Skip to main content

Pengumuman: Rumah Terbuka Aidil Fitri Ahli Parlimen & PAS Shah Alam

Tarikh: 2 Oktober 2010 / 23 Syawal 1431H (Sabtu)
Masa: 2.00 - 6.00 petang
Tempat: Jalan Timun E 24/E, Seksyen 24, Shah Alam
(Kawasan Parkir Bersebelahan 7 Eleven)

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
selamat hari raya , YB !
you have the support from us

rakyat biasa
Anonymous said…
Saidina Umar juga masuk ke dalam sebuah gereja di Al-Quds. Selepas berbual dengan penjaga gereja tersebut, lalu Saidina Umar berhajat hendak menunaikan solat sunat. Penjaga gereja menawarkan kepada Umar untuk solat sahaja di dalam gereja mereka, namun Saidina Umar menolaknya. Beliau keluar dan solat ditepi gereja. Selesai solat, Umar memberitahu penjaga gereja tadi. “Jika aku solat di dalam gereja kamu ini tadi, nescaya umat Islam di masa akan datang akan berkata bahawa Saidina Umar pernah bersolat di dalam gereja ini. Maka kita bolehlah tukarkan gereja kepada masjid untuk kita bersolat”. Secara tidak langsung Umar hendak memberitahu , dia berusaha untuk mengelakkan perlakuannya itu menimbulkan fitnah yang akan menyebabkan umat Islam di zaman selepasnya bertindak sesuka hati kepada rumah ibadah bukan Islam. Walaupun jika Saidina Umar solat sekalipun didalam gereja tersebut, ia tidak salah kerana dia dijemput oleh penjaga gereja tersebut. Namun kerana memikirkan masalah yang akan timbul akan menjadi lebih besar dan toleransinya Saidina Umar kepada penganut agama lain, maka solat itu dilakukan diluar gereja sahaja.
Anonymous said…
nampaknya YB sengaja buat rumah terbuka pada hari dan masa yg sama dgn PJ negeri.
Anonymous said…
sepatutnya diasingkan antara Rumah Terbuka Ahli Parlimen dengan Rumah Terbuka PAS Shah Alam..Pastinya penduduk Shah Alam yang bukan penyokong PAS tak hadir walaupun mereka penduduk Shah Alam..

Fazli Salleh
DIN 24 said…
hallo anon,9.57 pm apa kena dengan awak nih?
yang aku tahu waktu dan tempat di tetapkan dalam mesyuarat PAS kaw yang yb khalid sendiri tak ada kerana masih di saudi waktu tu. Yang nak bangkitkan soal remeh temeh tu apasal? Kalau awak nak ke rumah PJ silakanlah takyah la nak kondem. Inikan hari raya, hati mau baik, maaf zahir dan batin.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-