Lanjutan dari cadangan Terminal Bas Baru di Shah Alam; pada Khamis 28 Oktober, jam 3 petang, mesyuarat MTES (Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor) telah diadakan dan saya telah turut hadir bagi membincangkan isu Terminal Bas Shah Alam tersebut. Hasil dari beberapa perbincangan sebelum ini bersama MBSA, 3 tapak alternatif selain dari tapak cadangan asal telah dikenal pasti. Ketiga-tiga tapak ini berada di berhampiran landasan keretapi, yang memungkinkan pembinaan sebuah terminal bas yang ‘integrated’ atau disepadukan bersama terminal keretapi. Ketiga-tiga tapak alternatif terletak di lokasi yang memungkinkan penggunaan jalan selain dari ‘Jalan Subang’. Jalan Subang telah disebut sebagai jalan yang terlalu sesak yang perlu dielak apabila merangka ‘bus route’ atau rangkaian perjalanan bas setempat. Dengan itu, terminal berkenaan, sekiranya dibina di tapak alternatif, tidak akan menambah-rumitkan masalah kesesakan lalu-lintas di jalan berkenaan yang telah pun sedia sesak.
Setelah selesai pembentangan dan perbahasan, maka memandangkan:
Saya menunggu JK yang dibentuk untuk memulakan perbincangan dan saya akan turut serta dalam perbincangan itu untuk menjamin suatu keputusan yang terbaik, insyaAllah.
Dalam pada itu, saya, dan ramai warga Shah Alam khuatir bahawa projek Terminal Bas ini hendak disegerakan atas sebab-sebab kepentingan politik, khususnya wang untuk tabung pilihan raya BN. Kaedah BN mendapat wang untuk tabungnya dengan melaksanakan projek-projek yang tidak begitu diutamakan adalah perkara biasa dan diketahui umum.
Sebagai contoh, kita dapat melihat pada masa ini projek ‘upgrade’ atau penambahbaikan perhentian bas di seluruh Shah Alam yang masih elok berfungsi. Bumbung perhentian bas ini diganti dan strukturnya diberi ‘face lift’ atau dengan kata lainnya ‘dipasang make-up’. Ianya merupakan projek oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan dan bajet sebanyak RM 1 juta setahun yang sepatutnya diurus oleh Ahli Parlimen digunakan mengikut kehendak Ketua Bahagian UMNO.
Tiada aduan yang diterima, tiada permintaan yang sampai kepada pihak Ahli Majlis MBSA atau Majlis Perwakilan Penduduk, namun projek ini tetap dijalankan bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak. Walhal semua tahu, ianya projek untuk tabung Pilihan Raya BN Shah Alam, walaupun terdapat banyak lagi perkara yang lebih wajar diberi keutamaan untuk kesejahteraan penduduk Shah Alam.
Saya yakin rakyat sudah mengenali UMNO/BN. Perangai buruk mereka tetap kekal, cuma ubah logo, BN kekal corak lama.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Setelah selesai pembentangan dan perbahasan, maka memandangkan:
- Wang yang akan digunakan adalah dari pihak MBSA dan penangguhan projek tidak akan menyebabkan kehilangan ‘grant’ sekiranya wang tersebut datang dari pihak Pusat dan
- Keperluan tidak mendesak sehingga menuntut pembinaan terminal berkenaan disegerakan tanpa dijalankan satu kajian yang lebih menyeluruh terlebih dahulu.
- Pembinaan Terminal berkenaan hendaklah ditangguhkan sehingga satu kajian yang lebih menyeluruh dilakukan. Kajian ini mesti mengambil kira pembinaan terminal bersepadu yang dikatakan telah dirancang untuk dibina di Subang Jaya dan Sungai Buluh oleh pihak Kementerian Pengangkutan. Ini akan menentukan satu keputusan yang lebih mantap yang boleh elak berlakunya pembinaan terminal yang berjiranan antara satu sama lain sehingga ianya menjadi sesuatu yang membazir. Pada masa yang sama, kedudukan yang menjamin keselesaan pengguna dan kawasan setempat, dari segi tiadanya kesesakan lalu-lintas, kedudukan yang hampir dengan kawasan penempatan, kesepaduan bersama kemudahan teksi dan keretapi perlu diambil kira. Ke arah itu satu JK telahpun dibentuk.
- Sambil menunggu perkara seperti di atas, kawasan perhentian bas ekspress yang sediada di Seksyen 17 hendaklah dinaik taraf untuk kegunaan yang lebih selesa sehingga terminal baru siap dibina. Disebut bahawa kerja-kerja ini akan menelan belanja tidak lebih dari RM 1 juta berbanding RM 25 juta untuk Terminal yang baru.
- Usaha untuk mengenal pasti lokasi yang tersesuai serta seluruh tindakan yang perlu untuk pembinaannya perlu dilakukan untuk menjamin bahawa Terminal Bas baru akan siap untuk digunapakai dalam tempoh 5 tahun dari sekarang.
- Tapak ‘kompleks’ rumah ibadat bukan Islam di Seksyen 18 seluas 6 ekar yang masih belum lagi digunakan atas sebab-sebab tertentu. Tanah ini adalah milik kerajaan Negeri. Masalahnya ialah walaupun ianya berhampiran landasan keretapi, tiada stesyen komuter di situ. Namun ianya terletak lebih 1 kilometer dari stesyen komuter yang terdekat, samada ke arah Kuala Lumpur atau ke arah Klang.
- Tapak pejabat Veterinar di Seksyen 15 seluas 20 ekar yang dahulunya digunakan untuk penyembelihan khinzir dan sekarang ini dicadangkan untuk penyembelihan lembu. Telah dicadangkan supaya tapak ini diambil balik oleh kerajaan negeri dan tapak baru di luar Shah Alam diserahkan kepada Pejabat Veterinar sebagai ganti. Ini akan menghasilkan tanah yang luas untuk dibangunkan secara komersil sambil stesyen bas yang bersepadu dapat juga dibina di situ. Tapak ini terletak di tepi landasan keretapi dan stesyen komuter Shah Alam juga adalah bersebelahan.
- Tapak kilang IOI di Seksyen 15 yang dimaklumkan ‘untuk dijual’. Walaubagaimanapun, tapak ini agak bermasalah memandangkan ianya milik swasta dan tapak sebelah yang dimiliki UMW perlu juga dibeli untuk menjamin jalan masuk bas yang lebih selesa dan luas. Namun ianya boleh diusahakan secara BOT sekiranya ada pihak swasta yang berminat untuk mengemukakan cadangan.
Saya menunggu JK yang dibentuk untuk memulakan perbincangan dan saya akan turut serta dalam perbincangan itu untuk menjamin suatu keputusan yang terbaik, insyaAllah.
Dalam pada itu, saya, dan ramai warga Shah Alam khuatir bahawa projek Terminal Bas ini hendak disegerakan atas sebab-sebab kepentingan politik, khususnya wang untuk tabung pilihan raya BN. Kaedah BN mendapat wang untuk tabungnya dengan melaksanakan projek-projek yang tidak begitu diutamakan adalah perkara biasa dan diketahui umum.
Sebagai contoh, kita dapat melihat pada masa ini projek ‘upgrade’ atau penambahbaikan perhentian bas di seluruh Shah Alam yang masih elok berfungsi. Bumbung perhentian bas ini diganti dan strukturnya diberi ‘face lift’ atau dengan kata lainnya ‘dipasang make-up’. Ianya merupakan projek oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan dan bajet sebanyak RM 1 juta setahun yang sepatutnya diurus oleh Ahli Parlimen digunakan mengikut kehendak Ketua Bahagian UMNO.
Tiada aduan yang diterima, tiada permintaan yang sampai kepada pihak Ahli Majlis MBSA atau Majlis Perwakilan Penduduk, namun projek ini tetap dijalankan bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak. Walhal semua tahu, ianya projek untuk tabung Pilihan Raya BN Shah Alam, walaupun terdapat banyak lagi perkara yang lebih wajar diberi keutamaan untuk kesejahteraan penduduk Shah Alam.
Saya yakin rakyat sudah mengenali UMNO/BN. Perangai buruk mereka tetap kekal, cuma ubah logo, BN kekal corak lama.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Yang pertama sekali, entry yg berbaloi utk di baca cuma di dalam perenggan terakhir itu YB cuba nak menyelit dengan menghentam BN.
Utk makluman YB, saya amat bersetuju dengan kerja menaik taraf hentian bas di Persiaran Kayangan Seksyen 9. Saya adalah pengguna bas dan kerap berulang alik daripada Shah Alam-KL-Shah Alam.
Perhentian bas baru itu pada saya tidak membazir duit rakyat seperti yang YB gambarkan kerana ianya adalah keperluan penduduk di sekitar dan juga pengunjung TESCO Shah Alam. Jadi soalnya, kenapa YB perlu nak melenting tak tentu pasal marahkan BN & kata projek ini adalah utk tabung pilihanraya?
Yang kedua, lokasi Terminal Bas Shah Alam. Ketiga-tiganya adalah lokasi yg terbaik. Cuma kenapa sekali lagi YB mahu mengaitkan penyegeraan Terminal tersebut atas sebab kepentingan politik BN?
Jadi YB, adakah YB buat OK bukan atas dasar politik atau BN buat baik?
Sejak YB jadi MP Di Shah Alam, apa projek pembangunan YB lakukan?
Boleh listkan?
Joehan..tolong...kalau boleh list utk YB kita ni..
p/s: saya pun tak pasti siapa si Joehan ni..ramai yg meluat dgn dia..ramai yg bersetuju dgn dia. Tapi yg pasti, YB Khalid Samad juga resah bila Joehan tak masuk dlm blog YB sejak 2-minggu ni..
Teruskan usaha untuk memperbaiki perkhidmatan awam untuk warga Shah Alam.
YB mempunyai 'report card' yang baik. InsyaAllah, kalau YB bertanding di Shah Alam, rakyat akan memilih YB lagi.
UMNO karat mesti menyampah dengan YB. Tak apa YB, diorang dah tak ada calon yg leih baik dari YB untuk ditnjolkan.
Semoga Allah memudahkan dan menjayakan segala usahabaik dari YB, Amin.
Warga Shah Alam.
Tapi yg tak sedapnye kenapa perlu ada projek pilihanraya la ape la...cukup lah YB.Buat kerja sendiri..yg dah lepas tu lepas..fikirkan kerja YB dan apa yang YB boleh buat tuk rakyat.bukan sibuk nak hentam orang je...bagus sangat ke YB selama jadi MP??
Lepas YB buat kerja dan komited dalam pembangunan yg memberi manfaat kepada warga Shah Alam...rakyat sendiri akan menilai YB.Tak usah nak tembak orang je..
YB boleh tembak orang dan buat comparison kerja YB ngan org lain selepas YB buat kerja...ni projek pun belum tentu dan masih tertangguh...sibuk hentam orang lain dulu.
Kita bagus baru hentam orang...tapi klu kita just cakap besar je tapi kerja hampeh...
umpama ayam jantan berkokok sabung menyabung dalam reban je..
adakah aku pun Joehan?
Terminal bas ni sebenarnya tak lah penting sangat, kerana sistem bas kita hari ni tak bagus. Pada saya kita kena pastikan laluan yang lebih baik, penyambungan lebih efektif serta ketepatan masa. kalau kita kaji sekarang, nak naik bas dari satu tempat ke destinasi yang perlu di tuju belum boleh menarik orang ramai menaiki bas.
Cuba kita perbaiki sistem transit di Shah Alam ni, kalau ada Bas ke Stesen Komuter Sek 19, Batu 3 dan Padang Jawa secara berterusan mengambil kira Pergerakkan Komuter dah memudahkan. Selain dari itu, sambungan ke Stesen Bas Seksyen 17 serta ke Klang Sentral dan Puduraya.
Kalau akhirnya terpilih tempat Terminal yang terbaik, kita pastikan "route" tersebut mengarah ke Terminal baru itu.
Tentang baikpulih bus stop kita 'huznuzonbillah' aje YB, kerana orang nak naik taraf, jangan dia minta duit kita dah lah. Tapi Budget Persekutuan tu, duit tax kita juga ya.
A.Alshukor
Saya ada tulis sikit bab pengangkutan awam ni kat blog saya, shah alam my-city (http://myshahalam-city.blogspot.com).
Kalau YB atau sesiapa yang berminat jemputlah tambah dari berberapa cadangan itu, yang penting kita ada satu sistem yang efektif.
A.Alshukor
aku joehan jugak ke kalau tanya mana joehan?
pening..dah 3 orang tanya mana joehan..
ni citer pasal joehan ke pasal bas stand baru ni?
sape joehan?
joeflizzow aku kenal la..
ya...aa..aaaaaawww...
kuda kulari gagah berani..
Lepas ni kalau boleh discuss pasal jalan raya plak... kereta aku ni dah berapa kali langgar lobang jalan kat shah alam ni. perit nak ganti lowarm, tayar & bearing... kalau sportrim bengkok, lagi haru...
http://www.fastcompany.com/blog/cliff-kuang/design-innovation/home-worlds-most-advanced-bus-system-bogota
http://www.youtube.com/watch?v=cU6ImWY4IBc&feature=fvw
http://www.youtube.com/watch?v=CxmqyF5M_rw