Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyelar Bajet 2011 yang menunjukkan defisit secara 14 kali berturut-turut.
Khalid sewaktu membahaskan bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan idea dan tidak mampu menghasilkan bajet yang mengandungi kaedah menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara.
"Walaupun kerajaan menyebut defisit hanya 5 peratus lebih sedikit sahaja, hakikatnya peratusan itu bukan berdasarkan kepada jumlah bajet tetapi ianya berdasarkan kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 5.2 peratus atau 2 atau 3 peratus atau 4 peratus daripada KDNK, ia merupakan angka yang cukup besar," katanya.
Menurut beliau juga, berdasarkan bajet yang dibentangkan, pinjaman kerajaan menunjukkan angka yang sangat besar iaitu sebanyak RM46 bilion.
"Kalau kita lihat dalam buku ucapan Bajet 2011, kita akan melihat di muka surat yang mengadungi carta pai jumlah penjaman dan penggunaan daripada aset-aset kerajaan, ianya adalah sebanyak 22 peratus adalah daripada pinjaman.
"Jumlah pinjaman ini adalah sebanyak RM46 bilion. Ini merupakan satu jumlah yang cukup besar dan apabila kita lihat bahawa kita pun pada masa yang sama membayar hutang negara sebanyak RM18 bilion.
"Ini bermaksud kita pinjam untuk bayar pinjaman negara. Ini merupakan satu keadaan yang sangat parah kerana kalau tidak ada pinjaman RM46 bilion itu dengan cara pengurusan kewangan yang dilakukan oleh BN, kita tak akan ada duit untuk membayar pinjaman yang telah kita buat sebelum ini," jelasnya.
Tegasnya juga, kerajaan telah menunjukkan cara pengurusan kewangan yang sangat tidak bertanggungjawab apabila hutang negara melonjak melebihi RM400 bilion dalam keadaan pendapatan kerajaan dan negara semakin berkurangan.
"Hutang bertambah, peratusan wang yang kita gunakan untuk servis pinjaman semakin bertambah, pendapatan semakin menguncup," katanya lagi.
Ujarnya juga, meskipun laporan audit negara dikeluarkan pada setiap tahun, namun kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan untuk memulihkan ekonomi negara.
"Bajet ini tidak mengambil kira masa depan anak cucu kita. Kita telah dianugerah Allah satu negara yang begitu kaya dengan hasil minyak dan sebagainya tapi kerana boros, pengurusan yang tidak cekap, penuh ketirisan, walaupun dilaporkan ketua audit negara setiap tahun, tapi tak ada kesungguhan BNuntuk mengubah keadaan ini," katanya.
Selanjutnya dari HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
Buka mata dan lihat hutang hutang credit card, pinjaman rumah, kereta dan lain lain.
Bila anak muda banyak hutang, hilang selera untuk kerja kuat untuk bina keluarga sihat.
Asasnya, jangan terlampau ikut gaya menunjuk seperti ahli UMNO dengan kereta mewah. Banyak yang hutang bank tak bayar juga. Nak tunggu wang sedekah UMNO.
Sedara, cuba sekali sekala lihat pada benda baik yang BN tabor untuk rakyat selama ini. Takkan segala perbuatan BN semua jahat?
Hutang memang hutang. Tapi BN bagi pelbagai kemudahan untuk rakyat. Hospital kerajaan (beranak bayar murah, sakit bayar murah, demam bayar murah) semua ni perlukan wang. Buku sekolah kerajaan murah, tusyen pelajar sekolah rendah & menengah murah. Semua perlukan wang!
Duit mahu, hutang tak mahu. Apa ni sedara? Sila jangan complain saja!
anak muda boros berbelanja pon nk slhkn pihak lain jgk...alahai...kalo mcm ni la mentaliti puak2 pembangkang..hancur la negara..sume keslahan nk letak pd pemimpin negara..hahaha..mmg dasar pembngkang @ pembangang..
hutang kredit kad pon slhkn gov ke??utang umh pon slhkn gov ke??utang kereta pon slhkn gov ke??hahaha..pttla skong khalid gereja ni..rupenye otak ko mmg xbrape pandai...hahahah..
wahai khalid ..harap ko blh jwb soklan aku ni..negara manakah yg mempunyai defisit tertinggi skali kt dunia ni????negara yg mempunyai defisit tertinggi tu la yg menguasai ekonomi dunia skrng ni..mentaliti pembngkng @ pembangang kt malaysia ni adalah membngkng tanpa bg idea alternatif...hahahaha..ubah la skit cr berfikir tu..asyik2 nmpk kesalahn org lain..kesalahn sndri xnmpk...hehehe.
anak muda bercanda-candaan.......salahkan kerajaan..
anak muda tak mahu belajar....salahkan kerajaan...
anak muda nak kebebasan.....salahkan kerajaan...
anak muda tak kenang jasa mak ayah...salahkan kerajaan..
anak muda mengganggur.....salahkan kerajaan....
korang memang hebat...semua salah kerajaan.....
tapi peliknya .....korang tak jemu-jemu nak jadi kerajaan...ish..ish...ish....memang hebat...
hahaha..khalid!!! hahahaha...
Penguasa kerajaan (PK) yang bertanggung jawab ialah PK yang kena bertanggung jawab terhadap setiap sen dibelanjakan, PK bertanggungjawab ialah PK yg kena bertanggung jawab terhadap setiap kerosakan/kelemahan/kepincangan berlaku dlm negara yg diperintah dan hendaklah dg pengurusan yang terbaik, PK tak boleh selamba lepas tangan terhadap apa sahaja yg berlaku terhadap rakyat dan makhluk Allah dinegaranya yg ditadbirkan olehnya bahkan termasuk binatang2 dan alam sekitar dinegaranya, kalau tidak mereka adalah PK yg tak ada tanggung jawab.
Ketua kerajaan jenis tak bertanggungjawab ni kena letak jawatan dan berikan kepada orang yg lebih bertanggung jawab, dia kena balik rumah tanam sayur atau bela ikan kolam sbb dg itu dia hanya bertanggung jawab terhadap anak bini dab sayurnya dan ikan belaan sahaja. Meraka tak pegang amanah mengurus harta rakyat
PK merekalah yg berkuasa membuat polisi merancang dan membuat sistem pendidikan, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem kekeluargaan, dll. Duit elaun dan gaji PK adalah duit rakyat, apa sebab hang nak bela pemimpin jenis ini. Ingatlah "Kullukum raai wakullukum masuulun an raiyaatih".
korng dh bc blom laporan audit negara..bc pendapatan negeri selngor..,menurun start dr pr pegang..hahaha..tu nk kira cmne tu..cmne leh menurun??hahaha
Komen saudara dan komen yg saya tulis pada akhir sekali "kullukum raai.." tu untuk umum. semua orang bertanggung jawab terhadap amanah yg dipikul.
Yang jadi tajuk bicara sdr khalid tu bab tanggung jawab dlm kontek kerajaan pusat yg mengawal keseluruhan sistem ekonomi, budaya, pendidikan, dll. Kita tak bicara bab lain dari itu sekarang. Kita insyaallah kalau ada peluang yg lain boleh berbicara bab kerajaan2 negeri pula, yg ada juga kuasa tetapi kemampuan mereka agak terbatas dlm banyak perkara.
Tak kira kerajaan mana pun sekiranya mereka tak bertanggung jawab tu yg kita persoalkan, mana2 kerajaan yg bertanggung jawab membelanja duit rakyat secara yg tidak berhemah juga tidak bertanggung jawab dlm hal2 lain yg menjadi bidang kuasa dan tanggung jawab mereka tu yg menjadi perhatian dan teguran kita
Dia ni pemantau upahan. Saya perhatikan Tiap2 entry, ada saja komen busuk dari dia. Sampah betul lah dia ni.
YB tak payah lah siarkan komen dari dia. Tak ada substance!
Jangan bagi dia cari makan kat blog YB.
Biar dia belajar cari rezeki yg halal.
I suspect, some of the comments above are from the same person!
wahai saudara anon October 28, 2010 1:53 AM..anda memberi ulasan atas komen anon anon oct 26, 2010 7:17..dlm komen anda menunjukkan yg anda juga menyalahkan kerajaan dlm byk hal sedangkn anda lupe mengenai tanggungjwb keluarga n masyarakt..dlm komen anda hanya meletakkn 'penguasa kerajaan (PK)'..cume ayt yg akhir skali je konon2 anda tujukn kpd umum..tp dlm komen anda penuh dgn cerita utk menyalahkn pihak kerajaan..sy pon tidak spesifikkn samada kerajaan pusat or kerajaan negeri..mmg la setiap kerajaan tu ade kesalahannya..kite kn manusia n xlari dr kesalahn..ni komen dr anda "PK merekalah yg berkuasa membuat polisi merancang dan membuat sistem pendidikan, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem kekeluargaan, dll"..memmgla kerajaan yg gubal polisi..tp ko agak sape yg menjalankn polisi ni..yg menggerakkn kn polisi ni adalah rakyt biasa..cthnye polisi kekeluargaan..polisi pendidikn..so yg aku mksdkn kt cni..kene la pkir jgk psl tanggungjwb keluarga pd anak2..tangunggjwb jiran2 pd masyarakat...xpyh nk letakkn kesalahn 100% pd org lain..
Hutang Rumah....
Hutang Kereta...
Hutang Pinjaman Peribadi...
Hutang Alonggggg...
Sebab apa berhutang banyak-banyak tu? SEBABNYA GAJI CIPUT!!! TAPI SEGALANYA MAHAL BELAKA DAN KENA PAKAI DUIT.
sebabnya berkait,
Beli kereta Proton pun mahal hutang sampai 9 tahun, tapi jual kat luar Negara murah plak. Kena roadtax dan isurans, bayar petrol pun mahal kena plak tol yang makin hari makin naik.
Nak beli rumah pun mahal, hutang sampai 30 tahun.
Dah duit tak cukup nak beli rumah dan kereta untuk bayaran pendahuluan terpaksa buat pinjaman peribadi, berhutang lagi.
Nak upgrade rumah dan kereta dan lain-lain kena pakai modal gak tekan kad kredit, berhutang lagi.
PASAL APA SEMUA NIE JADI BERHUTANG NIE??
Pasalnya KERAJAAN LA WEIII..
1. Gaji Rendah.
2. Kos Sara Hidup makin tinggi.
3. Harga kereta Nasional pun mahal nak mampus, cukai punya tinggi.
4. Harga rumah makin melambung.
5. Tol asyik naik tak turun-turun, tapi untung syarikat konsesi dah berkali ganda.
6. Petrol pun yang digali diNegara sendiri pun mahal.
TU SEMUA KERAJAAN PUNYA PASAL LA WAHAI SILEMBU JOEHAN!!
-wakleman
wt la kje part time kalo xmampu..jual insuran ke..agen unit trust ke..jd cikgu tuisyen mlm2 ke..bisnes kecik2 ke..mlm ke..ni keje mkn gj..gaji taraf kerani plak tu..tp berlagak nk mampos..sbb tu duit ko xpnh ckup...sbb xreti bersyukur dgn kurniaan Allah..asyik tau nk merungut n slhkn org lain je..mmg ptt pon org mcm ko ni skong pembangkang..hehehehe..taraf otak2 bdk pembangkang mmg mcm ni..hahahah..org xreti bersyukur n pemalas mcm ko mmg slalu duit xckup..hahaha..dasar pemalas!!
Tgklah cara si johan tu cakap, ubah gaya hiduplah, jgn hutang lah, tgk kemampuanlah. Mmmg mentaliti diaorg dah camtu sbb lama sgk ada kuasa, tak pernah rasa susah sbb diarog senang dpt projek atas angin atas dasar UMNO itu Melayu. Itu sebab kena kasi tukar!