Kebelakangan ini kita melihat bangaimana UMNO melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, sebahagian besar dari isu-isu yang mereka timbulkan hanya menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk menyerang PR sehingga menjadi bahan gurau di kalangan mereka yang bermaklumat. Sebagai contoh, isu duit judi di Pulau Pinang.
Manakala, isu-isu yang ditonjolkan sekarang pula adalah seperti berikut:
1. Isu pemilihan PKR dan Dato’ Zaid
Gambaran yang ingin diberi ialah PKR berada dalam keadaan huru-hara dan tunggang-terbalik. Oleh yang demikian, sekiranya benar dakwaan ini, maka tiada apa-apa yang perlu di takutkan oleh pihak BN. Tetapi dengan liputan meluas dan tumpuan yang diberi, maka jelas bahawa PKR tetap dilihat sebagai satu ancaman yang perlu ditangani. Yang akan menjadi jawapan muktamad bagi PKR terhadap dakwaan BN itu ialah kesatuan yang akan terhasil selepas selesainya proses pemilihan ini. ‘After the dust settles’ bak kata orang putih, sekiranya selesai dengan baik dan semua bersatu kembali, maka segala dakwaan BN akan terjawab dengan sendirinya.
Berhubung dengan Dato’ Zaid, saya secara peribadi berasa agak terkilan. Beliau merupakan harapan masyarakat Malaysia dan hakikat bahawa beliau mendapat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden walaupun hanya setahun menjadi ahli PKR adalah bukti betapa beliau disanjung dikalangan ahli. Kesanggupan beliau mengorbankan jawatan Menteri demi prinsipnya diketahui dan diiktiraf semua. Malangnya beliau tidak sabar menangani cabaran.
Bagi saya, inilah bezanya di antara mereka yang datang untuk membawa perubahan dan mencorakkan sebuah gerakan dan mereka yang datang dengan tujuan mengepalai gerakan yang telah sedia dicorak. Kategori pertama menjangkakan akan adanya kekurangan dan perlunya melalui proses perubahan. Kekurangan dan kelemahan dilihat sebagai satu cabaran tetapi sanggup diharungi kerana pada dasarnya, wawasan tertentu telahpun diterima semua.
Manakala kategori kedua tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap gerakan yang sedang dibangunkan. Dia sebagai ‘orang luar’ yang menuntut wujudnya suasana tertentu dengan kaedah yang tertentu. Sekiranya ianya belum lagi wujud, maka dia kesal dan berasa kecewa.
Pada awalnya saya mengharapkan Dato’ Zaid memilikki ciri-ciri kategori pertama dan bukan kategori kedua. Namun, kelihatan seolah-olah sebaliknya sejak kebelakangan ini.
2. Isu Banjir di Kedah
Isu banjir di Kedah pun ingin BN politikkan. Kononnya kerajaan Kedah tidak membantu dan lambat bertindak. Dakwaan ini tidak perlu saya respon. Hakikatnya, bukan sekadar kerajaan Kedah bertindak cepat dan berkesan, PAS Shah Alam pun, sepertimana PAS kawasan dan negeri yang lain, telah turun membantu. Selesai sahaja bergalas di Galas, sekumpulan petugas telah terus turun ke Kedah membawa bantuan.
Dalam pada itu misi bantuan disertai pula beberapa badan NGO, pihak kerajaan dan swasta seperti Muslim Care, MBSA, Bidara Flour, Angkatan Edaran dan banyak lagi. Mengikut laporan yang diterima, sejumlah 8 tan bantuan telah dihantar bernilai lebih kurang RM 20,000. Itu baru dari Shah Alam, apatah lagi dari kerajaan Negeri Kedah. Sudah pasti jauh lebih banyak.
Lagi gambar dari album Facebook Ahmad Safwan
3. Isu ‘penyelewengan’ di Selangor – PKNS dan Yayasan Selangor
Akhir akhir ini timbul pula isu ‘penyelewengan’ di Selangor. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PKNS dan Yayasan Selangor untuk beberapa program yang tidak munasabah dan terlalu mewah dan boros ditonjolkan. Ya, mungkin benar. Jumlah perbelanjaan yang didedahkan dibawa oleh ADUN dari kedua-dua belah pihak mungkin dianggap tidak wajar dan tidak boleh diterima. Namun, perlu disiasat dan dibuat perbandingan dengan apa yang pernah dibelanjakan dahulu. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada yang mendedahkan perkara ini.
Pada masa yang sama saya ucapkan tahniah juga kepada kerajaan Negeri Selangor atas tindakan segera mereka mengarahkan pegawai yang disyaki terlibat bercuti supaya siasatan dapat dilakukan dengan tepat, berkesan dan segera. Yang terlibat perlu dikenakan tindakan, sekiranya didapati bersalah dan tidak dilindungi. Mengarahkan mereka bercuti juga merupakan satu tindakan yang wajar sambil peranan mereka dalam kes berkenaan disiasat.
Jangan buat macam kerajaan BN. Walaupun dikemukakan bermacam-macam aduan dan laporan penyelewengan, ianya ‘business as usual’ atau semuanya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa masalah. Kalau siasat pun, pegawai berkenaan masih di situ, mengepalai siasatan tersebut! Hendak siasat Ketua Polis Negara, KPN masih bertugas sebagai KPN!
Peristiwa sebegini perlu dimanfaatkan oleh PR untuk menunjukkan perbezaan di antara PR dan BN dan betapa PR telus dan tidak membela mana-mana pihak. Yang terbukti bersalah akan tetap dihukum.
4. Kembalinya Politik Samseng UMNO
Baru-baru ini kita turut digemparkan dengan berita seorang ADUN, YB Ng Sekinchan, dipukul samseng UMNO. YB berkenaan terpaksa dibawa ke Hospital untuk mendapat rawatan. Aneh dan ajaib, ada pula YB UMNO, Menteri pula itu, membela golongan samseng ini!
Inilah bukti sahih betapa kemaruknya UMNO dewasa ini. Sehingga hilang punca dalam usaha menangani cabaran kebangkitan PR. Samseng pun dibela dan dilindungi. Mungkin BN melihat budaya samseng sahajalah yang merupakan penyelamat mereka dewasa ini. Sepertimana dalam isu 'kepala lembu' di Shah Alam. Saya difahamkan UMNO Selangor yang bayarkan denda/saman golongan kepala lembu tersebut.
Semasa korban minggu lepas, ada yang siap pesan, “Hati-hati, jaga kepala lembu, supaya tidak jatuh ke tangan puak-puak kemaruk ini!”
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Misi Bantuan Banjir di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu |
Kenderaan Pacuan 4 Roda Skuad Bantuan PAS Selangor |
Misi Bantuan Banjir |

Comments
Wong Joe War
macam2 ler ko ni..sah ler ko ni ahli politik!!
Kenapa ya begitu dangkal komen YB dalam semua isu yg diketengahkan. Kenapa x ulas isu-isu tersebut dan kemudianya buat kesimpulan. X pe lah YB, nak buat cam ner YB pun sama gak, siap offer buat kilang arak yg lagi beso !!! emm YB ni MP DAP ker PAS?
Lama tak masuk entry..sampai gundah gulana YB kita ni.
By the way, YB kata UMNO melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.
Aku tak pasti apa si YB ni nak cakap. Kat entry bawah ni dia ajak rakyat tolak kenaikan air sebanyak 37%. Kalau tengok agenda YB ni, dlm ceramah dia akan datang ni sudah confirm dia akan melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan UMNO/BN.
Betul YB? Takkan lah YB tak nak kutuk sikit pun. Apa barang YB.
Pasal Zaid, hahahaha..gelak gua..itu orang buangan UMNO..so what the hell you nak marah umno pulak?
Pasal isu Banjir di Kedah. Yang di pertikaikan adalah di mana kerajaan negeri pada masa itu & bukannya PAS (siap ada gambar YB lagi..TAKBUR)? Yang PAS nak salahkan salahkan adalah landasan berkembar kenapa?. LGE Lidah Biawak tu apahal?
Pasal Isu ‘penyelewengan’ di Selangor – PKNS dan Yayasan Selangor..ini adalah isu orang Melayu. Kenapa di usik hak orang Melayu dalam Yayasan Selangor & PKNS?
PKNS banyak buat rumah orang melayu mampu beli. Yang PKNS buat rumah sampai harga juta-juta tu kat KL apahal? Cuba list kan berapa ramai orang melayu boleh beli? Sejak PR ambik alih, PKNS jadi carca merba..kau tau ke?
Masa BN perintah dulu, ada ke isu pasal Yasayan Selangor & PKNS?
Cuba bagi bukti sikit. Jangan main tembak cakap ‘business as usual’.
Ni aku nak bagi tau kau YB, bangunan PKNS kat PJ tu, kenapa di jual?
Pasal isu Kembalinya Politik Samseng UMNO..hahaha..gelak aku..kau nak temberang rakyat. aku teringat bila ahmad nisfu nak kena cepuk dgn aziz satar dlm cerita seniman bujang lapok. yang geli hati ahmad nisfu yg tergolek sebelum kena cepuk.
So pasal cina DAP tu jalan cerita dia lebih kurang sama dgn ahmad nisfu..hahahaha..
Moralnya kat sini.
Jangan main hentam & guna kepala lutut yg dah bergoyang tu nak temberang rakyat pasal air lah pasal umno kemaruk politik lah..
aku pun kena tipu masa PRU12 undi kau. aku ingat lagi baik drp aziz shamsuddin..rupa-rupanya lagi jahanam selangor ni..
aku bagi contoh je..Kalimah ALLAH yg kau nak jual pada kristian..
aku sebagai pengundi kau dlm PRU 12 akan ingat benda ni sampai bila-bila..
p/s: aku terserempak dgn brader kau Datuk Shahril Samad kat Subang Airport hari Ahad lepas..aku respect dia lebih drp kau..kalau dia lawan kau dlm pru 13..confirm kau kalah la Khalid!!..
WaLlahu 'Alam
Gambar ini pula dirakam hari ini sebaik sahaja dia tiba di Kelantan. Sihat, bertenaga dan ceria.Tiada kerusi roda pun untuknya.
Sebelum masuk Tanah Haram dia sihat, masuk sahaja Tanah Haram dia sakit, keluar dari Tanah Haram sihat semula.
Adakah bumi Mekah tidak mahu menerima Nik Aziz ?
Sama-samalah kita fikirkan.
Posted by Team Gelombang Merah at 3:44:00 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz Links to this post
Saturday, November 20, 2010hek?
Your comments really hurt them to their chest. With due respect blast them off habis habisan terutama umno Selangor yg selama ni belagak sombong nak mampos.
elaun mereka bergantung kepada keaktifan pak khalid dan dan lain2 menulis.
eloklah bertafakur bebanyak...Shah Alam bakal hilang...selagi jadi MP ni elok lah buat kerja...org shah alam dah meluat dgn PAS dan YB khaled....kami nak org selangor bukan org johor yg tak faham dgn budaya dan adat kami d selangor....inysllah selangor akan di tawan balik oleh BN....amin
Shah Alam bakal lenyapkan kuasa PAS.
PAS Sek18 sendiri bencikan Khalid apatah lagi orang Shah Alam yg tak kenal Khalid Samad.
Selangor tak pernah ada isu besar kecuali isu air yg nak di perbesar-besarkan oleh PAS-PKR dan satu lagi pakatan BABInya iaitu DAP.
Apa ingat kalau PR bagi subsidi air tu boleh pukul canang ke?
BN dah buat dulu. kauorang cuma tiru je..bezanya BN dgn PR adalah BN tak heboh pasal subsidi tapi kau orang dlm PR baru bagi sabsidi sikit dah riuh satu dunia.
apa ceritu lembaga hijau bulat yg masuk comment kata orang mcm aku ni yg tulis kritik yb kata umno apco?
tolong sikit..aku tak ada kena mengena dengan apco.
betul la kata orang..kalau sokong pas confirm islam tapi menentang pas itu mcm menentang islam..
-bersamaan dengan RM11 subsidi yang kerajaan pakatan selangor tanggung untuk bil air.
-bermakna kerajaan pakatan menanggung kos RM11 juta sebulan.
-setahun RM 136 juta
kerajaan pusat dh lm bg bermcm2 subsidi..
-RM 10.2 billion untuk subsidi petrol,disel dan gas cecair (LPG)
-RM 400 juta untuk subsidi gula.
-RM 30 juta untuk subsidi tepung.
-RM 974 juta untuk subsidi baja,benih dan padi.
hahaha..tgk..jauh gile beza..tp xlm lg aku dgr sel gov dh xmampu nk bg subsidi..kedah n png pon air dh naik...hahahaha..jasa yg xseberapa kerajaan sel bg abis riuh satu dunia..jasa besar yg kerajaan pusat bg lngsung xdihiraukan..
KHALID SAMAD TELAH DIGUGURKAN TARAF SEBAGAI RAKYAT JOHOR...
DIMINTA JANGAN KAITKAN KHALID SAMAD DENGAN NEGERI JOHOR...
TINGKAH LAKU BELIAU SANGAT MEMALUKAN BAGI SEORANG ANAK JATI JOHOR.
a. umno = fitnah
b. umno = judi
c. umno = arak
d. umno = rasuah
e. umno = bodoh
f. umno = sombong
g. semua di atas
Teruskan usaha YB sebab mereka sebenarnya tiada hujah. mereka boleh tulis apa saja hatta membuat andaian kononnya Tn Guru MB Kelantan tak diterima hajinya kerana jatuh sakit apabila berada di Bumi Mekah. Mereka ni jenis manusia yang bangsat dulu kini dan selamanya. Kebangsatan merekalah yang menyebabkan orang melayu merempat di negeri sendiri, Islam hanya ada pada nama saja, kekayaan negara dibolot dan dibahagikan sesama mereka.
YB khalid,
eloklah bertafakur bebanyak...Shah Alam bakal hilang...selagi jadi MP ni elok lah buat kerja...org shah alam dah meluat dgn PAS dan YB khaled....kami nak org selangor bukan org johor yg tak faham dgn budaya dan adat kami d selangor....inysllah selangor akan di tawan balik oleh BN....amin
Selangor ni lubuk duit bagi umno & the geng..so rakyat selangor hati2 dan teruskan bekerja untuk memastikan umno/bn terus tersungkur dalam pru akan datang.
Menyokong umno/bn sama seperti menyokong judi, arak, rasuah dsb.