion lagi yang tinggal dalam laci? perbendaharaan dah dekat nak kering dah. baca2 lah isu2 kewangan yang berkaitan, dan amat jelas boleh nampak bagaimana semua skandal2 ini berkaitan. pkfz, projek terbengkalai, isu air dsbnya....kebanyakan, kalau bukan semua, didalangi oleh umno. umno mahakuasa. raja2 melayu pun gentar. semua institusi kerajaan yang dahulu mulia, namun sekarang dah korup, pun takut.

for me, it is very simple. i look at the issue. only the issue. and in this water case, i cannot allow umno to continue merogol hak rakyat. i hanya harap ada lebih rakyat dapat faham isu2 ekonomi (duit) supaya tak terpedaya dgn wayang kulit mana2 pihak politik. baik umno baik pakatan.

pls look at the issues. u can see clearer like that. by the way, if want, the open tender for the selangor-pahang pipe, can be reserved only for bumiputra contractors. no problem. but cannot just buta2 award tanpa persaingan. tidak sihat macam ni. walaupun apa bangsa apa agama. tak kira melayu cina india atap siapa2 pun.

4RAKYAT
Anonymous said…
wah 4rakyat..bijak sungguh mu berkata-kata. ada yg betul kau cakap tapi hanya 10% je yg betul. yang lain tu banyak terpesong sebab emosi kau lebih condong kepada pakatan rakyat tanpa mengambil kira dari segi teknikal..

aku sarankan kepada khalid samad mintak 4rakyat ni jadi ceo utk air selangor bila pakatan rakyat berjaya mengambil alih syabas.

nak tengok juga kata-kata dia tu senang ke susah bila buat business air.

come on 4rakyat, kalau contract dapat pada bumiputra samada melalui tender atau direct nego, cina & india juga dapat manafaat jugak.

maaf aku nak tanya sikit, kalau cina dapat contract dgn government, agak-agak kau la, dia bagi tak sikit pada melayu atau india?

maaf kalau cakap saya ini menyinggung perasaan cina..tapi itu lah reality..
Anonymous said…
4rakyat,

Kalau nak dibandingkan tahap perkhidmatan yang dilaksanakan oleh SYABAS dengan JBA Selangor yang terdahulu, saya kira awak boleh nampak jelas perbezaannya.

Daripada pengalaman saya, respons yang diberikan oleh SYABAS amat pantas.

Kita berbincang mengenai kepentingan rakyat keseluruhan. Saya percaya ramai dikalangan kita sanggup membayar sedikit lebih untuk perkhidmatan yang lebih bagus.

Jadi jika bersandarkan faktor kecekapan perkhidmatan, SYABAS memang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.

Cuma yang menjadi isunya sekarang ialah cadangan kenaikan tarif yang akan menambahkan beban kepada segolongan rakyat.

Saya yakin inilah sebenarnya isu yang patut dilihat oleh kerajaan negeri selangor.

Bagaimana untuk menyelesaikan isu ini?

Batalkan sahaja program air percuma untuk rakyat dan kerajaan negeri dapat menjimatkan lebih kurang RM 150 juta setahun dan sudah tentunya amaun ini sangat-sangat cukup untuk membantu golongan yang memerlukan dinegeri selangor ini.

Bagaimanapun saya percaya tindakan ini tidak akan diambil kerana kerajaan negeri secara politiknya akan terjejas.
Anonymous said…
reality nya perasaan umno terguris tak dapat nak syphon duit rakyat Selangor dgn mudah macam dulu- dulu..tu..maaf ye kalau menyinggung perasaan melayu umno apco cilako.
Anonymous said…
to anon dec10 11.59pm

i) i think cina will award to that company which provides the best offer with the best trackrecord. tak kira bapa atau emak atau cina atau melayu atau india. by the way, dont u always cina that melayu this and india that. boring lah. argue with me based on facts. dont by myopic with your race card. get out of your tempurung. come on...come out of it. it must be suffocating inside there for so long. do u know there is a world outside there? what have u been feeding on all these years hiding inside your tempurung. can i come inside and visit. i've got out of mine a long time ago. i kinda miss a tempurung. howzit like? please share....

ii) however i admit at the current prevailing sentiment, a majority of malay contractors are perceived rightly or wrongly to be incompetent. and lazy. and corrupt. did u say it's a reality? so instead of lamenting, what r u doing about it? or do u hv a plan? bring it up here. bring it up to the govt. do not resort of robbing people off their livelihood. i suggest witholding the onslaught of the 'kapitan cina' in selected fields but the whole country cannot afford to wait too long. it can be bent a bit. i mean, after 53 years of ekonomi songsang (progressing with balls and chains tied to its feet), what is another few more years. but not under umno. it cannot be done. it's been proved for decades. u can see it. i can see it. umno has ruled for an unbroken record of 53 years. not even one day umno is not the head of the federal govt. daim and his nep gang came and go. daim is now filthy rich in africa. he's not coming back. i dont hv to tell u what ppl like tajudin ramli and his peers have done to the country (read: mas & 8,000,000,000.00). 8 billin is a lot of money. 8 billion can help a lot of poor malays(ians). but 8 million ended up in a few's pockets. u know that. let's leave race aside. let's look at the numbers.

iii) the country can continue with nep-like initiatives for a while more. and i agree no full-fledged meritocracy must be implemented until and until the majority malays(ians) are at least on par with each others. i say malays(ians) to inclde those bros/sis that even your ketuanan melayu have neglected for the past 50 years. i mean the orang asli and the natives of sabah/sarawak. they are still living in the jungles. come on....dont be a sobbing crybaby and lament like a loser. U NEVER HAD IT WORSE THAN THESE ORANG ASLI. admit at least this. u r complaining about not being able to afford to change your car, these orang asli are WITHOUT CONCRETE HOUSES, CLEAN WATER, BASIC EDUCATION. dont u even start me up on other rights. are they any less malaysian that u and me? answer me on this please.

iv) to me it is simple. help the poor and marginalised people. but help them fast. help them truly. umno has been cancerous to the country. it cannot go on. umno must be buried. deep deep into the ground. and then we pour roundup to it so that it really dies properly. dead. dead. then we can concentrate on repairing all the wrongs it inflicted on the country. all these hatred amongst races. all these suspicions amongs races. it is tiring. it is self-defeating. it is poisonous.
v) and to the rich chinese, if u keep on neglecting the poor malays(ians), u can not hope to cling on to your riches for long. umno will get to it sooner or later. umno has its dick half-way up your ass for the past 50 years. they are coming for your sons and daughters. pkfz alone will make sure that our children will have to pay for the fiasco. if u keep on with your yellow imperial attitude, u r digging your own graves. poor malays(ians) just cannot understand why they are lacking behind. they are not educated enough to see beyond race. u be selfish and u will continue to enjoy umno's special brand of poisonous politics for another 50 years.

4RAKYAT
Anonymous said…
to anon dec10 11.59pm

i) i think cina will award to that company which provides the best offer with the best trackrecord. tak kira bapa atau emak atau cina atau melayu atau india. by the way, dont u always cina that melayu this and india that. boring lah. argue with me based on facts. dont by myopic with your race card. get out of your tempurung. come on...come out of it. it must be suffocating inside there for so long. do u know there is a world outside there?

ii) however i admit at the current prevailing sentiment, a majority of malay contractors are perceived rightly or wrongly to be incompetent. and lazy. and corrupt. did u say it's a reality? so instead of lamenting, what r u doing about it? or do u hv a plan? bring it up here. bring it up to the govt. do not resort of robbing people off their livelihood. i suggest witholding the onslaught of the 'kapitan cina' in selected fields but the whole country cannot afford to wait too long. it can be bent a bit. i mean, after 53 years of ekonomi songsang (progressing with balls and chains tied to its feet), what is another few more years. but not under umno. it cannot be done. it's been proved for decades. u can see it. i can see it. umno has ruled for an unbroken record of 53 years. not even one day umno is not the head of the federal govt. daim and his nep gang came and go. daim is now filthy rich in africa. he's not coming back. i dont hv to tell u what ppl like tajudin ramli and his peers have done to the country (read: mas & 8,000,000,000.00). 8 billin is a lot of money. 8 billion can help a lot of poor malays(ians). but 8 million ended up in a few's pockets. u know that. let's leave race aside. let's look at the numbers.

iii) the country can continue with nep-like initiatives for a while more. and i agree no full-fledged meritocracy must be implemented until and until the majority malays(ians) are at least on par with each others. i say malays(ians) to inclde those bros/sis that even your ketuanan melayu have neglected for the past 50 years. i mean the orang asli and the natives of sabah/sarawak. they are still living in the jungles. come on....dont be a sobbing crybaby and lament like a loser. U NEVER HAD IT WORSE THAN THESE ORANG ASLI. admit at least this. u r complaining about not being able to afford to change your car, these orang asli are WITHOUT CONCRETE HOUSES, CLEAN WATER, BASIC EDUCATION. dont u even start me up on other rights. are they any less malaysian that u and me? answer me on this please.

iv) to me it is simple. help the poor and marginalised people. but help them fast. help them truly. umno has been cancerous to the country. it cannot go on. umno must be buried. deep deep into the ground. and then we pour roundup to it so that it really dies properly. dead. dead. then we can concentrate on repairing all the wrongs it inflicted on the country. all these hatred amongst races. all these suspicions amongs races. it is tiring. it is self-defeating. it is poisonous.
v) and to the rich chinese, if u keep on neglecting the poor malays(ians), u can not hope to cling on to your riches for long. umno will get to it sooner or later. umno has its dick half-way up your ass for the past 50 years. they are coming for your sons and daughters. umno's gonna lodge its dick up theirs too. u can bet on it. as it is, pkfz alone will make sure that our children will have to pay for the fiasco when they are working adults. if u keep on with your yellow imperial attitude, your exclusive chinese only clubs, u r digging your own graves. poor malays(ians) just cannot understand why they are lacking behind. they just see u whizz thru in your mpv on the way to those expensive dimsum restaurants. they are not educated enough to see beyond race. they will not see that it is abundantly clear that umno has been the robber. they will refuse to see it until u open their eyes. u be selfish and u will continue to enjoy umno's special brand of poisonous politics for another 50 years.

4RAKYAT
Anonymous said…
to anon dec11 (3.44pm)

i) u said response from syabas good? well, good then. kudos to the lower ranked staff (the field people). we'll maintain their jobs then. but revamp syabas. kick out that umno top guy who's receiving 450,000 a month. he's a leech. selangor umno guy. syabas is not for cronies. no state companies should be. tanya rakyat sama mereka setuju dgn pelbagai practice yang diamalkan olen si-ceo itu. termasuk pembelian barang2 drp syarikatnya sendiri dari indonesia. pengkhianat rakyat. patut dihumban masuk penjara. apa yang lain2 pengarah dlm lembaga tu...tidurkah? atau berapa peratus habuan yang diorang dapat? kick out the whole board of directors. let pakatan choose non-partisan professionals to take over the board. bottomline is this: no politicians, no allegiance. all decisions made by the board should be for the interests of the selangor people.

ii) no, do not cancel the free water. in fact, expand it more. far and wide. selangor can more than afford it if not the the fcuking umno corruption.

iii) selangor free water should hv no problem if not for recalcitrant federal govt (umno) and cronies (syabas top people). kick them both out and all live happily ever after.

iv) the hidden agenda and big meat in this matter is the proposed piping btwn selangor-pahang. umno's cronies are salivating now.... but kami akan tendang mereka keluar juga. buat tender terbuka. hanya untuk bumiputra. tidak apa. siapa nak buat bising, termasuk kapitan cina kroni umno, biar saja. suka tak suka, muka mereka akan tersebar luas di media, dan kami rakyat akan cam mereka. i nak tanya mereka ni, nak buat bisnes dgn selangor govt lagi? kalau nak, ikut polisi pakatan rakyat. no cronies.

in fact, kick umno out of malaysian politics. that should automatically solve at least half the problems the country is facing right now.

and no pakatan people should helm any state companies and take home rm450,000 a month. this is filthy even to just think about. take home a decent pay, no problem. rm400,000 can feed a lot of homeless people in the state. god, what was umno thinking when they did all those bad things that they did? worse than animals.

4RAKYAT
Anonymous said…
4rakyat,

Saya merasakan respon yang awak berikan pada Dec 13, 2010 10:26 AM agak beremosi sedikit.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kepentingan rakyat harus sentiasa diutamakan dan sudah tentunya secara rasional.

Saudara turut mengakui tahap perkhidmatan SYABAS boleh dibanggakan. Makanya kredit harus diberikan kepada keseluruhan warga SYABAS pada pandangan saya. Daripada staf tahap rendah sehinggalah ke pihak pengurusan tertinggi.

Saya berpendapat tidak perlulah dipanjang-panjangkan isu gaji pengerusi SYABAS sebanyak lbh kurang RM 450K sebulan itu.

Dengan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, sudah tentulah beliau merupakan pemilik syer terbesar didalam SYABAS. Oleh yang demikian, risiko serta liabiliti yang besar tentu turut ditanggung. Jadi saya berpendapat gaji yang diterimanya adalah seimbang dengan tanggungjawabnya kpd SYABAS.

Saya ingin mengulas sedikit pandangan saudara berkenaan program air percuma.

Jumlah bajet negeri selangor untuk tahun 2011 ialah RM 1.43 Billion.

Perbelanjaan mengurus adalah lbh kurang RM 840 juta.

Jumlah untuk perbelanjaan pembangunan ialah lebih kurang RM 600 juta.

Berdasarkan amaun diatas, perbelanjaan program air percuma adalah 25% daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan. Saya berpendapat peratusan ini amat besar.

Pada pendapat saya, jika program ini hanya dibuat untuk golongan sasar seperti berpendapatan kurang dari RM 1500 kebawah bagi setiap isirumah, mungkin amaun yang dibelanjakan kurang RM 20 juta setahun

Banyak lagi keperluan rakyat yang lebih mendesak yang perlu diberi keutamaan oleh kerajaan negeri.
Antaranya bantuan persekolahan yang merangkumi pakaian seragam dan buku-buku sekolah, bantuan makanan seperti beras/gula/minyak mask/tepung, elaun sewa rumah juga tabung untuk musibah(kebakaran & kemalangan).

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat selain hanya memfokuskan kepada isu air.

Maafkan saya, tetapi saya tetap berpendapat program air percuma ini adalah satu keputusan yang lebih bersifat populis.
Anonymous said…
4Rakyat memang pandai cakap. Tapi penuh emosi.

Anon December 14, 2010 6:29 PM lebih rasional drp kau 4rakyat.

Keluar drp tempurung cisss...
kalau kau melayu, kau tak akan kata melayu malas.

kau bukan jenis orang berniaga yg tak tau apa-apa tapi pandai kritik melayu.

kau ni jenis orang yg makan gaji je..sebab tu kau kata melayu masih dlm tempurung kelapa..

hello..tolong sikit..melayu berniaga drp zaman melaka lagi brader!!
Anonymous said…
to dec14 (6.29pm):

this vermin's 450k is it inclusive of his profits from his saham? check properly. i say it is not. saham is additional income, i hv no problem with that. i am a capitalist. but what about buying pipes from this vermin's own company in indonesia and not from local suppliers? and dont u spin race issue here.

i agree with your views on the free water. i agree too it should be more focused. i am always supportive of help given proportionate to economic conditions. i take back my suggestion to expand the free water far and wide. i agree it should be more focused (to its target groups, the poorer people).

but i did not say syabas has done an excellent job. i said if they are so, they should be rewarded accordingly. my gun is pointed towards that umno guy (that vermin) who rakes in huge income at the expense of the rakyar. u go check whether the 450k per month is inclusive of his earnings from the saham, then we talk again. and tell me, if it is pure 450k per month just basic pay, r u agreeable to it? considering syabas mushroomed out of the generosity of the state govt (umno's toyol state govt).



to anon dec16 (8.10pm)

i am just saying that "anon dec10 11.59pm" is katak/tempurung; not generalising any ethnicity. pls lah...dont put words into my mouth. i am accusing that individual, not any group of people. just like namewee was accusing that shitty siti, not any group. why u so perasan? be rational a bit, dont be myopic. take care of your own business. life business and economic business. i repeat, i have problem with only this individual "anon dec10 11.59pm" not u not ali not ahmad not zakaria not hafiz no no no. just that individual. unless u r defending him, u stay out of our little spat.

u r one of those victims of myopic vision after having been lulled into a sense of complacency by the poisonous "umno=melayu" dogma by this chronically-corrupt political party for whatever number of years of your age. i feel for you, really. i am just urging u to clear your mind of all that shit in your head and come out clean and smell the fresh air. come out and see the world. it is wider and farther than your constricted "umno only" view.

and i agree that melayu had been engaging in commerce since zaman melaka, and had the chinese and other peoples that converged into that blessed piece of geography in that era. but what's the point of your little story here? what's the relevance? a little prep talk for your own people? ok, i do that sometimes too.

that is the past. but what about now, the present? the future? of yourself? of your children? and their children?

4RAKYAT

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-