Skip to main content

Umno-BN Tabur Fitnah Tidak Kira Ramadhan Atau Tidak

Oleh Frederick Luccas (suara-keadilan.com)

SHAH ALAM 24 Ogos - Jentera propaganda Umno-Barisan Nasional bekerja lebih masa setiap hari menghambur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat namun malangnya segala taktik kotor mereka telah lama dihidu dan disedari rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN tidak ada lagi pilihan melainkan menabur fitnah secara berterusan hatta dalam bulan Ramadhan yang mulia sekali pun.

Ini terbukti apabila pihak tertentu menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan akan menghadiri majlis bagi mengedar bir percuma di sebuah kafe selepas solat Tarawikh Sabtu lalu.

Beliau berkata ini menunjukkan betapa Umno-BN amat terdesak untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor, walaupun pada bulan Ramadhan.

"Saya cukup terkejut apabila mendapat panggilan daripada wartawan Sinar Harian petang Sabtu bertanyakan samada saya akan hadir ke Asia Cafe untuk membuat kunjungan muhibbah dan seterusnyamengedarkan bir kepada tetamu. Malah Hannah Yeoh (Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya) menalipon saya memberitahu SB (anggota polis Cawangan Khas) menghubungi beliau bertanya samada saya akan hadir ke majlis itu.

"Ini jelas satu fitnah telah disebarkan oleh pihak tertentu terhadap saya, malahan saya tidak tahu pun di mana Asia Cafe ini," tegas Khalid.

Kata beliau, tindakan ini adalah satu petanda Umno-BN telah kehilangan idea untuk menentang Pakatan Rakyat di Selangor secara intelektual dan terpaksa menggunakan taktik jijik seperti ini.

"Umno-BN sedar rakyat semakin menolak mereka kerana salahguna kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah. Jadi mereka tidak berani untuk mengatakan mereka lebih baik daripda Pakatan Rakyat tetapi cuba nak pengaruhi rakyat dengan memfitnah Pakatan Rakyat pun sama teruk seperti mereka.

"Masyarakat sudah sedar bahawa Umno-BN sakit dengan isu rasuah dan sebagainya, maka tindakan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan bagi mereka di mata rakyat," ujar beliau.

Menyentuh mengenai kerjasama erat PAS-DAP, Khalid berkata satu ketika dahulu Umno-BN mengutuk dan mengatakan tidak mungkin kedua parti itu dapat bekerjasama tetapi sangkaan mereka terbukti salah apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan atas gabungan KEADILAN, PAS dan DAP.

"Umno-BN sudah keliru dengan matlamat mereka di Selangor. Ada ketikanya mereka mengutuk DAP kerana mahukan undi Melayu tetapi pada masa yang sama mengutuk PAS kerana mahukan undi kaum Cina. Tindakan bercelaru begini jelas petanda Umno-BN akan terpaksa menghadapi tentangan yang jauh lebih hebat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," kata beliau lagi.

Ihsan Suara-Keadilan.com
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
YB kata YB di fitnah oleh UMNO? Tapi YB sendiri ada bukti ke yg UMNO itu fitnah YB?

YB sendiri carik pasal masuk kilang carlsberg siapa suruh? Dah tentu boleh mendatangkan fitnah pada YB sendiri.

Sepatutnya YB menentang hiburan di bulan Ramadhan ini. YB tau ke ada satu pesta arak & beer akan berlangsung tak lama lagi? YB diam je. Sepatutnya YB kena menentang perkara mungkar ini.


Satu lagi kenapa YB tak menentang pihak Gereja nak buat function di CONVENTION CENTER di Shah Alam? Saya hairan betul lah YB. PERKASA yg di tuduh rasis & ultra Melayu sanggup membantah keras function tersebut. PAS yg kononnya memperjuangkan Isle..DIAM SERIBU BAHASA.

Macamana orang Shah Alam tak marah! Umat Melayu kat Shah Alam ni dah tentu majoriti. Kenapa YB tak tolong kami?

YB ni tau nak salahkan orang je. hamPAS betul la.
kawe budak tu4 said…
Elok lah jika kita sedar akan perkara itu.. oleh itu mantapkan lagi barisan kepimpinan pakatan rakyat bagi memenangi hati rakyat.. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal akan membuahkan kejayaan.. BN akan tumbang dalam PRU nanti..
Insyaallah..
Hi semua,

Kini UMNO B begitu terdesak atas kemungkinan besar akan kehilangan lebih banyak sokongan mereka sehingga mereka sanggup menabur fitnah, lebih-lebih lagi dalam bulan suci ini!!

UMNO B sedang giat mempolitikkan agama di Selangor dan P Pinang. Doa di PP dipolitikkan oleh UMNO PP kerana UMNO PP begitu terdesak apabila mereka sedar bahawa lebih banyak lagi kaum bumiputra di PP cenderung kepada PR dan besar kemungkinan UMNO akan kehilangan lebih banyak 'kerusi' di PP pada PRU 13 nanti.
Anonymous said…
berdosa ke kalo masuk kilang carlsberg ats dasar pemimpin yg baik kenala pegi mana pun sbb kat kilang tu kn ada org islam yg keje so x salah kalo kita peg utk dakwah dakwah ni kat mana2 pun bleh bkn kat surau jer bro yg salah org yg bg kelulusan buka kilang tu dulu tu yg salah dh tau tpt tu majoriti muslim kenapa bg????pasal gereja nk wat function biarla kita kalo mempunyai keimanan dan keyakinan yg islam itu adala satu2 nya agama yg diterima disisi allah nape tkt iman x kuat ke x yakin islam???jgn biarkan org bukan islam memandang islam itu adala agama kekerasan dan ganas islam x amalkn paksaan...
simpangtiga said…
Anonymous 1...

Kunjungan YB Khalid Samad ke kilang Carlsberg rasanya sudah dijelaskan dengan baik dalam blog ini. Sekiranya dibaca dengan mental yang kekal waras makan kunjungan itu sebenarnya adalag untuk penduduk Shah Alam secara serius.

Hanya yang bebal sahaja tidak memahami akan kunjungan ke kilang arak paling besar di Malaysia yang di bina UMNO/Bn di Selangor.

Sudah tentu sebarang fitnah yang ditimbulkan bagi memburuk-burukkan Ahli Parlimen PR datang dari UMNO. Hal ini kerana hanya UMNO yang sentiasa dikaitkan dengan kerja-kerja jahat di bulan Ramadhan ini.

Lihat sahaja apa yang berlaku di P.Pinang. UMNO menjadi juara bazar Ramadhan di Komtar dan pejuang doa khutbah Jumaat.

Isteri PM dan Menteri buka aurat dalam bulan puasa tidak pernah pula dihitungkan dosa dan pahala?

Pemimpin UMNO minum arak tidak pernah pula bicara.

Sepatutnya, juak2 UMNO mempunyai pandangan yang ke hadapan dari politik perkauman dan fitnah.

Bukankah UMNO sudah berumur lebih 50 tahun?
Anonymous said…
YB,GE13 is round the corner,so UMNO has started to spread fitnah,lies to con the public.VK Lingam has suddenly appeared frm the wilderness,skim pinjaman TEKUN/SPUMI which is controlled by BN/MIC is giving new micro loans to malays n indian(for malays,it seems the maximum is RM50k,and for indians RM30k..even here UMNo plays double standards just to "pancing" indian votes).And they are now attacking n DAP,LGE to in order break Pakatan's solidarity.UMNo is desperate,and since they dont have enuff of neurons in their brian,they will serang habis habisan.
Anonymous said…
Sekarang ini bukan masa nak tumbangkan BN brader..

Sekarang adalah masa untuk Melayu bersatu padu.

Bersatu padu bukan lah kena masuk UMNO.

Bersatu padu menentang segala kemungkaran yg sedang berlaku di Shah Alam ini. Rumah urut bersepah-sepah tumbuh bak cendawan di Shah Alam.

Hotel murah juga banyak. Siap tawar lagi bilik untuk 1 jam. Fahamkan apa maksud tersebut.

Semasa di bawah pemerintah dahulu, jarang sekali terdengar perkara maksiat, tapi sejak Pakatan menang, Shah Alam dah transform menjadi kearah bandarraya maksiat.

Tengok je di ICT. Ragam remaja berpasangan berdua-duaan tanpa segan dan silu. Seolah-olah macam berada di luar negara. Tak malu bercumbu-cumbuan didepan khalayak.

Di dataran Shah Alam pun penuh dengan kereta rosak. Buat maksiat dlm kereta.

Apakah ini YB? Kilang Carlsberg jugak YB masuk. Tak ada penjelsan rasional la YB masuk Carslberg.

Pasukan Liverpool pun dah tukar sponsorship sebab tau Carlsberg ni mengundang masalah.
Anonymous said…
Yb kata ada dapat sms yg fitnah mengatakan YB akan pergi utk pesta arak...apa lagi kalau betullah seperti yg YB katakn...buat sjlah laporan polis...tunjukkan sekali bukti dlm blog ni...setakat nk tulis sj...siapa pn boleh...xdak apa2 bukit...jgn2 YB yg sedang menabur fitnah...
Anonymous said…
Setiap kali cuti raya di kampong kita akan jumpa saudara mara dan kawan yg balik dari seluru pelusuk tanah air. Maka berlaku pertukaran maklumat dan cerita, sambil sembang- sembang santai makan kueh. Apa yg berlaku, pertukaran maklumat ini menyebabkan orang makin celik dan nampak sesuatu isu dalam perpektif yg berbeza dari apa yg di sangka tak kira orang bandar atau orang kampong.

Apa yg nyata tidak keterlaluan saya kata UMNO/ BN hilang beberapa peratus pengundi setiap kali lepas orang balik cuti hari Raya Puasa.

Tiada statistik dapat saya beri tapi kita nampak secara ketara bagaimana kesimpulan setiap kali perkara politik di sembangkan masa hari raya menjurus kepada orang makin menyampah dengan BN, UMNO khusus nya. Ini bukan perkara di buat -buat tapi itulah yg berlaku.
Anonymous said…
ello pakcik2 .kami kat sini dok tengok jer apa pakcik buat..kami dah tak tahan nak masuk rumah urut yang dah banyak kat rumah kami nie..kalau pakcik nak tangkap takyah la sebab semua tu halal...kami minum arak pun jangan la tangkap sebab kalau BN tangkap nanti kami kena sebat..

anakmu..
ciken said…
satu lagi statement yg menunjukan kebodohan...kebangangan....dan kebiulan org umno...
ciken said…
satu lagi statement yg menunjukan kebodohan...kebangangan dan kebiulan org umno shah alam dan sewaktu dgn nya...
JinPakaiTuncit said…
salam, yb

ada lagi manusia yang berfikiran sempit macam mamat anonymous ni ... dia patut kaji hidup rasulullah s.a.w. dan sahabat2nya r.a. ...

yb, for every one of those bigots and racists, there are a hundred who are with you.

keep on fighting, yb.
markmie said…
persetankan umno yang membusuk sampai ke usus
Anonymous said…
dulu kata bila pas perintah nk tutup kilang carlsberg.kutuk kerajaan mkn duit haram hasil cukai arak.sekarang apa cer?
Anonymous said…
Saya sokong YB Khalid Samad!YB nampak cool!Sekarang ni dakwah kepada bukan Islam perlu dilakukan dengan cara yg lebih berhemah dan tidak terlalu ekstrem..Baru orang Islam akan tertarik kepada Islam..Syabas YB Khalid!
Anonymous said…
YB,
Tunjuk bukti UMNO yang sebar FITNAH?
Nak tengok jugak lah.
Anonymous said…
Puak2 Umno memang ada yang kaki fitnah. Tapi sarang fitnah sekarang ni umpama sarang anai2 ada dalam PAS. Sesuatu yang dikesali, YB dan puak2 PAS ni berani dengan melayu je. Dengan Cina YB jilat ludah diorang. Pegiii dah PR, ada hati nak tawan M'sia PRU13 ni. Melayu yang dulu lupa diri kini sudah kembali sedar. Apatah lagi tindakan pondan YB dan puak2 YB terhadap kafir harbi terutama di negeri seperti selangor, perak tambahan lagi P.Pinang.YB dan puak2 PR hanya mendapat peratusan tertinggi dari bukan melayu sahaja sebab mereka tahu, YB dan puak2 dalam PAS memang senang diperkudakan. Fikir2 kan lah.
Anonymous said…
interview dengan mat noh omar..

fitnah...jgn tak fitnah..

harap YB perjelaskan.


Sejauh mana usaha untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan PAS?

Ini saya tidak mahu komenlah, ini senang saja, siapa yang sayang bangsa Melayu siapa nak tengok orang Islam terus maju, maka orang Melayu kena bersatu bukannya kerana Umno, kerana Islam pun kata kembalilah kamu kepada jalan Allah, janganlah kamu berpecah belah.

Saya dah kata PAS takut dengan DAP. Di Kelantan hukum hudud sudah diluluskan, mengapa tidak dilaksanakan? Kerajaan persekutuan tidak berkuasa untuk halang, ini kuasa mutlak kerajaan negeri.

PAS dan Umno susah dapat titik pertemuan, sebab pendekatan kita berbeza. PAS gunakan agama untuk mendapat kuasa politik. Mereka akan jual, lacurkan agama, mereka akan pengaruhi rakyat dengan agama kerana nak kuasa politik. ini PAS punya kerja.

Bagaimana keadaan ini akan beri keuntungan kepada BN?


Kita akan jelaskan bahawa PAS, dasar Islam ini berbeza-beza, guna banyak kitab. PAS Kelantan ikut kitab Nik Aziz kononnya untuk jadi negara Islam. Di Selangor dia pakai kitab Khalid Samad dengan kitab Hasan Ali.

Khalid Samad kata semasa kempen pilihan raya dulu Selangor negeri maksiat sebab BN yang bawa semua maksiat di sini. Dia kata akan tegakkan Islam kalau memerintah. Dia kata kalau dia memerintah, sebelum ayam berkokok, kilang Carlsberg akan tutup. Dia memerintah dua tahun, ayam dah puas berkokok, dia nak pindah dan besarkan lagi kilang itu sebab kecil, tak cukup besar lagi.
ikram said…
YB perlu mengambil tindakan mahkamah terhadap Ibrahim Ali berdasarkan kenyataan berikut

" Dia kata kalau dia memerintah, sebelum ayam berkokok, kilang Carlsberg akan tutup. Dia memerintah dua tahun, ayam dah puas berkokok, dia nak pindah dan besarkan lagi kilang itu sebab kecil, tak cukup besar lagi "

http://malaysiakini.com/news/141077
Anonymous said…
dakwah konon... dulu sebelum pilihanraya pasai apa tak cakap nak dakwah... berapi2 nak tutup kilang arak sebelum ayam berkokok kalau menang pilihanraya... sekarang jilat lah balik semua ludah2 kamu tu..

pssst..berapa dapat elaun arak tu..???
Othman - Selayang said…
"Anonymous said...

YB kata YB di fitnah oleh UMNO? Tapi YB sendiri ada bukti ke yg UMNO itu fitnah YB?

YB sendiri carik pasal masuk kilang carlsberg siapa suruh? Dah tentu boleh mendatangkan fitnah pada YB sendiri..bla..bla"

Mamat ni serupa je dgn UMNO..bodoh, banggang dan seumpamanya. Dah berbuih YB beri penjelasan mengenai lawatan beliau ke kilang arak tapi masih buat faham.
Ni baca.. kilang arak itu dibina di Shah Alam masa pemerintahan UMNO dengan izin UMNO dan mungkin UMNO dapat something spt mana2 projek..faham. Sejak tu pernah UMNO kesah camana nak tutup atau pindahkan kilang tu dari terus menjadi mercu tanda Shah Alam.. Tiba2 bila ada usaha dari YB untuk minta pengurusan kilang pindah dari Shah Alam w/pun tidak berjaya, UMNO cuba jadi hero kononnya YB/PAS bersekongkol dengan Carlberg. Memang dasar UMNO baling batu sembunyi tangan...
amist said…
Salam..

Nampaknya saudara khalid samad sekali lagi cuba untuk membutakan hati & mata semata2 untuk meraih undi & popular. Ingatlah saudara bahawa Allah SWT maha mengetahui apa yang tersurat & tersirat.

Sesungguhnya saudara sanggup mengenepikan ajaran Islam yang sebenar & tanpa segan silu membuat dosa dalam bulan yang mulia ini. Saya nasihatkan agar saudara berhentilah drpd membuat dosa2 lagi. Ingat saudara bahawa di padang Mahsyar kelak kita akan bsendirian tanpa penyokong2 kita.

Cukup & berhentilah membuat dosa saudara. Sesungguhnya telah banyak dosa & fitnah yg keluar dr mulut saudara ini.

Sekian & salam ukhuwah
kopi dangdut said…
Share 0

vox populi small thumbnail'Khir Toyo's reputation is second to none when it comes to arrogance, corruption and mismanagement of Selangor.'


Khalid no match to Khir, says Noh

Rocky: As a rakyat of Selangor and having engaged MB Abdul Khalid Ibrahim as well his staff, I can safely say he is a thousand times better than Dr Mohd Khir Toyo.

Khalid listens to the people, is transparent and not racist. Take for example, how he handled the temple relocation in Section 23, Shah Alam, compared to how Umno played it up, which shows him to be a good leader. Moreover, he doesn't waste rakyat's money on unwanted trips to Disneyland. Damn, he even flies AirAsia!

So Noh Omar, go fly a kite. Khalid fights for the people on the water issue, while Khir gave a one-sided contract that screwed the rakyat.

Malaysians Are Not Stupid: Noh Omar says that the new administration caused a lot of problems. He is right. It caused a lot of problems for all the crooks in BN. It made stealing the rakyat's land and money difficult.

If not for Pakatan Rakyat's win in the last election, he'd probably be the MB or deputy MB, busy plotting how to make himself and his cronies rich.

Wira: Noh, you needn't spin to support the ex-MB. Nobody believes Khir Toyo is cleaner than Khalid. Moreover, many of the problems Khalid inherited were not his. They were either from the previous BN administration or created by trouble rousers and saboteurs from Umno after March 2008.

Anonymous: This is what we call a state of denial. Pakatan has done what BN was not able to do. Blaming Pakatan for Selangor not being able to get much money for development? I believe it's the other way around. The federal government which holds too much power is actually being biased against Selangor because it is no longer under Umno.

We Sarawakians know that the best way to deal with BN's warnings is to ignore them and move on. Get rid of what is corrupted and put in order what is right.

Atheist: Selangor Umno deputy chief Noh Omar needs to have his head examined if he rates Khalid Ibrahim as "dirtier" than Khir Toyo. Any psychiatrist in the world will vouch that he is mentally challenged if he holds on to this view. Noh, please don't kid yourself and come out of your state of denial.

BTN: My God, Noh Omar must be a blind man to compare Khir Toyo to Khalid Ibrahim. Khir Toyo's reputation is second to none when it comes to arrogance, corruption and mismanagement of the state.
Anonymous said…
YB berbicara soal fitnah.
OK. Sekarang ni kecoh pasal Khatib menyebut nama LGE dlm doa khutbah Jumaat. Khatib tersebut memberitahu kepada akhbar sinar bahawa benar dia ada membaca doa kepada LGE supaya dia memeluk Islam. Tetapi dlm masa yg sama dia akan menyaman pihak yg memfitnah dia iaitu UMNO.

Soalnya sekarang, ramai jemaah yang mendengar sendiri doa tersebut dgn jelas mendoakan LGE menggantikan Agong. Apakah LGE seorang Islam? Bukankah LGE itu zalim?

Satu lagi isu Teo Nie Ching MP DAP masuk dlm surau di Kajang Sentral. Apakah tergamak mereka membenarkan orang bukan Islam masuk tempat ibadat kita? Bukankah perempuan itu kafir yg jelas tidak mandi wajib? Ini adalah satu penghinaan besar kepada umat Islam.

Pendapat saya. Mungkin ini adalah balasan ALlah kepada kita. Kita mudah lalai kerana kuasa. Apakah kuasa itu akan kekal kepada orang melayu (PAS) dengan membenarkan seorang kafir masuk ke dalam surau? Dulu Xiavier dah masuk bagi ceramah. Kini, DAP pula.

Apakah ini kebetulan?

Harap YB perjelaskan tindakkan PAS.
Tun Perak said…
Salam YB,

Pasal kilang arak. masa kempen dulu kalau menang nak tutup kilang arak tu, tak cakap pun nak pindahkan. Bila dah menang, lain pulak. Kalau setakat nak tanya kilang arak tu nak pindah atau tak, telefon je atau pun suruh ceo kilang arak tu jumpa YB.kan senang. yang pegi melawat tu buat apa?
Tun Perak said…
Salam YB,

Mengenai fitnah bulan ramadhan ni, PAS pun sama jugak, klentong je..
Anonymous said…
Suka saya baca semua pandangan rata2 orang Melayu rakyat Malaysia yang sebnarnya menunjukkan perkembangan minda dan tahap kesedaran yang baik. Tak kiralah samada penyokong PAS ataupun BN kerana rata2 menjurus kepada 1 matlamat yang sama iaitu ISLAM itu benar dan sesungguhnya solat itu dapat menjauhkan diri kita dari melakukan perkara2 yang mungkar.

Cuma kekadang tu tahap pengetahuan manusia itu yang sebenarnya memisahkan kita kepada membuat keputusan yang bijak. Sebagai contoh pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia.

Untuk pengetahuan all bloggers, apa2 sekalipun perubahan yang hendak dibuat dalam kerajaan (tak kiralah persekutuan /negeri) hendaklah dibentangkan di parlimen untuk mendapat kelulusan majoriti - 2/3. Ini kerana Malaysia telah meletakkan rang undang2 pentadbiran negara sebagai Demokrasi. Justeru kaedah demokrasi inilah (yang telah dibuat oleh Tunku Abd Rahman - bersekongkol dengan Mat Salleh)yang sebenarnya menyekat pergerakan PAS untuk membuat perubahan secara drastik di mana2 negeri Pakatan.

Ini kerana sebarang perubahan dan tindakan yang hendak dibuat perlu dibahas dan mendapat sokongan majoriti. Ini perlu jelas dan difahami oleh segenap masyarakat Melayu.

Perlu diingat sepanjang pemerintahan BN (UMNO,MCA,MIC dll) banyak keistimewaan orang Melayu telah ditarik kerana desakan dan tuntutan dari parti komponen lain. Bagi tujuan nak menang undi UMNO terpaksa terima dan bersekongkol dengan mereka termasuklah minum arak sekali, rasuah dll. Justeru wujudnya PAS dengan tujuan untuk membasmi perkara2 ini supaya tidak berlaku.

Tetapi perlu diingat. UMNO telah banyak membuat kerosakan dan kemusnahan sehingga semua kaum di Malaysia dah lemak - jadi PAS terpaksa fahamkan ISLAM dulu di mata mereka kerana yang menentang sekrang ini bukan sahaja kaum lain tapi termasuklah Melayu UMNO.

So, pikirlah macam mana nak buat??? Bukan senang....
Anonymous said…
Bila PAs bagi masuk orang cina dalam surau dipertikaikan... bila PAS pegi kilang arak dipertikaikan...

Tapi bila PM masuk Gua Batu Caves rasmikan Thaipussam tak kisah pulak... Ape PM tu orang banggali ke...atau Islam masuk Kafir.... yang kita dok sokong dia sangat tuh...

Sama juga dengan mamat keling MB Perak rasmikan majlis Thaipussam kat Kuil --- boleh plak... ape dia Islam ke Hindu...

Sedangkan umat Islam dilarang/ditegah tengok rumah Ibadat agama lain.. ade doa lagi untuk dibaca... tapi yang 2 org mangkuk ayun ni siap datang buat perasmian dan makan lagik.... apa la punya pemimpin. Pun orang
Melayu Islam nak sokong.

Sedarlah wahai umat....
Anonymous said…
Tengoklah BN memerintah 50 tahun tapi apa kemajuan yang dibuat???/ Yang ada hanyalah bangunan pencakar langit KLCC, KL tower, Proton Saga (yang semakin tak laku - harga mahal kualiti takde), Petronas (untung juta2 tapi subsidi pada rakyat tetap nak ditarik balik), kapal selam (harga berbilion ringgit tapi tak boleh menyelam), hutan yang semakin digondolkan dll????/

Cuba tengok Iran. Negara yang dikatakan miskin kerana penuh dengan sekatan ekonomi hanya bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak, tapi mampu membina Peluru Berpandu jarak jauh - Amerika pun takut nak serang.

Amacam??? Indon takde permit curi masuk ke Malsysia berlambak2 pun tak berani nak ambil tindakan - halau ke, penjara ke, paling tidak pun cucuh besi bagi tanda pun jadik lah.. tapi kenapa UMNO/BN taknak buat??? takut apa kate dah merdeka 50 tahun??? Keselamatan dalam negara pun tak terjamin.. macama mane???
iqra said…
Salam...Nampaknya org Islam di Msia ni tak habis2 berpolimik tentang isu menyalahkan org lain, dulu kau janji begini skrg kau buat begini, sampai bila.

Kalau kita tengok rekod Rasulullah s.a.w baginda berjaya merobah bangsa Arab jahiliyah selama lebih kurang 23 tahun, misi yg penuh ranjau dan duri yg mungkin lebih teruk dari apa yg kita masyarakat Msia alami skrg.

Kita tengok rekod UMNO telah menjadi peneraju pemerintahan negara selama lebih kurang 56 tahun.

Apakah kejayaan UMNO dlm membela Islam di negara kita. Sebenarnya UMNO mempunyai keistimewaan dlm mendokong perjuangan Islam sekiranya pemimpin mereka memikirkan siasah Islam sebagai cara hidup yg syumul dan diredhai Allah. Mereka telah berjaya menubuhkan Bank Islam, Universiti Islam dan banyak lagi yg berjenama Islam, sehingga org bukan Islam tidak pun menolak perkembangan ini, walau pun kita tahu perkembangan ini semacam tempelan utk melepaskan batuk di tangga sahaja, kerana masakan institusi ini boleh berjalan dlm erti kata Islamik yg sebenarnya sekirannya undang2 negara masih lagi sekular.

Itulah sebahagian perkembangan lebih 50 tahun yg lalu walau pun banyak kemajuan yg menonjolkan Kemampuan Islam dlm bidang ekonomi dan pendidikan, tapi nampaknya pemerintahan UMNO masih liat nak menegakkan hukum Islam dgn bebagai alasan yg lemah.

Kalau dulu org Islam dan bukan Islam tidak nampak kemampuan perbankan Islam boleh maju seperti institusi kewangan yg lain skrg banyak bank cuba sistem Islam dan ternyata mereka boleh terima, setelah mereka faham.

Begitu juga lah hukum Islam, kebanyakan org Islam tidak faham apakah yg dikatakan hukum Islam apatah lagi org bukan Islam. Persoalannya skrg org Islam atau pemimpin Islam kena turun padang utk memberi kefahaman kpd rakyat Msia tentang kesyumulan hukum Islam dlm menyelesaikan permasalahan masyarakat.

Tetapi malangnya UMNO di dlm bidang menegakkan hukum Islam ini 99 peratus pemimpin mereka tidak mampu atau pun tidak layak utk membuka mulut utk menyampai kefahaman tentang hukum Islam.

Kerana tidak dapat tidak misi akhir politik org Islam adalah utk menegakkan hukum Islam di sebuah negara tersebut, demi utk menyelamat kemanusian dan negara dari kemunkaran yg akhirnya merosakkan kesenambungan hidup.

Kesimpulanya, bab terakhir perjuangan ini hendaklah ada satu kumpulan atau parti yg sanggup dan mampu utk menyahut cabaran utk menegakkan Islam selengkapnya setelah UMNO gagal utk masuk ke peringkat akhir ini.

Wallahu'alam...
Othman - Selayang said…
Bebal, bodoh, banggang dah tak tahu apa nak cakap pada puak UMNO dan yang sewaktu dengannya. Masih tak mahu mengaku yang segala punca kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku berlaku di Malaysia ni adalah berpunca dari tangan UMNO. Dari araknya, judinya kelab2 malam yang tumbuh seperti cendawan bagaikan dialu-alukan oleh UMNO dengan berbagai alasan negara majmuklah, untuk jana ekonomilah utk tarik pelanconglah dan bermacam2 lagi alasan yang keluar dari minda kepala otak UMNO. Bila kerajaan bertukar kpd PR maka berkokoklah UMNO seolah-olah merekalah yang bersungguh-sungguh menentang segala kemaksiatan dan kemungkaran yang sebenarnya dihasilkan oleh tangan UMNO sendiri. Semua isu spt pembinaan ladang babi, cadangan perpindahan kuil hindu dan terkini cdangan pembinaan kilang arak diambil kesempatan oleh puak2 yang punya maruah ni. Dosa dan perbuatan keji dan durjana mereka cuba dialihkan kepada PAS/PR. Segala upaya digunakan utk mengambarkan seolah-olah PAS/PR adalah punca segalanya. Fitnah menjadi mainan UMNO. Awas segala tindak tanduk kita ada pencatitnya dan ia akan dibentangkan di padang mahsyar. Di sini kita boleh berlakun tapi tidak di sana nanti. Cakap dan tulislah apa yang anda mahu tapi kami ahli dan pempinan PAS tetap konsisten dengan perjuangan ISLAM selama-lamanya. Jika kemenangan ini diberi semasa kami hidup Al Hamdulillah tapi jika kami mati sebelum melihat kemenangan ISLAM Al Hamdulillah kerana matinya kami dalam landasan perjuangan ISLAM. Amin.
Anonymous said…
Salam brader. Brader pandai sangat lah tu. Brader tak tahu ke orang PAS kat kelantan lepas menang pilihanraya berduyun-duyun masuk golok , danok dan sebagainya. Ini semua UMNO suruh ke? Bebal punya manusia. Kau ingat kau je yang baik? Kau ingat PAS tu betul2 ke memperjuangkan Islam. Sebenarnya mereka2 itu hanya berjuang untuk kuasa, mcm jugak UMNO. Korang semua baik PAS atau UMNO sama2 bangang. Gaduh lah lagi. Biar tak lama lagi kau dengan anak cucu kau merempat kat tanah air sendiri. Sekarang ini pun, dengan kuasa melayu yang ada, ramai pulak orang melayu jadi hamba cina. Apatah lagi kalau puak2 diorang memerintah. Kau ingat bangsa2 lain tu suka sangat ke sokong PAS? Mereka sokong sebab mereka nampak bahawa PAS bukan parti dominan dalam PR. Ada otak ke? Fikir lah sikit. Jangan nak tegakkan ego kau tu. Aku cabar sekarang ni kau pun bukan sesiapa. Cukup makan pakai je? Anak cucu kau nanti mcm mana? boleh ke kau harapkan DAP untuk bela diorang? Bangang! Kalau Khalid telus siarkan lah posting aku ni. Ini memang dari hati nurani aku yang duduk atas pagar ni. Dulu aku marah UMNO sebab tindak tanduk pemimpin2 mereka yang lupa diri. Sekarang aku lagi marah PAS kerana pemimpin2 mereka ramai yang bacul. Faham?
Anonymous said…
Salam YB...ni kali pertama sya masuk blog YB....Tahniah n Alhamdulillah...adanya hamba Allah macam YB.Kalau YB seorang suci sangat Perangi lah kewudjudan arak di selangor ni..tak de ke cara lain nak perang arak ni dgn menuduh UMNO...Kawan -kawan YB di Dap tu tak pernah minum arak ke or org DAP yg minum arak tutidak boleh di tuduh buat maksiat??atau YB cuma berani menuduh sedara sesama Islam saje yg jahat??

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan