Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Gambar PRK Galas

Video Parlimen: Perbahasan Bajet 2011

Perbahasan - 1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- "Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan

Harga Kereta Pasaran Domestik Lebih Mahal

Oleh Dzulfikar Mashoor ( HarakahDaily ) KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara. Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

Urus Tadbir Ekonomi Negara Pincang

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyelar Bajet 2011 yang menunjukkan defisit secara 14 kali berturut-turut. Khalid sewaktu membahaskan bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan idea dan tidak mampu menghasilkan bajet yang mengandungi kaedah menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara. "Walaupun kerajaan menyebut defisit hanya 5 peratus lebih sedikit sahaja, hakikatnya peratusan itu bukan berdasarkan kepada jumlah bajet tetapi ianya berdasarkan kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 5.2 peratus atau 2 atau 3 peratus atau 4 peratus daripada KDNK, ia merupakan angka yang cukup besar," katanya.

Video: 100-Storey Tower

Datuk Seri Anwar Ibrahim and YB Khalid Samad, the PAS MP for Shah Alam spoke at Keadilan dinner held in Penang on 22 October, 2010. Both of them questioned the need to build the 100-storey tower. MP Khalid also illustrated to the audience the cost of maintaining the building and used the Petronas 88-storey twin buildings as an example.

Video: Tender Process Only Benefits Cronies (Shah Alam Hospital)

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) queried the government for refusing to take up the offer from the main contractor of the Shah Alam Hospital to complete the controversial RM482 million project. He said GM Healthcare, which was engaged by developer Sunshine Fleet as the main contractor of the project, had offered to complete the project within 18 months with a RM3 million discount on the project cost.

Memohon Maklumbalas Budget 2011 Peringkat Dasar

Sepertimana yang telah diketahui ramai, budget 2011 telah diumumkan oleh PM pada minggu lepas. Sehubungan dengan itu, insyaAllah sekiranya berpeluang, saya akan membahaskan isi kandungan budget tersebut di Parlimen pada minggu hadapan. Oleh yang demikian, saya ingin menjemput warga Shah Alam dan para pengunjung blog sekalian untuk memberikan pandangan berkenaan budget tersebut, agar perbahasan itu nanti dapat merangkumi kesemua intipati penting yang memerlukan perbahasan yang lebih mendalam oleh semua pihak.

Pejuang Bangsa

Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.

Persoalan Gereja, Kuil dan Kilang Arak

Ada yang mempertikaikan lawatan saya ke Gereja, Kuil dan kilang arak. Secara mudah saya menjawab, “itulah hakikat masyarakat majmuk yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Kalau pemerintahan Islam tidak mahu berhadapan dengan wujudnya perkara-perkara yang sebegini, maka pemerintahan Islam akan terhad kepada kawasan Haramain sahaja, (Mekah dan Madina) kerana di sana tiada orang bukan Islam”.

Sepanduk Yang Sempit

Saya melihat akan sepanduk ini di Shah Alam dan saya terperanjat. “Selamat Hari Raya kepada keluarga UMNO” tercatit jelas di atasnya. Di tepi kirinya gambar Noh Omar dan di tepi kanannya lambang satu Malaysia.

PRK Galas – Peluang Bagi PERKASA

Pada mulanya ingin saya ucapkan takziyyah kepada keluarga YB Almarhum Che Hashim atas kembalinya ke Rahmatullah pada 27 September yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia diterima Allah sebagai seorang hambaNya yang Solleh. Begitu juga didoakan semoga keluarganya diberi Allah kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi saat kesedihan dan kepiluan di dalam menghadapi pemergiannya. Semoga mereka terus istiqamah di atas jalan memperjuangkan Islam.