Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.
Comments
Wahhh..
Tahniah YB. Nampaknya orang ramai datang ke majlis hari raya YB pada tahun ini. Saya rasa, dua kali ganda dari tahun lepas.
InsyaAllah, YB akan terus menang di Shah Alam.
Sorry lah ye UMNO.
Pergi lah bertanding kat tempat lain. Buat penat jer bertanding kat Shah Alam.
Menghabihkan boreh jo..
Jangan marah ya....