Skip to main content

Baiki Mutu, Bukan Tuduh Kurang Patriotik

Hazayani Zakaria (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) mahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memikirkan cara untuk menarik minat rakyat untuk menyertai tentera.

Beliau berkata, kementerian berkenaan harus merangka satu pelan jangka panjang, sebelum menuduh orang bukan Melayu kurang menyertai bidang ini kerana kurang semangat patriotik.

"Kalau perkhidmatan dalam tentera itu boleh dirangka dengan satu corak,sehingga apabila seseorang bersara dari angkatan tentera pada usia 40 tahun, mereka mempunyai kerjaya yang jelas sebagai jurutera,pegawai pentadbir,pegawai logistik dan sebagainya kerana mereka mendapat latihan yang profesional dalam bidang tertentu.

"Ini boleh menarik orang bukan Melayu menyertai bidang ini kerana pilihan kerjaya ini bagus.

"Ini yang sepatutnya difikirkan oleh Menteri Pertahanan. Jangan fikir bila masuk tentera,bila dah pencen jadi pemandu teksi atau pun cukup dengan pencen yang diperoleh," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Zahid itu sebagai mencerminkan pemikiran pemimpin Umno yang masih dibelenggu dengan prejudis perkauman.

"Kenyataan ini adalah berasaskan kepada corak pemikiran yang masih kuat tersemat di kalangan pemimpin Umno bahawa orang-orang bukan Melayu ini adalah orang asing dan lebih setia kepada negara mereka.

"Inilah asas kepada perkauman yang berjaya ditimbulkan Umno dalam permainan politik mereka.

"Saya rasa masa dan zaman itu telah berakhir. Saya yakin semua rakyat Malaysia telah memutuskan hubungan kerakyatan mereka dengan negara-negara asing. Mereka semua rakyat Malaysia yang mempunyai kesetiaan yang sepenuhnya kepada Malaysia," katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media sama, M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) memberitahu, beliau akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat bagi mencadangkan gaji Menteri Pertahanan dipotong RM10 setiap bulan.

Tegasnya,usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) itu bagi membantah dakwaan Zahid yang disifatkan telah menyinggung perasaan orang bukan Melayu.

"Zahid tidak boleh melarikan diri dengan menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan orang bukan Melayu," katanya.

Zahid Selasa lalu membuat dakwaan itu sewaktu menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang meminta beliau menyatakan jumlah anggota tenteta baru yang diambil dalam tempoh dua tahu lalu mengikut pecahan kaum.

Zahid bagaimanapun menafikan beliau mendakwa demikian dalam sidang medianya kelmarin.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Patriotik orang Umno ini adalah dengan merompak, mencuri & melanun kekayaan negara.

Itu ciri ciri yang patriotik. Cuma pegawai tentera yang tak nampak, masih jadi hamba kepada UMNO, bukan kepada negara.

Bila dah pencen baru sedar diri.
Anonymous said…
YB, itu lah akibat nya apabila seorang menteri yang mendapat maklumat yang misleading dari mereka yang memimpin ATM yang rata rata berasaskan ketuanan rather than merit dan kesilapan nya adalah Pak Menteri sendiri yang melantik mereka dan akibat nya mereka ini lah yang memperlekehkan menteri dan maka merasa malu dan keliru lah pak menteri cuba memberi jawapan berbelit belit.
Maka di jawab lah olih Pak menteri untuk damage control dan menyatakan terdapat bangsa yang tidak patriotik ini di lantik menjadi General ATM. Tetapi Pak Menteri ingat kami di luar ni tergolong dari orang yang hanya mengangguk sahaja!!! ish, ish Pak Menteri, sedar kah Pak Menteri bahawa mereka yang berjaya menjadi General tu semua nya keturunan MCA, MIC yang kuat cari makan walaupun tempat bertugas mereka tidak ada kesan dan tak siapa memandang mereka, sekadar duduk dan terus mengampu.
Alahai Pak Menteri ATM. Kalau menjawat jawatan yang kuasa nya lebih kurang kuasa seorang koperal maka takde makna nya!
Anonymous said…
salam yb,kekurangan kaum selain melayu dlm menganggotai tentera boleh dikatakan kekurangan semangat cintakan tanahair..golongan itu memang tidak dinafikan mpunyai smgt ptriotik ttp ianya lebih kpd sisi ekonomi bukan menfokuskn kpd menjaga,mgawal mgawasi tanah tumpah darah..bagi menjiwai kasih n sayang kpd tanahair,sejarah malaysia wajib ditekankan kpd semua rakyat dan mhebohkan sejarah tanahair dgn giat melalui media massa n dewan...pemimpin2 skarang juga nampak seakan kurang cakna n peka dgn hal yg melibatkan sejarah...sambutan yg hebat oleh kaum india kpd perdana menteri india baru2 ini,seakan2 menampakkn jiwa mereka masih lagi terhad dlm mencintai tanahair mereka kini...tanpa sejarah,generasi hari ini n kemudian sukar untuk bersikap mhormati sesuatu kaum...bg pakatan rakyat,harus juga mnbentuk@mgumpul sejarawan bg mengkaji sejarah kerana penulisan sejarah malaysia spt melibatkan tokoh nasionalis kiri byk dikotori oleh tangan2 yg tidak bertanggungjawab...sekian
Anonymous said…
ko ni asyik nak membangkang aje...tgok la pada realiti nya..
Anonymous said…
sebut bab sejarah kemerdekaan..boleh rujuk Hj. Subky Latiff....beliau memang seorang sejarawan yang tak didendang (unsung historian)...
Anonymous said…
Memang betul apa! Kaum2 lain tak ramai yang berminat masuk tentera & polis. Mereka2 ni sanggup lagi jadi bapa ayam atau along sebab imbuhan banding dengan gaji pasukan beruniform memang jauh beza. Si Khalid ni pun satu. Awak duduk kat Parlimen tu buat apa? Kenapa tak bagi cadangan untuk meningkatkan mutu & kualiti profesyen pasukan beruniform. Cakap je lebih, tapi hampeh.
Anonymous said…
Kalau kita kaji sirah Nabi SAW tentang perang Uhud, banyak sungguh pengajaran yg kita dapat daripada nya. Malahan bab perang Uhud ini adalah bab yg terpanjang di tulis dalam mana- mana kitab sirah yg muktabar yg membincangkan perang dalam kategori perang Guzwah

Kepada yg berfahaman nasionalis (negara bangsa), liberal atau radikal baca dan fahamkan dari aspek sirah perang ini dan tanyakan diri kita sendiri kedudukan fahaman Islam yg kita anuti.

Jangan terperanjat silap -silap kita di pihak Abu Sufyan dan Hindun dan bukan nya di pehak Nabi SAW dan Hamzah.
Anonymous said…
Tunggu lah kaum melayu shah alam belasah kau dalam pru13 akan datang.

tak sabar rasanya
Anonymous said…
YB Khalid Samad,
aku nak tanya sikit boleh?
aku dengar cerita kompleks PKNS dah di jual? betul ke?

Kalau betul kenapa tak buat sesuatu? Kompleks PKNS tu lah yg banyak tolong kami orang melayu ni. daripada tahun 1981 aku duduk shah alam, kompleks PKNS itulah yg berjasa pada kau pada masa tu tak ada kereta.

Apa dah jadi dgn kerajaan Selangor sekarang? Habis semua nak di gadaikan?

Dulu, kata BN pengamal rasuah. ok la..kalau sikit-sikit tu cacat cela BN aku paham la..tapi yg kerajaan sekarang ni aku rasa lebih teruk dari najis la..

aku dah fed up dgn pakatan rakyat..slogan rakyat digunakan utk mengaburi orang mcm aku nih!!..

hampeh la kauorang semua.

Allah baru beri secebis kuasa pada kau!
AKu doakan kauorang kalah PRU13.
Anonymous said…
Eleh YB, hahah. Kurang mutu konon, habis tu melayu yang kerja tentera pertahan negara siang malam tu apa? polis tu apa? bukan manusia?

Ptuih!

Memang betul Zahid cakap tu, puak ni masih sayang negara ASAL. dan juga macam bapuk, jaguh dekat jalan serang melayu saja pandai
Anonymous said…
Hangpa apa tau, cina tak mau masuk askar sebab boleh dapat ada dlm askar tu, depa lebih suka berniaga dan kerja yg bergaji lumayan dan padan la dengan meraka sebab mereka rajin belajar tapi budakx melayu malas yg dia rajin melepak,merempit,hiburan itu saja sebab itu pelajaran ketiggalan.Cuba tengok jom heboh,konsertx hiburan dan apax saja program penuh dengan budakx melayu.Melayu ramai masuk sebab itu saja pilihan terakhir utk bekerja.Fikirxlah.
Anonymous said…
Aku bekas tentera,dalam tentera kalau nak keistimewaan dan bermutu kena masuk pegawai kalu setakat LLP tu hampeh yg dapat.Aku dah pencen sampai la ni minta kerja tak daptx sijil yg ada dlm tentera satu tak dapat membantu.Sebab tu puakx tu tak nak masuk tentera, kalau masuk pun sudah tentu berhenti awal.Bab cadangan meningkat mutu ni dah lama Y.B. PAS bersuara tapi apa yg kerajaan buat habuk pu tarak.Anakx pak menteri tu ada ka yg masuk tentera jadi prebet, dah tentu tak ada.Oleh itu jangan cakap kaum cina tidak patriotik sedangkan anakx pak menteri sendiri tidak memilih profesyen ini.northerner kata YB telah menyinggung perasaan bangsa melayu kerana majoritinya menjadi askar,rasanya tak betul langsung kerana itulah realitinya anakx melayu hanya itu saja yg mampu mereka memilih perkerjaan terakhir setelah tidak dapat pekerjaan lain.Aku masuk askar dulu gaji RM300,saja sebab aku org susah nak bantu mak bapak.nak belajar mak bapak tak mampu,nak minta kerja lain tak layak, itulah realitinya.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan