Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.
Setelah selesai penerangan beliau, saya mula menceritakan hajat kunjungan kami ke kilang tersebut. Saya menjelaskan kepada Dato’ bahawa kedudukan kilangnya amat strategik dan walaupun dahulunya ianya dikelilingi hutan, sekarang ianya bagaikan mercu tanda pintu masuk ke Bandar Raya Shah Alam. Saya bertanya samada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan ‘extension’ atau pembesaran dan samada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas. Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan. Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita ‘ear mark’ atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.
Dato’ menyatakan bahawa beliau faham sensitiviti masyarakat Shah Alam berhubung kilang beliau dan itulah di antara sebab pihak Carlsberg juga mengambil satu pendekatan ‘low profile’. Mereka tidak menonjolkan kehadiran mereka dengan secara keterlaluan. Sambil itu, menurut beliau lagi, mereka telah menanamkan pelaburan yang tinggi di situ dan telahpun membeli tanah di tepi kilang mereka pada tahun 2000 atau 2001 yang seluas 6 ekar untuk menampung keperluan pembesaran. Kawasan berlebihan ini masih kosong dan mencukupi untuk apa-apa perancangan pembesaran mereka.
Kos pengangkutan pula tidak merupakan satu faktor kos yang besar dan oleh itu, walaupun ianya mungkin satu penjimatan, ianya tidak merupakan sebab yang kukuh, dari sudut kommersil, untuk mereka berpindah.
Setelah mendengar penjelasan beliau, maka amatlah jelas bahawa kemungkinan mereka berpindah adalah amat tipis sekali. Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan Negeri. Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ianya tidak mungkin digunakan untuk Terminal Bas Shah Alam. Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti.
Oleh yang demikian, saya beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya. Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu. Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka. Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka.
Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja, menurut belia ialah seorang Melayu. Saya meminta Dato’ memberi saya nombor talefonnya supaya dapat saya hubunginya dan terus berurusan dengannya.
Sejurus dengan itu pertemuan berakhir dan Dato’ meminta agar kami semua bergambar sebagai kenang-kenangan. Maklumlah kata Dato’, selama hampir 30 tahun dia bekerja di situ, tidak pernah kilangnya dilawati “rombongan yang seperti kami”! Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalah gunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan. Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ. Kerana, sekali lagi, seperti biasa, PR perlu berusaha keras bagi merongkaikan ikatan dan simpulan akibat bercelaru hasil peninggalan UMNO/BN.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Mahu di salahkan UMNO? Tentunya isu KUIL adalah isu YB sendiri yg bawa. Bukan UMNO!
Adakah YB nak bgtau bahawa PAS amat menitik beratkan tentang HALAL & HARAM?
Apakah YB ingin sampaikan di sini bahawa PAS juga prihatin terhadap pekerja ISLAM yg BEKERJA di kilang ARAK itu?
Sepatutnya YB boleh buat inisiatif sendiri mengajak semua pekerja ISLAM yg bekerja di kilang arak itu berhenti. YB tolong cari kerja utk mereka.
Baru saya respect dgn YB!
Kepada yg bakal kata saya cybertroop UMNO..hehehe..sorry bro..aku bukan cybertroop mana-mana. aku pangkah je...
syabas atas tindakan proaktif YB..
saya amat risau gambar itu nanti akan di gunakan oleh puak UMNO dan sekutu mereka dalam jemaah kita unutk kuburkan tuan dan pas.
"Keep up the good work"
dont worry..saya percaya niat tuan ikhlas.
teruskan usaha tuan,saya sentiasa menyokong tuan.
Imam Al-Hadhari Abdullah Badawi pun pernah masuk pub tapi berdakwah tidak, minum pun tidak.
Malas nak komen pasal 'imam' (pemimpin) lain di sebelah sana, bulan puasa kan dah dekat...
Cuba yb pegi tgk kat tapak kilang N-IOI kat seksyen 15 shah alam... kalau tak silap saya kilang ni tidak beroperasi sejak ekonomi merosot tahun 1997...
Tapaknya sebelah dgn stesyen komuter shah alam, seksyen 19. Tapi tapaknya agak kecil... di kelilingi kompleks kilang UMW toyota...
yb..bahaya..bahaya..walaupun niat yang baik tetapi mainan media umno terlalu berbisa. persoalan saya di sini ialah:
1. adakah tindakan yb ini telah dimaklumkan awal2 lagi oleh pimpinan atasan?
2. Kenapa Yb tak memanggil sahaja pengarah carlberg tu untuk berjumpa di Bangunan pentadbiran negeri untuk perbincangan.
3. kenapa sampai perlu bergambar sedangkan ini boleh mendatangkan mudarat dikemudian nanti. seelok-eloknya tolaklah permintaan itu dengan cara yang baik.
Saya menunggu reaksi dari arus perdana (umno) tentang tindakan yb ni.
Satu usaha yang baik dalam usaha berdakwah kepada pekerja Islam di dalam kilang tersebut yang tidak patut di abaikan sama sekali.
Cuma implikasi atas lawatan ini kepada PAS harus di ambil kira secara mendalam. Saya harap justifikasi Y.B kepada pimpinan dapat membuktikan bahawa usaha ini lebih banyak kesan positif daripada negatif. Saya teringat lawatan lujnah kebajikan ke lorong Haji Taib berjumpa pekerja2 seks. Ada persamaan disitu.
Wassalam
Ahli PAS TTDI Jaya
Tokey Carlsberg tak akan mengundi PAS. Gurantyee. Tapi bagaimana dengan orang islam yang menjadi majoriti pengundi Selangor?
Insyaallah
ckp senang laa,masa selama umno pegang slangor dulu ape die buat? yg UMNO buat bg tanah utk buat kilang arak tuu kan...?,mufti slgor Dimane mase spanjang umno pgang sgor untuk tarbiah pekerja sana,skurng2 yb tuu pk jgak ttg pekerja disana..langkah2 sterusnya adalah tuu..ALLAH akan bg jalan penyelesaian utk niat yg baik..yg korang tahu memekak..memekak..dan memekak..korang sendiri ape korang dpt buat..korang tahu memekak sbb korang lama sangat dalam umno sblum nii...pasal gambar tuu bukan yb tuu ambik gmbar sambil minum arak punn..tuu pun nak kecoh..sbgai penyokong pas yg mmg cerdik ..korang dah tahu mmg perangai umno tuu selalu buat taik..yg korang risau buat ape dah mmg taik..
ape2 pun syabas pd yb sekurang2 nya terpk jgk nak buat sesuatu..kita hanya merancang..ALLAH yg tentukan...harpan sy agar umno hilang dr mata rakyat malaysia suatu hr nantii...TAKBIRRRRR...
yb..boleh dak kiranya yb kumpulkan data pekerja muslim di kilang tersebut dan yb ushakan kerja gantian bagi mereka di selangor setaraf semasa mereka bekerja disana.jika tak semua pon segelintir yg muslim yg berjaya tukar kerja pon dah ok rasanya...
Lawatan ke kilang arak ke, kilang penternakan babi ke, kilang membuat cuka ke... semuanya kalau dilakukan atas sebab kerja demi membantu rakyat jelata adalah suatu tindakan yang ikhlas, murni dan halal.
Sesungguhnya, tindakan YB pada hari ini amatlah mengharukan.
~daripada seorang penduduk Shah Alam
good job!!!peliklaa orang kepala otak umno ni..pi carlsberg tak boleh atas urusan tak boleh..tapi pi 7E beli arak no hallll...dasar UMN0(Untuk Manusia No Otak)...
Saya rasa Yb telah buat record dalam Pas , belum pernah seorang pemimpin Pas pegi masuk tempat haram jadah macam kilang arak ni...walaupun Yb ada niat baik , tapi walau apa niat Yb , bukan ke Yb boleh call tauke kilang arak haram jadah ni , ajak berjumpa kat mana2 ..boleh le nak bincang apapun...ini siap masuk kilang lagi tu....kita nak lintas depan kilang arak pun tak mau ..ini kan masuk dalam kilang...
Saya rasa Yb cuba mencari publisiti murahan dalam pakatan...lepas pemimpin pakatan dap dan pkr adan tabik la dengan yb ya....
harap Pemimpin Tertinggi Pas ambil perhatian dalam hal ini...
Pastikan ianya tidak berlaku lagi dimasa akan datang...
jumpa mufti hukumnya HARAM
pegi kilang arak, jumpa tokey arak, hukumnya apa pulak???
lau xmampus kita nk tau..ada pekerja melayu..adalak persatuan pekerja islam...UMNO mmg bangang lau benda dah dijangka nk jadikan isu jugak
Pendekatan yg YB ambil adlh 1 pendekatan yg berhikmah.Dgn lawatan di kilang ini,mungkin jg akan melembutkan hati empunya kilang ini.Ini semua kerja ALlah. Keikhlasan YB dlm menyelesaikan masalah rakyat InsyaAllah ada ganjarannya di akhirat sana.Memang susah kita nak memuaskan hati semua pihak..kita bukan cari redha manusia, tetapi redha ALlah yang paling utama. Wallahua'lam
Satu usaha yang baik. Semoga Allah memberi balasan sebaiknya.
Tak usah takut pada yang mencela, kerana memang ada golongan manusia yang kerjanya menkritik kerja orang lain
but at the same time educate the public the evils of drinking.
i am chinese and i never never encourage people to drink..
all chinese housewives will support PAS on this matter and to the DAP drinking is not kebudayaan orang cina. (the same goes for gambling also)
hopefully over time all those karaoke/pubs with hanky panky thrown in will be a thing of the past.
YB diberi kuasa, gunakan kuasa tu. Ni step awal..hopefully ada step seterusnya yg sy rasa akan memakan masa agak lama.. dari mentarbiahkan org2 Islam yg involve di situ.. MEMBANTU mereka..hinggalah satu hari kilang tu ditutup..
Ilmu mesti difollow dgn tindakan/amal.. Saya cadangkan sempena menyambut Ramadhan yg penuh barakah ni tindakan susulan awal ialah amik senarai SEMUA pekerja2 Islam yg involve & dailog dari hati ke hati.. ajak mereka berhijrah .. mungkin ada nak segera (ingat kisah hijrah ?)& mungkin ada yg beransur2.. carikan kerja .. & tubuhkan tabung utk mereka.
Saya org pertama yg akan menyahut tabung tu & klu YB sendiri yg menguruskan saya tak ragu..
OK YB, tindakan awal..buat tabung utk bantu mereka keluar dari berterusan dapat rezeki yg terang2 x berkat..
Ayuh kita semua..ni jihad utk kita, jihad harta utk bantu sedara2 seIslam (utk kita sebenarnya), mungkin mereka tak dapat sebanyak gaji mereka skrg.. tapi mudaha2 berkat.
Rezeki kita insyaAllah bersih dgn jihad ini.. Sesungguhnya Allah menjanjikan rezeki dari yg tak disangka2 ..bagi org2 yg bertakwa..
kerajaan selangor yang memerintah boleh tutup aje kilang ni dalam masa 1 saat melalui pihak berkuasa tempatan PBT.
tunggu nak buat atau tak buat aje.
STUPIDITY is not a crime!!!
YB,
Good job, though I think the photography session was not necessary.
I'm surprise that to read comments from those who claim to 'support PAS' saying that this was a bad move. Pendekatan dakwah biarlah berhikmah. Ada ke suruh enforce a law without educating the masses first. Was that how Rasulullah spread Islam???
Anyhow, as an MP, you have to solve the tapak station bus untuk Shah Alam. At the same time, as a Muslim leader, you now have the responsibilities to approach the Muslims who work in that filthy factory and mentarbiahkan mereka. Best if you can provide them an alternative job to persuade them to leave their current job.
May Allah ease your way through, insya-Allah.
Some people say - Alcohol good for blood circulation.
rajraman666.Subject to people how they use it.Its like the organized religion - can be extremist and also can be use as peace to soul.Subject to mankind make use of both.I never use both.
We can be racial but can't be racists.
Thank you.
undilah lagi umno! pastu salahkan orang lain yang terpaksa mengikut undang2 yang dicipta orang terdahulu.
bengap tak terajar!!
Sy nak cadangkan juga, ajak Dato Chin masuk Islam.
Sbb sy difahamkan kebanyakan org2 bukan Islam di sini, tak jelas mengenai Islam sbb tak de yg terangkan & ajak. Sekurang2nya almahrum Ust Fadil Nor dah ajak YB LGE masuk Islam.
Saya juga dah terangkan ttg Islam & ajak ofis mate saya masuk Islam, dia ni fasih sebut alhamdulillah, Allhu Akbar dll,& suka baca buku2 agama.
Tapi saya perahatikan dia agak sedih bila saya ajak masuk Islam sbb cabaran baginya amat besar.
Cabaran dr keluarga, masyarakatnya dll yg membuatnya dlm delima..
Now you are in power, do within yr means..were there any attempts to do anything, none!!! Hudud..did you table it to Assembly...no..
Politicians like to lie, it is even greater lie when they are in power..see it for yrself...Ketayap putih pun pandai minta "percent" dari kontraktor..akhir zaman sheikh...
Salam ramadhan...
Kenapa perlu masuk kilang arak? arak kan haram, pasai apa pergi? Jangan jadi bodoh dan memperbodohkan diri. Kita orang Islam dan arak adalah haram di sisi Islam.
Baca sini:http://sauhdibongkar.blogspot.com/
sedara kena faham tujuan dan niat yb khalid.. yang haramnya kalu kite minum atau kita pakai arak tersebut, mmg btul arak tu haram.. setakat masuk kilang ape nak jadik isu.. saya rasa mungkin sedara yang x paham kot. dr penulisannya dia berniat klu2 taukey besar tu nak berpindah ke tmpat lain spt dicdgkan.. kalu boleh sedara jgn terus nak berfikiran negatif.. selidik ape kebaikannya utk umat islam di era akhir zaman ini. wslm
Good effort. Good effort. Your move to visit the factory is an eye opener to the rest.
Do not worry about the rest. Knowing Islam is knowing the teaching of Allah (SWT) and Muhammad (SAW). Your iman is strong. Just carry on and do not bother about the rest.
For your nawaitu comes first and others comes later. Many others including myself seems to forget about this all the time.
Best wishes again.
-SCIROCCO-
hm,sy ni xla pandai sgt tapi apa kene mengena haramnya arak tu dgn lawatan yb ke kilang arak? bukannya dia pi kilang arak utk minum arak..
kalau anda keliru, jgn la kelirukan org lain..
salam ramadhan semua!
Itu kau tak bising!
Ini seorang YB nak masuk kilang sebagai wakil Shah Alam dan ingin mendengar masalah dan isu pemilik kilang, tak boleh?
Tolonglah.
Jangan hipokrit!
Tentanglah Mahathir dulu!
apa otoriti yb nak pegi lawat kilang arak.
yb bukan mewakili kerajaan negeri. MBSA pun bukan rancang nak pergi (YB yg memandai ajak diorang) - ini dah interfere state matters.
Apa locus standi yb nak cadang kilang calrsberg dipindah??? kerajaan negeri pon tak ada apa2 keputusan pon.
memang terlebih sudu dari kuah.
memang sah gila glamer lah YB ni.
arak memang HARAM.
jual pun haram.
bawak pun haram.
kerja dlm tu pun haram.
jadi waiter arak pun haram.
anda yg kelirukan orang.
matlamat yb baik. kalo die panggil tokey kilang jumpe kat opis die, mane die tau keadaan sebenar dalam kilang camne. hidup2 kene tipu je ngan cina tu. baik die masuk dalam
tgk umat islam dalam tu macam mane.
sekarang korang nak pangkah yb ni ye? aku ucap 'terima kasih' kat sape2 yg sokong parti yg bagi lulus bukak kilang tu.semoga perjuangan korang 'dirahmati' Allah s.w.t
Tak perlu lah risau pasal "modal" yang akan dilakukan oleh pihak pembangkang, pihak berotak yang lemah dan puak-puak tak sedar diri (paham-paham je lah sapa) kerana yang penting kita buat dengan IKHLAS dan ALLAH SWT lebih mengetahui. Ambik gambar ke atau tidak semestinya akan dijadikan bahan jugak. Kita mesti expect tu semua. At least YB buat something yang tak pernah siapa buat pon dahulu.
Usaha untuk memindahkan kilang tersebut ke kawasan Pelabuhan Klang adalah bagus IMHO. Jauh dengan sempadan (tempat strategik), elok juga dengan kawasan perindustrian, kemudahan ekspot dan import yang mudah untuk Carlsberg. Tapak itu sesuai juga untuk dijadikan tempat kemudahan bas.
Berkenaan pekerja kilang dikilang tersebut, adalah murni usaha YB untuk cuba melihat dan membantu kebajikan mereka. At least kita cuba daripada tidak berbuat apa-apa langsung. Bukan senang just begitu je nak suruh mereka berhenti kerja, mereka bukan lucky sangat macam yang bekerja gomen ke executive ke. Mereka pon ada keluarga juga nak diberi makan pakai. Setakat cakap je memang senang. Ada juga surau dalam tu dan kebajikannya.
Kadang-kala, kita ni lupa yang kita ni berfikir sampai takat yang mampu je. So biar orang yang berkepakaran yang sepatutnya yang berfikir di level seterusnya. Carlsberg tu dah 30 tahun dah ada kat situ. Salah satu income negeri Selangor. Takkan la sesenang je nak tutup macam tu je. Guna la akal sket as an administrator. Kalau Selangor ditadbir dengan efficient dan dah mempunyai pendapatan yang cukup pon bukan senang nak suka-suka tendang orang macam tu je. Mesti lah adil dan berperingkat. Janji pentadbiran ADIL dan SAKSAMA sudah.
Kepada para detractor tu, tak payah la hipokrit sangat. Kita pon tau sendiri ada banyak bende dalam Malaysia ni yang tak betul, dan kita juga tau puncanya sapa. Takde salahnya YB tu melawat ke apa, problemnya dekat orang yang otak negatif je.
YB, tingkatkan usaha. Niat yang murni sentiasa dilihatNYA. I wished you all the best.
klo kerajaan UMNO luluskan lesen JUDI, ataupun mereka yang MULAKAN pemberian lesen arak tu, tak keoch pulakkk!
untuk YB: mungkin YB boleh keluarkan orang Islam yg bekerja dikilang tu. Berikan mereka kerja lain. Ni menunjukkan kita prihatin terhadap mereka. Jgn biarkan mereka terus bergelumang dgn dosa.
ape pun, arak tidak baik untuk kesihatan. Salam Ramadhan.
Tapi Khalifah Khalid Samad ni masuk gereja lepas tu nak rasmikan tak tau apa forum tah kat shah alam ni.
Dah la masuk carlsberg as tu nak besarkan la pulak.
cuba hassan ali yg pergi jumpa..pehh..CONFIRM kena MAKI punya.
kalau UMNO masuk, aku rasa memang sampai kiamat la puak puak PAS akan ingat.
P/S: aku pun terPANGKAH si KHALID SAMAD ni..dah rasa menyesal la pulak..dulu pun pangkah Aziz Shamsuddin pun batang hidung pun tak nampak, tapi sekurang-kurangnya Shah Alam ni makmur.
Khalid Samad masuk gereja sebab nak mintak gereja support dia la..dasar umngokk..lain kali siasat la..jangan la nak fitnah pulak..
Kalimah ALLAH tu Khalid Samad bukan setakat setuju je, malah di sanggup fight dlm parlimen. Inilah pemimpin yang ana cari selama ini. Anta apa tau pasal ni??
Khalid Samad nak rasmi tu sebab dulu UMNGOK macam kau la yg bantah. Dulu masa nak buat gereja terbesar kat shah alam ni, puak puak UMNOGOK jugak yang pi bantah.
Tengok, pemimpin ana..bukan setakat setuju je..kilang arak pun boleh masuk apa..punya la terrer pemimpin ana nih..UMNOGOK mana sanggup!
Ana cabar la Noh Omar masuk..
tapi aku pasti di ni lalang.
confirm punya.
hati-hat YB. ramai lalang sekarang ni. boleh pangkah YB. Boleh pangkah BN.
eleh, cara sahabat2 yg 4 terkenal tu pun berbeza.. yg penting kerana Islam. Kenapa ku kata gitu? Nabi saw nak buang patong2 dlm kaabah tu makan masa berapa tahun, terpaksa melalui bagai2 rintangan..
pada ku, yb dah mula mengorak langkah..teruskan..
Selain dari berjumpa dengan pekerja muslim di carlsberg sepatutnya datuk berbincang dengan dato chin macam mana nak kecilkan operasi secara beransur-ansur bukan nak alihkan tempat operasi....
Ingatlah akan janji Allah tentang rezeki
Tak ada arak pun negara boleh maju dato!
Sebelum memerintah cakap lain
Sekarang dah perintah buat lain!
ko laghi mangkuk dari segala mangkuk.. mungkin ko MANGKOK JAMBAN kot...
hati2 bile b'kate2.. nampak sangat KEBANGANGAN KO..
x minum arak.. tapi perangai MELEBIHI MABUK ARAK..
PODAHHHH!!!!!!!!!!!
Ini apa makna?
Kau sibuk nak kacau orang kampung baru untuk buat tambah duit poket kau ke hapa?
Benda ni paling buat aku menyampah meluat dan dendam kat ko walau tanah kampung baru dan irang2 disitu langsung tak ada kaitan dengan aku sikitpun, tapi atas dasar rasa patriotik dan kebangsaan makamya aku nak tanah bangsa aku dipertahankan dan jangan diganggu WALAU ATAS ALASAN APA SEKALIPUN not even Tun, not even TSMY, not even any single person from that land also !!
Dasar jiwa 'KITOL ' ko ni !
Aku doakan hari2 agar jatuhlah kau dan team2 kau yang aku undi pada pru14 sebab bangsa dan agama aku dipijakw sesuka hati oleh sikafir2 dan ko buat apa???
Ko sibuk nak cari mana lobang boleh buat isi duit poket ko. Kampung Baru nampak macam 'berat' je nak jalan maka ko nampak PUTRAJAYA ada peluang untuk ko buat duit kat sana. Cadangkan buat LRT dengan alasan2 yang kau rasa boleh digunapakai. Perlu ke? Perlu ke saat2 negara takde duit dan kau nak bangunkan LRT kat sana pulak? Bantu keluarkan idea buat duit tak mampu, menjahanam bagi perabih duit simpanan negara je yg kau mampu pikirkan.
Hal kilang arak dah kau settle???
"Ya Allah yg maha Pembolak Balik yg nyawaku berada didalam genggaman tanganNYA, aku bermohon padaMu Kau hajarlah manusia ini andai benar dia hanya mahlukMu yg hipokrit dan mementingkan diri dan isi poketnya maka KAU binasakanlah dia sebinasa2nya saat didunia ini lahi dan kami mahu menyaksikannya kerana kami nerasa teraniaya oleh golongan2 ini insyaAllah..amin anin amin ya rabbal alamin.
Wallahu'alam bissawab