Saya telah dimaklumkan bahawa sebuah Terminal Bas baru akan dibina di Shah Alam untuk menggantikan terminal sediada di Seksyen 17. Sememangnya sebuah Terminal baru amat diperlukan kerana yang sediada amatlah daif dan serba kekurangan. Lokasi yang telah dipilih oleh pentadbiran lama adalah tanah yang berada di antara Jalan Subang, Jalan Batu Tiga lama dan Lebuhraya Persekutuan. Tapak yang agak kecil ini dipilih kerana ianya memberi akses yang mudah ke Lebuhraya ke Selatan dan ke Utara/Timur dan dalam masa yang sama ianya berhampiran dengan stesen komuter Batu Tiga.
Fasa kedua pula akan meletakkan blok tambahan di seberang Jalan Subang di tepi Sungai sambil sebuah terowong akan dibina di bawah Jalan Subang untuk menghubungkan Fasa Pertama dan Fasa Kedua.
Memandangkan betapa pentingnya Terminal Bas ini kepada kesinambungan pembangunan setempat dan rakyat Shah Alam sendiri, saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa keputusan adalah muktamad dan tender telahpun dipanggil. Menurut maklumat yang telah diterima, sebanyak 33 buah syarikat telah mengambil bahagian dan tawaran sedang dinilai dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat. Saya bersama YB Rodziah telah bertindak membawa isu ini ke MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor) supaya ianya dibincang kembali kerana ianya tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.
Dalam mesyuarat MTES yang diadakan, pihak perunding telah gagal menjawab persoalan berhubung kesesakan lalu lintas yang akan terjadi disebabkan lokasi yang dipilih. Semua sedia maklum bahawa dalam keadaan sekarang sekalipun, Jalan Subang adalah teramat sesak, apatah lagi sekiranya Terminal Bas dibina di situ.
Kesudahan Mesyuarat MTES memutuskan supaya satu perbincang khusus akan diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan persoalan ini. YAB MB telah memutuskan bahawa mesyuarat ini akan membincang:-
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Fasa kedua pula akan meletakkan blok tambahan di seberang Jalan Subang di tepi Sungai sambil sebuah terowong akan dibina di bawah Jalan Subang untuk menghubungkan Fasa Pertama dan Fasa Kedua.
Memandangkan betapa pentingnya Terminal Bas ini kepada kesinambungan pembangunan setempat dan rakyat Shah Alam sendiri, saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa keputusan adalah muktamad dan tender telahpun dipanggil. Menurut maklumat yang telah diterima, sebanyak 33 buah syarikat telah mengambil bahagian dan tawaran sedang dinilai dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat. Saya bersama YB Rodziah telah bertindak membawa isu ini ke MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor) supaya ianya dibincang kembali kerana ianya tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.
Dalam mesyuarat MTES yang diadakan, pihak perunding telah gagal menjawab persoalan berhubung kesesakan lalu lintas yang akan terjadi disebabkan lokasi yang dipilih. Semua sedia maklum bahawa dalam keadaan sekarang sekalipun, Jalan Subang adalah teramat sesak, apatah lagi sekiranya Terminal Bas dibina di situ.
Kesudahan Mesyuarat MTES memutuskan supaya satu perbincang khusus akan diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan persoalan ini. YAB MB telah memutuskan bahawa mesyuarat ini akan membincang:-
a) Samada lokasi lain yang lebih sesuai boleh dikenal pasti; danSebagai langkah permulaan, saya meletakkan perkara ini di sini untuk mendapat pandangan dari warga Shah Alam khususnya dan masyarakat umum secara amnya. Pandangan tuan-tuan dan puan-puan semua berhubung isu ini adalah amat dialu-alukan.
b) Sekiranya tiada, maka satu mekanisma bagi mengatasi masalah kesesakan yang bakal terhasil dapat ditentukan
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Memang Shah Alam amat memerlukan terminal bas yg baru..yg lebih bersepadu dgn jenis pengangkutan awam yg lain spt komuter, teksi dsb..
Saya juga berpendapat bahawa cadangan tapak terminal baru itu kurang sesuai memandangkan kawasan tersebut sangatlah sesak terutama pada waktu puncak.
Jika ditambah pula dgn trafik dari para pengguna dan kenderaan2 yg bkl menggunakan terminal tersebut, saya rasa pasti akan menghasilkan kesesakan tahap kronik.
Pada masa sekarang pun, persimpangan bertingkat Stadium Shah Alam/CSR sudah menghasilkan kesesakan sehingga melimpah ke Federal Highway, jadi bayangkanlah jika terminal bas dibina di kawasan yg dicadangkan.
Saya sokong Anon 2:38 PM. Tempat tu mmg dah sesak, takpayah la ditambahkan kesesakkan yg ada. Mmg kita perlukan terminal bas yang baru, tapi kena la cari tempat yg strategik sket. Jgn la main telak je, silap2 mau bottleneck tak jalan langsung kalau time org balik kerje kt situ.
http://www.wikimapia.org/#lat=3.0535681&lon=101.502943&z=16&l=0&m=b kawasan yg bertanda Coordinates: 3°3'12"N 101°30'15"E IBSUL DEV PROJECT - LAMAN D'16
situ dekat jugak dengan fedral highway utk org subang jaya, klang, utk ke bukit raja... toll atau ke stesyen bas kelang di meru... lagipun dekan dengan kawasan orang yg ramai pakai perkhidmatan bas... lower dan middle class.
Saya cadangkan di bina di TTDI jaya kerna di sini masih terdapat banyak tanah2 yang tidak dimajukan lagi.
Tanah2 milik GLC seperti Sime Darby dan Hicom boleh dipertimbangkan.Tanah2 milik MBSA serta kerajaan pusat juga terdapat disini dengan banyaknya.
Begitu juga tanah milik perseorangan boleh dirundingkan.
TQ
Saya terbayangkan lembaga manusia membuat percubaan melintas Lebuhraya Persekutuan selepas siapnya terminal itu... Ahh, imiginasi jahat..
SA ob
Tempat yg dicadangkan memang amat sesuai dan strategik. Lokasinya jauh dari kawasan perumahan yg padat dan dekat pada jaringan lebuh raya.
Sekarang yg perlu bagi kita fikir dan cadangkan adalah bagaimana hendak mengatasi kesesakan lalulintas semasa dan selepas pembinaan terminal baru itu.
Cadangan membina terowong menghubungkan fasa 1 & 2 adalah amat baik sekali. Membina "fly over" khas bagi kenderaan awam dari arah Klang dan KL untuk memasuki Terminal juga perlu.
Saya pasti semasa pembinaan Terminal baru ini,kesesakan jalan raya tidak dapat dielakan semasa waktu puncak.
Syabab®
Kalau utk satu syarikat bas pun belum tentu muat ..dgn kesesakan yg memang akan terjadi..
fuuhh.. Lagu mana laa mentaliti orang yg buat keputusan ni...
Kalau jauh sikit pun dari station komuter batu 3 tu bukannya ada sebarang masalah kan...bahkan kita boleh menambah pusingan ekonomi kepada pengankutan lain utk ke sana. Dan system akan lebih teratur..
Lihatlah apa yg terjadi dgn bas stand pudu tu atau klang tu...berap lama sahaja boleh tahan..lepas tu dah terlalu sesak...
moga shah alam tak jadi lagu tu..
Kawasan sebelah bukit jelutung (kalau dari shah alam ianya sebelah kanan dan kalau dari kg melayu subang ke shah alam lokasinya adalah sebelah kiri) kan ada kawasan yg luas..
rasanya perhubungan pun elok dan sesuai diletakkan bas station baru shah alam yg baru.
Memang hi time SA mempunyai terminal bas sendiri.Malah long overdue.Jangan di tanguhkan lagi. Saya biasa menghantar anak naik bas ekspress di Sek 17 waktu malam, dan kalau ada pasar malam, jadi total chaos, kesian bus driver yang terpaksa mengemudi bas bas besar mengelak kereta kereta nasional yang di parkir di tepi jalan,YB sendiri kena turun dan tengok keadaan, just one night and you will understand why.
Pros and cons of the chosen site, should be left to town planners, kalau nak tanya orang ramai you will get 1001 responses, everyone with their own kepentingan.Masaalah kesesakan ada dimana mana and it will either stay constant or will deteriorate.We pay town planners, consultants a hi price so that they will do a good job.Let them come out with a good plan first.Get the whole picture before we get people to give constructive criticism, descructive criticism should be dealt with accordingly.
Perlu dibincangkan dan diperhalusi semula tentang cadangan tapak, makro kan lagi penyelidikan. Tolong jangan sesakkan tempat yg sememangnya telah sesak. Lagi satu, terowong bawah tanah adalah tidak sesuai, boleh mengundang ruang melakukan jenyah.(walaupun keselamatan ditingkatkan). Sila lihat dan kaji statistik indeks jenayah terowong pejalan kaki yg ada di KL. (Agak menggerunkan).Akses kepada kemudahan juga penting dan perlu diber perhatian.
Baguslah cadangan seperti ini dilontarkan dahulu kepada pihak awam yang akan menanggung kesan keputusan ini. Kita tak mahu kontrek dah keluar senyap2 baru nak berlakon "ambil kira pendapat awam".
Dulu sampai meeting dengan Mokhtar Dahalan kena tangguh pasal pelan pembangunan "bocor" kepada hadirin. Memalukan betul !
Apakah kawasan tapak terminal yang terletak lebih rendah daripada aras sungai damansara yang mengalir sebelah jalan subang,akan dinaikkan? Ini akan menggelamkan taman mesra dan menjadikan "hotspot" musibah banjir.
Ingat ini adalah terminal BAS EXPRESS bukan Terminal BAS BANDAR
Dari Seksyen 16 boleh adakan bas transit ke komuter Padang Jawa atau Seksyen 18 jadi lebih praktikal, Jika ada laluan terus ke lebuhraya persekutuan di ujudkan lebih mudah keluar masuk.
Kira ok la tempat strategik SUNGGUH ubtuk Bas Express yang sibuk bila lepas waktu PUNCAK saja dan sibuk bila bila ada sepakbola dstadium Alam syah atau BANJIR tapi semenjak dua menjak ada PUMPHOUSE tada pun banjir kira tahniah Ir.YB berjaya diatasi CUMA pohon LRT PUTRA buat setesyen disini baru intergrate dengan KTM komuter serta
TERMINAL SUBANG dan oh oh pohon Ir YB buat jembatan WALKALATOR terus ke Komuter Bt.3 macam Stesen Shinjuku berbumbung pedestrian flyover baru klas.
Saya ingin memberikan pandangan saya sebagai seorang pelajar dan pengguna pengangkutan awam. Kedudukan stesen bas yang dicadangkan bagi saya tidak begitu sesuai kerana ianya terlalu jauh dari pusat bandar Shah Alam dan kawasan perumahan disekitarnya(ingat KLANG SENTRAL?). Juga dengan tiada akses bas ke lokasi tersebut dan ketidakcekapan perkhidmatan KTM Komuter akan menyukarkan lagi keadaan. Kebanyakkan pengguna stesen bas di Shah Alam adalah pelajar (UiTM majoriti, MSU dan UNISEL lain2), jauh kedudukan stesen bas yang dicadangkan amat tidak sesuai.
Saya lihat tanah kosong yang berhadapan dengan Hentian Bas Bandar Shah Alam boleh digunakan. Selain akses mudah kerana terletak di pusat bandar, ia juga terletak berhampiran dengan akses ke Lebuhraya Persekutuan dan persimpangan berhampiran Hentian Bandar SA tidaklah mengalami kesesakan yang teruk pada hari biasa atau waktu puncak.
Kita jangan memandang Stesen Bas yg dibina berhampiran Hentian Bandar SA sebagai gangguan tetapi sebagai satu peluang yang boleh digunakan bagi menghidupkan pusat bandar Shah Alam yang 'mati' diawal malam. Juga ia boleh memberi nafas baru kpd Kompleks Anggerik Mall yg kelihatan suram.
Juga dengan adanya Hentian Bandar SA yang berdekatan, akses bas Rapid tidak lagi menjadi masalah kerana disitu berhentinya bas-bas utama seperti U80, U90, T528, T529, U601, U605 dan T602 sbgai contoh, sekaligus menghapuskan masalah akses ke Stesen Bas Ekpres Shah Alam...
Terima Kasih, YB
Asahi Breweries Ltd plans to use the marketing network of Danish brewer Carlsberg A/S for sales of its mainstay Super Dry beer in Malaysia to meet growing demand in Asia, following the companies’ sales cooperation in Hong Kong, company sources said Friday.
Lagi kaya lah Selangor takpayah korek pasir ya Khalid.........
Saya terpanggil untuk memberi cadangan baru. Saya tinggal di Bangsar tapi setiap minggu saya pergi ke Shah ALam untuk menghantar anak saya yg belajar di UiTM.
YB, bagaimana kalau stesen bas itu di buat di tapak Kilang Carslberg yang sedia ada sekarang in. Kita offer depa pindah ke tapak lain misalnya di Pulau Indah ataupun di Pelabuhan Klang (North Port/ West Port dsbnya). Manalah tau, entah2 mereka pun ingin berpindah dari tapak sekarang untuk memodenkan premis mereka/senang nak export product mereka dan senang nak terima barang yg mereka import dsbnya.
Kalau buat stesen bas kat situ, kita tak payah nak buat terowong atau elevated highway dan jejntas untuk menghubungkan stesen komuter. Kita boleh guna trek yg ada dan komuter boleh berenti distesen bas itu sendiri. Macam KL Sentral sekarang. LRT pun boleh diadakan disitu juga.
Yang paling best ialah kita boleh pindahkanh kilang arak ketempat yang lebih tersorok. Macam sekarang ini, masuk jer Shah Alam, nah! tersergam kilang Carlsberg. Se olah olah itulah yg di banggakan.
Cubalah YB tolong bincang dengan depa baik2. It is a win-win situation. Daripada kita berbelanja berjuta2 ringgit buat terowong dan elevated highway (yg belum tentu dapat mengurangkan traffic jam) lebih baik kita spend on a good tapak.
Haa... kalau nak cantik lagi kita ajak PKNS ke, Carlsberg ke, MBSA ke.. untuk buat projek ni on a joint development basis.
Entahlah... ini sekadar saya melontarkan idea saya. Manalah tau.. mungkin ada tuan2 yg boleh improve on my idea untuk melahirkan penyelesaian yang lebih baik.
Terima kasih,
Maimon.
mcm ni barulah dipanggil yb berkhidmat bukan asyik nak cari salah org atau nak kutuk orang je..
saya cadangkan:
1.kwsan yg dicadangkan itu sesuai tp seperti yg dbimbangkan ole org ramai adalah ksesakan yg sudah sedia ada..klau di perbnyakkan jalan alternatif atau laluan utk bas shj utk kesitu mgkin dpt mnyelesaikan kesesakan disitu.
2.kwsn sek 15 dekat dgn dataran otomobil mgkin ssuai krn bdekatan federal hway,stesen komputer sek 19,tidak jauh dgn stesen bas yg lama,dekat dgn pusat bandar shah alam n i city,bdekatan dgn kampus uitm dan juga menjadi laluan utama penduduk keluar/masuk serta kwsn tersebut tidak terlalu padat dgn penduduk.
wasallam
Saya tidak setuju dengan cadangan Maimon supaya lokasi dipindahkan di Kilang Carlsberg!atas dasar win-win situation. Maimon sebagai warga KL(Bangsar) takkan tidak tahu yg kilang arak itu terletak di daerah Petaling Jaya!. Cadangan terminal ini adalah untuk Shah Alam bukan.
Sebagai Muslim rakyat selangor tidak terdetik kita patut berbangga dengan kehadiran kilang arak yg diluluskan pembinaan oleh pemerintahan dahulu.Sepatutnya kilang ini dinyahkan terus dari tanah Malaysia selepas tamat tempoh segala permit dan lesen mereka.
Semoga cadangan pembinaan terminal bas baru di Shah Alam dapat dilaksanakan dengan izin Allah untuk kesejahteran warga Shah Alam dimasa hadapan.
Ikhlas drpd
Mamat
Kilang Carlsberg mmg terletak di Shah Alam dan Kilang Guiness Anchor yg terletak di Petaling Jaya.
Akan tetapi tetap tidak bersetuju jika Terminal Bas baru di tukar lokasinya ke tapak Kilang Carlsberg dengan alasan win-win situation. Pastinya proses-proses pertukaran melambatkan pembinaan terminal baru serta kos makin meningkat dan duit rakyat akan dibazirkan.
Sekian drpd
Mamat
Pada pendapat saya, seksyen 13 shah alam amat sesuai sekali untuk buat stesen shah alam. Dimana ianya berhampiran dengan Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya Guthrie, senang untuk bas ekspress dari utara dan selatan.
azlan
Saya pernah menjadi pelajar UiTM dan pernah tinggal di Shah Alam lebih 10 tahun.
Saya agak 50/50 dgn cadangan lokasi. Kerana tertanya2 apakah ini adalah stesen bas ekspress sahaja atau akan turut melibatkan perkhidmatan bas yang lain? Apakah konsep setesen menyediakan perkhidmatan kepada bandar shah alam sahaja atau zon setempat. Jika soalan ini dijawab maka barulah kita tahu sejauh mana keperluan untuk ianya bersifat bersepadu dengan sistem pengangkutan yang lain. Dari situ justifikasi lokasi akan lebih jelas.
Nampaknya pihak perunding juga gagal mengenal pasti siapa pengguna utama kemudahan ini nanti iaitu pelajar IPTA dan IPTS di ikuti pekerja kolar biru dan akhirnya golongan berpendapatan rendah.
Saya setuju dgn padangan salah seorang pembaca tentang perbandingan dengan OSAKA dan saiz bkn satu masalah.
Saya lebih setuju dengan lokasi ditengah CBD bandar shah Alam jika ianya hanya perhentian bas ekspress untuk penduduk bandar shah alam kerana stesen ini nanti hanyalah bersifat point to point dan bukannya hub bagi sesuatu zon.
btw just mt two cents...
paksu27
Baik bina di tapak kilang carlsberg, keluasan besar mampu bina hub pengangkutan paling sempurna, stesen komuter baru, bas transit/shuttle, teksi dan bas express
Saya tinggal di seksyen 19, b'dekat'n dgn stesen Shah Alam skrg semakin teruk, jem dan sesak sebab penumpang bergantung stesen ini sahaja utk ke seksyen lain, stesen transit bandar (kini dekat MBSA) dan stesen bas espress (seks 17).
Kalau nak besarkan stesen sediada bukan cadangan yg baik dan tapak carlsberg paling ideal