Sandakan Hakka Association, 72 Jam sebelum PRK Parlimen Batu Sapi.
RAKYAT BERKUASA MENJATUHKAN KERAJAAN,BEMULA DI SINI (1/3)
PAKATAN RAKYAT UNITED UNDER RAKYAT MALAYSIAN SPIRIT (2/3)
KENAPA PAS MESTI LAWAN UMNO/BN (3/3)
Video courtesy of DAP Sabah
-Pejabat YB Khalid Samad-
RAKYAT BERKUASA MENJATUHKAN KERAJAAN,BEMULA DI SINI (1/3)
PAKATAN RAKYAT UNITED UNDER RAKYAT MALAYSIAN SPIRIT (2/3)
KENAPA PAS MESTI LAWAN UMNO/BN (3/3)
Video courtesy of DAP Sabah
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments
Itu yang kawan baca dlm Harakah online pagi ini.
YB Khalid, sebagai rakyat juga saya berhak untuk tidak pilih PAS atau PKR atau DAP dalam pilihanraya akan datang.
Sebagai Wakil Rakyat di tempat saya di Shah Alam ini, YB Khalid tidak sepatutnya terlalu bongkak dengan mengatakan "antara faktor rakyat di Selangor menolak BN pada Pilihanraya Umum 2008 kerana pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan rasuah dan penyelewengan".
Untuk pengetahuan YB Khalid, saya tak pangkah BN sebab saya tolak Pak Lah dan kabinet anak beranaknya dalam kerajaan Malaysia. Itu adalah pengajaran buat Pak Lah dan juga kepada mana-mana pemimpin yg tidak melihat kehendak rakyat maheran seperti saya ini.
Tetapi di dalam situasi sekarang adalah amat malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin pembangkang yang rendah kualitinya & rasis. UMNO juga katanya rasis tetapi UMNO mempertahankan hak Melayu hak Bumiputra & hak Islam. Apakah dengan mempertahankan hak kami sebagai orang melayu di katakan rasis? Tolong jawab? Namawee itu juga lebih kurang ajar daripada Perkasa. Kenapa YB tidak kata itu rasis?
Pemimpin pembangkang mahu menjahanamkan kelompok harmoni di kalangan rakyat. Kamu mahu menjahanamkan Islam sebenarnya.
YB Khalid adalah contoh si kitol. Kenapa YB Khalid sanggup menggadaikan Kalimah ALLAH demi UNDI?
Kenapa mahu bina kuil di seksyen 23 sedangkan rakyat menolak secara baik & akhirnya hampir menjadi perbalahan antara kaum di sebabkan YB Khalid sendiri yg mahu kuil itu di bina di kawasan majoriti Melayu?
Tolong perjelaskan kepada kami 10 sebab kenapa rakyat Shah Alam mesti pilih YB KHALID SAMAD sebagai MP Shah Alam untuk penggal akan datang.
Tolong jawab YB Klaid dalam posting YB akan datang.
Jangan asyik nak berpolitik 24/7 tapi habuk pun tadak.
fair dan senang nak faham isu sebenar...
marah kat Pak Lah blh undi PR..la ni Najib lagi baik ker...??
Aku belajar sekolah rendah kat seksyen 3. Memang kerajaan zalim sebab sekolah tu masa dulu tak cukup facilities. Maklumlah tahun 80an.
Lepas tu aku sambung kat sm sek 2 then masuk mrsm. Lagi ZALIM sebab aku dah sedap duduk dengan mak bapak aku, tetiba sebabkan result aku best aku kena duduk asrama. Peeehhh..azab betul..
Abis SPM aku di paksa kerajaan UMNO yg ZALIM tu ke Newcastle, UK buat degree & master. 8 tahun aku kat sana. Ada ke patut aku rakyat Malaysia ni kena pi belajar oversea..ZALIM sungguh UMNO ni..dah la guna duit rakyat nak hantar aku pi belajar kat UK lepas tu sambung pulak master, tak ke membazir tu..
Sekarang aku kerja dgn GLC, lagi lah zalim sebab aku tak nak kerja kat laut, tinggal anak bini 2 minggu kat darat.
Zalim sungguh UMNO nih..
Baik aku jadi mat rempit je, lagi best.
Betul tak semua?
So kalau gomen tolong sekelompok orang melayu macam kau, pastu dpt gaji besar, hidup senang lenang, tapi dlm masa yg sama derang rembat puluh2 billion dan majoriti rakyat terutama di kpg masih hidup susah. Tolong la bro, jgn penting diri sendiri ngan anak bini kau je.
Buat abis duit rakyat je, kau blajar tinggi2 supaya boleh bela nasib rakyat tapi tak, kau dpt seciput, yg lain2 semua kau pejam. Ni belajar university mana ni? Tula org suruh blajar kt Merseyside kau tak nak... ehehe
Pada pendapat saya, PAS kalah di Galas adalah di sebabkan pemimpin PAS itu sendiri.
Sebenarnya Allah bayar cash pada PAS.
Cuba lihat balik apa yg telah berlaku 3 tahun lepas selepas PAS berasa selesa dgn kemenangan besar dlm PRU12 lalu.
Banyak isu yg tidak sepatutnya berlaku seperti isu kalimah Allah.
PAS jangan terlalu berdabik dada dengan kekuatan yg ada.
Kesilapan besar adalah pemberian "duit zakat" kepada orang asli yg masuk Islam. Ianya tidak sepatutnya berlaku di dalam PRK atau PRU.
PAS kata UMNO bagi gula-gula Pilihanraya, projek mee segera & macam-macam lagi. Tetapi hakikatnya PAS juga buat benda yg sama tetapi menggunakan Zakat sebagai alasan.
Saya amat sedih dengan apa yg berlaku. Satu gambar pemberian zakat oleh TG Nik Aziz menggambarkan seribu makna.
PAS dah kantoi kat situ.
Selama ini, PAS kata UMNO itu rasuah tapi tiada bukti. Cuma kata-kata yg telah di ulang-ulang selama 50 tahun hingga budak kecik darjah satu pun pandai kata UMNO itu rasuah.
Sebaliknya gambar TG Nik Aziz bagi zakat dlm PRK ini sememangnya adalah satu kesilapan besar kepada PAS dan musibahnya kita telah terima di Galas.
Walau apa pun alasan PAS sekalipun kalau nak bagi zakat janganlah semasa PRK atau PRU.
Jangan salahkan UMNO main kotor. Tolong salahkan diri sendiri!
Aku setuju dgn kau. Jangan salahkan UMNO. Salahkan diri sendiri.
PAS sememangnya dah kantoi!
Tapi masih tak sedar. Apa cerita YB kat Batu Sapi? Apa dah YB buat kat sana sampai orang marah dengan YB?
Adakah YB Khalid Samad akan kantoi juga?
lama dah pas kantoi..
khalid samad pun kantoi jugak..
hahaha..