Skip to main content

Memohon Maklumbalas Budget 2011 Peringkat Dasar

Sepertimana yang telah diketahui ramai, budget 2011 telah diumumkan oleh PM pada minggu lepas. Sehubungan dengan itu, insyaAllah sekiranya berpeluang, saya akan membahaskan isi kandungan budget tersebut di Parlimen pada minggu hadapan. Oleh yang demikian, saya ingin menjemput warga Shah Alam dan para pengunjung blog sekalian untuk memberikan pandangan berkenaan budget tersebut, agar perbahasan itu nanti dapat merangkumi kesemua intipati penting yang memerlukan perbahasan yang lebih mendalam oleh semua pihak.

Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah menyatakan sebarang bentuk pujian ataupun kritikan dalam bentuk poin dan hantarkan diruangan komen atau hantarkan ke alamat emel blog ini sebelum hari Isnin 25 Oktober 2010. Sebarang bentuk maklum balas dari tuan-tuan dan puan-puan semua, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Selamat berhujung minggu.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

joehan said…
br la bijak skit otak ko kali ni wahai penjual kalimah Allah..hehehe.
akul said…
salam syeikh...nanti mintak tuan tolong tanya Pak Najib. kalau ekonomi dah ok tak payah lah tol di tangguh 5 tahun sahaja. terus di mansuhkanlah....
Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan......... Terima kasih...
Anonymous said…
joehan=UMNO=taktauisu
Anonymous said…
1.Minta kerajaan perjelaskan tentang penangguhan kenaikan tarif tol selama 5 tahun.adakah ada kos yg tersembunyi yg terpaksa ditanggung.cadangkan kerajaan beli saja konsesi tol ni..jadi boleh kenakan bayaran minima cth bayaran RM 1 utk setiap perjalanan,untuk tanggung kos selenggara dan dapat kekalkan kerja petugas di lebuh raya.
2.Disebabkan banyak ruang pejabat yang kosong yg belum dipenuhi di KL,jadi minta kerajaan kaji semula pembinaan menara warisan yg bernilai 5 Billion.
Anonymous said…
Dulu alasan kerajaan BeNd tarik subsidi pasal takut negara bangkrap... so, apa rasionalnya perbelanjaan 5 bil utk pembinaan menara 11 tingkat dikala ekonomi dunia sedang merundum?
Anonymous said…
Assalamualaikum wbt YB
Minta ditanyakan:

1. Keuntungan yang diperolehi oleh negara melalui beberapa projek mega terdahulu seperti KLCC, KLIA, Litar Sepang dan Putrajaya yang digunapakai sebagai petunjuk untuk membina Menara Warisan. Siapa yang menguasai perniagaan dibangunan tersebut.

2. Adakah bangunan-bangunan tinggi negara ini dibina dengan ciri-ciri serapan getaran? Jika tidak adakah Menara Warisan ini disertakan dengan ciri-ciri tersebut? Jika ya adakah kos ciri-ciri ini merangkumi RM 5 billion?

3. Peningkatan cukai perkhidmatan dari 5% hingga 6% adalah merangkumi bil telefon dan juga Astro. Cukai ini dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia samada yang kaya mahupun yang miskin. Oleh yang demikian, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengurangkan bebanan rakyat kebanyakan disebabkan kenaikan cukai perkhidmatan ini.

4. Perlepasan cukai peralatan tambahan wanita yang dikemukakan dalam Bajet 2011 apakah rasinolnya dalam membangunkan pendapatan rakyat kebanyakan. Berapa banyak wang negara ini mengalir keluar ke negara Thailand dalam perniagaan baju dalam dan seluar dalam wanita pada tahun 2007 hingga 2010. Baju dalam dan seluar dalam wanita buatan Thailand telah menguasai perniagaan di pasar malam dan termasuk pasaraya. Apakah rancangan kerajaan untuk mengelakkan berlakunya turn-over money dari negara ini ke negara jiran agar pengecualian cukai ini benar-benar menguntungkan negara ini.

5. Tiada kenaikan tol untuk 5 tahun adakah berlakunya perubahan perjanjian konsasi tol. Jika tidak, ianya bermaksud kerajaan terpaksa membayar gantirugi kepada setiap pemegang konsasi tersebut. Berapa jumlah wang perlu dibayar kepada mereka setiap tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. Pembayaran tersebut dilakukan melalui sumber kewangan yang mana? Adakah ianya mengutungkan rakyat dan negara ini? Jika ya bagaimana?

YB itu sahaja soalan yang ingin saya kemukakan. Sekian, wasalam.
mo said…
Asalam pak sheh,,, Tiap kali ada pementang barjet, tiap kali juga kerajaan kata tak cukup yg untuk nak bagi sbsidi kepada kerajaan, maka minyak di naik, gas di naik dan gula di naik ??? Apa rasional pm najib nak habiskan duit rakyat nak buat bangunan 100 tkt ??? Najib bilang akan memberi impak ransang ekonomi malaysia, kata nya sewaktu tun mahathir banyak buat yg mega2 dulu, proton, twin tower dan banyak lagi ??? Rakyat juga bising dan mengkretik dgn hebat ??? Najib konon masih beralas dg n cerita lama yg di bawa tun m,,, Apa kah najib masih tidor, kerajaan sekarang dalam keadaan menanti muflis kalau tak di urus dgn baik., Baik kalau kerajaan bunyi ada duit, tapi hakikat kita rakyat yg ada di bawah sini, mendapati badan2 glc kerajaan tidak mencukupi dana untuk meneruskan projek yg ada sanut paut dgn org kampong, projek terpaksa di tangguh sebab tidak ada dana ??? Di mana dasar yg di laong oleh pm najib, rakyat di dahulukan dan di utamakan ??? Jawb nya kosong..... OK,, RM5 b untuk buat bangunan warisan merdeka,,, sedang bangunan yg ada kini masih boleh mnampong keperluan semasa, bahkan masih banyak ruang kosong tidak di sewa??? Kalau dah nak mengaktif kan ekonomi malaysia,,, adalah lebih baik najib membena emudahan asas mega yg di perlukan rakyat secara lansung,, misal jalan raya, yg ada sekarang harus di baik pulih memnjadi world class ?? Misal jalan menghubungkan sarawak dan sabah harus di naik taraf , bukan seperti sekarng terlalu daif??? Apakah dgn membuat keperluan asas kepada rakyat secara mega tidak membantu meransangkan ekonomi negara,,, sudah tentu dari aspek rasional akan memberi impak yg kuat kpd ekonomi negara...Terlalu banyak lagi keperluan asas boleh di buat secara mega....RM5 bllon bukan sikit gunkan duit rakyat sebanyak itu untuk rakyat bukan untuk bemegah,, cukplah dgn cara gaya pemikiran tun m.,,, Kesan yg ketara negara telah menjadi naegar yg berhutang banyak. tq
Anonymous said…
buget big mama...rosmah mansorr?
Anonymous said…
Mohon kerajaan menjelaskan mengapa peruntukan yang lebih kecil diberikan kepada sekolah agama rakyat berbanding projek permata yang belum tentu kejayaannya. Sekolah agama rakyat berfungsi membina manusia menjadi insan yang terbaik. Malah, gejala sosial juga boleh dikurangkan jika sekolah agama rakyat ini diperjuangkan. Tapi pihak kerajaan seolah2 tidak suka membangunkan agama dalam jiwa masyarakat Islam.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-