Skip to main content

Pengumuman: Cinta Pakai Buang..Syok ke?

"Cinta Pakai Buang..Syok ke?"
Kisah Cinta Tragis Si Romie dan Julie.. Patutkah Romie syok bercinta? atau salahkah Julie mempertahankan cinta nya??? Ayuh.. kita bongkar kebenarannya dimana? Cinta siapa yang bakal dibuang itu..!!!


Talkshow NISA Shah Alam kembali lagi bersama Aizat AF5 dalam talkshow ini.. Persembahan yang bakal mengemparkan penonton.. Lihat la perbezaannya Wardina dan Dr. Harlina Siraj akan mengulas isu gejala sosial dan pendekatan terbaik menanganinya dalam keluarga, sekolah juga institusi pengajian. Dengan penampilan moderator yang tidak asing lagi kak Muna Izzah Dato' Fadzil Noor motivator/perunding imej Muslimah Berkerjaya...

Dalam kempen anti-zina bagi menyambut seruan Generasi Idaman Selangor (GeMS) Kerajaan Negeri Selangor. Panel yang terhebat kami bawakan khusus bagi remaja, ibu bapa berbilang kaum. Mari Hadir bersama !!! Doorgift bagi yang daftar awal..

6 November 2010 / Sabtu 8.30 malam, bertempat di lot parkir Giant, Seksyen 18 Shah Alam

Pastikan anda tidak terlepas tip-tips hebat dari panel berpengalaman luas ini.
Datang tauuu.. hadiah menarik di setiap slot.. Jumpa di sanaaaa!!!

PASTInya Syok !!!

Bagi pihak penganjur program, Nisa' Shah Alam
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
PAS ni tak habis-habis duk sibuk jaga tepi kain orang, kalau nak sangat islam. pergi la masjid wei! jaga anak bini tu dulu, sebelum nak 'dictate' apa yang orang nak.
Ahmad Tajuddin said…
Anonymous:pelik aku ngan org bodoh sekoq ni...org buat baik salah,ko nak jadi ape??dah la pakai anonymous..pengecut..pandai sound je..senang citer,kalau da bodoh duk diam2 kat umah,jgn tunjuk kat org lain...buat malu kaum je...
Anonymous said…
bro November 7, 2010 8:19 PM..yg baik kene sokong..yg xbaik kene tentang..wei khalid..aku dgr ko wt hal bwk ikan masin naik kapal terbng air asia..hehehe..xabis2 wt hal ko ni..ape la nk jd..tp xpe..yg pasti pru13 ni ko xakn merasa lg elaun2 sebgai ahli parlimen kalo ko mempunyai perasaan bongkak n angkuh..aku ingt lg mcmana bongkah n angkuhnye org pas bernm zinar jamaludin..dlu time mjlis bukak pose kt msjd kt kota damansara..si nizar komunis tu dgn bongkaknye bg ucapan dlm bahasa enggeris...bodo..xsedar diri punye melayu..ehh silp..nizar tu org cine..lupe plak aku..ptt slalu jd balaci dap kt perak..hahaha
Anonymous said…
Kesian mamat Anon November 7, 2010 8:19 PM ni. Smoga beroleh hidayah... aminn.
mawaddah~ said…
eh.apa hal plk nk mara2 nih.org buat program tok elak zina kira untung la tuh..ada ja bnda yg xpuas ati..ish2~
Anonymous said…
weii la anonymous1...Islam mmg ugama jaga tepi kain org...supaya org tu tak dibiarkan pakai kain koyak ke...kain singkat ke...kain kotor ke...jd org tu senangle beribadat. kalau tak...takdele ayat
berpesan-pesan dgn kebenaran...dan berpesan-pesan dgn kesabaran' tuu..
Cahaya Hati Nur said…
uiittt... bahasa dia moleknye. Rasulullah menyeru kita agar mengambil berat akan jiran kita. ini bermakna kita sebagai muslim kene tahu apa yg berlaku. sama-sama bangunkan masyarakat muslim. agar gejala sosial ini dibendung. Cuba lihat, akibat membiarkan anak-anak orang lain buat perkara tak elok. Lihat kesannya sekarang ni.. berapa byk statistik yg dikeluarkan ttg zina sahaja.
fikirlah dengan hati yg tenang wahai Anon
Anonymous said…
Wei dollah! kalau kau suka negara islam, tak makna orang lain suka. Malaysia ni dah terlebih islam dah nak islam apa lagi?

Hudud? kepala otak kau, baik kau pergi afghanistan kalau nak sangat. tak pun Iran, apesal tunggu malaysia?
Anonymous said…
ngeh3.. sbb malaysia dah isytihar negara ISLAM laaa... apa laa
man said…
Itulah hasil ajaran,didikan dan pendekatan Islam UMNO selama 50 tahun memerintah.Org buat program utk mecegah yg mungkar kata jaga tepi kain org.Hukum Islam pun dipermainxkan.Tapi kalau org buat maksiat seperti program hiburan yg melalaikan dikatakan bagusssssss...teruskaaaan....melayuboleh.Itu sebab bapak UMNO nak memperbanyakkan pusat hiburan dan nak panjangkan masa operasinya sebab nak bagi melayu lalai dengan hiburan lepas tu senang digulaxkan oleh UMNO. Hancur melayu kerana hiburan yg melalaikan bukan kerana Parti Politik tertentu.
Lagi satu apa maksud komen ANON November 21, 2010 12:12 AM "Wei dollah! kalau kau suka negara islam, tak makna orang lain suka. Malaysia ni dah terlebih islam dah nak islam apa lagi?
Hudud? kepala otak kau, baik kau pergi afghanistan kalau nak sangat. tak pun Iran, apesal tunggu malaysia?".

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-