Laungan “APCO UMNO, UMNO APCO!” jelas telah menggusarkan Ahli Parlimen BN dalam Dewan Rakyat semalam, 7 April 2010. Laungan ini diulangi berkali-kali oleh Ahli Parlimen PR apabila berlaku belah-bagi semasa meluluskan usul bajet tambahan untuk tahun 2009. Dalam proses belah-bagi tersebut, kerajaan BN menang dan dengan itu usul berkenaan diluluskan. Bajet tambahan berkenaan turut mengandungi sejumlah RM 28 juta sebagai bayaran kepada APCO Worldwide.
Tidak berpuashati dengan kemenangan berkenaan, Ahli Parlimen BN dari Kuala Krau terus bangun untuk mencadangkan usul berdasarkan peraturan mesyuarat 36.12 untuk merujuk Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, merangkap Naib Presiden PAS ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa ingin mengelirukan Dewan. Usul tersebut disokong oleh salah seorang Ahli Parlimen BN dan Dato’ Timbalan Speaker dengan segera meminta undi dengan suara dilakukan. Seperti biasa, dengan jumlah Ahli Parlimen yang jauh melebihi jumlah Ahli Parlimn PR, BN memenangi undian suara dengan mudah.
Apabila ditanya akan ketepatan tindakan beliau, Timbalan Speaker jelas tertekan untuk mempertahankan keputusannya sehingga, hasil dari asakan Ahli Parlimen PR, dewan ditangguhkan selama 15 minit oleh Timbalan Speaker.
Selepas 15 minit, Timbalan Speaker yang sama memasuki Dewan dan walaupun ingin berpindah kepada agenda seterusnya, tidak dibenarkan oleh Ahli Parlimen PR yang terus mempertikaikan keputusan beliau. Akhirnya Dewan secara tergesa-gesa ditangguhkan. Jam pada ketika itu hanya pukul 6 petang walaupun pada asalnya telahpun diusulkan dan diterima bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam!
Adalah amat jelas bahawa persoalan APCO dan hubungannya dengan Israel serta kesediaan UMNO untuk terus berurusan dengannya telah menyebabkan UMNO bertindak secara kelam-kabut dan tidak tentu arah. Penyalahgunaan peraturan mesyuarat 36.12 yang ditujukan, pada awalnya kepada DSAI dan pada hari ini kepada Mahfuz, merupakan bukti betapa UMNO berkeras mempertahankan tindakannya menyokong APCO. Namun, sambil mempertahankan APCO, mereka tidak pula sanggup untuk mendengar laungan “UMNO APCO, APCO UMNO!” yang pasti akan menghantui mereka dalam PRK Hulu Selangor dan PRU ke 13 yang bakal menjelang.
Kejelekan tindakan kerajaan UMNO/BN melantik APCO sebagai penasihat mereka sudah jelas dan nyata. Ianya dikupas oleh DSAI dan pimpinan PR yang lain dengan begitu terperinci. Seterusnya, tindakan menyekat hak bersuara Ahli Parlimen PR, termasuk Ketua Pembangkang, demi mempertahankan perlantikan APCO, dengan menggunakan peraturan mesyuarat 36.12 menambah lagi tahap kebobrokan tindakan tersebut!
Peraturan 36.12 adalah ditujukan kepada amalan ‘mengelirukan Dewan’ oleh seseorang yang mengeluarkan kenyataan yang diketahui olehnya adalah tidak benar. Di atas sebab dakwaan yang diketahuinya sendiri adalah palsu, maka orang yang berkenaan dituduh mengelirukan dewan dan dengan itu menghina dewan serta dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatan Kuasa ini boleh, sekiranya beliau didapati bersalah, mencadangkan penggantungan keahlian beliau untuk tempoh yang tertentu. Cadangan ini, seterusnya perlu dikemukan kepada dewan untuk diluluskan.
Jumlah yang lebih yang ada pada UMNO/BN di dalam Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan serta di dalam Dewan sendiri menjamin bahawa kehendak mereka akan terlaksana. Penyalahgunaan peraturan dan ‘kuasa majoriti’ yang ada pada mereka tidak pernah digunakan oleh mereka selama ini dengan sedemikian rupa. Namun, demi APCO, segala kekuatan dan kekuasaan dimanfaatkan, termasuk penyalahgunaan peraturan 36.12 yang tidak ada kena-mengena dalam persoalan ini.
Sekiranya amalan ini diteruskan dan direstui, maka akan menjadi bertambah songsang amalan demokrasi di Negara Malaysia kita ini. Setiap Ahli Parlimen boleh dikenakan tindakan yang sebegini apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak disukai atau disenangi oleh Pimpinan UMNO/BN!
Cuba kita gambarkan peristiwa apabila seorang Ahli Parlimen PR bangun dan menyatakan, “kerajaan BN bertindak boros”. Seterusnya bangun seorang Ahli Parlimen BN untuk membentangkan usul berdasarkan peraturan 36.12 untuk merujukkannya ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan! Usul ini terus lulus oleh kerana ‘kuasa majoriti’ UMNO/BN. Akhirnya tidak akan dibenarkan apa jua kritikan dan teguran oleh sesiapa sekalipun kecuali Ahli Parlimen berkenaan sanggup dikenakan tindakan! Inilah yang disebutkan sebagai ‘The Dictatorship of the majority’ atau ‘Kediktatoran kuasa majoriti’ yang mencengkam dan menindas golongan minoriti. Dalam erti kata yang lain, menggunakan ‘demokrasi’ untuk membunuh demokrasi.
Kebenaran ditentukan berdasarkan suara ramai dan bukan berdasarkan kekuatan hujjah yang berlandaskan fakta. Dalam pepatah Inggeris disebut, “Might is Right”.
Taktik-taktik kotor murahan sebegini biasanya digunakan oleh golongan yang terdesak, yang ingin menutup kesalahan sendiri walau dengan apa jua cara sekalipun. Inilah yang sedang berlaku dan sekiranya Speaker Dewan bersekongkol dengan mereka dan membenarkan perkosaan amalan demokrasi diteruskan, maka akan punah rosak dan tercemar institusi Parlimen negeara kita ini buat selama-lamanya. Sehinggalah ditukar kerajaan dengan sebuah kerajaan yang benar-benar menghormati proses demokrasi dan segala amalannya.
Namun, kesatuan PR terserlah pada hari ini. Ahli Parlimen PKR dan DAP bangun membela Naib Presiden PAS tanpa kecuali. YB Lim Kit Siang, YB Saifuddin Nasution, YB Tony Pua, YB Yusmadi dan kesemua Ahli Parlimen PR bangun membantah keputusan Speaker. Mereka tidak melihat ini sebagai ‘urusan PAS’ kerana yang disasarkan adalah Naib Presiden PAS, bukan Naib Presiden mereka! Sebaliknya semua bangun membantah sehingga YB Yusmadi menyatakan, “Kalau menyebut UMNO APCO, APCO UMNO membolehkan YB Pokok Sena dirujuk kepada Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan, saya bersedia untuk dikenakan tindakan yang sama! UMNO APCO, APCO UMNO” laungnya.
Kesatuan ini pasti disedari dan dicemburui oleh ahli Parlimen BN. Di pihak mereka, hanya Ahli Parlimen UMNO sahaja yang beria-ia dalam usaha jahat ini. Dan itu pun dari golongan pembodek yang ingin membuktikan kesetiaan mereka kepada kepimpinan baru!
Saya melihat peristiwa dan pengalaman yang sebegini, termasuklah sepuluh PR Kecil yang berulang semenjak Mac 2008 termasuk yang akan berlangsung di Hulu Selangor, semuanya berperanan untuk menghasilkan jalinan hubungan yang lebih rapat di antara komponen PR. Supaya kita sentiasa diingatkan siapa lawan kita kerana kita terpaksa berhadapan dengan kejelekan perwatakan UMNO dalam setiap perkara. Penipuan dalam pilihan raya, penyalahgunaan kuasa, berat sebelahnya SPR dan SPRM dan sebagainya, termasuk tindakan mereka yang terbaru ini di Parlimen, semua ini disajikan oleh Allah sebagai bukti bahawa UMNO tidak layak dibuat kawan dan perlu disingkirkan dengan segera.
Oleh itu jangan sekali-kali dilupai, keakraban UMNO dengan sebuah syarikat Israel yang dikenali sebagai APCO, “UMNO APCO, APCO UMNO”.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Pasal tuh saya cadangkan pada UMNO dan puak2 sekongkol, jgn dibisukan 2 bende ni..
http://showyourmiles.blogpost.com
since Anwar sbg 'tuduh' dlm dewan rakyat, mintak tolong Najib masuk dewan rakyat, jawab 2isu ni.. pasal rakyat benar2 ingin tahu ada atau tidak?!
Kalau tidak? sendiri mau ingat la.. 2 perkara ini akan jadi 'HANTU' MOMOKAN di Hulu Selangor utk calon MIC dari BN sekutu pada APCO UMNO.. oopss!! YB yang suruh ckap... :-)
Wallahu'Alam..
-milestone-
apa tak de ke anak2 Malaysia yang cerdik2 nak buat kerja???
kata ikut acuan sndiri.. ahahaha
THE TOP TEN THINGS THAT TUANKU ISMAIL PETRA’S FIRST PUBLIC APPEARANCE AT ISTANA MAHKOTA ON WEDNESDAY, APRIL 8, 2010, MANAGED TO SHOW TO THE PEOPLE
1. The event managed to show to the people that the Raja Perempuan of Kelantan, Tengku Anis, is a queen control who does not respect Tuanku’s rights not only as a Sultan but also as a human being. In the event, when Tengku Anis asked Tuanku whether Tuanku wanted to sing a song, Tuanku flatly refused it by saying it would be difficult for him to do so. Despite Tuanku’s clear rejection, Tengku Anis however still forced Tuanku to follow her singing three songs. True to Tuanku’s prediction, he failed to sing the songs despite being guided by Tengku Anis. To prevent this blunder from being captured by the mass media, Tengku Anis had to cover Tuanku’s mouth with a piece of paper containing lyrics of the songs besides telling the people that Tuanku was too shy to sing that day. On the same note, Tengku Anis also forced Tuanku to talk to the press but, again, Tuanku miserably failed at that, prompting Tengku Anis to once again tell the people that Tuanku was too shy to talk that day. Now, what kind of wife would have dared to defy her beloved husband’s word or to subject him to such a great embarrassment in public?
apasal yg si mahfoz tu suka sangat terkinja2 mcm beruk tu??? tak ada gaya naib presiden parti Islam pun.
WASALAM
Pohon tolong promo Projek Life Line 4 Gaza spt alamat http://www.lifeline4gaza.org/. Projek menerobos keangkuhan Yahudi Zionism.
Projek bersama armada kapal kargo sokongan kerajaan Turki PM Erdogan.