Skip to main content

Asing Adat & Hukum Hakam

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta umat Islam mengasingkan adat dan hukum hakam agama dalam menilai perbuatan seseorang baik sesama Islam mahupun bukan Islam.

Bagi beliau, kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kemurniaan Islam di mata masyarakat bukan Islam yang seharusnya diajak mendekati agama samawi ini.

(Bekas) Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga meminta umat Islam tidak terikat dengan elemen tradisi sebaliknya berpandukan sumber ketamadunan Islam sejak zaman Rasulullah.

"Ini masalah di negara kita yang kadangkala tidak dapat membezakan antara kebiasaan dengan adat dan hukum agama. Adat dan agama ini pula dipengaruhi kepentingan politik.

"Kita tahu selama ini Umno sentiasa menegaskan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagi saya, mereka mahu menjauhkan orang yang bukan melayu dan bukan islam daripada Islam," katanya.

Semua ini hanya mencipta pelbagai stigma dan pantang larang yang tidak penah termaktub dalam al-Quran.

Sebaliknya Umno secara halus memperalatkan agama untuk mengembalikan sokongan bukan melayu tanpa mempedulikan perkembangan dakwah agama.

"Inilah sebabnya mengapa mereka sejak kebelakangan ini cuba menunjukkan betapa tidak mesranya Islam kepada orang bukan Islam sehingga mengeluarkan fatwa, kononnya tidak boleh berdoa untuk orang bukan Islam.

"Sekali lagi dengan kes yang melibatkan Teo Nie Ching ini, politik Umno bertujuan hendak kekalkan politik Islam dengan politik Melayu sebagai perkara yang sama," katanya.

Ihsan TVSelangor
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

celik aqal said…
Kes ini merupakan satu bencana (Allah) kpd umno akibat masuknya '40 ulamak' muda ke dalam umno dan kerana kezaliman mereka kpd rakyat Malaysia. umno tiada roh Islam pada/dalam badannya. Tiada masa diperuntukkan untuk mengaji Islam oleh ketua-ketua umno hatta ahli-ahli biasanya. Semua masa diperuntukkan untuk memikirkan 'bagaimana kocek/perut dapat dipenuhkan dengan ringgit dan kemewahan.
Anonymous said…
YB,
Saya belajar sekolah di Kampung Kastam Johor Bahru (saya tau YB tau sekolah ni). Ustaz saya kata, HARAM bagi wanita HAID & TAK SUCI masuk masjid atau surau apatah lagi orang kafir.

Saya sedang pening fikir tentang fatwa baru YB ni. Boleh sesat saya ni..
Anonymous said…
As non-muslims while in overseas we can visit/admire all grand mosgues, and our fellow muslims tourists can visit all churches without fear. But in our own country we dare not even stand at the gate of a surau.Really we dont understand, it's not that we are dying to go into a surau, why is our country so special? Perhaps the government/royalty can make an official decree all non-muslims off-limit to mosques/surau and muslims off-limit to churches/temples so that everyone is clear of ruling to avoid unnecessary spats/politicking which dont make us look good in a foreigner's eyes.
Anonymous said…
Saya cuba nak faham apa YB kata. Malangnya saya langsung tak faham & semakin keliru.

Benar kata kawan saya. Menentang PAS sama seperti menentang Islam.
Anonymous said…
Salam. Akhir-akhir ini UMNO kelihatan telah berusaha untuk menjadikan Islam sebagai fobia di kalangan rakyat. Walaupun kita semua menyedari bahawa UMNO yang selama ini menghina hukum-hukum Islam secara terangan, dengan memberi komentar secara jahil dan menolak fatwa kebangsaan (tidak bertafakkur di tugu negara). Ini hanya perkara kecil yang dilakukan oleh UMNO kepada rakyat Malaysia, berbanding penentangan mereka terhadap Al-Quran. maka tidak hairanlah Bangsa Yahudi, telah membunuh begitu ramai umat Islam Palestin, jika dibandingkan mereka telah membunuh ramai para nabi dikalangan bani israel. UMNO menimbulkan isu-isu penghinaan terhadap Islam, namun kita lebih memberi perhatian kepada mereka berbanding dengan menilai apakah yang telah mereka lakukan terhadap Islam selama ini.
Ikemen said…
tanda2 kiamat, apabila orang jahil dialntik sebagai pemimpin. apabila si jahil berlagak pandai, jadila seperti tikus membaiki labu.

http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/orang-kafir-masuk-masjid-2/
Anonymous said…
saya pun setuju dengan Anon August 29, 2010 11:52 AM. saya dulu belajar di kelantan. ustaz saya pun ajar benda yang sama. saya tak rasa ustaz yang mengajar saya tu orang umno. silap silap orang pas.

kesilapan umno, membesar-besar kan isu ni macam satu kesalahan berat. bagi teguran cukup lah.

salah pas sebab tidak menyuruh berpakaian sopan.

apa yang kita buat sekarang membuatkan orang bukan islam melihat islam sebagai agama yang kolot.
Othman - Selayang said…
Kepada sesiapa yang masih keliru dengan masalah orang bukan boleh masuk masjid atau tidak, disini saya perturunkan apa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Ini bukan fatwa baru YB/PAS. Tapi kalau masih tak faham tak tahulah apa lagi nak cakap. Tapi ingat dalam hal-hal agama jangan buat2 tak faham kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada dilubuk hati kita.
Anonymous said…
The only thing UMNO prays to is DUIT. Corruption is in its veins and they will sow whatever hate needed to shore up their support. The kind of Islam they profess to embrace is really scarry, as it discriminates and is all unforgiving, even in the holy month of Ramadhan. They escalate the verbal wars hell-bent to divide the people in their newspapers in Ramadhan. If they are sincere, Shouldn't they use the media to highlight the beauty of Islam in the FAIR treatment accorded by the Prophet Muhammad and the others onto the people, irregardless of faith and creed? Isn't this what Ramadhan is about, abstaining from worldly goods, having empathy for the poor and rekindling own's faith to Allah SWT though daily prayers?? Shouldn't UMNO emulate that during the holy month to celebrate the true meaning of Islam?? Alas, UMNO is NOT the real Muslim they say they are, for they don't even understand the essence of Islam. How many front pages of the dailies is about stories of the Prophet Muhammad, to share his good works and spread Islam during Ramadhan? None, inside pages are only showing the PM, DPM and their wives giving away goodies. It's not about thanking Allah SWT for the goodies, but rather showering praises on the BiNi. That's the Islam profess by UMNO.

And for those who say that they don't understand what YB is saying, then open your heart and go to another masjid to meet other Imams to learn more about Islam. You have a lot more to learn, for Islam is not only about kelas mengaji!
iqra said…
Salam...Sebagai org Islam kita memang sedih melihat org Islam yg seolah2 cetek dan jumud pengetahuannya tentang Islam.

Sebab itu lah perkembangan Islam begitu perlahan di Msia sebab masih ada yg beranggapan masuk Islam adalah masuk Melayu, di mana segala amalan dan pakaian semua jadi Melayu.

Kita harus faham tiap bangsa atau kaum ada nilai2 (ethno-centrism) di mana mereka merasa bangga dan menganggap bangsa atau kaum mereka lebih tinggi dari bangsa atau kaum yg lain.

Jadi Kalau masuk Islam jadi Melayu sudah tentu menyinggung bangsa atau kaum mereka sendiri, sedangkan mereka tahu yg bangsa Melayu pun bukan lah tinggi tamaddunnya, malah setengah2 amalan org Melayu langsung tidak relevan dgn dunia nyata.

Lagi pun kalau kita tengok perlembagaan tentang definisi Melayu pun memang mengelirukan seolah siapa2 pun boleh jadi Melayu asalkan beragama Islam dan mengamalkan adat Melayu.

Maka tidak hairan lah dlm UMNO itu senang2 org India (mamak) masuk UMNO (walau pun kita tengok muka pun sudah tahu dia bukan Melayu)dan nanti jadi presiden pun boleh, jadi PM pun boleh, keliru bukan.

Itu kalau kita pandang dari perspektif Melayu (UMNO) tapi bukan Islam. Dlm Islam sesiapa yg masuk Islam bangsa atau kaum mereka tidak pernah dicacat atau dicela malah akan menambah baik lagi tamadun sesuatu bangsa atau pun kaum tersebut, kerana ia berpandu pada hukum yg Maha Esa.

Islam bukan lah milik mana2 bangsa atau kaum, malah Islam adalah ad-din atau cara hidup yg syumul dan diredhai oleh Allah utk umat manusia.

Jadi amatlah malang sekiranya ada pihak yg cuba membataskan Islam atas dasar kepentingan politik yg akhirnya akan menyekat org Islam dan bukan Islam utk mendekati Islam.

Sebagai org Islam kita semua bertanggung jawab dlm dosa dan pahala sekiranya tindakan itu benar atau salah di sisi Allah. Justru dlm memilih pemimpin pun kita bertanggung jawab di sisi Allah, kerana sekiranya kita memilih pemimpin yg bertanggung jawab dan diredhai Allah maka kita akan mendapat rahmat dan pahala dariNya.

Sebaliknya sekiranya kita salah memilih pemimpin yg rosak amalannya maka tunggu lah kehancuran dan kebinasaan yg akan dibawanya, dan bala Allah tidak mengira siapa.

Wallahu'alam...
Anonymous said…
//Ustaz saya kata, HARAM bagi wanita HAID & TAK SUCI masuk masjid atau surau apatah lagi orang kafir.//
Siap beri kuasa kd ustaz utk melabel perempuan haid tak suci dan so and so "kafir"?UMNO or Allah?
Anonymous said…
ANON 30 Aug, 1:59AM,

kalau kau tak reti bab Fekak, usahlah nak berbicara. Lebih baik diam saja.

Kalau kau rasa PAS boleh benarkan perempuan haid atau kafir masuk masjid atau surau, terpulang lah. Jangan la nak jahil soal Fekah.
Anonymous said…
1. Utusan Melayu dan Berita Harian sila buangkan ruang "perkhidmatan SMS 4D" dan "keputusan nombor ekor" di akhbar anda baru saya boleh hormat. Juga gambar2 artis yang seksi yang lebih melampau dengan apa yang dipakai oleh MP Teo.

2. Nabi tidak "murka" seorang badwi kencing di masjid.

3. Nabi "murka" orang yang tidak ke masjid.

4. Harap kepada orang melayu muslim, dapat beragama dengan apa yang diwahyukan Allah. Bukan dengan khayalan dan anggapan semata.

p/s: Aku murka dengan orang yang menghisap rokok di kompaun masjid! Tak tahu ke fatwanya HARAM?

Satu lagi, lain kalai Utusan Melayu/Berita Harian sila konsult Ikatan Ulama Muda UMNO atau Ustaz Fathul Bari sebelum membuat berita2 seperti ini. JIka tidak sia2 sia lah kemasukan mereka ke dalam UMNO tempohari.
Anonymous said…
untuk org yg kata perempuan had tak boleh masuk masjid, cuba tengok penjelasan dlm kuliah MAULANA ASRI YUSOF, siap bagi hadis dan perincian dia.

ada 3 hadis yg mana salah satunya Saidatina Aishah masuk masjid tolong ambil sejadah utk Rasullullah SAW semasa dia sedang haid.

jgnlah berfikiran jumud, sama macam org kata lepas wuduk tak boleh lap air wuduk, tapi sebenarnya harus/boleh tak ada makruh atau pun haram pun... dulu2 org2 tua kata tak boleh lap.. itulah kita kena tanya org2 yg pandai agama bukan tanya org mengaji sekerat2.
Nizam said…
Berpakaian sopan? Bagi saya apa yang dipakai oleh YB DAP tu dah cukup sopan bagi seorang yang bukan muslim. Lainlah kalau beliau berbikini dalam surau atau pakai mini skirt. Tapi kalau bukan Islam yang pakai macam tu memang tak cukup sopan. Kalau pakai tudung tapi jambul keluar macam wanita umno pakai pun belum cukup sopan sebab wanita umno mendakwa mereka Islam. Itu pandangan peribadi saya.
Anonymous said…
Ye lah. Kalau kena kat batang hidung korang semua boleh. Esok kalau ada kafir harbi dap bogel pun korang kata boleh. Anon 1:59. Kau ni bodoh ke bebal. Dah tentu cina tu kafir. Selagi tak masuk Islam dia tetap kafir. Kalau dia dah masuk Islam, islam lah dia. Bukan soal sapa beri kuasa. Benda mcm ni pun nak politik kan. Bodoh lah kau ni
abdul razak h... bin harun said…
maaf ler buat semua nak bagi pendapat sikit sekarang nie yang dok bagi dalil ler hadis ler.. taksiran ler yang kata isteri nabi masuk masjid boleh tu apa cite.. kalau ikut ayat tu dia cuma masuk untuk ambik sejadah saja bukan duduk lama dlm masjid tu cuma lalu saja macam dalil al-quran yang kata lalu saja dibolehkan tapi kalau menetap tak dibolehkan...kalau dah lebih dlm 30 minit tu kira sat ker... takkan lah isteri nabi muhammad s.a.w ambik sejadah sampai 30 minit lama tu... cuba la rasional sikit kalau nak pertahan pon... org PAS rasa depa tu dah islam sangat ka... jangan la dok kata org aje.. muhasabah la diri dulu macam mana org nak hormat kira org PAS semua betul la... masalah sekarang nie org bukan islam pijak kat tempat sembahyang utama kita... apa cerita dah tak boleh nak buat kat tempat lain dah ka.... saya harap org yang nak pertahankan pendapat yang mengatakan dibolehkan tu baca artikel yang di berikan tu betul betul dengan hati yang tenang tanpa ada dendam kesumat atau asyik nak bangkang lebih lebih lagi kalau yang mengatakan tu adalah org umno. buat YB jangan la dok nak pertahan kan pendapat bersama kepantingan politik YB aje... buat kajian dulu ...jangan dok guna fatwa PAS aje la... kalau macam tu nanti org perempuan islam yang dalam haid boleh la masuk masjid pulak no... tak salah kan... org pas memang dok kata org lain saje yang salah depa saja yang betul......
Anonymous said…
//kalau kau tak reti bab Fekak, usahlah nak berbicara. Lebih baik diam saja.

Kalau kau rasa PAS boleh benarkan perempuan haid atau kafir masuk masjid atau surau, terpulang lah. Jangan la nak jahil soal Fekah.//

piraah!!hangpalah kafir!!hangpalah pandai baling kepala babi,potong kepla lembu,pakai songkok tinggi pretending to be muslim!
Anonymous said…
Haloo anon 11:15 am. Apa bangang sangat kau ni. Kepala bapak kau. Kau ingat orang UMNO sejahat tu ke? Pakai otak sikit. Takde sapa pretending to be Islam. Dah memang kita Islam selagi kita mengucap 2 kalimah syahadat dan mengerjakan suruhanNYA. Jangan cerita pasala pemerintahan Islam lah brader? PAS pun tak berani nak tegakkan HUDUD. Nik Aziz pun terima tajaan umrah yang diklasifikasikan sebagai hadiah. What the hell nonsense la brother. Bro nak tanya, convert la tajaan umrah tu dengan duit atau kereta ke. Kan hadiah nama dia. Tak salah beb. Cuma korang je yang bodoh buta tuli mengikut je.
Anonymous said…
Kepada Pengomen yang jahil dan juga Cybertroopers UMNO yg dtg mncari makan di sini, aku nak tunjukkan bukti dan dalil syarak yg mengharuskan org kafir masuk masjid kecuali Masjidil Haram. Masjidil Haram secara mutlak mmg tak boleh dimasuki oleh orang kafir kerana ianya jelas dilarang oleh firman Allah di dalm Surah Surah Taubah ayat 28.

Manakala bagi masjid dan surau yang selain dari Masjidil Haram, majoriti para ulamak termasuk Mazhab Syafie mengharuskannya. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim berkaitan dengan kisah Thumamah bin Uthal yang merupakan tentera kafir dari Yamamah yang dibenarkan Nabi Muhammad untuk masuk ke Masjid Nabawi di Madinah.

Lihat syarah kepada hadis ini di dalam Fathul Bari karangan Imam Ibn Hajar Al Asqalani dan juga di dalam kitab Syarah Shahih Muslim oleh Imama Nawawi.

Di dalam kitabnya, ImamNawawi menyatakan bahawa ini hadis menunjukkan keharusan untuk dibawa orang kafir masuk ke dalam masjid dengan syarat mendapat keizinan dari orang Islam. Keharusan ini menurut Imam Nawawi merangkumi semua jenis orang kafir.

Berdasarkan kepada dalil dan sunnah inilah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan pelawat non Muslim masuk ke masjid-masjid di Malaysia melalui fatwa betraikh 1/3/2010 yang boleh dilihat di web E-Fatwa.

Kepada pengomen2 yang jahil tersebut, lain kali perbanyakkan belajar agama. Jangan jadi bangan sampai ke mampus!

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan