Skip to main content

Pengumuman: Rakyat Tolak Kenaikan Bil Air 37%

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Unknown said…
Itulah tradisi membela rakyat yg mereka lagangkan selama lebih 50 tahun...
Pun begitu..masih ramai juga yg buta perut..
Dok sokong juga walaupun menjerut diri dan keluarga sendiri...
Inilah hasil kerja 'penswastaan' yg digahkan che det!!!
Quality perhikmatan tak sebagus mana pun tapi beyaran perhidmatan yg mencacak naik...
seribu satu alasan diberikan..
Anonymous said…
Nak tanya sikit.
Sejak di swastakan air di Selangor nih..air kat selangor ni macam kat kelantan ke berkarat?

Rakyat mana yg tolak? Rakyat totok PAS PIS PUS ke?

Selama ni pun kami rakyat Selangor bayar air kat rumah pun tak melebihi RM50. kalau lebih tu mungkin sebab kenduri kendara.

kalau nak elakkan kenaikan, then syabas kena rasional & explain pada rakyat bersama kerajaan selangor bukan kerajaan ajak rakyat berpolitik 24 jam salahkan orang lain.

tak kerja la rakyat kalau berpolitik 24jam. Kerajaan Selangor lagi la tak kerja..asyik melalak dlm blog, iklan sana sini tunjuk diorang je yg bagus menguruskan hal rakyat padahal hampeh!!!

satu lagi YB, ini adalah kerja publisiti murahan bagi kerajaan selangor. takkan dah 3 tahun perintah selangor isu air tak selesai lagi?

selama BN perintah pun walaupun ada kenaikan, kekadang ada juga rungutan tapi sekarang ni, PR buat isu air ni seolah-olah BN & Syabas ni jahat sangat.

Abis tu Kerajaan Selangor swastakan perlombongan pasir kepada KSSB drp PTG Selangor tu apahal? Apa beza dgn Syabas?
Anonymous said…
Ha ha ha . Mengata orang dia yang lebih. PR oh PR kesian jugak tengok depa sekarang ni.
Darus said…
YB, air isu sensitif rakyat. Kena carry betul-betul sebab aku takut nanti terbalik pulak PR Selangor terutamanya di Shah Alam tu.

Yelah, aku bukan apa, mula-mula katalah kerajaan prihatin isu rakyat, kerajaan jaga kebajikan rakyat, last2 habis dana KDEB lesap.

PR Selangor kena fikir, jgnlah nak nationalizekan pengurusan air di Selangor. Klu lepas ni, air teruk, mcm mane?

Sbnrnya, PR Selangor bukaklah pd mana2 pihak yg nak urus air di Selangor utk dibekalkan kpd rakyat. Mmg air adalah harta awam tp nak urus, nak rawat tu semua kena kos. Mana kerajaan nak cekau duit? Aku takut hbs duit rakyat Selangor jugak kena perah.

YB bolehlah, mula2 naik ISUZU kemudian naik CRV. Rakyat ni, mula2naik honda City, lps tu naik Myvi ja. Jelik tgk ahli2 Parlimen PR masa mula2 bersidang dulu naik basikal la, naik kereta sendiri la, then baru beberapa bulan, msg2 pki kereta baru, siap tempah no plate lagi. Tengoklah rkn YB kat DAP tu..
man said…
UMNO swastakan air sebab nak bagi kroni dia cekau duit. Darus hang tau mana hang kata "YB bolehlah, mula2 naik ISUZU kemudian naik CRV" aku tengok dia dok naik kereta tu dari dulu lagi tak tukaqx sampai la.
man said…
Pelik bila dipikiaqkan ada juga manusiax yg seronok harga air tinggi dan menolak kempen menurunkan harga air.Air keperluan hidup tetapi air telah menjadi sumber perniagaan utk mengisi tembolok dan poket kroni UMNO.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan