Takkala sedang sibuk UMNO/BN menghebohkan kononnya kerajaan Negeri PR di Kedah tidak memberikan sebarang bantuan kepada penduduk yang berhadapan dengan banjir, bangunan Parlimen Malaysia juga mengalami "kebanjiran". Namun, ianya bukanlah perbandingan yang setara. Ini adalah kerana, setelah membelanjakan peruntukan berjuta-juta ringgit, bangunan Parlimen masih lagi bocor. Maka adalah jelas, sekiranya tempat persidangan wakil rakyat dan para menteri pun pun tidak dapat diselenggara dan diperbaiki oleh pihak yang diberikan amanah, apakah pula nasib bangunan-bangunan dan projek-projek lain di seluruh negara. Saya sertakan di sini beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa di Parlimen tempohari untuk tatapan semua.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
LEAKS
bila kerajaan plan nak buat bangunan parlimen baru kau BANGKANG.
Nak repair kau kata mahal la, umno songlap duit la, kroni la..
Apa punya mentaliti la kau ni..
bagi la cadangan bernas sikit. bukan umno je duduk dlm tu..kau & da gang pun duduk dlm tu jugak!
dasar membangkang je tapi idea kosong!
anugerah tuhan konon..priiiiraaahhh!!!
bro joehan..kau komen sikit..
p/s: gua bukan joehan ye pastrooperssss
Mana ada orang gila nak mengaku dia gila bro (joehan), yetak??... ekekeheh
Semua pakai tangkap muat, only do it when there is a need or repair bila rosak, macam ni, hangus lah.
Kalau dah bina menara besaq-besaq (ie:KLIA, Menara Petronas dll), kalau tak bajet untuk maintenance, habis lah.
Think about it. Its not about the bocor thing that the opposition in Parliament is talking about, its the maintenance mentality/culture.
psl parlimen plak..aku setuju yg kita xpyh buat bangunan parlimen br..kite kekalkn yg lama..cume perlu upgrade n baiki dari ms ke semasa.. mcm November 30, 2010 1:38 AM kt ats tu ckp..kalo kerajaan pusat nk upgrade nnti ko n geng2 pakatan haram kate habiskn duti rkyt plak..kalo xupgrade bocor n berlubang korng kate xbuat kje plak..ermm..sush kalo pembangkang malaysia yg hanya tau membngkang ni..mmg dasar pembangkng @ pembangang!!
Manusia nie kalau dah cecah 50 tahun macam-macam penyakit ada, kalau dah berpenyakit nak sembuh 100% tu payah la sket tapi bagi makan ubat jangan sampai dia teruk je.
Sama juga la dengan bangunan pun, Bangunan Parlimen nie dah masuk nak 50 tahun (siap tahun 1963) dalam ketegori veteran la tu macam-macam penyakit ada.
Lagipun dulu diaorang design bangunan nie, MP tak sampai seratus orang pun, staff Parlimen berapa puluh orang, wartawan yang nka datang Parlimen pun berapa kerat. Cuba YB bandingkan dengan sekarang, MP sahaja dah 222 orang, staff ntah berapa ratus orang, wartawan pulak datang Parlimen dah macam pasar malam.
Secara logiknya, bangunan tu dah tua tapi bebanan dia makin betambah, mungkin lebih dari apa yang diaorang design. Kalau orang dah tentu mati dah, tapi bangunan lain la caranya, retak sana retak sini, bila retak ada la bocornya.
Untuk makluman YB jek.
-wakleman-