Oleh Dzulfikar Mashoor (HarakahDaily)
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.
Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.
"Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman," ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.
Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.
"Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton," ujarnya.
Walhal, beliau berkata, polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.
Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.
"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.
CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.
Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.
"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.
"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.
Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.
Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
Anak yang sudah berumur 25 tahun masih tidak boleh berdikari tanpa disusu oleh rakyat. Aku Punya AP macam lanun berlesen yang untuk beberapa orang sahaja. Toyota Yaris di Malaysia dijual dengan harga RM 102000.00 manakala di Thailand hanya RM 53000.00. Malaysia Boleh.
Tengok harga kereta jepun kat Labuan yang free duty, beza dengan Semenanjung nie hampir RM40k.
Harga kereta Nasional pulak mahal nak mampus, Pesona pun dah RM55k tapi kualiti paham-paham je la.Tapi jual kat luar Negara murah nak mampus, Satria Neo jual kat Australia baru AUSD13,999.00 dan kualiti lebih baik dari yang dijual dalam Malaysia. Adil ke begitu?
Orang macam kami nie nak bayar hutang kereta tunggu 9 tahun baru selesai.
Dasar Automobil Negara nie menyusahkan rakyat tapi menyenangkan proton untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan dalam masa sama boleh mengenyangkan kroni untuk dianugerahkan AP.
Cuma umNGOK TOTOK dan PARIAH je yang memuji dan memuja pemimpim depa yang BANGANG DAN TONGOK nie.
-wakleman
1) Cukai yang tinggi untuk kerajaan BN.
2) Faedah yang selama 9 tahun untuk Bank bank kroni BN.
3) Yuran Insurance yang tinggi.
4) Maintenance spare part yang mahal.
5) Hutang isi rumah yang tinggi.
Kalau beli kereta second hand anda dapat belajar asas membaiki kereta daripada mekanik.
Ramai graduan engineer masih tidak tahu akan asas utama membaiki kereta.
Tun Mahathir sudah keluar dari pentadbiran negara, GE13, BN keluar dari pentadbiran negara, harap Proton tidak dihentikan perkhidmatan, ramai rakyat and pengusaha bergantung hidup hasil dari pengeluaran dan perkhidmatan kereta proton. Kerajaan baru harap dapat menyemak semula bukan sahaja harga tetapi, kualiti dan tahap keselamatan kereta Proton. Bukan saja kita perlu kerajaan dan pemimpin berkelas tinggi, kereta nasional kita pun juga perlu kelas yang dibangga dan mampu dipakai oleh setiap rakyat.
Ada sorang kawan saya ni beli keter kat Langkawi. Murah & tak ada cukai. Keternya memang dahsyat buatan German. Keter letak kat kampung je. Tapi dah kena tarik sebab terlalu enjoy sangat kat KL ni. mana cukup duit nak bayaq.
Sorang lagi jual tanah pusaka kat cina lepas mak bapak meninggal. Tanah dia area kat pantai perlancungan. Dapat duit seguni terus beli ferrari. duit habis tapi cina tu jugak yg untung & ferrari tah kemana.
Pucuk pangkalnya, bukan salah dasar automobil atau bank atau proton atau kerajaan. Tetapi sikap kita yang boros sebenarnya yg buat kita tak mampu nak miliki kereta selain drp proton.
bak kata orang biar papa asal bergaya.
itu lah orang melayu.
2,kos automobil sekarang ini lebih mahal dari rumah terutamanya pada golongan menengah dan rendah ini boleh jejaskan ekonomi keluarga,akhirnya anak2 jadi mangsa ekonomi dan pembangunan negara.
3.kegiatan haram dari dasar automobil sedang berkembang dengan pesatnya contoh kecurian untuk buat spare part sebab workshop2 nak untung lebih,seledup spare part dari luar,tipu insuran da macam2 lagi akhirnya rakyat yg rugi.
4,kemasukan perkerja2 asing dan haram meningkat di bengkel2 kereta
harapan kita industri automobil dapat sediakan peluang perkerjaan untuk rakyat akan terjejas.
5,tolonglah turun padang sikit dan selidik apa yang sedang berlaku sebelum parah dan rakyat menanggung rugi.
Malaysia Rumah Keduaku - Permohonan Pengecualian Cukai Bagi Kereta Cetak Emel
INSENTIF CUKAI
Semua peserta program Malaysia My Second Home yang memiliki kereta persendirian di negara asalnya ataupun negara terakhir yang dilawatinya layak mengimport kereta tersebut dengan pengecualian daripada membayar duti import, duti eksais dan cukai jualan.
ATAU
Semua peserta program Malaysia My Second Home yang berhasrat membeli kereta persendirian buatan Malaysia / kereta pemasangan tempatan (CKD) yang baru dan belum didaftarkan, juga layak membeli kereta tersebut dengan pengecualian daripada membayar duti import, duti eksais dan cukai jualan.
APAKAH KITA RAKYAT TEMPATAN YANG SETIA DIKENAKAN CUKAI KERETA
sedangkan PELANCONG ASING KEPARAT dikecualikan CUKAI KERETA IMPORT?
maklumat lanjut : copy paste alamat web ni.
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1778%3Amalaysia-rumah-keduaku-permohonan-pengecualian-cukai-bagi-kereta&catid=84%3Acatprosidur-pengecualiangaris-panduan&Itemid=197&lang=my
"pelancong diutamakan, rakyat diperbodohkan"