Skip to main content

Surat Cinta Buat Perdana Menteri

Oleh: Infinitikasih (HarakahDaily)

Buat Datuk Seri yang sedang bercuti,

bercuti pula di luar negeri,

doa semoga diselamat Ilahi,

bahagia bersama anak isteri.


Datuk Seri yang sedang bercuti,

bercuti di mana tidak diketahui,

sedang rakyat susah sana sini,

datuk pula bercuti di luar negeri.



Cuti-cuti Malaysia kempen diberi,

rakyat jelata jangan membaziri,

semua ada di Malaysia ku cintai,

tapi Datuk Seri bercuti di luar negeri.



Tatkala Datuk sedang romantis bercuti,

hadiah 5 dalam 1 telah diberi,

minyak gula dan gas ditarik subsidi,

katanya, bukan harga dinaiki,

tapi penyelarasan subsidi.



Rakyat kampung diam sepi,

memikir apa makna penyelarasan subsidi,

sedang kabinet tersenyum hepi,

rakyat telah ditipu lagi,

sedang PM bercuti di luar negeri.



FDI merudum diam la diri,

Tib-tiba adik Datuk Seri bagi pendapat sendiri,

apa dia tau hanya ceo CIMB,

nak jadi juru cakap Datuk Seri,

kepimpinan dinasti Najib al-Maliki.



Tembelang PKFZ sudah dijumpai,

Cina MCA kepala pencuri,

sedang Umno ditipu lagi,

rakyat pula terus dibodohi,

tapi Datuk Seri bahagia bercuti,

bercuti pula di luar negeri.



Sedang PAS DAP bersatu hati,

Umno terus mencemburui,

perpaduan Melayu jadi misi,

tapi PAS serik ditipu lagi.



Sedang rakyat sengsara hati,

merasa tawarnya kopi,

naik basikal mencari rezeki,

dapur kayu membakar api,

Sedang Datuk Seri pergi bercuti.



Curi pasir menjadi-jadi,

Selangor Penang ditunding jari,

apabila sudah kaya si kroni,

maka RTM tv3 mula mensensasi,

sedang ini projek Umno beri,

rakyat tersilap marah PKR DAP.



Pening sudah rakyat memerhati,

sosial ekonomi tak menjadi,

termenunglah mak cik siti,

menunggu pencen arwah suami,

300 sebulan menggigit jari.



Rakyat terus memerhati,

melihat kerakusan kabinet Datuk Seri,

gila talak tidak sudah lagi,

cukup Perak, Penang Selangor dimimpi,

tapi rakyat tidak bodoh lagi,

Datuk Seri pergilah bercuti.



Pulang nanti membawa isteri,

jangan dilupa duit rakyat beri,

akan dituntut suatu hari nanti,

untung rugi tanggung sendiri,

jangan dikata rakyat tak mengenang budi.



Wahai Perdana Menteri Datuk Seri,

jasamu ku kenang sampai ke mati,

tukar kerajaan bukun kerana sakit hati,

tapi amalan demokrasi jadi tradisi,

cukuplah parti perdana menteri,

cap kopi kapal api tidak diminati.



Kerajaan baru bakal dinanti,

kita lihat dan perhati,

revolusi dan transformasi bakal direalisasi,

Malaysia tercinta terus memacu ekonomi.



Sekian dari suara hati,

jangan disekat dengan akta menteri,

moga terus kekal ukhuwah ini,

Salam revolusi dari rakyat Datuk Seri,

Pakatan Rakyat membawa transformasi.


Infinitikasih,

Mafraq, Jordan.


Comments

Sivakumar said…
Ini dia puisi luahan hati
Bagi setiap rakyat tanah bumi ini
Bila Perdana Menteri balik nanti
Jangan lupa baca Malaysiakini

Kerana semenjak Perdana Menteri
Pegi berlayar keliling Itali
FDI merudum tapi Nazir kata OK lagi
FRU membedal rakyat yang tolak ISA di sini

Jadi pilihanraya bila nak umum lagi?
Janganlah buat suspen, rakyat tak perlu ditipu lagi
Kami dah mahu kerajaan baru datang mengganti
Perdana Menteri tak perlu pulang pun, duduklah saja di luar negeri.
Anonymous said…
YB boleh kah semua YB-YB Muslim Pakatan Rakyat bergembleng tenaga untuk wujudkan satu PUSAT/YAYASAN untuk Anak-anak YAtim??

Ini kerana sedih saya tengok orang persendirian menubuhkan pusat jagaan anak2 yatim dgn pendapatan sendiri dan ehsan orang ramai.. apa guna PUZAT ZAKAT dan BAITULMAL?? Kenapa tak gunakan kutipan ZAKAT dan SEDEKAH ,WAKAF untuk membina satu PUSAT/YAYASAN Anak-Anak YAtim di satu tempat yang boleh menampung sekurang-kurangnya 5,000 orang berserta dengan sekolah??

Pada pendapat saya,YB-YB Muslim di semua kerajaan pakatan rakyat mampu melakukannya,kenapa tidak kan.

YB-YB boleh mengerakkan kutipan derma(sedekah/wakaf) daripada semua ahli-ahli PAS,PKR dan DAP Muslim (yang businessman)yang MEMATUHI AJARAN ALLAH dan yang sememangnya MENEGAKKAN KEADILAN dan KEBAJIKAN untuk membantu untuk mencapai matlamat tersebut.

Kita boleh jadikan contoh apa yang MCA buat untuk kumpul dana utk bina UNIVERSITI

Saya rasa dengan ini tak perlu berkempen teruk-teruk,rakyat akan terus mengundi PR..

Wassalam..

p/s: harap dapat dengar CADANGAN ini dimajukan di MESYUARAT PAS,PKR atau DUN.
__Rakyat Malaysia Baru__ said…
Cik Zaharah

Usah cakap pasal YB-YB Muslim. Saya sebagai bukan Muslim mahu SELURUH YB Pakatan, tak kira Muslim atau bukan Muslim menolong anak-anak yatim ini.

Usahlah pecahbelahkan rakyat ikut garis agama seperti mana BN-UMNO memecahbelahkan kita ikut garis kaum.

Mari kita sama-sama tolong anak-anak muda ini.
merahsilu99@gmail.com said…
Salam YB,

Pabila, Pabila PM pentingkan Mah..

Pabila adik banyak memamah
Pabila APCO dibayar mewah
Pabila juta-juta RM dijanji rasuah
Itulah tanda UMNO/BN sudah parah

Pabila remaja berjuta menagih dadah
Pabila berita buang bayi banyak terserlah
Pabila hiburan melampau menjadi rencah
Pabila mungkar dan maksiat bersepah
Itulah tanda UMNO/BN gagal pimpin ummah

Pabila judi dihalal sudah
Pabila aktiviti diselangi rasuah
Pabila khianat mengganti amanah
Pabila harta negara diratah
Itulah tanda dipuja nafsu ammarah"
Pabila Raja kerenah,
.Pabila gundek menabur fitnah,
Pabila pembesar kurang amanah.
Pabila kepercayaan rakyat kian punah
Itulah tandanya negara akan musnah.''

Kalau cakap siang – pandang-pandang
Kalau cakap malam – dengar-dengar
Atau, kalau cakap siang – sorok-sorok
Atau, kalau cakap malam – pegang-pegang
Atau, bisik-bisik sapa tahu
Itulah pemimpin banyak alam
Lalu makmun menjadi walang
Kerana lidah tidak punya tulang

Sekshen 18/40, Shah Alam
mata-lembu shah alam said…
YB MP Shah Alam,

Sekadar berkongsi maklumat dengan YB. Copy/paste complaint pengguna tren komuter KTMB;

Kepada, komuter4u@ktmb.com.my,

2010 Ogos 4 23:36
{BDSMKL} PERKHIDMATAN TREN KOMUTER (KTMB)

4 OGOS 2010: Tren komuter ke Pel. Klang dari stesen KL jam 6.15pm. Tren rosak di stesen Angkasapuri jam 6.30pm. Tanpa air-cond penumpang penuh sesak hampir 40 minit menunggu tren berikutnya.
Di Stesen Subang Jaya penumpang diturunkan lagi kerana komuter mengalami kerosakan . Tunggu lagi lebihkurang 30minit untuk tren berikutnya yang sudah sedia sendat dengan penumpang.

Inilah rutin perkhidmatan tren komuter - lewat, pembatalan masa mengikut jadual, penumpang penuh sesak macam babi dalam kandang - kerana tidak mengikut waktu yang dijadualkan dan terkadang air-cond tidak berfungsi.

Jawapan / alasan yang dikumandangkan oleh Keretapi Tanah M***** Berhad adalah : Kerosakan Teknikal & Kerosakan-kerosakan lain yang sewaktu dengannya.

Tetapi siapakah yang menguruskan TEKNIKAL ?.. lembu, tunggul kayu atau OKU ?
Fenomena bodoh ini telah berlarutan sejak bertahun-tahun, walaupun sudah dua PM turun padang cari belalang dan janji dalam beberapa bajet untuk mengatasi masalah pengangkutan awam tapi hampeh. Rakyat bukan lagi diutamakan tapi rakyat pengguna pengangkutan awam makin diperbodohkan.

Cara gaya pengurusan 'Keretapi Tanah (Me) layu Berhad @ Bodoh (KTMB)' kini mungkin sesuai untuk 1910 bukan tahun 2010. Tetapi percayalah perkhidmatan tren KTMB adalah terbaik berbanding dengan Bangladesh, Zimbabwe atau mungkin di Monggolia.

Tidak perlu saya mematuhi kesantunan bahasa yang beradab dalam tulisan ini, kerana tradisi KTMB adalah jenis makhluq pekak badak dan egois dengan masalah pengguna. Barangkali Lembaga (hantu) Pengurusan Tinggi, Sederhana & Rendah barangkali sinonym dengan sosok muka sembab, gemuk buncit seperti sang cukong yang hanya nyaman mengira untung. Dan bahasa yang tercatat di sini, adalah lebih baik dari kebahasaan ahli-ahli parlimen yang terdiri dari biawak-biawak dan juga katak-katak yang terlepas dan terlompat-lompat.

Tahniah Keretapi Tanah (Me) layu Bodoh/Berhad kerana masih meneruskan tradisi ' MEMPERBODOHKAN PENUMPANG '
Unknown said…
yes, public transportation kena ada reformasi. apa yang boleh kita buat? ada tak kumpulan2 yang memperjuangkan penumpang2 public transportation ni?
Anonymous said…
Sepatutnya ada kumpulan yang perlu bersuara.kerajaan ingin mengurangkan penggunaan minyak petrol memandangkan pengunaan minyak petrol di Malaysia adalah yang tertinggi di rantau ini.subsidi bg minyak petrol juga menjangkau berbillion ringgit.KTMB sepatutnya mengambil langkah drastik dengan menggunakan peluang yang ada bg memperbaiki servis dan mutu pengurusan bagi menarik minat pengguna bg mengunakan servis KTMB.sedar tak sedar,wawasan 2020 mungkin tidak tercapai akibat beberapa faktor yg menyumbang kepada kemunduran ekonomi negara.Menjadi tanda tanya,mengapa KTMB tidak menaik taraf servis terutamanya dari segi ketepatan waktu,Penjadualan semula waktu operasi bg mengurangkan kesesakan pada waktu kemuncak.Mewujudkan lebih banyak (integrated terminal) bg memudahkan pengguna menggunakan alternatif lain seperti bus dan teksi.atau menyediakan satu ruangan info di terminal yg sentiasa dikemaskini berkaitan alternatif perjalanan yg boleh diambil oleh pengguna diwaktu sesak.info tersebut hendaklah dimasukkan sekali tempoh masa yg bakal diambil jika penguna mengunakan alternatif tersebut.Bagi laluan bas pula,perlu ada perubahan dari segi kelancaran perjalanan.Bas perlu diberi keutamaan semasa kesesakan lalu lintas.saya perhatikan bas banyak membuang masa semasa berhenti di lampu trafik merah.saya rasa tidak salah jika teknologi lampu trafik dinaik taraf.contohnya,lampu trafik dapat mengenal pasti kehadiran bas.dan membuka lampu hijau bg laluan bas dan lampu merah bg kenderaan lain untuk beberapa saat bg membolehkan hanya bas melepasi lampu isyarat tersebut.sistem ini telah diguna pakai di luar negara dimana mereka ingin rakyat mereka menggunakan kenderaan awam seperti bus.Dari sistem ini juga tempoh perjalanan bus boleh dinilai atau mempunyai tempoh maksimum bg satu perjalanan.Ketepatan masa perlu diambil berat bg pengangkutan awam.Bg meraih kuantiti,kualiti perlu dipertingkatkan.jika benar kerajaan ingin mempromosi pengangkutan awam bg mengurangkan penggunaan minyak petrol,perkara seperti ini perlu dipertimbangkan.dari segi keselamatan pengguna wanita,jikalau ktm boleh mewujudkan koc wanita,kenapa tidak bas??? dari pemerhatian saya semasa menggunakan bas awam terutamanya di kawasan kuala lumpur dan selangor,ramai wanita menghadapi gangguan seksual semasa menaiki bas awam.mungkin kita tidak berasa risau kerana mereka tiada kaitan dengan kita,tp cuba fikir jika ia berlaku kepada mak,adik,kakak atau kawan kita.fikir-fikirkan..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan