Skip to main content

Sepanduk Yang Sempit

Saya melihat akan sepanduk ini di Shah Alam dan saya terperanjat. “Selamat Hari Raya kepada keluarga UMNO” tercatit jelas di atasnya. Di tepi kirinya gambar Noh Omar dan di tepi kanannya lambang satu Malaysia.



Hai, terfikir pula saya betapa sempitnya pemikiran dan dunia pemimpin UMNO. Adakah disangkanya Hari Raya disambut oleh hanya ‘keluarga UMNO’? Atau, walaupun ianya disambut oleh yang bukan keluarga UMNO, pemimpin UMNO hanya mengambil berat tentang keluarga UMNO?

Atau adakah ianya hasil dari satu manifestasi perasaan kesunyian yang tersembunyi jauh di dalam sanubari dan benak pemimpin UMNO bahawa dunia mereka semakin sempit dan hanya ‘keluarga UMNO’ sahaja yang akan menyambut baik ucapan dari mereka?
Apa-apapun, ianya bercanggah dengan simbol satu Malaysia yang terpampar di tepi belah kanan sepanduknya. Atau konsep satu malaysia itu tidak difahami oleh pemimpin UMNO sendiri? Yalah, kalau nak dikatakan Hari Raya adalah perayaan orang Islam dan yang nak diucap itu adalah untuk orang Islam sahaja sekalipun, takkanlah hanya ‘keluarga UMNO’ sahaja yang Islam?

Hairan sungguh saya dengan pemimpin UMNO. Lidah-lidah mereka bercakap tentang perpaduan Negara, tetapi tangan-tangan mereka mencetuskan perpecahan. Selamat Hari Raya UMNO!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

lan said…
bulatan ke Shah Alam
Anonymous said…
YB,
rasanya tak ada celanya mengucapkan kepada seluruh keluarga umno selangor.

ianya sama seperti kita kata kat mak kita atau ayah kita kalau kita tak balik kampung masa raya "mak kirim salam dengan ayah, abang, adik-adik ya. kata saya ucapkan selamat hari raya kepada keluarga". takkan nak kata "mak kirim salam satu kampung & kata kat satu kampung saya ucap selamat hari raya".

nak mampus? kena pergi jumpa dengan orang-orang kampung semata-mata nak bagitau anak kita kirim salam?

YB kena rasional sikit hal ini & jangan kata politik sempit walaupun kita tahu umno tu macam tu. tapi bila YB ungkit & kata begitu maka YB pun sama jugaklah berfikirin sempit.

Pada saya, lantak diorang la nak kata apa punnnnnn...
joehan said…
khalid oiii!!rubbish btul artikel ko ni..mcm mn la org blh plih ko jd mp..adoi..psl banner pon nk wt artikel..ptt la ko ni melacurkn kalimah "Allah" demi undi..rendah mcm ni rupenye pemikiran ko..hahahaha..aku nk tanye ko ni..konon2 pr ade kebebasan bersuara..tp rakyt biasa nk buat press cenference utk dedahkan kelakuan buruk pemimpin pon org2 pkr terhegeh2 pegi halang...HIPOKRIT btul pakatan haram ni..ptuihhh!!!kebenaran akn mng jua akhirnya wahai pakatan haram..
cerita aku said…
salam

memang sempit, kesihan
Proud of my MP! said…
Assalammualaikum YB, I shall write in English as to confuse idiots like Joehan and Anonymous (see above comments), Just to to say that as a Malay Muslim living in Shah Alam, You have proven to be a capable and dependable leader and you have my undivided support.My vote for you has not been in vain and I thank you.Keep up the good work and InsyaAllah we shall keep those "songkok tinggi" gang and their simple minded cronies away from ruling Selangor ever again.
Anonymous said…
setuju dgn yb khalid...ucapan itu menunjukkan umno dah semakin tidak yakin untuk menawan selangor semula...sepatutnya...(SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA....)
klu nak tulis KEPADA sepatutnya ditujukan seluruh umat Islam laa...
apsal la sempit sgt UMNO ni
Anonymous said…
hoi joehan
ko ni budu betul lah. x faham ke apa yg YB cuba maksudkan? ko ni memang sama ngok ngan UMNOngok
Anonymous said…
rubbish la ko joehan...

ko ape pn xtau....baik ko diam2 k..
Anonymous said…
this noh omar fella is not fit even to be a junior manager in my company.

look at his face... and how he carries himself in public, in interviews etc...

and to think he is the deputy head of umno selangor. kahkahkah.

4RAKYAT
Sudir said…
A ah, sempit, patutnya kene buat kat Federal Highway tu luas sikit.
Anonymous said…
alahai khalid samad,

ko sensitip sgt apasal..kalau lagu ni baik tak payah jadi ahli parlimen..

jalan kat shah alam apa cerita?
aku tengok jalan raya masih berlubang sana sini..sama macam sebelum PRU 2008. ko tak buat kerja ke khalid samad?

tak apalah...kalau PRU akan datang nanti, undi untuk ko akan berlubang-lubang.

-pengundi shah alam
Anonymous said…
Salam, YB

Mmg sempit pemikiran puak tu, ada pulak buat kain rentang ucapan hari raya dan dipamirkan di tempat awam tetapi hanya untuk puak2 mereka sahaja.

Sama seperti jumpa org ramai tetapi beri salam/tegur hanya untuk puak2 mereka.
Tok Ketua said…
Elo Bro..
Noh Omar tu memang banggang bodoh nak mampos. Jangan kecik hati la..nak buat macam mana..puak-puak tu memang bodoh selalu...

Kah...kah..kah...
Kesian...la..kat dia...Biar dia nampak bodoh baru ummphh...
Kalau tak bodoh bukan penyokong UMNO...kah..kah..kah...
Dapat pemimpin bodoh camtu diorang bangga nak mampos... Seronok kena tipu sampai mampos...kah..kah..kah..

Dah la bodoh...kena tipu plak...
kah..kah..kah..
Tak percaya? Tanya la Mat Maslan..
Anonymous said…
maaf kan saya tetapi YB BERFIKIRAN SEMPIT adalah YB sendiri.. sifat membenci terlalu tebal oleh itu perkara kecil begini pun dibangkit utnuk mengAIBkan orang lain..

YB ni ISLAM ke??

Satu lagi dah dia nak ucapkan Selamat Hari Raya keluarga UMNO menjadi satu masalah ke?? Dah terang-terang ditujukan selaku Timbalan Pengerusi Negeri UMNO Selangor.. Mesti la utamakan KELUARGA dahulu..

YB saya minta malam ni buat Solat Taubat Nasuha la dan pergi la minta maaf kat YB Noh tu..

Sia-sia je dapat dosa YB ni
Anonymous said…
salam semua,

selamat hari raya kepada keluarga saya, keluarga lan, keluarga johan dan keluarga sudir.

keluarga yang lain tu mintak maaf sebab saya telah nyatakan hanya keluarga ini shaja yang diucapkan selamat hari raya.

keluarga zaharah pon tak termasuk dalam list. amacam ok tak ucapan untuk keluarga
rmselangor said…
brother khalid

jangan tengok banner yg nie saja..tgk jugak banner yg lain..isu banner pun nak buat artikel..lagi baik buat artikel pasal kebajikan penduduk s.alam..jalan2 yg rosak..lampu2 yg rosak..apa status kemudahan2 yang terbengkalai..itu lagi bagus daripada buat artikel tak bertamadun nie..org s.alam dah tak suka cara brother so jgnlah buat orang semakin meluat...salam
ATHTHUUR said…
Aslmkm wbt.
TAK SETUJU dgn Zaharah.

Nampak sah apa yg tertulis dalam sepanduk ucapan Hari Raya itu umpama Umno MENGAIBKAN DIRI SENDIRI !!!

Utk pengetahuan Zaharah, keISLAMan seseorang itu pada tahap KeIMANan dan KeTAQWAan diri mengikut penilaian Allah swt BUKAN APA YG NAMPAK ATAU DIPERSOALKAN DI SEGI ZAHIR. Zaharah kena semak tahap keIslaman diri sendiri dulu.

Seluruh warga PAS dah lama kenal siapa YB Khalid Samad dan aspek keISLAMan beliau...cuma orang umno sja yg tak kenal dan berfikiran sempit terhadap beliau.

Sepatutnya Noh Omar pasang sepanduk hari raya itu di kawasan rumah dia atau di kawasan Parlimen atau ADUN umno...KHAS UNTUK KELUARGA UMNO SAHAJA !

Saya minta Zaharah juga tunaikan Solat Taubat Nasuha tidak akan bersangka buruk pada sesama Islam dan mohon maaf banyak2 kat YB Khalid Samad. Boleh ?
Anonymous said…
sian kat YB.. macam ni punya pemikiran pun ada.. jauh lg perjalanan utk YB digelar negarawan jika perkarani jadi bahan blog.

utk pengetahuan YB, isu Kamal masuk ruang solat utama itu hari jadi bahan gelak peminat politik maya bila YB 2 kali kantoi.. satu guna gambar edit, satu lagi gambar close up kononnya utk 'counter' cubaan pertama. cara anak2 buah YB kantoi juga sangat memalukan..

mengenai xavier yg sungguh bertamadun dan demokrasi dlm pemilihan PKR baru2ni juga hangat dikaitkan dngn YB sebagai sekutu rapat YB dr PKR. sy cuma menyampaikan. siasatlah dan perbaiki diri
Anonymous said…
Astagfirullah......

Yb...Yb.. banner raya pun Yb nak ambil kesah kalau dari blog ahli biasa atau portal tranungkite, detikdaily dsb sesuailah.. Yb.. Yb

Kot ya pun carilah isu yang lebih besar isu nasional umpamanya yang sesuai dengan taraf Yb sebagai ahli Parlimen, isu banner ni boleh bawa kedewan ke Yb
Anonymous said…
suka dia la dia nak panggil siapa pun majlis dia,yang yb khalid kecil hati dia tak jemput kenapa?
Firdaus said…
leceh ah bawak kereta dekat Shah Alam. jalan berlubang je. risau nak bawak kalau bini aku dok seblah, dah la tengah mengandung.

YB, jalan berlubang tu YB. thx
Anonymous said…
sekarang ni NIAT YB ini yg aku pertikaikan..kenapa kerana niat YB ini adalah untuk MENGAIBKAN seorang ISLAM.. jadi tanya YB sendiri yang arif dalam ISLAM apakah HUKUM nya mengaibkan seorang ISLAM itu??

Lu fikirlah sendiri..
Anonymous said…
Inilaaa...yang dikatakan dunia akhir zaman...sesama islam bercakaran sesama sendiri...Orang kafir bertepuk tangan. Adakah kamu semua sedar wahai orang melayu yang beragama islam? kamu semua sedar atau tidak siapakah yang sebenarnya mahu melayu islam ini hancur? DAP, MCA yang sebenarnya...mereka bergaduh dlm politik aje...diluar mereka sepakat...dan yg jadi kuda tunggangannya ialah PKR yang dipimpin Anwar yg gila kuasa... kamu fikirla sendiri...
Anonymous said…
Anwar je ke yg gila kuasa?? yang lain2 x gila kuasa ke??
Ape2 pun..pasal banner ni, sepatutnya dari keluarga umno la..bukan kepada keluarga umno..x elok main pilih2 ni..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-