Skip to main content

Respon Kepada Maklumbalas JAIS

Pada mulanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JAIS kerana di dalam kesibukan mereka memikul beban amanah ummat Islam negeri Selangor, mereka berkesempatan dan sudi menjawab teguran saya. Saya sempat membaca respon rasmi yang disediakan oleh pegawai perhubungan awam JAIS dan juga respon ringkas dari Dato’ Khusrin sendiri. Saya akan menjawabnya serentak kerana saya yakin bahawa pada hakikatnya kedua-duanya adalah pada dasarnya dari Pengarah JAIS sendiri.


Pada awalnya saya ingin menyentuh persoalan mengapa saya ‘menyerang JAIS’. Sebab utama adalah kerana saya melihat JAIS, dalam banyak perkara, mengambil kesempatan untuk menyerang Pakatan Rakyat. Dalam isu kalimah Allah dan tazkirah TGNA di sebuah Masjid di Hulu Selangor sebagai contoh, Pengarah JAIS mengambil kesempatan untuk menyuarakan pendirian yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej PR di kaca mata ummat Islam di negeri Selangor. Walaupun tidak menyebut PR atau mana-mana parti komponennya, ianya adalah jelas bahawa serangan berkenaan mempunyai motif politik.

Dalam soal ini, Dato’ Khusrin menjadi sasaran saya kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah dari beliau. Ada pihak yang menyebut bahawa beliau hanyalah seorang PTD yang menjalankan tugas sebagai seorang pegawai kerajaan secara neutral dan profesional. Saya yakin seorang pegawai yang profesional, yang menjalankan tugasnya tanpa mempunyai agenda politik, tidak akan bertindak sedemikian rupa dalam kedua-dua isu berkenaan. Seorang pegawai PTD yang benar-benar ‘neutral’ atau tidak berpihak, dalam isu kalimah Allah akan menjelaskan dengan tenang bahawa di negeri Selangor terdapat Enakmen Bukan Islam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berhubung agama mereka demi mengelakkan kekeliruan. Inilah sebenarnya kedudukan Enakmen tersebut. Ianya bukan pengharaman mutlak untuk semua keadaan tetapi pengharaman yang dikhususkan untuk penggunaan tertentu. Kenyataan sebegini akan dikeluarkan oleh seorang pegawai yang profesional, secara rasmi tanpa berperanan mengapi-apikan emosi rakyat yang beragama Islam 'yang mudah dikelirukan'. Sebenarnya, tanggapan bahawa ummat Islam mudah dikelirukan adalah tanggapan JAIS sendiri dan inilah asas kepada perlaksanaan Enakmen berkenaan.

Sebaliknya kita telah melihat bagaimana JAIS turut terlibat dalam program mengapi-apikan kemarahan ummat Islam dengan terlibat secara tidak rasmi dalam demonstrasi dan melalui pemasangan kain rentang “Kalimah Allah hanya untuk orang Islam” di masjid-masjid. Ini juga jelas boleh dilihat dan dinilai oleh mana-mana pihak sebagai tindakan politik dan tidak profesional serta mendedahkan pendirian politik Pengarah JAIS itu sendiri.

Kedua, dalam soal tazkirah yang diberikan TGNA. Seorang pegawai yang professional akan pada mulanya meminta laporan dari pihak yang membuat aduan berhubung isi kandungan tazkirah yang disampaikan. Adakah benar TGNA bercakap berhubung politik kepartian dan berkempen dalam Masjid, mencela UMNO dan meminta jemaah mengundi PR? Siasatan akan dibuat sebelum mengeluarkan kenyataan yang bertujuan menempelak PR dalam suasan Pilihanraya Kecil yang sudah pasti mempunyai kesan politiknya. Pada hakikatnya TGNA adalah seorang Ulama’ dan kedudukan beliau sebagai seorang Ulama’ tidak terbatal dengan keterlibatan beliau dalam arena politik. Maka, sekiranya tazkirahnya berbentuk keagamaan, maka sudah pasti tiada kesalahan pada tindakan beliau. Ini lebih-lebih lagi apabila diketahui umum bahawa TGNA pada awalnya hanya datang untuk menunaikan solat fardhu di Masjid berkenaan dan diminta memberi tazkirah oleh jemaah yang hadir. Tidak wajar seorang Ulama’ menolak pelawaan untuk mengajar dan berkongsi ilmunya apabila dipohon berbuat demikian.

Namun, sekali lagi Dato’ Khusrin mengambil kesempatan untuk menempelak tindakan pimpinan PR tanpa melakukan penyiasatan terlebih dahulu. Ini adalah kerana ianya dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan kesetiaan beliau kepada pimpinan lama. Itulah sebabnya beliau diam berhubung sepanduk Solat Hajat dan Bacaan Yasiin untuk Kamalanathan di Masjid di Hulu Selangor. Teguran dari beliau dalam soal ini akan memburukkan BN, maka beliau diam.

Dalam soal ‘Judi Bola’ respon JAIS adalah ianya isu Nasional maka tiada kena-mengena dengan mereka. Ini merupakan hujjah kosong. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa polisi Nasional akan mempunyai kesan terhadap semua Negeri. Tidak mungkin seorang Pengarah yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam tidak faham implikasi kelulusan ini! Namun, oleh kerana ianya polisi yang datangnya dari BN, maka Dato’ Khusrin seperti membisu seribu bahasa. Jika ingin dilihat dari sudut ‘keterlibatan’ JAIS dalam sesuatu isu, isu kalimah Allah dibicarakan di WP. Mengapa JAIS terlibat?

Begitu jugalah dalam isu Life line for Gaza atau LL4G yang merupakan isu International. Walaubagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada JAIS, kerana program tersebut memang patut diadakan. Namun, jika mahu mengunakan hujjah ‘bidang kuasa’atau keterlibatan, maka apa halnya JAIS mahu terlibat sama? Tetapi oleh kerana ianya relevan untuk setiap Muslim, termasuk Muslimin di Selangor, maka JAIS sememangnya wajib terlibat. Begitu jugalah dengan soal JUDI Bola.

Hujjah bahawa Kerajaan Negeri dan PBT ada peranan, itu kita semua tahu. PBT dan Kerajaan Negeri pun tahu dan mereka akan bertindak. Bagi mereka tindakan mereka; bagi JAIS, tindakannya dengan mengikut kapasiti masing-masing. Hanya saya tumpu pada JAIS kerana JAIS begitu lantang dan tegas dalam isu TGNA, kalimah Allah dan usaha memenjarakan Dr. Asri tetapi kelu membisu dalam isu judi.

Saya juga sudah lama ingin bertanya kepada Dato’ Khusrin, kerana nampak gaya beliau begitu teringin hendak ‘mengenakan Dr. Asri’, adakah perkara tersebut lebih dipentingkan oleh pihak beliau dari usaha membantah Judi Bola? Betulkah Awlawiyyatnya Dato’? Apa pandangan masyarakat bukan Islam dan ‘ummat Islam yang mudah dikelirukan’ (sepertimana perkiraan JAIS) dengan tindakan Dato’ ini? Dr. Asri merupakan seorang bekas Mufti Negeri Perlis dan juga seorang Pensyarah Universiti di dalam Fakulti Islam hingga ke hari ini. Sebagai seorang pegawai berkelulusan bukan agama, yang ilmu agama sudah pasti jauh terhad berbanding Dr. Asri, mengapa Dato’ begitu tekad hendak memenjarakan beliau? Pada masa yang sama diam membisu berhubung isu Judi Bola! Bertambah kelirulah ummat Islam dan juga yang bukan Islam.

Inilah yang saya nyatakan berkali-kali. Biarlah Pengarah JAIS seorang yang kelulusan agama. Paling kurang orang tersebut akan tahu menghormati Ulama’. Walaupun ada perbezaan pendapat dan pendirian, dia akan menghayati dasar ‘adaabul ikhtilaaf’ dan akan tahu juga ‘awlawiyyat’. Ini sudahlah kurang dari segi ilmu agama, berkepentingan politik pula!

Pegawai Perhubungan JAIS (atas arahan Pengarahnya saya pasti) bertanya pula, “bagaimana dengan Judi yang lain? Kenapa Khalid Samad mengecam Judi Bola sahaja”? Hmmm, pelik bercampur ajaib. Adakah mereka tidak sedar bahawa soalan sebegini bagaikan meludah ke langit dan jatuh ke batang hidung sendiri? Ingin tanya saya pula berhubung judi lain yang sedia wujud di dalam masyarakat? Sedangkan beliau sendiri yang merupakan Pengarah JAIS jauh lebih lama dari saya yang baru menjadi Ahli Parlimen penggal ini. Saya tidak pasti bagaimana mahu menjawab pertanyaan berkenaan, tetapi mungkin ianya wujud kerana Dato’ tidak membantahnya dari dululah kot? Dan pada masa yang sama tidak pula mendidik ummat Islam Negeri Selangor supaya menghayati Islam dengan mementingkan adanya kuliyah di setiap Surau dan Masjid. Ini boleh dilakukan dengan memberikan tauliah kepada semua yang layak tanpa mengambil kira mereka PAS atau UMNO.

Sehinggakan orang macam TGNA beri tazkirah pun mahu dibantah, bagaimana usaha kesedaran Islam akan berjaya? Sehinggakan seorang bekas Mufti dilayani bagaikan penjenayah, macam mana bumi Selangor ingin mendapat berkat sepenuhnya?

Sememangnya semua jenis judi adalah haram, tetapi dengan adanya beberapa jenis tidak merupakan alasan untuk memperkenalkan jenis yang lain. Yang telah lama wujud dan menjadi kebiasaan di dalam masyarakat perlu ditangani secara hikmah dan bijaksana, seperti apa yang disebut oleh Ulama di dalam tulisan berhubung Fiqhud Dakwah, iaitu proses ‘tadarruj’ atau berperingkat-peringkat. Perumpamaannya adalah seorang Doktor yang merawat pesakitnya; penyakit yang sedia ada dirawati, tetapi penyakit yang baru jangan sekali-kali dibenarkan berjangkit. Kalau disebut dia dah sakit, maka biarlah sahaja berjangkit penyakit lain, itu kata-kata Doktor gila. Saya kira, ini merupakan perkara asas yang sepatutnya tidak perlu saya terangkan kepada seorang Pengarah Jabatan Agama Islam.

Hujjah “kenapa tidak ditegur judi lain” memang dilaungkan oleh UMNO dan yang sekapal dengannya. Mereka ingin mengatakan bahawa kononnya PR hanya ingin mengambil kesempatan dari keputusan pimpinan mereka supaya rakyat marah dengan UMNO/BN. Itulah sebabnya hanya Judi Bola sahaja yang dibantah kata mereka. Dalam erti kata lainnya, jangan dengar bantahan yang dibuat oleh PR, terus benarkan sahaja Judi Bola!

Dalam kitab ‘Fiqh Al-Awlawiyyat’, Dr. Yusuf Qardawi menceritakan kisah Umar Abdul Aziz yang mengambil alih jawatan Khalifah Bani Umayyah. Mereka yang sebelum beliau telah membenarkan banyak kerosakan dan penyelewengan berlaku dalam pemerintahan Bani Umayyah. Maka apabila Umar Abdul Aziz mengambil alih, beliau ingin membawa perubahan ke arah kebaikan. Suatu hari anaknya menegurnya kerana dilihat proses perubahan yang dilakukan ayahnya terlalu perlahan. Umar Abdul Aziz menjawab,

“Jangan gelojoh wahai anakku. Sesungguhnya di dalam (penurunan ayat) Al-Quran, Allah mencela (meminum) arak dua kali sebelum ianya diharamkan pada kali ketiga. Saya khuatir, sekiranya saya meletakkan kebenaran seluruhnya serentak ke atas manusia, manusia akan menolak keseluruhannya. Dan itu akan merupakan fitnah yang lebih besar.”

Dalam kisah ini terdapat pengajaran yang penting bagi yang mengambil-alih kuasa dan ingin membawa perubahan.

Lagipun, judi ini kononnya dibenarkan untuk orang bukan Islam. Sekarang orang bukan Islam sendiri membantah ianya diluluskan (tidak termasuk Vincent Tan lah), tidak mungkin Dato’ Khusrin hendak berdiam diri sahaja? Orang bukan Islam pun sudah membantah, mana mungkin sekadar menjawab, “Kalau orang Islam yang terlibat, JAIS akan tangkap”! Adakah ini yang dianggap sebagai 'Gandingan yang cantik' oleh JAIS? Kerajaan BN mengeluarkan lesen judi, JAIS (yang pro-BN) tangkap pejudi Islam!

Mendidik ummat Islam bukan dengan tangkap sahaja wahai Tuan Pengarah. Yang lebih penting, menerangkan, menjelaskan, mengajar, menyeru dan memberi contoh yang baik.

Saya rasa, peristiwa ini hanya menambahkan keyakinan saya dan kebanyakkan ummat Islam di negeri Selangor bahawa insyaAllah Pengarah JAIS yang baru, yang lebih berilmu dan tidak berkepentingan politik adalah amat sangat diperlukan dengan kadar segera.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
*Gambar sekadar hiasan

Comments

lan said…
Sekian lama kami perlukan pengarah JAIS baru. dah boring dah dengan yg sekarang nI!
PASBukitJelutong said…
Macam biasalah, apa yang YB cakap semua betul. Pandangan orang lain semua salah. Semuanya salahkan UMNO. macam tiada modal lain. Cuba YB fikir, tak bosan ke nak salahkan pihak lain. YB menang pun sebab undi protes. Fikir-fikirkanlah..
Anonymous said…
Hujjah hujjah Khalid amat jelas amat berasas dan cukup pedas untuk membisukan Jais dan kerajaan UMNO. Bagi mereka, ALLAH adalah semata mata satu permainan untuk bersandiwara, bukannya TUHAN bagi mereka. Demi WANG dan kepentingan harta benda dunia, ALLAH digadaikan. Dengan itu, WANG lah Tuhan yang sebenar bagi hipokrit Jais dan kerajaan UMNO. Biarlah kita lihat nanti, adakah WANG yang akan membawa mereka kesyurga atau tidak.
Anonymous said…
Nak ganti Kushrin kena minta perkenan Rajagopal, boyfriend Kavita Singh. Itulah masalahnya YB.
Anonymous said…
tak abis-abis nak pusing..
satu penerangan yang TAJAM tetapi PROFESIONAL dari YB....

baru saya tahu Khursin ni haiwan peliharaan Parti Benjamin Netanyahu (BN) yang dipungut ntah dari mana asal usulnya untuk memegang jawatan yang sebegini penting di JAIS....

Rupa-rupanya selama ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dipilih oleh Pemimpin Beer ENd terdahulu BUKAN berdasarkan kepada ketinggian Ilmu Agamanya... Tapi brdasarkan kekuatan membodek dan menjilat Pihak Pemerintah....

Patut la tengok muka pun macam takde Nur...

orang yang beragama ni bila kita tengok wajah dia hati kita rasa tenang... tapi ini tidak berlaku bila kita tenung wajah Pengarah JAIS ni.. Sebaliknya kita akan rasa

KALAU AKU TETIBA DILANTIK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.... AKU AKAN SUMBAT MAMALIA NI DALAM ISA SEUMUR HIDUP

( nasib baik saya bukan PM Malaysia)

Permintaan saya yang kecil ni agar sekiranya diizin Allah PR memerintah Putrajaya Pasca PRU 13 kelak, saya mohon agar YB Khalid menggunakan kapasiti YB sebagai Ahli Parlimen untuk mendesak PM baru kita mengenakan hukuman PENJARA SEUMUR HIDUP DAN 90 KALI SEBATAN DI BAHAGIAN BONTOT DEPAN KHALAYAK RAMAI terhadap Khursin si baru Yahudi APCO ni.....

mudah-mudahan dengan hukuman yang beliau terima didunia ini akan meringankan hukuman yang bakal beliau terima dalam kubur dan Padang Mahsyar kelak kerana bersekongkol dengan barua Yahudi APCO laknatullah.....

kalau melibatkan PR... belum sempat bersin di dah terlebih dahulu keluarkan kenyataan hentam kita.... tapi bila time Najib lulus lesen Judi.... Khursin pusing kiri pusing kanan takde apa-apa bantahan....
Hj Omar said…
Betol tu YB Khalid.

Aku dah muak dengan kebodohan pengarah Jais ni.

Mari kita ramai2 berdemo supaya desak si Pengarah Jais ni letak jawatan. Dia ni tak layak langsung mengetuai Jais. Yang patut di bantah dan yang tak patut tak di bantah....apa nak jadi....hancur islam cam ni.
Anti Pengarah JAIS!! said…
saya cadangkan YB buat memorandom, hantar pada KSN agar Pengarah Jais yang bengap ni DITUKAR SERTA MERTA dan diganti dgn org yang benar2 layak dan berwibawa!!
Terlalu banyak kerosakan yang dibawa oleh malaun khusrin ni kat Jais..
sampai terhina yang melampau sebuah institusi Islam di selangor tu dibuatnya..
Anonymous said…
Belum jadi pemerintah, sudah jadi angkuh. Menghukum ikut rasa. Allah maha adil dan mengetahui, sebab tu walau sembahyang hajat beribu kali pun puak Pas ni, Allah tetap belum mengkabulkan doa mereka.

Kepada Perompak Harta Rakyat, muka awak dan puak2 awak ni ada Nur lah ye? Alhamdulillah. Puak dan golongan awak lah yang membuat kebanyakan orang melayu islam dari menjadi pengikut.

Muhasabah lah diri, Tuhan melarang kita sesama Islam membuka aib saudara seagama. Tapi tuan, sesedap rasa menggelar manusia lain dengan pelbagai gelaran yang tak sedap didengar.

Hati tuan dah gelap kut sampai tergamak menggelar orang lain begitu rupa atau tuan dah rasa diri tuan layak ke syurga?
Anonymous said…
kelakarnya pasal isu judi ni... atau judi bola khususnya...

orang islam tak dibenarkan berjudi dan kalau berjudi juga - akan ditangkap

tapi, orang islam yang bapak judi, yang jadi board of director syarikat judi, senyum bebas dan kenyang

hiristerguris
Shazlan said…
Salam,
YB,

Since he is now not 'compatible' with the current state government and is being a mole to bring the current state government down, isn't there something you guys can do to remove/replace him??? Can the state be so powerless?

Wassalam
BUJANG SUSAH said…
Anon June 10, 2010 2:58 PM yg komen tu si Kushrin agaknya kot... hehehe
Habib RAK said…
Brother Khalid, thank you very much for your clear and researched explaination. Just by reading your article, I have learned so much. In particular, the explaination about gradual change is excellent. Keep up you good work. May Allah bless you.
Anonymous said…
Sincerely I don't think the state government can do much. Remove that Kusta, sorry I mean, Khusrin means giving him a chance to sue the state govenrment. You all should already know the state of current judiciary system.
Anonymous said…
bagi aku.. dalam kes kalimah Allah ini PAS adalah looser dan UMNO is champion.. walau macamana pun PAS pusing-pusing pasal kalimah ALLAH ngan judi bola... hakikatnya PAS is the looser...
Anonymous said…
we need a person like Kushrin to check PAS who has become a tool for DAP to undermine Islam. Massage parlour everywhere in nMahkota Cheras, Dirty Ads i.e. "aduklt sex toy", volcano massage are everywhere. Where are you guys. You will stand before Allah and answer why you become the puppet of ronnie and DAPs. Your leader Nik Aziz whose family practices cronism twisted Islam for his political benefit. You allow ani Islam politician from DAP to use masjid and enter without propoer dress. YOU WILL PAY FOR THIS. ALLAH IS WATCHING YOU ALL IDIOTS.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan