Pada 1 Mei 2010, Kerajaan Negeri Selangor di bawah porfolio Exco Pendidikan bersama MBSA melalui MPP Zon 1, telah menganjurkan program ‘Sebang Santai’ bersama beberapa artis iaitu Ringo dan Dakmie, di Dataran Shah Alam. Turut mengambil bahagian pada malam itu, beberapa pembaca puisi serta kumpulan pemuzik tradisional. Satu forum turut diselitkan yang mana ahli panelnya adalah Ustadz Reduan Mohd Nor, Ustadz Najmi dan salah seorang dari artis tersebut, iaitu Dakmie.
Program ini bertujuan menarik perhatian dan minat golongan remaja dan pemuda supaya mereka, sambil bersantai mendengar lagu-lagu yang berunsur nasihat, dapat juga mendengar kata-kata nasihat dari ustadz-ustadz muda. Program bermula selepas Isya, pada jam 9.30 malam dan berlangsung dengan baik sehingga jam 12 malam pada mana ianya ditutup dengan pembacaan doa penutup. Program itu turut dibantu oleh ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam, melalui Department of Arts, Culture and Sports (DACS) yang merupakan jabatan baru di bawah Pemuda yang ditugaskan untuk menarik perhatian dan minat golongan muda.
Selepas selesai program, sambil petugas-petugas membersihkan kawasan dan menyusun kerusi meja, pada lebih kurang jam pukul 12.20 malam, tiba-tiba tiga kenderaan polis trafik meluru ke daratan Shah Alam dari sebelah bangunan SUK/ Masjid Negeri. Mereka berhenti di kawasan dataran dan anggota polis keluar dari kenderaan-kenderaan berkenaan sambil meluru ke arah kumpulan pemuda yang sedang duduk di kawasan astaka. Tanpa soal siasat dan tanpa apa-apa provokasi, ada anggota polis menendang motorsikal yang sedang parkir secara tersusun di tepi jalan sambil kedengaran arahan dari pegawai yang mengarahkan mereka untuk menanhan pemuda-pemuda berkenaan. Kumpulan pemuda bertempiaran lari, menuju ke motorsikal masing-masing untuk melarikan diri. Suasana yang aman tiba-tiba menjadi kacau bilau dengan sebahagian besar dari pemuda bermotor berjaya melepaskan diri.
Namun, sepertimana yang boleh dijangka di dalam situasi sebegitu, dengan keadaan kelam kelibut yang dihasilkan oleh serbuan polis, salah seorang pemuda yang ingin melepaskan diri terlanggar sebuah kereta yang sedang datang dari arah Lebuh raya Persekutuan dan pemuda itu pun terjatuh. Beliau mengangkatkan diri, menunggang motorsikalnya kembali dan terus menuju ke jalan depan Hotel Quality Inn. Tanpa sebab, mengikut seorang saksi, seorang anggota polis menendang motorsikalnya, menyebabkan beliau terhoyang hayang dan terus melanggar sebuah van yang sedang parkir di situ. Cermin belakang van pecah dan pemuda tersebut terlantar atas jalan. Kemudian, datangnya polis berkenaan dan terus memijak pemuda tersebut.
Orang ramai yang sedang duduk minum di gerai tepi jalan di dataran, yang selama ini tergamam melihat kegilaan yang sedang berlaku, tiba-tiba bangun dan menjerit kepada pihak polis, membantah tindakan mereka. Semua merasa tidak berpuas hati dengan tindakan serbuan yang dilakukan tanpa usul periksa dan tanpa belas kasihan. Kumpulan pemuda yang hadir tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi cara serbuannya seolah-olah menyerbu kumpulan perompak dan penyamun. Kemarahan memuncak apabila dilihat tindakan memijak/menyepak pemuda yang telah terlentang akibat berlaga dengan van.
Respon orang ramai menyebabkan polis memberhentikan tindakan mereka. Yang memijak pemuda lari kembali ke arah kereta peronda tetapi tidak sebelum seorang anggota pemuda PAS telah sempat mengambil nama dan nombornya. Nama inspektor yang bertugas memimpin operasi berkenaan dicatit dan begitu juga nama dan nombor beberapa anggota yang lain. Kunci-kunci motorsikal yang sempat dirampas polis dikembalikan dan polis beredar dari dataran setelah ambulans dipanggil untuk membawa pemuda yang berlanggar dan disepak tadi ke hospital TAR Klang.
Sambil seorang dua menemani pemuda berkenaan, beberapa yang lain telah ke Balai Polis untuk membuat report polis atas tindakan polis yang ganas tersebut.
Saya yang baru kembali dari walimah anak buah saya di Ampang pada jam hampir pukul 12 malam telah menerima panggilan pada jam 12.30 meminta saya untuk turun ke Balai. Pada jam 1.20 pagi, setelah mandi, salat dan menukar pakaian. Saya meminta untuk bertemu dengan Inspektor yang bertanggung jawab terhadap operasi berkenaan sambil laporan polis terus dibuat oleh mereka yang menyaksikan insiden tersebut. Anggota yang bertugas menjawab Inspektor berkenaan tadi ada tetapi sekarang telah pergi bertemu Timbalan OCPD untuk membuat laporan. Jam 2 pagi? Hebat. Saya terus menghubungi OCPD Shah Alam. Tiada jawapan.
Sekembali saya ke rumah, jam 2.30 pagi, saya menghantar SMS ke OCPD Shah Alam. Ia berbunyi:
Saya khuatir yang menghubungi dan membuat aduan adalah dari pihak tertentu dan mempunyai motif politik yang telah mula cemburu dengan kemampuan kerajaan negeri menarik minat dan perhatian pemuda dari berbagai lapisan dan kefahaman untuk menyertai program sebegini. Golongan ini kemudiannya memberikan maklumat yang palsu dan pihak polis pula, tanpa soal siasat, terus meluru ke lokasi berkenaan dengan penuh kepercayaan bahawa pemuda yang berkumpul merupakan pengacau dan mat rempit yang perlu diajar. Lebih lebih lagi sekiranya pengadu adalah orang ternama yang bergelaran atau sebagainya.
Sekiranya begitu, amatlah malang nasib polis yang diperkudakan parti politik untuk kepentingan politik mereka. Akhirnya, nama polis juga yang menjadi busuk dan rakyat biasa bertambah tertekan dan sengsara.
Pemuda yang dihantar ke hospital dirawat dan dibenarkan kembali ke rumah pagi itu juga pada jam pukul 8.30 pagi. Beliau bernama Muhammad Nazmi Anwar dan merupakan seorang pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di Kolej PTPL. Ibu bapanya kebinggungan mengapa peristiwa sebegini menimpa anaknya. Doktor memesan untuk mereka memantau keadaannya, takut-takut mengalami gegaran otak yang boleh mendatangnya kesan buruk yang serius terhadap dirinya. Sekiranya dalam masa 5 hari ada termuntah atau sebagainya, maka didesak untuk dibawa kembali ke hospital dengan segera.
Pada hari Ahad 2 Mei jam 3 petang saya memanggil satu sidang akhbar. Ayah dan ibu Nazmi turut hadir bersama. Semua saksi hadir termasuk beberapa pemuda yang bersama Nazmi pada malam tersebut. Selepas PC, mereka ke Balai Seksyen 11 untuk membuat satu lagi laporan polis. Saya pula ke Bukit Mertajam untuk berceramah di Kubang Semang.
Pada keesokkan harinya, saya menghubungi ayah saudara Nazmi. Menurut beliau, Nazmi dalam keadaan agak terkawal. Tiada muntah-muntah, tetapi menjadi lemah semangat. Saya berhubung seorang peguam yang meminta Nazmi diperiksa sepenuhnya oleh Doktor dari Hospital Awam. Saya sampaikan pesanan tersebut kepada ayahnya dan beliau akan lakukan secepat mungkin, insyaAllah.
Ingin saya tekankan di sini bahawa saya bukannya anti Polis dan ingin mencari pasal dengan pihak polis. Saya menghargai segala usaha dan jasa baik majoriti dari anggota polis yang bertungkus lumus memegang amanah yang telah diberikan kepada mereka. Tetapi apa yang telah terjadi adalah keterlaluan. Nazmi dan rakan-rakannya bukanlah Mat Rempit yang mengganggu ketenteraman awam, namum walau apa sekali pun, ini bukanlah caranya untuk kita mendidik dan menangani masalah tersebut. Ia sepatutnya ditangani dengan kaedah yang penuh hikmah dan bukan dengan cara yang ganas dan menggerunkan golongan yang bakal mengambil alih teraju negara ini.
Adakah pihak polis ini sedar kesan tindakan mereka terhadap golongan pemuda? Lebih lebih lagi terhadap Nazmi? Nasihat saya pada KPN, ambil tindakan terhadap yang keterlaluan. Kalau tidak, imej polis terus merudum, bukan atas salah sesiapa, tetapi atas sebab tindakan anggota polis sendiri yang tidak betul tetapi dipertahankan oleh ketua mereka. Akhirnya bukan hanya yang terlibat tercemar dan terpalit, seluruh institusi polis turut tercemar dan terpalit sama!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

“Salaam. Polis mengganas di dataran Shah Alam malam tadi jam 12.20. Menerajang pemuda bermotor yg baru selesai menghadiri program kerajaan Negeri.”Jam 7.56 pagi OCPD menjawab:
“Salam. Fakta yg YB dapat tu tak betul. 1 operasi antara polis, MBSA & Jab. Alam Sekitar tlah dadakan d S. Alam tmasuk d Dataran S. Alam ekoran dr complaint dr orang ramai ada kegiatan mat rempit di situ. Tiada insiden menerajang blaku sbg mana yg YB nyatakan. Penunggang telah lari dan melanggar belakang van d jalan yg sempit d hadapan Quality Hotel.”Saya menjawab kembali melalui SMS:
“Harap tuan refer pada 4 atau 5 laporan polis yg dibuat awal pagi tadi oleh beberapa saksi termasuk seorang ahli majlis MBSA. Laporan dibuat pada jam 2 pagi.”Kommunikasi di atara kami berakhir selepas itu. Mana mungkin operasi bersama MBSA sedang ahli majlis MBSA pun hadir di situ mengikuti program tersebut! Program itu program anjuran bersama MBSA dan kerajaan Negeri!
Saya khuatir yang menghubungi dan membuat aduan adalah dari pihak tertentu dan mempunyai motif politik yang telah mula cemburu dengan kemampuan kerajaan negeri menarik minat dan perhatian pemuda dari berbagai lapisan dan kefahaman untuk menyertai program sebegini. Golongan ini kemudiannya memberikan maklumat yang palsu dan pihak polis pula, tanpa soal siasat, terus meluru ke lokasi berkenaan dengan penuh kepercayaan bahawa pemuda yang berkumpul merupakan pengacau dan mat rempit yang perlu diajar. Lebih lebih lagi sekiranya pengadu adalah orang ternama yang bergelaran atau sebagainya.
Sekiranya begitu, amatlah malang nasib polis yang diperkudakan parti politik untuk kepentingan politik mereka. Akhirnya, nama polis juga yang menjadi busuk dan rakyat biasa bertambah tertekan dan sengsara.
Pemuda yang dihantar ke hospital dirawat dan dibenarkan kembali ke rumah pagi itu juga pada jam pukul 8.30 pagi. Beliau bernama Muhammad Nazmi Anwar dan merupakan seorang pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di Kolej PTPL. Ibu bapanya kebinggungan mengapa peristiwa sebegini menimpa anaknya. Doktor memesan untuk mereka memantau keadaannya, takut-takut mengalami gegaran otak yang boleh mendatangnya kesan buruk yang serius terhadap dirinya. Sekiranya dalam masa 5 hari ada termuntah atau sebagainya, maka didesak untuk dibawa kembali ke hospital dengan segera.
Pada hari Ahad 2 Mei jam 3 petang saya memanggil satu sidang akhbar. Ayah dan ibu Nazmi turut hadir bersama. Semua saksi hadir termasuk beberapa pemuda yang bersama Nazmi pada malam tersebut. Selepas PC, mereka ke Balai Seksyen 11 untuk membuat satu lagi laporan polis. Saya pula ke Bukit Mertajam untuk berceramah di Kubang Semang.
Pada keesokkan harinya, saya menghubungi ayah saudara Nazmi. Menurut beliau, Nazmi dalam keadaan agak terkawal. Tiada muntah-muntah, tetapi menjadi lemah semangat. Saya berhubung seorang peguam yang meminta Nazmi diperiksa sepenuhnya oleh Doktor dari Hospital Awam. Saya sampaikan pesanan tersebut kepada ayahnya dan beliau akan lakukan secepat mungkin, insyaAllah.
Ingin saya tekankan di sini bahawa saya bukannya anti Polis dan ingin mencari pasal dengan pihak polis. Saya menghargai segala usaha dan jasa baik majoriti dari anggota polis yang bertungkus lumus memegang amanah yang telah diberikan kepada mereka. Tetapi apa yang telah terjadi adalah keterlaluan. Nazmi dan rakan-rakannya bukanlah Mat Rempit yang mengganggu ketenteraman awam, namum walau apa sekali pun, ini bukanlah caranya untuk kita mendidik dan menangani masalah tersebut. Ia sepatutnya ditangani dengan kaedah yang penuh hikmah dan bukan dengan cara yang ganas dan menggerunkan golongan yang bakal mengambil alih teraju negara ini.
Adakah pihak polis ini sedar kesan tindakan mereka terhadap golongan pemuda? Lebih lebih lagi terhadap Nazmi? Nasihat saya pada KPN, ambil tindakan terhadap yang keterlaluan. Kalau tidak, imej polis terus merudum, bukan atas salah sesiapa, tetapi atas sebab tindakan anggota polis sendiri yang tidak betul tetapi dipertahankan oleh ketua mereka. Akhirnya bukan hanya yang terlibat tercemar dan terpalit, seluruh institusi polis turut tercemar dan terpalit sama!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
p/s masih ramai lagi polis yang bertimbang rasa dan suka senyum pada civilian...
mana2 polis yang sombong tak suka senyum kat civilian...apa nak buat
Pada dasarnya mencapai KPI-NKRA untuk merendahkan kadar jenayah adalah baik namun ianya memungkinkan pelaksanaan operasi-operasi yang tidak dirancang sebaiknya.
Natijahnya seperti kes Remaja ditembak dan operasi rempit @MBSA memberi kesan buruk kepada imej PDRM pada keseluruhannya. Harap Datuk Hishamudin Husein dan Datuk Idris Jala dapat meneliti situasi ini sebelumnya ianya bertambah buruk.
Kadar jenayah turun selari dengan jatuhnya imej dan integriti PDRM adalah sesuatu yang kita tidak mahukan.
Saya harapkan moral pasukan polis tidak menurun dengan insiden-insiden ini tetapi sebaliknya mampu menyahut cabaran agar mereka bukan sahaja "doing the right things" tetapi juga "doing things right".
Kau buat apa sejak jadi wakil rakyat shah alam? kau pernah pergi ke dataran shah alam tu?
penuh dgn mat rempit & mat kereta racing..
lain kali fikir dulu dgn kepala kat otak bukan kepala kat lutut..
provokasi sungguh la kau ni!!!
drp apa yg di tulis dlm blog yb ni nampaknya yb dah bagi fitnah besar kat polis.
mat rempit kat dataran mlm tu memang ramai. rata-rata mereka ini melepak & bukan nak tengok konsert ke atau apa. saya makan kat kedai tepi tu je. saya tgk apa yg berlaku. mat rempit & minah rempit dgn pakaian menjolok mata.
yb saya tengok suka dengar cakap orang. yb bukan tengok dengan mata kepala yb tapi yb dengar cakap orang atau hearsay.
apa yang yb tulis ni hanya 20% je betul. yang lain tu semua fitnah.
bertaubat la yb..
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyeru kepada mereka yang pernah menjadi mangsa keganasan polis, sama ada baru mahupun lama agar tampil membuat pendedahan.
Baginya, pendedahan kisah yang pernah dialami mangsa, boleh membantu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan anggota polis di negara ini.
"Saya menyeru mangsa-mangsa keganasan polis yang baru atau yang sudah lama, tampil mendedahkan kisah ngeri mereka.
"Saya bukan mahu menempelak institusi polis keseluruhannya, tetapi untuk kita secara bersama meningkatkan mutu perkhidmatan polis," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan terbaru seorang remaja,Siti Nasrinda Sumirin, 23 tahun yang mendakwa ditembak polis dalam kejadian di Klang pada Ogos tahun lalu.
Beliau bersama tunangnya dalam kejadian itu cedera di bahagian pinggang dan mengemukakan saman RM1 juta ke atas polis dan kerajaan berhubung kecederaan yang dialaminya.
Manakala tunangnya, yang kini suaminya tidak cedera namun turut menuntut bayaran RM500,000.
Mengulas lanjut pendedahan terbaru itu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, mangsa yang terlibat tidak perlu khuatir untur tampil kerana pihaknya akan membantu.
"Mangsa tidak perlu berasa khuatir untuk membuat pendedahan kerana kita akan membantu mereka.
"Kita yakin dengan pendedahan mereka yang mengalaminya, akan membantu pihak polis lebih berhati-hati mengendalikan kes-kes seperti ini," katanya lagi.
Khalid sebelum ini antara pemimpin yang membawa kehadapan isu sorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis 26 April lalu.
Kes tersebut pada waktu ini sedang disiasat satu panel khas yang ditubuh kerajaan.
putra jaya...
Aku nak brsyarah sikit kat geng2 UMNO yang tak berapa cerdik ni. Kalau korang kata malam tu ramai mat dan minah rempit melepak kat dataran malam tu, apakah ianya menghalalkan polis datang menyerang dan membelasah seorang budak yang tak dipastikan apa salahnya?
Lagi satu, walaupun ramai Mat Rempit kat situ, tapi mereka hanya dikira melakukan kesalahan kalau mereka berlumba, merompak atau mencari. Dah kalau mereka setakat melepak aje kat situ, kesalahan di bawah akta mana yang mereka lakukan?
Kalaupun benar mereka mat rempit, tapi polis bukannya boleh ambil tindakan melulu macam tu. Lainlah kalau masa tu mereka ada buat apa2 salah.
Cuba jawab sikit wahai cubertroopers UMNO yg sekarang tengah termengah2 nak mempertahankan parti komponen BN yg ke 16 iaitulah PDRM....
Hilmi, Kota Damansara