Skip to main content

Manipulasi Fakta Isu Diskaun, Muhyiddin Batu Api

Oleh: Mohd Ezli Mashut (TVSelangor)

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melabel Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin sebagai ‘batu api’ kerana cuba melaga-lagakan parti gabungan Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PAS dengan memanipulasi isu pemansuhan diskaun pembelian hartanah mewah.

Isu itu mendapat tempat dan ruang besar dalam media kawalan Umno Barisan Nasional hingga menimbulkan polemik berpanjang berikutan Umno memutar belit fakta dengan menuduh Pakatan Rakyat mahu memansuhkan hak keistimewaan bumiputera.
Hakikatnya, pemansuhan diskaun itu hanya melihatkan hartanah mewah manakala diskaun terhadap premis kos sederhana dan rendah terus kekal.

Cadangan pemansuhan diskaun berkenaan dibawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tetapi faktanya dimanipulasi dengan gambaran kononnya semua diskaun pembelian hartanah bumiputera, dimansuh.

Pada sidang media, Khalid Samad menegaskan golongan Bumiputera yang kaya tidak wajar memperoleh diskaun kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang dengan golongan berpendapatan rendah

"Memang pada dasarnya, kita ada satu Timbalan Perdana Menteri yang suka nak jadi batu api. Dia cuba laga-lagakan antara kenyataan Tony Pua dan Datuk Seri Guru Abdul Hadi sedangkan prinsip yang mahu dikemukakan ialah satu prinsip yang wajar untuk kita fikirkan bersama.

"Kita beri diskaun kepada orang Melayu, jurang antara Melayu yang kaya dan miskin tetapi akhirnya memberikan kelebihan kepada Melayu yang kaya kerana Melayu yang miskin,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya pendekatan baru dirangka dalam menangani isu diskaun pembelian hartanah mewah supaya ia memberi manfaat secara langsung kepada bumiputera berpendapatan rendah.

“Saya mencadangkan pendekatan yang mengadunkan kedua-duanya apabila isu yang ditimbulkan Tony Pua ialah diskaun sepatutnya tidak diberi kerana mereka sudah kaya.

"Pada dasarnya, saya setuju,Datuk Seri Presiden menimbulkan persoalan istimewa orang Melayu dan keperluan untuk membantu masyarakat orang Melayu yang lagi ketinggalan dari segi ekonomi dan sebagainya,” katanya.

Khalid Samad mencadangkan supaya diskaun pembelian hartanah mewah disalur kepada pembelian rumah kos rendah dan sederhana.

“Apa yang nak dicadangkan ialah supaya diskaun yang dinafikan kepada orang kaya itu digunakan untuk memberikan diskaun yang lebih tinggi kepada rumah yang bawah RM500,000 dan bangunan komersil yang di bawah RM2 juta.

"Maknanya diskaun itu tidak ada tetapi digunakan untuk memungkinkan orang yang tak sekaya membeli rumah yang RM100,000, RM200,000 dan sebagainya tujuh diskaun,kita boleh cover diskaun rumah yang murah itu 10 peratus diskaun,” katanya.

Berita ihsan TVSelangor
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Cakap jangan sebarangan khalid, kamu kena ingat, nanti tak balik johor.
Tok mudin ni bukan batu api, tapi bom api. Sekarang ni batu api orang tak main, kita orang main bom api, bohong situ bohong sana, cucuk kiri cucuk kanan, RM juta atas RM juta bawah, selaras disana kurang sabsidi disini.
Kau ingat Tok Mudin tak ada semangat Petropitis ke? Kawan kita ni semangat nasiolilemak kuat! siapa sahaja yg hina org melayu mesti langkah ketut dia dulu.
Takkan melayu hilang di bulan. Berterabur jadi pengemis.
Anonymous said…
Dear YB,

A case study would interest you to look into why the poor in Thailand still favor Thaksin instead of the present ruling govt.

When Thaksin was in power, he made many effort to eliminate the poor farmers and civil servants debts through his govt. finance ministry.

It is natural the poor ppl felt indebted to him which they don't mind risked their lives to bring him back.

Majority of the rich are ungrateful bunch just like the one who brought him down.

Pakatan should consider this strategy for the long term benefits of Rakyats.
joecharlie said…
Tapi bila hari ini Shah Alam dicemari pada bulan Puasa,apa yang kamo lakukan????
Ramadhan sudah menjelma...
Puak-puak kafir lahanat berani buat program di tengah-tengah bandar yang 99% melayu islam!!
apakah tiada tempat lain program kafir laknatullah ini diadakan??
Kenapa mesti shah alam???
apakah sebab shah alam ada pelajar-pelajar melayu yang belajar disana lebih 50 ribu orang..
UITM,UNISEL PTPL dan MSU....
Shah Alam Convection Centre SACC
350meter dari UITM
600meter dari UNISEL
1.7km dari PTPL dan MSU

Apa tujuan sebenar porgram diatas???
4 September umat islam masih berpuasa..
4 September umat islam masih bertarawikh di Masjid Negeri Shah Alam(100M dari tempat program)

Apakah kita hanya akan membiarkan??
apakah kita hanya akan duduk dan lihat???
apakah kita hanya akan tunggu???

Pejuang bangsa melayu dan islam di Shah Alam jangan jadi bacul!!!
Ayuh Bangkit!!!
Anonymous said…
YB ni sebenarnya batu api.
saya sebagai orang melayu tidak mewakili mana-mana parti politik tidak bersetuju sama sekali kenyataan YB yg bingai.

apa? YB pulak nak mempertikaikan hak orang melayu & bumiputra pulak ke?

kalau nak mempertikaikan, pindah SINGAPORE la YBBBBBBBB......
Karisma59 said…
Cadangan YB untuk mengembalikan subsidi pembelian harta-mewah kepada golongan bumiputra yang kurang berkemampuan membeli harta-tanah mewah mungkin wajar dipertimbangkan oleh kerajaan PR Selangor untuk dilaksanakan.


Sebagai alternatifnya, dicadangkan subsidi itu ditukar terus kepada cukai atau 'zakat harta' kepada golongan pembeli kaya-raya berkenaan yang disetarakan dengan jumlah subsidi yang mereka layak tuntut. Dengan itu, pembeli mewah berkenaan dikenakan 'bayaran zakat harta' yang kemudiannya diagihkan bayaran ini kepada golongan melayu-Islam lain yang kurang upaya & ingin membeli harta / rumah sederhana mewah atau rumah kos rendah / sederhana rendah.

Kerajaan PR Selangor perlulah lebih inovatif dalam mengubah suai polisi-polisi lapok BN/UMNO, dan janganlah mudah 'terima-pakai' apa-apa polisi lapok mereka selama ini yang jelas tidak menguntung golongan bumiputra yang lebih memerlukan, tetapi dieksplotasi oleh golongan UMNOPutra. Kalau tidakpun, "subsidi yang masih perlu dibayar leh golongan pembeli mewah itu" ditukarkan kepada grant pinjaman pendidikan atau biasiswa kepada pelajar bumiputra yang memerlukannya bagi membolehkan mereka belajar ke IPT. Inilah yang lebih cucuk dengan ajaran Islam.

Dalam Islam, manalah ada konsep dimana golongan kaya dibantu / diberi subsidi ???. Tetapi sebaliknya mereka diminta membayar zakat harta, zakat pendapatan dan menderma / membuat charity kpd golongan kurang bernasib baik. Jadi polisi lapok BN itu sememangnya bercanggah dengan ajaran / tuntutan Islam.

Bravo YB ! Jangan beri peluang BN bernafas di Selangor tuu sampai kucing bertanduk. Pastikan PR dapat menawan Johor lepas nii !!
Anonymous said…
hai YB SAH ALAM slamat bpuasa...
drpd YB PUTAR ALAM...
Anonymous said…
untuk anonymous
yang karat sangat semangat bangsa dan melayu..

sedar diri lah.. orang kaya UMNO tak pernah terfikir nak bantu orang miskin UMNO sendiri..

banyak kes dah jadi macam ni..

Ini soal keadilan..bukan soal keistimewaan melayu la..hotak ape la ko ni..

soal keistimewaan tapi tak pernah ada keinginan melaksanakan ihsan, tak masuk syirga..

kena ingat, adil untuk umat lebih penting.. baru dapat keistimewaan masuk syurga..

belajar jadi umat Muhamad
BUKAN belajar jadi umat Hang Tuah.

Untuk YB Pak Khalid, teruskan dengan idea bagi pencerahan umat Islam..

Azlan Zambry
Anonymous said…
Siapa kata Kerajaan tak bantu orang Melayu.

Kena usaha la. Dulu saya agak susah. Alhamdulillah saya berjaya. Dasar Ekonomi Baru banyak membantu saya dlm perniagaan tanpa di pengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Jangan singkat sangat pemikiran kita. Nak tuduh UMNO itu & ini.

Awak pun adalah anak DEB. Saya pasti awak ada kereta, ada rumah, ada degree. Kalau bukan DEB & usaha dan tawakkal anda, adakah anda akan berjaya?

LU PIKIR LA SENDIRI
Anonymous said…
Syurga? Untuk orang PR je ka? Poorah. Guna Islam untuk kepentingan peribadi macam korang ni. Tak kira lah kaya atau miskin, kalau dah termaktub dalam perlembagaan ada diskaun, tak payah lah nak ubah2. Kalau dapat diskaun sebab beli rumah, dah tentu peratus zakat kena bayar pun bertambahkan. Apa lah bengap sangat mamat sekor ni.
Anonymous said…
Hubungan YB dengan Hassan Ali pun kena jaga elok2.Jangan bagi musuh tepuk tangan
Anonymous said…
Dalam Perlembagaan ada sebut discount,betul ke?

Hang jangan buat lawak , nanti akan tergelak...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan