Skip to main content

Kemenangan di Sibu dan Halatuju PR

Kemenangan di Sibu merupakan bukti kukuh bahawa pendekatan melalui PR mampu menghasilkan kemenangan bagi ketiga-tiga parti. Melalui kerjasama yang utuh, sokongan dari semua kaum dan peringkat masyarakat dapat diperolehi untuk kemenangan calon PR. Segala usaha untuk menafikan kemenangan PR yang dilakukan oleh BN dapat dipatahkan bersama.

Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang di atas kemenagan yang telah diperolehi, tetapi dalam soal komitmen bertugas semasa PrK Sibu, di sini saya harus ucapkan tahniah kepada Dr Mariah yang semasa saya meninggalkan Sibu, beliau memaklumkan bahawa beliau akan berada di sana sehingga selesai pengundian pada 16 Mei. Kegigihan beliau perlu dihargai dan di sini saya ingin menyebut nama beliau, mungkin sebagai salah seorang ‘unsung heroes’ atau heroine PrK Sibu. Semasa semua balik untuk digantikan dengan yang lain, bertugas secara shif atau ‘gelombang’, beliau memainkan watak utama bagi menentukan adanya kesinambungan dalam gerak kerja yang berterusan. Saya pasti PAS serta parti komponen PR menghargai kegigihan yang beliau tunjukkan.

Selain dari mengucapkan tahniah kepada PR dan semua yang telah turun bertugas, saya sekali lagi ingin menegaskan mesej ‘Perkukuhkan PR’ yang telah disebut berulang kali sebelum ini. Namun ianya perlu terus disebut berulang kali lagi supaya semua ahli parti komponen, para penyokong dan rakyat jelata memahami inilah masa depan politik negara kita. Ini supaya tiada yang akan teragak-agak dan tidak memberikan komitmen yang sepertimana sepatutnya.

Di antara tindakan utama yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan lagi PR ialah dengan mengamalkan kerjasama bersepadu dan perkongian maklumat di antara parti komponen dalam soal memilih calon untuk PRU ke 13. Sekiranya ini dilakukan semasa PRU ke 12, berkemungkinan besar calon PKR untuk salah satu kerusi parlimen di utara tanah air akan digantikan dengan orang lain, kerana kesangsian PAS terhadap penyandang kerusi sekarang sudah pasti akan dimaklumkan kepada PKR untuk diteliti bersama. Kesangsian yang menyebabkan beliau tidak dipilih sebagai calon PAS walaupun telah menyatakan hasrat beliau beberapa kali. Hari ini kesangsian tersebut terbukti berasas. Berkemungkinan juga calon Wangsa Maju yang mempunyai agenda sendiri terhadap DAP akan turut ditolak awal-awal lagi. Agenda yang akhirnya membawa beliau bertindak seperti hari ini.

Apa yang penting, calon-calon perlu memahami dan menyokong pendekatan perjuangan melalui PR supaya tidak akan berlaku keadaan di mana seseorang calon dari sebuah parti dalam PR menyerang parti rakan yang lain. Keadaan sebegitu akan hanya akan melemahkan PR dan menggugat keyakinan rakyat terhadap kesatuan PR. Keyakinan inilah yang sedang kita usahakan selama ini. Mungkin ada yang masih tidak faham mengapa usaha sebegini amat diperlukan.

Kalau pada Mac 2008 kita boleh memberi alasan bahawa kita “tidak sangka boleh menang” maka calon-calon dipilih secara mudah; asalkan ada calon dan ada yang pertandingan. Tetapi, PR tidak boleh lagi menggunakan alasan yang sama PRU yang akan datang. Kali ini kita bertanding dengan sangkaan dan harapan bahawa kita akan menang dan semua calon mesti merupakan calon yang mampu mempertahankan dasar PR dan tidak mudah dibeli dengan wang ringgit mahupun jawatan.

Kaedah kedua semestinya, sepertimana yang dilakukan di Sibu, PAS dibela oleh DAP di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam; dan pada masa yang sama DAP dibela oleh PAS di kalangan orang Islam. PKR membela kesemua di kalangan seluruh ahli masyarakat. Namun, pembelaan sebegini menjadi tidak bermakna sekiranya amalan pihak yang dibela tidak konsisten dengan apa yang disebut oleh pihak yang membela. Oleh yang demikian PAS harus membebaskan dirinya dari mana-mana pendirian yang boleh memberikan persepsi bahawa ianya sebuah parti assobiyyah (perkauman) Melayu Muslim dan begitu juga DAP juga perlu lakukan yang sama terhadap persepsi chauvanis Cina yang ingin diletakkan oleh (tidak lain dan tidak bukan) UMNO.

Ketiga, dan ini pada saya yang mungkin paling mencabar, iaitu satu suasana kerjasama dan kesatuan yang utuh mesti dizahirkan dan dibuktikan, bukan hanya melalui kata-kata sepertimana di dalam BN, tetapi yang lebih penting, melalui amalan dan tindakan. Hentikan apa-apa sengketa secara terbuka dan tentukan semua dasar dicapai dan dipersetujui secara sepakat. Apabila dipersetujui di dalam rundingan tertutup, jangan pula diluahkan rasa tidak puas hati melalui media terbuka. Jujur dalam persahabatan dan amalkan konsep kepimpinan melalui syura di kalangan parti PR dan juga di dalam parti sendiri.

Kita hanya mempunyai beberapa bulan lagi untuk bersiap sedia berhadapan dengan PRU ke-13 dan Allah telah memberi kita satu kemenangan besar yang cemerlang sebagai titik tolak untuk menghadapinya. Janganlah pula berasa selesa dengan apa yang ada, bekerja keraslah demi masa depan yang lebih baik kita bersama.

Akhir kata, perlu juga disedari bahawa kesatuan PR akan bakal diuji kembali. Yang terkini, hakikat bahawa DAP sekarang memperolehi 28 kerusi Parlimen dan PKR pula hanya tinggal dengan 25 (dari 31 pada asalnya) akan dijadikan isu. Kerusi PKR berkurangan disebabkan 5 pengkhianat dan kekalahan di Hulu Selangor. Dengan jumlah kerusi DAP yang melebihi PKR, isu Ketua Pembangkang akan ditimbulkan kembali oleh juara persoalan ini iaitu Khairi Jamaluddin. Pimpinan PR harus berbincang akan persoalan ini dengan baik dan menyelesaikannya dengan penuh bijaksana.
Sekiranya ini ditangani dengan baik, maka akan timbul pula persoalan Ketua Pembangkang sekali lagi sekiranya DSAI ditahan akibat dari sandiwara yang sedang berlangsung sekarang ini. Perkara ini juga perlu difikirkan bersama dan diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Walaupun UMNO/BN sebenarnya yang merupakan masalah utama untuk rakyat di negara ini, mereka ini tidak akan berhenti dari mengusahakan dan merekacipta masalah bagi PR dan seluruh rakyat jelata. Lebih lebih lagi dengan kemenangan terbaru di Sibu. Namun dengan kebijaksanaan dan melalui kaedah Siyaasah Syariyyah, saya yakin, insyaAllah ianya mampu diatasi bersama - asalkan kita sentiasa ingat siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

Comments

Anonymous said…
Tahniah DAP, tahniah Pakatan Rakyat. Buat pemimpin PR yang dok berkampung kat SIBU, terima kasih yang tak terhingga.

Buat penyokong 'unknown' yang menjadi penggerak belakang tabir... andalah hero di Sibu!

Kini rakyat di Semenanjung khususnya di Hulu Selangor telah diajar oleh Sifu Sibu cara berpolitik yang sebenarnya...

Kita rakyat kitalah raja... kita bukannya barang dagangan yang boleh dibeli dengan RM50 dan sehelai kain batik..
Anonymous said…
Hanya mahu menambah sedikit ayat terakhir yb Khalid yang berbunyi "...asalkan kita sentiasa ingat siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya."

Dengan ayat berikut:

"...Asalkan kita sentiasa ingat siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya. Juga, siapa kawan sementara dan siapa kawan selamanya (yang sebenarnya) dan Siapa musuh sementara dan siapa musuh selamanya (yang sebenarnya)."

Saya percaya dengan memahami ketegori kawan dan musuh seperti itu, kita akan lebih menginsafi perlawanan sebenar atas dunia ini. Lebih dari itu, ia akan memaksa kita menjadi lebih bijaksana.
Anonymous said…
YB please publish my comment...

My opinion it is time for pas to change their party constitution as pas is no longer Islamic base party.pas is a secular party now.they should accept non muslim as party members not as supporters if they are really sincere otherwise it is just a gimmick and cheap politic. maybe best for pas to dissolve the party or merge with dap or pkr as both known for liberal and socialist party (dont blame you for joining pkr as long now you already bertaubat).

and nik aziz please dont blame him because he already NYANYOK and now a riden horse for DAP and PKR..

and a millions sympathy to pas members because of politic they have to forget and forgone their core value..

and what i want to ask all pas members if all of you then support the usage of ALLAH name by other religion in their books,please to all pas members especially those so called ULAMAK,please start a drive for all members to sign a memorandum to preasure the government 1.to drop the court case regarding ALLAH name. 2. to amend our constitution to delete the malay privalege and 3. to delete the article where islam as a national religion.

If you dont dare to do it then i would say YOU ARE TRULY A "KUDA TUNGANGAN DAP DAN PKR"..
Part Timer said…
YB KHALID,

yang penting sekarang, DAP msti cuba memecah tembok pemikiran melayu yang seakan mudah termakan dgn umpan perkauman umno, BTN, jkkkkk...

Suatu gerak kerja, mesti ditunjukkan. Bukan dari segi dasar je. Tapi mesti dilaksanakan agar rakyat dapat melihat.

Contoh yang paling berkesan, jika DAP+usahawan Cina tunjukkan kesungguhan nak sama2 bantu ekonomi melayu..Permulaannya harus dilakukan di Pulau Pinang.

Jika orang melayu boleh nampak usaha ni, nescaya sokongan terhadap DAP oleh orang melayu akan meningkat.

So, tidaklah kesepakatan 3 parti ini hanya dilihat untuk menumbangkan UMNO-BN jer.
fs-86 said…
Salam YB.

Saya amat tertarik kepada artikel YB. Sudah sampai masanya golongan intelektual mengemudi PAS.

PAS masih terikat dengan Islam yang diajar oleh Ulama dan Tok Guru silam. Bukan, menghina Ulama dahulu tetapi sudah sampai masanya kita menulis kitab baru tanpa terikat dengan fatwa kitab purbakala.

Tiada prinsip asas yang jelas. Itlah PAS. Prinsip yang selalu berubah-ubah ini menjejaskan keyakinan akar umbi terhadap hala-tuju perjuangan PAS yang sebenarnya. Islam mana yang dibawa? Islam liberal? Islam Moden? Atau Islam Feudal?

Kita mahukan Islam sebenar yang mudah lebih-lebih lagi dalam masyarakat berbilang kaum tanpa menggadaikan asas Islam itu sendiri. Islam itu indah cuma UMNO menjadikannya jijik di mata orang bukan Islam.

Perlukah tujuan murni kita sentiasa berjenamakan Islam? Menjual ubat gigi halal dengan tujuan yang baik tapi berjenama al-Mukmin. Orang Cina mana nak beli? Orang Islam sendiri pun ada yang malu nak guna. Mana yang penting, "Mukmin"nya itu atau "halal"nya itu?

Terima kasih..
hussin said…
salam yb,

satu cadangan yang baik yang sudah lama patut diamalkan oleh pr. tetapi oleh kerana sebab2 yang semua sedia maklum, gabungan pr masih memberi ruang untuk musuh melemahkan perjuangan rakyat.

alasan bahawa kita “tidak sangka boleh menang”, merupakan ketidakbertanggungjawaban kepada sesiapa yang menggunakannya. apa tujuan kita memilih untuk berjuang di medan politik tetapi tidak mengharapkan kepada kemenangan? apa yang terdedah hanyalah ketidakmampuan kepimpinan pr menggunakan maklumat yang ada di depan mata. setiap yang masuk ke medan 'pertempuran' perlukan kepada maklumat kerana dengan maklumat tersebut membolehkan kita menyediakan segala peralatan 'perang' serta mengatur strategi dan melaksanakan taktik tepat pada masanya. taktik berubah2 mengikut keperluan setempat. dalam hubungan ini, amat tepat saranan yb supaya gabungan pr menghadam strategi yang digubal bersama dari kesefahaman yang jitu. pokok pangkalnya, dalam politik, pengundilah yang menentukan kemenangan. strategi yang utuh bisa mengalahkan kekuatan musuh sebagaimana terbukti dalam prk sibu.

kekalahan bn di sibu boleh membuka semula pintu "melayu-islam" yang telah mencalarkan pas. sebagaimana kita tidak mahu dap sebagai cauvinis cina, begitulah juga kita tidak mahu pas assobiyah. memahami keadaan dap, agak sukar bagi kita untuk menerima pas yang assobiyah kerana ia amat terpesong dengan perjuangan parti. justeru peringatan agar memilih calon yang benar2 komited dengan perjuangan rakyat tidak hanya untuk pkr dan dap tetapi termasuk pas. alasan baiah taklik bukanlah ukuran kesetiaan seorang pemimpin. baiah taklik hanya mengikat kakinya daripada melompat tetapi tidak menghalangnya daripada bercakap atau bertindak bertentangan dengan citarasa dan aspirasi rakyat. ini telah kita lihat bagaimana ia membuka seluas2 ruang dan peluang untuk serangan musuh. ini menggambarkan hati budi dan keikhlasan seorang pejuang lebih2 lagi mereka yang bergelar pemimpin. sehubungan dengan itu pas sendiri perlu lihat ke dalam dan kenalpasti kalangan yang boleh mendatangkan kemusnahan perjuangan yang telah dimulakan oleh mereka2 yang terdahulu. sudah tiba masanya calon2 pas baik parlimen atau dun, dicadang oleh kawasan dan tidak diputuskan di peringkat negeri. semua calon perlu di teliti dan di tapis di peringkat pusat oleh satu jatankuasa yang benar2 bebas dan lillahita'ala.

wallahu'alam.
Unknown said…
Saudaraku yang baik hati,

Aku menulis surat ini di pagi sesudah Pakatan Rakyat memenangi kerusi Sibu. Aku tahu bahawa kaum kerabat Pakatan Rakyat sedang dalam keriangan. Syabas! Aku tahu kau juga sedang tersenyum puas kerana kemenangan ini. Aku hanya ingin sama menumpang berkongsi riang.

Kemenangan di Sibu rasa aku adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan. Kemenangan itu adalah manifestasi kebencian majoriti warga Serawak yang telah bosan dengan tindak tanduk dan rompakan gerombolan manoriti Melanau. Hari-hari akhir hegemoni Melanau telah kelihatan. Ini aku amat yakin.

Sebelum kau terus membaca surat aku ini, aku perlu minta maaf terlebih dahulu. Ini kerana surat ini akan membawa berita yang tidak akan mententeramkan hati kau.

Aku sebenarnya adalah pembawa ayat-ayat songsang. Aku pembawa ayat-ayat setan yang selalu tidak menyenangkan hati. Aku menjadi perawi yang membawa surah-surah yang mengegarkan keyakinan diri.

Ingin aku beri tahu bahawa isi surat ini telah aku fikirkan ketika kiraan undi semakin melonjak untuk Pakatan Rakyat. Setiap kali undi melonjak setiap kali degup jantung aku bergegar. Apakah kau faham apa yang ingin aku katakan ini?

Aku mahu kau sedar bahawa kemenangan di Sibu adalah notis akhir untuk menghantar Anwar ke tali gantung. Kau faham?

bersambung di:
http://tukartiub.blogspot.com/2010/05/sila-baca-ini-dahulu.html
Kucing Parsi said…
kepada zaharah,
jika pas kuda tunggangan apakah pula label untuk umno
kuda tunggangan perancis?kuda tunggangan israel? kuda tunggangan vincent tan?

jangan lah bahalol sangat!!!

cuba tanya kenapa pas ini dibuka kepada bukan islam

adakah islam ini melarang umat nya untuk berdakwah...

kita bukan yahudi
yahudi bangsa agama mereka judaism...
jangan bangangla...

belaja bukak buku sikit

hei... mahadzir khalid melayu ke? nor mohammed yackop melayu ke

kena tuka umno ni kena tuka nama untuk nana mamak only

visit
http://melodymockers.blogspot.com/
Hj. Edris said…
Saya amat sokong cadangan pengulas yang bernama Part Timer di atas (para pembaca disyorkan cadangan itu).

Ia merupakan satu idea yang segar dan progresif dan selari dengan Wawasan Ketuanan Rakyat. YB Khalid, diminta tolong bincang isu ini dengan DAP.

Semoga gabungan PKR, PAS dan DAP di bawah payung Pakatan Rakyat sentiasa bersatu sebagai satu sepakat sahabat dan saling bantu-membantu sebagai satu pasukan demi kebajikan negara dan kemakmuran negara.
Anonymous said…
Salam YB.

Tahniah utk DAP kerana menang di Sibu. Tapi...PAS dapat apa...

Nak tanya...YB di Sibu menyebarkan risalah PAS ke gereja-gereja tu untuk apa yer...apa kaitan perbuatan YB ini dengan PAS. Apa manfaat utk PAS...
selenga said…
sdr fs-86,

contoh you tak tepat. pemilik sebenar ubat gigi mukmin ialah bukan islam. a few muslims were picked to assume front directorship to manage perception problem.

terimakasih.
Anonymous said…
satu je nak tanya. kenapa bila ada yang kritik/kutuk PAS secara otomatik jadi UMNO. adakah PAS ni sesuci agama Islam sampai menentangnya jadi kufur?
Anonymous said…
KIRA KUFUR LA ANON 721PM.
SEBAB YB KITA NI PUN SOKONG KALIMAH ALLAH KAT GEREJA..NIK AJIS PUN KATA OK..

SO KALAU ORG MCM KITA NI TAK SOKONG BENDA YG DAH TAU KUFUR WALAUPUN KITA NI BUKAN UMNO TETAP DI CHOP UMNO ATAU CYBERTROOPS UMNO.

ENTAH LA..PAS SEKARANG NI PUN DAH TERBALIK.

MUNGKIN ALLAH NAK TUNJUK.
tokgaru said…
Hai ... Kucing Parsi.

Apsal marah sangat dengan zaharah. Itu pendapat dia. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam islam. Islam membenarkan perbezaan pendapat.

Okay. Kita ambil jalan tengah. Aku tak mau kata Pas jadi kuda tunggangan. Tak mau juga kata Umno jadi kuda tunggangan.

Yang aku nak kata adalah kedua2nya iaitu Umno dan Pas terpaksa merelakan diri jadi kuda perlumbaan untuk merebut kuasa. Para penonton bersorak2, ada yang sokong kuda Umno dan ada yang sokong kuda Pas. Dan dalam proses nak menuju ke garisan penamat itu maka kedua2 ekor kuda ini sering bergeselan dan bertolak-tolakan. Cuma yang aku takut adalah kedua2nya jatuh tersungkur lalu patah kaki dan tak dapat nak meneruskan perlumbaan. Maka apa akan jadi pada "kuasa" yang berada di garisan penamat itu...???
hussin said…
anon 12:57,

benci betul ko kat khalid samad dan tgna sehingga ko buta bahawa pas juga menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian.

oh ya, ko mungkin pengikut haron din sebab ko, macam dia, juga tak setuju. ada apa2 ke? ug ug ke?
tokgaru said…
YB Khalid

Semalam aku tulis dalam blog ni. Tapi tak keluar pun. Mungkin tak sesuai kut.

Cerita dia berkenaan 2 ekor kuda. Satu kuda namanya Umno. Yang satu lagi namanya Pas. Kedua2 kuda ni adalah kuda lumba, kedua2nya sama gagah sama kuat. Mereka berlumba berlumba untuk berebut sebutir "permata". Tukang sorak sangat ramai, ada yang sorakkan kuda Umno dan ada yang sorakkan kuda Pas. Masa berlumba kedua2 ekoq kuda ni kadang2 bergeselan dan bertolak2kan. Yang aku bimbang kedua2nya jatuh tersungkur dan patah kaki sehingga tak dapat walaupun dengan cara berjalan untuk sampai ke garisan penamat yang menempatkan "permata" yang menjadi rebutan kedua2 ekoq kuda tersebut.

Apa akan jadi dengan "permata" yang gagal direbut oleh kedua2 ekoq kuda itu ?. Adakah tukang2 sorak tadi nak membiarkan "permata" itu berada digarisan penamat begitu saja berhujan dan berpanas tanpa dipedulikan.

Sama2lah kita fikirkan. Islam menganjurkan permuafakatan sesama islam. Islam juga adalah agama yang menganjurkan persaudaraan.

Beringat sebelum kena. Jangan sampai sahabat disangka musuh. Jangan sampai musuh disangka sahabat. Jangan sampai tertipu dek kerana musang berbulu ayam yang membuat bunyi seperti ayam lalu kita menyangka dia memang seekor ayam.

Wassalam.
Anonymous said…
esok ade sorang paderi nak pinjam mimbar masjid nak buat kuthbah kat gereja pagi ahad ni...lepas tgh hari die pulangkan balik.....ko bagi ke Khalid?
Anonymous said…
Tertarik dengan komen "Part Timer" dan "Hj. Edris". Selama ini melayu diperbodohkan oleh UMNO/BN sehingga ramai yang anggap diri mereka kurang berupaya berbanding dgn kaum lain.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-