Sepertimana yang telah diketahui ramai, budget 2011 telah diumumkan oleh PM pada minggu lepas. Sehubungan dengan itu, insyaAllah sekiranya berpeluang, saya akan membahaskan isi kandungan budget tersebut di Parlimen pada minggu hadapan. Oleh yang demikian, saya ingin menjemput warga Shah Alam dan para pengunjung blog sekalian untuk memberikan pandangan berkenaan budget tersebut, agar perbahasan itu nanti dapat merangkumi kesemua intipati penting yang memerlukan perbahasan yang lebih mendalam oleh semua pihak.
Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah menyatakan sebarang bentuk pujian ataupun kritikan dalam bentuk poin dan hantarkan diruangan komen atau hantarkan ke alamat emel blog ini sebelum hari Isnin 25 Oktober 2010. Sebarang bentuk maklum balas dari tuan-tuan dan puan-puan semua, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Selamat berhujung minggu.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah menyatakan sebarang bentuk pujian ataupun kritikan dalam bentuk poin dan hantarkan diruangan komen atau hantarkan ke alamat emel blog ini sebelum hari Isnin 25 Oktober 2010. Sebarang bentuk maklum balas dari tuan-tuan dan puan-puan semua, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Selamat berhujung minggu.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan......... Terima kasih...
2.Disebabkan banyak ruang pejabat yang kosong yg belum dipenuhi di KL,jadi minta kerajaan kaji semula pembinaan menara warisan yg bernilai 5 Billion.
Minta ditanyakan:
1. Keuntungan yang diperolehi oleh negara melalui beberapa projek mega terdahulu seperti KLCC, KLIA, Litar Sepang dan Putrajaya yang digunapakai sebagai petunjuk untuk membina Menara Warisan. Siapa yang menguasai perniagaan dibangunan tersebut.
2. Adakah bangunan-bangunan tinggi negara ini dibina dengan ciri-ciri serapan getaran? Jika tidak adakah Menara Warisan ini disertakan dengan ciri-ciri tersebut? Jika ya adakah kos ciri-ciri ini merangkumi RM 5 billion?
3. Peningkatan cukai perkhidmatan dari 5% hingga 6% adalah merangkumi bil telefon dan juga Astro. Cukai ini dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia samada yang kaya mahupun yang miskin. Oleh yang demikian, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengurangkan bebanan rakyat kebanyakan disebabkan kenaikan cukai perkhidmatan ini.
4. Perlepasan cukai peralatan tambahan wanita yang dikemukakan dalam Bajet 2011 apakah rasinolnya dalam membangunkan pendapatan rakyat kebanyakan. Berapa banyak wang negara ini mengalir keluar ke negara Thailand dalam perniagaan baju dalam dan seluar dalam wanita pada tahun 2007 hingga 2010. Baju dalam dan seluar dalam wanita buatan Thailand telah menguasai perniagaan di pasar malam dan termasuk pasaraya. Apakah rancangan kerajaan untuk mengelakkan berlakunya turn-over money dari negara ini ke negara jiran agar pengecualian cukai ini benar-benar menguntungkan negara ini.
5. Tiada kenaikan tol untuk 5 tahun adakah berlakunya perubahan perjanjian konsasi tol. Jika tidak, ianya bermaksud kerajaan terpaksa membayar gantirugi kepada setiap pemegang konsasi tersebut. Berapa jumlah wang perlu dibayar kepada mereka setiap tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. Pembayaran tersebut dilakukan melalui sumber kewangan yang mana? Adakah ianya mengutungkan rakyat dan negara ini? Jika ya bagaimana?
YB itu sahaja soalan yang ingin saya kemukakan. Sekian, wasalam.