Kebelakangan ini ada yang menimbulkan persoalan Wala’ dan Thiqah sambil memberikan penekanan terhadap pengamalannya. Ia bagaikan menjadi bagaikan satu ‘trend’ sehingga yang tidak tahu hujang pangkal turut ingin membicarakan persoalan ini. Tumpuan yang diberikan kepada persoalan ini memberikan gambaran seolah-olah PAS sedang dilanda musibah berhubung dengan dua ‘doktrin’ (sepertimana istilah yang digunakan) ini dan ianya perlu ditangani sebelum bencana melanda PAS.
Saya melihat keadaan yang wujud adalah hasil dari ketidak-fahaman ahli PAS sendiri terhadap penggunaan istilah ini. Apabila ianya tidak difahami maka ianya telah menimbulkan keluh-kesah kerana mereka ingin melihat dan mencapai sesuatu yang pada dasarnya tidak dituntut dengan cara yang sepertimana digambarkan. Bagi sebahagian ahli pula, khususnya yang masih ‘baru’, istilah wala’ dan thiqah ini membawa erti kepatuhan yang tidak berbelah bagi sehingga pemimpin serta apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya ianya disoal, atas apa alasan sekalipun, maka bererti tiadanya wala’ serta thiqah bagi yang menyoal. Mereka ini kemudiannya terus dilabel ‘kurang tarbiyyah’, pemikiran sekular dan sebagainya.
Oleh kerana salah faham sebegini wujud di kalangan kelompok yang tertentu dan disuburkan pula oleh yang golongan yang lain, maka timbul kekuathiran kononnya ada yang ingin “merobohkan doktrin wala’ dan thiqah”. Tetapi, pada hakikatnya, wala’ dan thiqah tidak menuntut ahli jemaah menjadi bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya untuk diheret ke mana sahaja yang diinginkan oleh pemimpin.
Untuk menjelaskan konsep ini, marilah kita renung bersama kepada peristiwa pembahagian harta rampasan perang (‘ghanimah’ – yang hanya relevan pada ketika peperangan) selepas selesai perang Hunain. Dalam peristiwa ini, Rasulullah telah memberi ghanimah pada orang Quraisy yang baru memeluk Islam dan tidak pula kepada yang lain. Tindakan ini menyebabkan kaum Ansar berasa kurang senang sehingga ada yang mengatakan, “Semoga Allah mengampuni RasulNya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita pada hal pedang-pedang kita masih basah dengan darah mereka (kaum Quraisy)”.
Rasulullah (SAW) telah mendengar akan berita tersebut dan Baginda mengumpul kaum Ansar dan seterusnya bersabda, “Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita dan Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”
Bagi setiap soalan yang ditanya Rasulullah, kaum Ansar menjawab, “Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.
Rasulullah (SAW) meneruskan, “Hai kaum Ansar, apakah kamu marah kerana tidak menerima ‘sampah dunia’ yang tiada nilainya? Dengan ‘sampah’ itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa”.
Maka jika kita perhalusi akan peristiwa ini, apa yang terjadi adalah kerana sebahagian dari kaum Ansar mempertikaikan keputusan Rasulullah (SAW) berhubung agihan ghanimah perang Hunain. Tahap pertikaian itu begitu hebat sehingga ada yang menganggap Rasulullah tersilap dan memohon maaf kepada Allah bagi pihak Rasulullah! Apabila Rasulullah mendengar berita tersebut, Baginda memanggil mereka dan menjelaskan mengapa dan kenapa ianya dilakukan sebegitu rupa. Penerangan dan penjelasan yang diberi begitu tepat dan kukuh sehingga semua yang mendengar menerimanya dengan baik, malahan ada yang merasa cukup bersalah kerana mempertikaikan keputusan Rasulullah.
Pengajaran yang utama yang boleh diperolehi dari peristiwa ini ialah kaedah kepimpinan Rasulullah (SAW) itu sendiri. Rasulullah tidak menangani persoalan ini dengan hanya menyebut “wala’ dan thiqah” dan kalau kamu pertikaikan keputusan aku maka kamu tak wala’ dan tak thiqah! Baginda juga tidak mengherdik mereka yang bertanya dan melabelkan mereka sebagai kurang tarbiyyah, berpemikiran jahilliyah dan sebagainya. Sebaliknya, Rasulullah memanfaat situasi yang wujud melalui pertikaian tersebut yang mempertegaskan lagi kemuliaan perjuangan Islam serta diperteguhkan lagi niat untuk menuntut keredhaan Allah yang mesti mengatasi segala niat dan tujuan yang lain.
Melalui kaedah kepimpinan sebegini, Rasulullah tidak menghalang perbincangan dan perbahasan berhubung sesuatu keputusan yang diambil oleh Baginda. Sebaliknya, mengiktiraf hak bertanya oleh kaum Ansar dalam soal sesuatu tindakan yang merupakan pendapat dan bukan wahyu dari Allah. Dengan memberikan penerangan dan penjelasan, wala’ dan thiqah terhadap Baginda (SAW) telah pada masa yang sama turut diperkukuhkan.
Dalam keadaan di mana keputusan Rasulullah sendiri disoal dan Baginda tidak pun melihatnya sebagai satu kesalahan, maka amatlah hairan jikalau pada ketika ini ada yang marah apabila keputusan pemimpin yang bukan seorang Rasul dipertikaikan. Sehinggakan mereka menganggap ianya budaya selain dari Islam kerana Islam tertegak dengan ‘doktrin wala’ dan thiqah’, yang mungkin bagi mereka membawa erti kepatuhan yang mebuta tuli.
Kalaulah Rasulullah sendiri pun tidak marah dan turut mengambil masa untuk menjelaskan kepada para sahabat dari kaum Ansar, maka persoalannya sekarang apakah hak pemimpin lain yang tarafnya jauh lebih rendah untuk marah dan memberi jawapan sekadar “wala’ dan thiqah”?
Perang Hunain adalah peperangan selepas peristiwa Fathul Mekah. Ianya diperingkat penghujung Sirah Nabi di mana golongan Ansar terlebih dahulu telah sempat melalui tarbiyyah dan latihan yang jauh lebih kemas dari kita di dalam PAS. Mereka lebih memahami dan mengetahui Islam dari apa yang ada ketika ini. Namun mereka tidak melihat reaksi mereka terhadap tindakan Rasulullah sebagai ‘tidak wala’ dan tidak thiqah’. Mereka hanya mempersoalkan sebab mengapa ianya dilakukan sedemikian rupa. Dan mereka faham dan tahu bahawa Rasulullah (SAW) selama ini pun mengajar mereka bahawa mereka berhak untuk bertanya.
Hakikatnya, kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah tidak dapat difahami mereka sehingga ianya dijelaskan oleh Rasulullah (SAW). Tetapi, melalui penerangan yang diberi, menjadi jelas kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah (SAW) dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.
Dalam kedudukan mereka yang begitu tinggi kefahaman mereka terhadap Islam sekalipun, golongan ini memerlukan penjelasan apabila berlakunya tindakan yang dilihat agak kontroversi. Apatah lagi kita! Atau adakah dianggap memadai dengan menjawab “wala’ dan thiqah” kerana ahli PAS kini lebih hebat?
PAS sebagai jemaah Islam mestilah mempunyai keterbukaan, mendengar teguran dan kritikan, dari dalam dan dari luar dan memanfaatkannya untuk kebaikan kita. Lebih-lebih lagi kritikan dan teguran yang datangnya dari ahli. Oleh kerana yang menegur adalah ahli, maka PAS harus yakin bahawa teguran yang dibuat adalah bertujuan untuk kebaikan. Tidak wajar jika mahu ditutup saluran dan ruang teguran dan kritikan dengan memutar belitkan kefahaman terhadap wala’ dan thiqah untuk membawa pengertian kepatuhan tidak bertempat. Jika PAS bertindak sebegitu, maka ini akan dengan sendirinya mematikan apa yang Rasulullah sendiri ingin suburkan dan galakkan.
“Pemimpin tidak maksum dan pengikut tidak bodoh”. Kalau kita memahami ini dan mengamalkannya, sudah pasti corak kepimpinan kita akan mendampingi cara Rasulullah (SAW). Rasulullah sendiri bersedia mendengar teguran dan pandangan sahabat walaupun Baginda maksum. Baginda menghargai pandangan sahabat kerana mereka tidak dilihat bodoh oleh baginda malahan dalam banyak hal baginda mencari para sahabat untuk mendengar pandangan mereka.
PAS perlu menyedari bahawa wala’ dan thiqah perlu diperkukuhkan melalui tindakan yang telus dengan memberikan penjelasan berhubung sebab-sebab mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Sekiranya tindakan itu mencurigakan, maka ahli berhak bertanya dan sekiranya tidak dijawab, ahli berhak mempertikaikannya. Wala’ dan thiqah tidak merupakan ‘alat pemimpin’ untuk menundukkan dan menafikan hak pengikut untuk bertanya dan mengambil tahu.
Dalam suasana masyarakat yang mengamalkan demokrasi, kemampuan PAS menjelaskan dan membuktikan keadilan dan ketepatan setiap tindakannya kepada ahli dan masyarakat umum amat penting. Ahli dan masyarakat umum menilai setiap tindakan PAS. Ketelusan tindakan serta wujudnya sebab dan alasan yang munasabah bagi setiap tindakan akan mengukuhkan keyakinan ahli dan anggota masyarakat terhadap kemampuan PAS untuk mentadbir Negara.
Oleh yang demikian, tidak cukup dengan hanya menjawab, “wala’ dan thiqah”. Dalam keadaan dan suasana gerakan siir, bawah tanah dan rahsia, jawapan sebegitu mungkin memadai dan hanya itu sahajalah jawapan yang mungkin boleh diberi. Namun pada ketika ini, suasana tidak seperti keadaan seperti Ikhwan pada tahun 60an. Negara kita ini berada dalam suasana yang jauh berbeza.
Lebih cepat di kalangan ahli PAS mampu memahami perbezaan ini dan impaknya kepada kaedah gerakan Islam, maka saya fikir itulah yang lebih baik.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Tegur menegur harus ada di dalam organisation. Jangan disimpan didalam hati. Lebih bersifat terbuka dan jangan berpura-pura apabila mendengar kritikan. Kritikan ialah ilmu yang hendak disampaikan. Ini terjadi didlam DPPSA itu sendiri. Secara tidak langsung mereka mengamalkan wala' itu didalam parti. YB lebih memahami apa yang terjadi didalam Parti YB. Kerana mereka adalah ustaz. Saya harap YB faham. Ada perbezaan antara ustaz dan guru. Guru mengajar anak murid bagaimana hendak menghadapi hidup berlandaskan alquran dan sunnah dan bersedia untuk berbicang pada bila-bila masa. Saya amat berharap jika YB dapat mentarbiahkan pemimpin-pemimpin muda PAS itu sendiri. Lebih bersikap terbuka. Kerana ilmu yang hendak diajar itu mestilah mengikut faham orang, bukannya faham kita. Ikutilah cara-cara memimpin mengikut keadaan semasa. Zaman berubah dan saya pasti PAS juga mampu berubah.
Misal yang anta beri amat bertepatan. Cuma kepimpinan yang ada taklah seperti RasululLah dan tidak mampu mereka terbuka seperti RasululLah. Kalau Sahabat Nabi pun menggunakan pedang untuk menyatukan ummaah inikan pula mereka terpaksa menngunakan 'senjata' ini untuk mematuhkan ahli. Wallahu 'alam
Semacam perkara ini telah dijadikan alasan bagi menutup mulut ahli PAS drpd memberikan komen-komen dan nasihat kepada golongan kepimpinan khususnya pemimpin drpd latar belakang pendidikan agama.
Kenyataan seerah mencatatkan bhw dalam setiap perkara, para sahabat akan bertanya kpd baginda Nabi Muhammad adakah ini adalah wahyu drpd Allah SWT atau pendapatnya shj. Apabila Nabi mengatakan ini adalah wahyu, maka jawapan sahabat ialah kami dengar dan kami taat. Namun jika itu adalah pendapat baginda spt dlm perang badar, perang uhud dan perang khandak, maka para sahabat bersegera memberikan pendapat.
Akhirnya, apabila keputusan syura telah dibuat, maka semua sahabat telah tetap setia menjunjung keputusan yang telah dibuat.
Intisari seerah Nabi Muhammad s.a.w ini mesti diteladani oleh semua ahli PAS. Samada pemimpin atau dipimpin. Setiap permasalahan dirungkaikan dengan musyawarah dan apabila keputusan dibuat maka ianya mestilah dipatuhi tanpa komen-komen belakang.
penekanan Doktrin Wala dan Thiqah ini, cuma salah faham.
YB sebelum ini adalah pemimpin, dan sudah tentu, sebagai meraikan jemaah, Pemimpin dihormati dengan adab2 tertentu.
Dan Sudah tentunya, Pemimpin Juga HARUS menghormati adab2 terhadab Jemaah di bawah kepimpinannya juga.
Wala dan Thiqah tidak menghalang, jemaah menegur pemimpin, tetapi ISLAM menyediakan cara yang bersesuaian supaya Jemaah tidak juga dilanda Fitnah!!
Adakah kami menuntut, teguran yang hendak disampaikan hendaklah berhikmah, sesuai dgn kita yang terpelajar!!
Jika peristiwa ghanimah peperangan Hunain di ambil sebagai Nas..
lihat pula keadaannya..
Di sana masih belum ada contoh untuk mereka..
Tetapi, kita di kemudian Hari, sudah dibagi teladan oleh Quran dan Sunnah..
Takkan kita mengambil dalil sebelum lengkapnya ISLAM untuk situasi hari ni.
begitu juga peristiwa Umar dan Badwi yang menegur.
adakah kita mahu memilih untuk menjadi Umar atau untuk memilih untuk Menjadi badwi!!
itu dua perkara berbeza.
1. Menghormati adab, yang ditunjukkan Umar, dgn tidak melenting dengan teguran.
2. Tidak menghormati adab seperti badwi..
suasana pada masa itu, tidak salah.
Badwi kasar kerana cara mereka kasar!!
Kita di Malaysia.. mahu ikut Badwi??
adakah cara sosial selama ini sama dengan Badwi??
Kita perlu ingat..
" Agama itu nasihat menasihati" mafhum hadis.
jadi apakah proses nasihat menasihati melanggari Doktrin WALA dan THIQAH ???
Yb ada tulis:
" PEMIMPIN Tidak Maksum, Pengikut Tidak Bodoh"
saya sokong kenyataan ini,
tapi adakah saya bodoh untuk memelihara keharmaonian Jemaah??
saya tahu pemimpin tidak Maksum..
tetapi ada cara untuk menegur dan membetulkan pemimpin kita.
dan dalam kita mahu tegur, untuk Pengikut yang Tidak Bodoh, seharusnya tahu..
level mana harus kita mulai untuk kita tegur..
Bodohlaaa pengikut yang masih mahu mengekalkan Pemimpin yang masih melakukan kesilapan dan Dosa!!
tetapi Bodohkah pengikut?? dalam mengakui ketidak maksuman pemimpin, lalu ditaja keburukan yang akan mengubah persepsi Terhadap JEMAAH!!
Kita tidak mengambil satu nas ini, kemudian ada Nas lain, kita tidak ulas, itu tidak adil dalam adab2 berhujah!!
sekiranya, kita sengaja meninggalkan nas2 yang mungkin tidak memenangkan Hujah Kita.. apakah kita adil dlm Ilmu??
adakah kita berhujah mencari kebenaran atau kemenangan??
saya rasa.. teguran saya ini tidak menyalahi adab. dan tidak juga lari dari prinsip wala dan thiqah!!
namun jika saya tersilap, maafkan saya.
Cuma saya tidak setuju YB ulas dalam konteks golongan yang minoriti!!
berapa ramai yang faham doktrin ini??
saya masih muda.. saya juga ahli PAS..
saya mengaku Pemimpin tidak maksum..
tetapi untuk berjuang secara jemaah, wala dan thiqah menyediakan cara2 untuk menegur pimpinan!!
ALLAHUAKBAR!!
membangun Bersama ISLAM
hah..u call ur self "hamba"..u should be called a joker pretending to be hamba of the lord..malaysians are by far and large are hamba to nafsu,ego,materialistic rituals..the result?People have turned into remote controlled zombies!!
1. PAS tidak pernah menutup sebarang pintu untuk pertanyaan dan perbahasan. Hanya ada 2 golongan yang ingat PAS begitu. Golongan bodoh dan golongan anai-anai yang bodoh.
Bila kita renung dalam kisah Perang Hunain, memang benar terdapat para sahabat yang mempertikaikan perintah Rasulullah dalam pembahagian harta perang. Namun setelah penjelasan Rasulullah sendiri, para sahabat menerima dengan hati terbuka; sebahagiannya cukup kesal dengan tindakan mereka.
Aku nak tanya, apabila TGHH berkali-kali menjelaskan bahawa UG bukan penggabungan antara PAS UMNO sebaliknya kerjasama politik semua parti, mengapa ada pengikut yang tetap bodoh mendodoikan lagu PAS bergabung dengan UMNO?
Seterusnya:
http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/04/wala-dan-thiqah-jawapan-kepada-artikel.html
Saya dengar YB pernah,dlm satu mesyuarat pimpinan, YB hentak meja dan tuding jari marah pada PJ Selangor! dengan nada yang tinggi.
Apakah itu akhlak yang mulia sebagai pejuang? agaknya inilah cara wala' dan thiqah yang YB mahu orang pegang.
Apabila kita membaca tulisan ini, bunyinya seperti cukup ilmiah dan kupasannya seperti “very convincing”, tetapi realitinya ialah artikel ini tersemat salahfaham yang serius terhadap penggunaan nas-nas agama serta seerah Nabi SAW.
Persoalan wala dah thiqah ini tidak boleh diambil tafsiran menurut kecenderungan individu tertentu. Dalam contoh kisah yang YB kemukakan, sepatutnya kita kena merujuk kepada tafisran ulama terlebih dahulu akan pengertian serta pengajaran dari peristiwa tersebut, bukannya dengan mengolah tafsiran kisah tersebut supaya nampak menepati situasi diri kita lalu kita menggambarkan seolah-olah tafsiran terhadap peristiwa tersebut membawa pengertian yang ingin kita maksudkan. Benarkah kisah tersebut merujuk kepada persoalan wala dah thiqah dalam berjemaah dan adakah situasi tersebut adalah qias yang tepat dengan suasana yang sedang dihadapi oleh kepimpinan PAS dalam isu wala dah thiqah?
Kesalahan ini adalah kesalahan dalam tafsirkan nas bila nas ditafsirkan menurut kecenderungan peribadi tertentu dan bukan menurut konteks suasana yang mana ia berlaku.
YB berkata, “Pemimpin tidak maksum dan pengikut tidak bodoh”, ini adalah satu kalimah hak yang digunakan dengan maksud yang bathil. Memang benar pemimpin tidak maksum, kecuali Rasulullah SAW. Tapi adakah semua pengikut itu otomatik jadi pandai? Adakah dengan menjadi ahli satu parti bererti kita sudah otomatik jadi pandai sehingga ia melayakkan setiap ahli untuk membuat teguran dengan sewenang-wenangnya? Dalam jemaah ada beribu ahli, kalau setiap dari mereka menggunakan alasan yang pengikut tidak bodoh, lepas tu mahu mencorakkan hala tuju jemaah menurut kehendaknya, rasa YB apa akan jadi dengan jemaah tersebut?
Dalam hal ini, kita bukan kata pemimpin Islam itu tidak boleh ditegur atau satu jemaah Islam itu tidak terbuka kepada kritikan, tetapi teguran itu perlu kena dengan saluran dan caranya. Realitinya ialah kebanyakan ahli jemaah adalah layman. Saya kata layman (dan bukannya bodoh) kerana mereka ini adalah orang awam yang mana tahap kefahaman agama serta world view mereka adalah pada kadar layman. Sekiranya kita mahu menggunakan kaedah yang sama, kita pun boleh kata ulama tidak maksum dan orang awam bukannya bodoh. Memang bunyinya macam betul sebab ulama memang tidak maksum, dan bukan semua orang awam itu bodoh. Tapi adakah itu terpakai untuk setiap orang awam lantaran itu mereka boleh keluar mencabar fatwa-fatwa ulama?
Inilah kepesongan dalam hujah-hujah YB dalam artikel ini. Sama juga dengan hujah YB tentang kalimah Allah yang mana tulisan serta kupasannya nampak ilmiah pada yang tidak faham, tapi sebenarnya tersemat jarum salahfaham yang serius.
Nasihat kepada YB, fokuslah pada bidang YB yang sepatutnya. Berbicara dengan hujah agama memang nampak hebat, tetapi awas supaya kita tidak tergolong menjadi ruwaibidah diakhir zaman.
setiapnya ada kehendak serta kecenderungan sendiri. Sekiranya setiap ahli tidak puas hati dengan keputusan yang diambil oleh pemimpin dan menggunakan alasan seperti yang YB kemukakan, apakah YB rasa PAS mampu menanganinya dan menjawab segala persoalan tersebut?
pastu aku baca blog ostad kalid samad.
kesimpulannya = ostad kalid samad sesat dan menyesatkan.
Disebalik hujahnya yg nampak "macam" rasional, nampak jelas usaha halus nak mengajar ahli PAS tidak siqah dan wala' kpd pimpinan sendiri - ini lebih bahaya daripada APCO.
Sedarlah kalid, kebanyakan ahli PAS tahu anda lebih siqah dan berwala' kpd PKR dan DAP drp pimpinan PAS sendiri.
Rasulullah hanya tahu bila diberitahu oleh sahabat yg lain (melalui perantaraan).
Dan bila Rasulullah explain kat diorang, takde pulak banyak songeh mcm YB - mereka terus terima tanpa banyak soal.
Kesimpulannya - kaum Ansar memang cukup tarbiyah kerana ada adab dalam tidak bersetuju dan mereka tetap siqah dan wala' kpd keputusan nabi.
JAUH berbeza dgn YB tidak beradab dan suka guna akhbar utk menyatakan rasa tiak bersetuju.
Dan bila kepimpinan buat keputusan - ada saja yang tak kena.
Kalau Rasulullah dan para sahabat masih ada - nescaya engkaulah org pertama yang kena penampar dgn Umar!
Namun ada beberapa orang yang cuba komen tulisan YB tapi mereka mengkehendaki dari tulisan mereka jalan yang bengkok dan mengelirukan org ramai.
Saya teringat golongan khawarij yang mengkafirkan Saidina Ali RA. Slogan mereka "La Hukma Illa Allah"
Samada mereka ni tak faham atau pun UMNO cybertroopeerrrrs!!!
as usual, a very reasonable and enlightening argument.
alhamdulillah, it's very heartening to see leaders like you speaking calmly with truth and honesty. i hope you continue on this path, and slowly help PAS become more islamic.
peace and love.
rhyder