Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 3

5. Artikel saya (Bukti kejujuran terhadap PR) sememangnya mempunyai serampang banyak mata. Yang penting ialah mempelajari dari pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan. Di antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu ketepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap. Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengenepikan kepentingan parti demi PR. Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’.

‘Kepentingan’ dan ‘dasar’ ini tidak sama. Ini yang ramai tidak faham yang mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS. Sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam, bukan kepentingannya seperti mahu MB mesti dari PAS, walaupun hanya 8 kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya. Perjuangan di dalam PAS bukanlah untuk jawatan tetapi untuk menentukan jalan ke arah kefahaman dan kebangkitan Islam di buka luas. Pada masa yang sama PAS ingin menzahirkan keadilan Islam dan kelebihan pejuang Islam, termasuk dalam adab berkawan dan berpakat. Dengan itu akan tersebar luas kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam sehingga akhirnya memungkinkan Islam menjadi asas kepada pemerintahan yang akan mampu menjamin kesejahteraan ummat Islam dan yang bukan Islam.

Di atas keyakinan bahawa PR tidak menghalang usaha ini, maka PAS bersama mereka. Pada masa sama PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance’ yang dituntut Islam. Yang pasti, PAS tidak boleh buat ini semua sekiranya bersama UMNO/BN.

Dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan. Teriak macam budak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendakinya. Pemikiran Islam memang tidak dominan sekarang, itu hakikatnya dan kita berusaha untuk mengubah keadaaan ini. Pemikiran Islam mestilah menjadi yang dominan sebelum kita boleh mendapat sokongan untuk memerintah berdasarkan Islam.

Saya sebenarnya hairan dengan golongan yang melaung-laungkan slogan “Islam mesti dominan” tetapi sikap dan tindakan mereka begitu meloyakan mata yang memandang. Mereka anggap Islam akan menjadi dominan atas desakan dan ugutan mereka sedangkan tindakan mereka menghalau orang dari Islam. Ini termasuklah sikap mementingkan diri semasa di dalam pakatan. Sikap sebegini akan menyebabkan rakan yang lain tidak tertarik kepada PAS dan oleh itu dengan kepada Islam itu sendiri. Atau apakah perkara ini dianggap bukan urusan kita? Hati manusia, urusan Allah. Maka serahkan sahaja kepada Allah? Dan buat ikut suka hati atas nama Islam, walaupun perangai dan adab meloyakan, tidak mencerminkan Islam pun tidak mengapa. Ini kerana walaupun perangai meloyakan, Allah akan tetap menjadikan siapa yang dikehendakiNya Muslim!

Ya, memang benar, tetapi bersiap sedialah kita apabila berhadapan dengan Allah! Kerana kita menjadi penghalang kepada manusia yang hendak ke jalan Allah.

Juga memang benar, jemaah penting dan harapan saya ialah jemaah memahami bahawa tugas sebagai ahli jemaah gerakkan Islam adalah untuk menarik manusia kepada Islam melalui akhlak yang baik. Termasuk akhlak yang baik adalah adab berpakat, kesetiaan dan kejujuran, mengorbankan kepentingan demi pakatan yang dipersetujui dan sebagainya. Ini akan memikat hati mereka yang bersama dan seterusnya kepada Islam itu sendiri.

Walaubagaimanapun, jika PAS merasakan dengan berada dicdalam PR ini merugikan, maka keluar sahajalah dan jangan khianat. Tetapi, apabila di dalam pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam. Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi. Jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar. Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’.

Masyarakat Jahilliyah zaman Rasulullah (SAW) jauh lebih teruk dari masyarakat Melayu, Tiong Hua dan Hindu hari ini. Mereka menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup! Namun akhirnya menjadi Islam atas sebab kebenaran risalah dan ketinggian akhlak ummat Islam. Kebenaran dan ketinggian ini dizahirkan bukan dislogankan atau didesak untuk diperakui.

Saya penuh yakin, insyaAllah jika kita mampu menghayati dasar Islam yang sebenar, masyarakat Melayu, Tiong Hua dan Hindu akan tertarik kepada Islam dan memeluknya dengan sebenarnya secara rela hati. Atau itu bukan urusan kita juga?

Sdr Ali Zaidan pula berkata, “Pakai falsafah politik sesat kau ni, masa DAP sokong Pope time Pope buat statement kurang ajar kepada Islam dulu, kita kena sokong DAP la kan? Maklum la, persahabatan dengan DAP ni kita kena letak atas kepala.”

Inilah orang yang tidak mahu faham. Benarkah DAP menyokong kenyataan Pope yang menghina Islam? Kalau UMNO sokong saya boleh percaya pasal UMNO sering menghina Islam.Kalau ianya benar, kita kena sanggah. Dan kita nasihati DAP. Saya kata korbankan ‘kepentingan’ bukan ‘dasar’.

Saya tidak kata letak PR atas kepala dan PAS atas bahu. Hakikatnya perumpamaan itu tidak wajar. PR adalah keputusan PAS. Kalau dengan meletakkan PR di atas bahu dengan sendirinya kita memperkecilkan keputusan PAS. Bahawa ianya tidak penting dan boleh diketepikan bila-bila masa atas alasan ianya hanya atas bahu. Maka ketepikan PR sekiranya PAS kata kita ketepikan bukan apabila ada yang berkepentingan minta ianya diketepikan. Namun saya yakin kita tidak akan ketepikan kerana mereka tidak pernah bertindak khianat terhadap kita. Tidak wajar kita pula menunggu-nunggu alasan untuk mengkhianati mereka.

6. Dalam Isu Natrah pula saya ucapkan terima kasih pada yang menegur, iaitu Sdr Hasbullah Pit dan Ali Zaidan, yang memaklumkan bahawa ianya PKMM dan bukan KMM. Sebenarnya artikel tersebut adalah petikan dari harakahdaily, bukan tulisan saya sendiri. Ianya hasil dari temuramah di pejabat saya. Ada beberapa kesilapan tetapi secara dasarnya OK. Tetapi mengenai soal KMM, itu silap saya.

Kedua, ianya juga benar bahawa Prof Dr. Burhanuddin tidak ditahan pada ketika isu ini menggelegak. Saya pun tidak sebut begitu. Namun peranannya pada ketika itu, dalam peristiwa tersebut, semestinya diambil kira oleh pihak British apabila beliau ditahan kemudiannya.

Walaubagaimanapun, perkara yang terpenting ialah UMNO tidak melakukan apa-apa sama sekali dan oleh itu tidak layak bagi Muhyiddin menggunakannya sebagai bukti orang Melayu serta organisasi Melayu bersatu dalam peristiwa berkenaan. Yang cuba menggambarkan seolah-olah bersatu di bawah kepimpinan UMNO. Inilah perkara yang ingin saya ketengahkan dan wajar diketahui oleh masyarakat umum. Ianya bukan juga merupakan hujjah untuk memungkinkan penyatuan di antara PAS dan UMNO seperti yang ingin diutarakan oleh Muhyiddin dan mereka-mereka yang termakan dengan mainan silap matanya.

Ikuti juga Bahagian 1 dan Bahagian 2 Respon Kepada Pengunjung Mac.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Comments

Ali Zaidan said…
YB Khalid, yang ini saya respon di sini saja. Saya tak mahu tulis di blog. Harap diluluskan.

1. DAP memang pernah menyokong Pope hina Islam. Mereka bela Pope ketika itu. Kiranya kenyataan Pope disalahfaham.

MP Pas serang MP DAP masa tu. Dapat liputan muka dua Harakah. Harakah cetak. BUkan Harakah Daily.

2. Saya sebut dahulukan keputusan PAS. Bukan saya kata jangan ambil kira kepentingan PKR atau DAP. TGHH ada sebut apabila berlaku pertembungan antara keputusan PAS dan PR, maka ambil keputusan PAS dan pertahankannya.

3. Dalam isu Natrah, minta hati2. UMNO memang terlibat, tapi secara tidak langsung. Dato Onn kalau tak silap ada sebut dia tak mahu erlibat. Tapi ada pemimpin UMNo ketika itu yg terlibat. Antaranya Saadon Zubir.

Jangan lawan auta dengan auta. Lawan auta muhyiddin itu dengan fakta juga. Faktanya umat Islam Singapura bersatu, tapi bukan di bawah UMNO ketika itu.

4. Isu "Dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan". Saya nak tanya YB, kalau Islam tidak dominon dalam PR, apa jaminan bahawa kita tetap boleh laksana Islam bila PR memerintah?

Macam ni lah, dalam isu murtad, kalau Islam tidak dominon, apakah murtad akan dapat dicegah? Sedangkan PKR-DAP nampaknya berdoktrin 'kebebasan beragama'.

YB tontonlah wawancara dsai ttg isu lina joy dulu.

Jangan khianat mereka, tapi kita yang perlu in control. Itu maksudnya Islam perlu dominon.
Anonymous said…
Jgn layan si ali tu YB... buang karan jer. Suka la tu YB jwb apa yg dia tulis. Saya tahu niat YB tu baik, tapi orang2 macam dia ni tak yah la YB buat duit broadband tu jer...
Anonymous said…
saya ras Ali zaidah ni bagus..byk tegguran yg bernas dan membina. Byk hujah serta dalil. Tapi..yang x best nya..dia suka nak berdebat dgn orang yang sealiran..satu perjuangan..dah lari dari maksud asal..nak tumbangkan UMNO..sekarang ni asyik nak bercakaran sesama sendiri je yang aku nampak..dulu..best..pakat serang UMNO..skrg..pakat dok hemtam sesama sendiri..gila bercakap ke? nak tunjuk hebat ke?..nak tunjuk pandai ke?..aku tak pasti..
Pesanan dari hamba yg jahil ni..jgn berdebat kerana nak menang..tetapi kerana nak cari kebenaran..k..jgn dok gila hujah je..sori ..
Xenan said…
ali,

Lu hingat asal PR memerintah jek Islam terlaksana ke?

Singkat gila pemikiran.

Menang PR tuh baru 1st step islam dapat di luaskan jek tanpa ganguan merepak dr UMNO.

Bina dulu situasi aman n adil bawah pemerintahan PR.Baru senang nak tonjolkan imej islam yg sebenar bawah PAS.Berkhidmat baik2, baru la PAS leh dapat undi majoriti n bina kerajaan islam.

Tak guna bro main jerit2,ugut2 n khianat.Buat busuk nama islam jek.
Nasrul said…
Salam YB

Tulisan saudara mencerminkan keperibadian dan intelektual yang saya saya ingini dari seorang pemimpin Islam. Saya sememangnya bersetuju bahawa sebelum pemerintahan Islam boleh dilakukan, the spirit that is advocated by Islam must be upheld. Tiada makna pemerintahan Islam kalo rakyatnya terus berada dalam kejahilan dari segi moral, sosial, cara bermasyarakat,dunia dan akhirat. Alhamdulillah saya yakin YB dalam Pas dan pakatan rakyat boleh menjadi satu engin dalam mempamerkan moral Islam sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengan itu sahajalah kepentingan orang Islam Malaysia dapat dihormati oleh semua agama dan kaum di Malaysia.

Salam perjuangan
Anonymous said…
Sedih...Islam ditentang oleh org islam sendiri yg mengaku dirinya islam...

Carlo...
Anonymous said…
YB Khalid ni makin lama makin melalut pulak aku tgk,

sudahler YB, masuk ler DAP ke PKR ke jgn cemarkan imej PAS
Anonymous said…
" Pada masa sama PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance"

Good governance - look what happen in Kelantan, dari skandal Bazar tok Guru ke isu derma Balak..

apolah
jab sp said…
YB,apa ni.YB akan hilang sokongan kerana tindakan YB sendiri.Melayan manusia bodoh macam Si Ali.
YB sudahlah,jangan lagi layan posting yang bolih mengujudkan polimik baru padalam PAS-Pakatan.
BUKAN semua orang ada otak,bolih berfikir secara normal.
Anonymous said…
maaflah yb.. saya lihat blog yg tak ubah cam yb meletakkan diri yb sama taraf dengan puak2 PAS reform saja, padahal yb seorg pemimpin.. nada sama cuma uslub agak berbeza, namun taraf tetap sama. yb bawa isu seolah2 ada benda yg yb tidak boleh selesai didalam jamaah, lalu yb jaja dlm kesamaran seolah2 ada berlaku kepincangan jati diri diperingkat pimpinan, yg yb sendiri seolah hilang punca utk mencari ruang untuk bermuzakarah diperingkat yb sendiri, lalu mengambil jalan hina dlm berjamaah. Jika diminta sebut siapa yg yb maksudkan dgn mementing kan diri sudah barang tentu yb tidak sebut, tapi yg meninggalkan satu ruang fitnah yg sangat luas untuk jamaah dan pimpinan.

Ikhlas, tanya lah diri YB adakah tulisan YB ini wajib, dan kesan fitnah dari tulisan itu adalah halal?
Anonymous said…
Setuju dgn tulisan YB. Apa gelodak masalah menimpa PAS hari ini ?

Pada pandangan saya ada dua iaitu masalah kelemahan diri dan masalah tidak memahami keutamaan keperluan utama negara Malaysia masa kini.

1. Kelemahan Diri.

Rasanya masalah terbesar ialah kegagalan sebahagian pimpinan PAS menguruskan perubahan akibat kemengan besar dlm PRU2008. Sebahagian pemimpin PAS mungkin hebat berceramah di gelangang menghebahkan kekurangan atau kelemahan pimpinan UMNO.

Namun, apabila menang, mereka terpinga-pinga hendak menguruskan amanah yang diberikan. Ya. Memang medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan beramal dengan ikhlas adalah tidak sama dengan medan beramal sahaja.

Menjadi pemimpin perlukan dua syarat iaitu al-amanah dan al-quwwah. Tanpa al-quwwah, pemimpin PAS akan terasa tercabar. Oleh demikian, pimpinan ulama' PAS perlu segera membina kompetensi dalam ilmu komtemporari dan juga menguasai laras bahasa ligua franca dunia.

2. Apakah keutamaan masa kini di Malaysia ? Keutamaannya ialah menggantikan kerajaan yang zalim dengan kerajaan yang adil. Gantikan kerajaan yang rasuah dengan pimpinan yang beramanah. Menjalankan dasar yang mengutamakan rakyat berbanding korporat kroni dan kaum kerabat. Menghapuskan akta zalim spt ISA, AUKU dan OSA.
Anonymous said…
Salam YB,

Tulisan YB mencerminkan daya intelektual seorang pemimpin parti Islam yang sebenar. YB tak usah layan kerenah pemimpin yang Islamnya di bibir, di hati penuh hasad dengki. Pemimpin begini hanya diterima oleh segelintir penyokong yang sempit fikiran. Malaysia bukan bumi Arab. Malaysia sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya. Gerakan tari seorang pemimpin sama ada Islam mahupun bukan Islam harus mengambil kira kepelbagaian ini.
harunn said…
Aku rasa ko yang patut keluar dari Pas , ko patut duduk dalam Dap atau Pkr je , ada ke ko nak suruh Islam tak jadi dominan , habis tu ko nak suruh kapir harbi jadi dominan , biar Islam kebelekang , apa punya bebal ko , ini last la ko jadi Mp , kalau Pas letak ko lagi , habis la ko , aku rasa rakyat akan pilih umno kalau ko jadi calonnya
Anonymous said…
YB dah baca ni ke belum. Tolong siarkan di blog ini kalau anak jantan

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/59449-khalid-pas-harus-keluar-pr-jika-rasa-rugi-tapi-jangan-khianat-

Biar orang nilai statement anda, dan kemudian anda jawab jika ada orang berhujah dan mahu berdebat dengan anda.

Jangan pilih2 nak siar atau tidak siar link ini. Nak tengok gentleman atau tidak?
Tulang Besi said…
Sdr Khalid,

Jangan layan sangat si Ali Zaidan ni. Dia ni kaki belit dgn kaki putar alam.

Saya dah bukti dalam artikel saya berkaitan Sept 16 dan Presiden PAS.

Dia takda modal, hanya mahu membelit kenyataan Presiden akhirnya diri sendiri terbelit.

Lebih baik abaikan Ali Zaidan ni. Ini pun bukan nama sebenar dia.

Pengecut sebegini jangan dilayan, YB KHalid
Tulang Besi said…

3. Dalam isu Natrah, minta hati2. UMNO memang terlibat, tapi secara tidak langsung. Dato Onn kalau tak silap ada sebut dia tak mahu erlibat. Tapi ada pemimpin UMNo ketika itu yg terlibat. Antaranya Saadon Zubir.

Jangan lawan auta dengan auta. Lawan auta muhyiddin itu dengan fakta juga. Faktanya umat Islam Singapura bersatu, tapi bukan di bawah UMNO ketika itu.
.

Lagi kenyataan bodoh Ali Zaidan pengecut tak berani guna nama sendiri.


Dalam Isu NAtrah, UMNO TIDAK TERLIBAT. Yang terlibat di Singapura adalah Natrah Action Comittee yang ditubuhkan oleh Dr Burhanuddin Helmi.

malahan Tn Hj Fuad Hasan sendiri menulis ulama2 UMNO keluar UMNO antaranya isu UMNO berdiam diri dalam isu Natrah.

Adapun sebahagian pemimpin UMNO Singapura adalah atas kapaisiti PRIBADI mereka sahaja dan bukan atas platform parti.

Ali Zaidan tak reti sejarah tapi nak ajar orang.

Sedih sedih.

BEliau putar belit dalam isu Natrah sebab nak pertahan pemimpin2 PRO UG yang beliau agungkan.
Tulang Besi said…


4. Isu "Dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan". Saya nak tanya YB, kalau Islam tidak dominon dalam PR, apa jaminan bahawa kita tetap boleh laksana Islam bila PR memerintah?

Macam ni lah, dalam isu murtad, kalau Islam tidak dominon, apakah murtad akan dapat dicegah? Sedangkan PKR-DAP nampaknya berdoktrin 'kebebasan beragama'.
.

Soal lagi satu, adakah bila kita bersengkongkol dgn UMNO, Islam akan dominan?

Jawapnya tidak kerana di dalam Barisan NAsional kedudukan PAS akan menjadi LEEEBIHHH lemah.

Juga, kaki putaq macam Ali Zaidan akan kata, lebih baik kita duduk sendiri.

Sekali lagi saya tanya, adakah Islam untung bila PAS duduk sendiri? Apa untungnya Islam kalau PAS duduk sendiri?

Yang untung kalau PAS bersendirian adalah UMNO keranja pecahnya barisan pembangkang.

Ali Zaidan masih tidak menjawab hujah sdr Khalid Samad:

" PR adalah keputusan Jemaah. Maka, adakah wajar kita melanggar keputusan ini?"

Kalau dah kaki putar alam, memang tak boleh berhenti mengarut.
Tulang Besi said…


1. DAP memang pernah menyokong Pope hina Islam. Mereka bela Pope ketika itu. Kiranya kenyataan Pope disalahfaham.

MP Pas serang MP DAP masa tu. Dapat liputan muka dua Harakah. Harakah cetak. BUkan Harakah Daily.

2. Saya sebut dahulukan keputusan PAS. Bukan saya kata jangan ambil kira kepentingan PKR atau DAP. TGHH ada sebut apabila berlaku pertembungan antara keputusan PAS dan PR, maka ambil keputusan PAS dan pertahankannya.


Setau saya DAP tidak pernah menyokong kenyataan Pope menentang Islam.

Sila bawa bukti kamu sebelum menuduh, wahai kaki putar @Ali Zaidan.

Lagi satu, bagaimana keputusan PR boleh bertembung dengan keputusan PAS apabila keputusan PR MESTI DIPERSETUJUI oleh PAS.

Kalau PAS tidak bersetuju, ia TIDAK AKAN MENJADI KEPUTUSAN PR.

Nampak tak betapa besar putar alam si Ali Zaidan ni.

Nak bohong pun biarlah jangan sampai orang nampak.
nasir said…
Hassan Ali boleh diam tapi khalid nie memang demdam tak sudah . Nak kena sumpah dengan quran kot nak tunjuk setia dengan PR .

Siapa yang tak setia entahlah . Lebih penting kalau pakatan jaga YB masing2 . kan dah susah sekarang asyik lompat2 . Nie lah bahana takdak wala bila2 masa boleh lompat . .....
Unknown said…
YB

JGN DI LAYAN ALI ZAIDAN DAN ANYMOUS YG BANYAK KELUAR HUJAH TAK BERFAKTA, BUANG MASA YB JE...
Anonymous said…
kepada Ali Zaidan,

yang suka bercakap tanpa fakta ni adalah orang UMNO. suka cakap ikut perasaan. kalau betul ada fakta sila nyatakan dari mana ? kalau sekadar cakap saadon zubir.. bla..bla. tanpa dari mana asalnya sumber tersebut, saya pun boleh cakap.

satu perangai UMNO, suka bercakap kononnya fakta tapi bila diperiksa balik,.... hampeh. PEMBOHONG. Fakta yang direka, untuk membohong orang ramai.

semakin banyak kau menulis semakin menampakkan siapa engkauni sebenarnya.

hahaha
amir said…
YB saya bersetju dengan beberapa yg bagi komen di sini.pls ignore ali zaidan.adakalanya dia guna nick ali zaidan dan kebanyakan nick lain.
dia begitu gah menyanggan apabila ada pemimpin PAS yg bersifat positif dalam menguatkan pakatan.
dia tidak akan bagi komen jika tulisan atau komen yg melemahkan umno.
pls ignore him.
dia hanya jadi hero di tranungkite diman ramai puak2 spt ini berkeliaran.
Anonymous said…
Kelakar la YB ni..samakan YB Kulim dgn Hantu Jembalang kat rumah..hahaha..

Kalau YB Kulim tu hantu..YB Khalid Samad kita nak panggil apa?

semua nak di salahkan UMNO..hahaha..sudah sudah la..Pope dah tentu hina Islam tapi YB nak belit lagi..entah la..YB..saya pun dah tak pasti samada YB ni relevant atau tak jadi wakil warga Shah Alam..
ali hassan said…
byk diperhatikan tulisan dlm blog & web ni byk didasarkan kpd nafsu semata2

kritikan , ulasan dll kerana mementingkan diri , mmementingkan kepuasan dlm berhujjah , berbahas soal maksud, makna saja , isi kosong belaka

mcm soal UG ,,,,mcm2 keluar takrifan mengenainya, berbelas - belas maksud

tak ada yg dikaji soal misi , visi , & objektif UG itu timbul

siapa yg mulakan UG ni , PAS atau UMNO ?

Ahmad Awang atau Tajul Rosli mulakan di Perak ???

Khir Toto atau Hassan Ali yang bernafsu di Selangor

Abdullah Badawai atau Hadi Awang yang gian di peringkat pusat ???
Mohd Azmi said…
YB, Silakan bagi pendapat tantang YB Kulim & YB Bayan Baru. Saya nak tau dari anda.... Adakan mereka berbohong di parliment..? Atau adakah anda tidak berani untuk mengaku yang bereka berdua itu betul. Orang kata kebenaran itu pahit...
sejadahburuk said…
ttup je la blog ni yb...sakit nanti yb.bkn smua paham apa yg ada kt ati yb..jgn jd zulkifli haprak yg duk kt amarica tu...tah bt apa tah kt sana,tgh smayg pon bleh set kemera amik gambar..ada pa kot tuk cri publisiti..nakal sekali..snap gambar bnyak2 ckp kat dia,amik sekali yg kt disko taruk dlm blog pelacor politik
milestone said…
Malaysian Army wears PRADA?
http://showyourmiles.blogspot.com

ehehe.. mcm2 boleh jadi dgn kerajaan UMNO/BN songsang nih!

Wallahu'Alam
-milestone-
wirautama said…
ternyata apa yg berlaku mengesahkan kenyataan " Anonymous said...

maaflah yb.. saya lihat blog yg tak ubah cam yb meletakkan diri yb sama taraf dengan puak2 PAS reform saja, padahal yb seorg pemimpin.. nada sama cuma uslub agak berbeza, namun taraf tetap sama. yb bawa isu seolah2 ada benda yg yb tidak boleh selesai didalam jamaah, lalu yb jaja dlm kesamaran seolah2 ada berlaku kepincangan jati diri diperingkat pimpinan, yg yb sendiri seolah hilang punca utk mencari ruang untuk bermuzakarah diperingkat yb sendiri, lalu mengambil jalan hina dlm berjamaah. Jika diminta sebut siapa yg yb maksudkan dgn mementing kan diri sudah barang tentu yb tidak sebut, tapi yg meninggalkan satu ruang fitnah yg sangat luas untuk jamaah dan pimpinan.

Ikhlas, tanya lah diri YB adakah tulisan YB ini wajib, dan kesan fitnah dari tulisan itu adalah halal?

April 11, 2010 2:44 PM"


lihat saja sapa yg sekarang bersetuju dan datang meninggalkan komen disini, sudah tentu TB dan rakan2 yg sewaktu dgn nya..

nampak mmg sangat sebulu dng YB Khalid, padahal YB mempunyai ruang yg secukupnya dlm PAS sekiranya YB ingin menimbulkan berapa ribu mata serapang sekali pun, tapi tidak, YB lebih suka menimbulkan fitnah yg terlebih besar dengan dakwaan yg tidak dinyatakan dgn jelas dan tidak dinafikan dgn jelas.

Jadi biarlah saya tanya sekali lagi seperti anon diatas adakah tulisan YB ni wajib yg mengatasi kemudaratan fitnah yg terjadi daripada kepada jamaah dan pimpinan?
Anonymous said…
rata-rata ramai dlm blog ini marahkan Ali Zaidan. tapi pada aku itu adalah pandangan yg mesti kita fahami.

kenapa perlu melenting bila pope hina islam. bukankah ianya berlaku?

kenapa perlu yb perlu melenting dlm isu natrah, sedangkan ianya memang berlaku di singapura. apakah umno kuat di singapura pada masa itu? kena tanya orang johor mcm yb sendiri.

kenapa perlu melenting dlm isu yb kulim bandar baru? apa yg yb kulim tu buat sampai nama dia masuk dlm blog yb? apakah di sebabkan bantahan yb kulim dlm isu kalimah Allah maka yb kulim WAJIB DI HENTAM?

amat bangang pemikiran umat sekarang ni. tak tau yang mana liwat & mana yg bersumpah.
Anonymous said…
Ali Zaidan tu hipokrit,suka putar belit,spin doktor specilist..
Anonymous said…
TUAN HAJI..KENAPA KEDAI JUDI HARAM SEBELAH RESTORAN IQBAL MASIH OPERASI? SILA AMBIL TINDAKAN...
sam raspiut said…
YB,
saya bersetuju dgn Yb, terutama dgn pernyataan;
kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam

TAPI saya amat sangsi objektif itu ada pada Pas sekarang!..
kefahaman YB, dan ramai lagi benih2 pejuang muda islam memang indah dan menyegarkan jiwa.. tetapi berdepan dgn realiti Pas pendapat itu adalah minoriti dan dianggap serong.. dan sangat-sangat tidak dialu-alukan. itu kenyataan!

saya melihat corak pemikiran Pas dan kepimpinan sekarang mundur kebelakangmengambil corak pemikiran umno 80an.. bahkan sebagai kumpulan elit agama dalam kepompong MELAYU.
melihat bangsa dan agama lain sebagai musuh bangsa melayu islam akan meletakkan Pas sebagai extremis dominan..

pendapat YB benar.. pendapat TGNA benar.. tapi itu bukan pendapat Pas! saya cuma melihat Pas sebagai Bahtera pedagang2 agama..

Bila YB mengatakan misti membuang kepentingan diri demi pakatan..
saya, kawan2, penyokong2 dan pengundi2 adalah sebahagian pakatan itu, sekiranya benar kata YB, Pas memperjuangka dasar.. dan kepentingan kami adalah sebahagian dari dasar tersebut.. maka harus YB dan lain2 pimpinan pas yg tidak meloyakan itu, mendengar suara 'kepentingan' dan kemahuan kami..

apa kemahuan kami?? apa kepentingan kami??
kami mahu YB dan YB2 dan pimpinan kami lebih bersuara.. KUAT DAN KERAS BERSUARA!
kami mahu Tuan2 gempur dan nyahkan pimpinan pembidaah yg membawa pas kami kedalam LUBANG GELAP melayu..
kami mahu pemimpin islam Pas dan bukannya PEMIMPIN MELAYU Pas!!

kami mahu YB2 lebih BERSUARA dan abaikan 'kepentingan' pas.. 'kami' adalah dasar pas.. walaupun mereka TAWKEY besar Pas!

apapun alasan dan siasah dalam mencaturkan perjuangan.. mahupun kepentingan.. membiarkan golongan ini menjarah Pas memberi aib kepada kami yg menyokong islam dibawa Pas..

saat ini saya rasa.. benih-benih muda yg menyampung, memaki, membela diblog2 pinggiran lebih mulia dan faham agama dari orang2 yg menggelarkan diri ulama-ulama islam Pas!

mohon maaf YB.. itulah yang kami telan selama ini.
sam raspiut said…
YB,
kalau ikut puak penyokong Pemilik Pas, semua kritikan, pendapat bertentang misti diselesaikan secara adab "berjemaah".. iaitu bersetuju atau jangan kritik atau diam atau buat bodoh dan bodoh!
pendapat yg tidak dapat dikawal atau tidak dapat ditunduk dianggap 'pendapat diluar jemaah' dan derhaka..
beginikah YB adab berjemaah.?? betulkah ini kaedah islam?

kalau bukan.. buat apa Tunggu? adakah Pas ini hanya satu-satu jalan mencari islam?
takutkah? macam mana nak pakai baju baru kalau baju lama tak sanggup nak buang..??
sam raspiut said…
pemikiran hujah pengkomen2 Pas HA amat buruk.. tidak berlandas fakta dan ilmu. hanya ikut nafsu semata, cerminan keburukan pemikiran dan kepimpinan ulama melayu yg boleh diumpamakan mcm " keldai bawa kitab"
Anonymous said…
Ali Zaidan

DAP tu Cina yang bukan Islam. Nak salahkan dia pasal Islam?

Cuba kau tengok yang ini pulak..jangan jeles tau....mesti terketaq lutot punya..hehe

syarat dia kena tau tap dancing...


http://beautifulnara.com/gambar-rumah-mukhriz-mahathir/
Ali Zaidan said…
1. TB ni pengecut. Saya komen dalam blog dia tak mahu pula dia lulus.

Dah la pengecut. Tak tahu malu pula. Konon ada bukti. Padahal aku dah jawab kejahatan TB dalam blog. Tak tahu malu ke Rahman? Takkan tak jadi CEO sampai gila isim?

2. TB, aku sebut UMNO terlibat secara tidak langsung. Faham tak apa maksud 'secara tak langsung'. Ada pemimpin UMNo yang terlibat. Kurang2 3 pemimpin UMNo singapore yg ada di barisan depan. Antaranya saadon zubir. Rahman Talib jangan jadi bodoh sangat. Patutlah tak boleh jadi CEO!

Sebab tu aku tegur, jgn lawan auta dgn auta. Lawan dgn fakta. Fakta umat islam bersatu tp bukan bawah umno. Rahman talib tak lahir lg masa tu mana dia tahu!

3. Sejak bila pula aku kata kena bersekongkol dengan UMNO baru Islam dominon? ini satu putar alam dari seorang ceo-wannabe. yg aku sebut kuatkan PR dan jadikan islam dominon.

Aku xpernah pula kata PAS kena sendiri? Janganlah seleweng sangat otak kamu ni TB.

Betul Pr ialah keputusan jemaah. Ada ke aku suruh keluar PR? Yang aku suruh Islam dominon dalam PR supaya dasar terjaga.

4. DAP tak pernah sokong Pope. Nampak sangat kau ni budak2. Bukak hansard parlimen September 2006. Teresa Kok bahas usul Salahudin Ayub ttg Pope Benedict.

Tp aku taknak salahkan teresa secara mutlak. Sebab dia bukan islam. Jadi dia tak faham sensitiviti kita. Soalannya, takkan sebab PR maka kita nak biar?

Tu la, mimpi CEO banyak sangat!

5. Yang last sekali bab keputusan Pr dan PAS tu kau kena faham. Jangan ambil secara teknikal. Makna keputusan PR dlm ayat itu ialah PKR dan DAP lah. Jangan jadi bongok sangat. Macammana nak jadi CEO macam ni?
Unknown said…
Salam Datuk...sy nak cadangkan Datuk beritahu datuk zaid agar mohon maaf secara terbuka kepada semua ahli PAS dan umat Islam kerana pernah bercadang membawa isu hudud ke mahkamah semasa dlm UMNO dulu...akui kesilapan itu dan sy yakin ia dpt menghilangkan rasa kecil hati ahli2 pas kpd beliau...kerana sy dpt tahu ada org pas di hulu selangor tak mahu keluar mengundi dan ada pemimpin akar umbi di sana tidak mahu bekerja keras kerana masih terasa hati dgn isu tersebut.dgn tindakan demikian membuatkan org lebih respect dgn datuk zaid dan menghilangkan terus parut lua itu.dan ingat..'ular yg menyusur akar tak akan hilang bisanya'....sy juga yakin ia langsung tidak menjejaskan kredibiliti beliau kerana mengakui kesilapan adalah sifat pemimpin yg hebat.
john labu said…
YB, nak jawab Ali Zaidan..

2. TB, aku sebut UMNO terlibat secara tidak langsung. Faham tak apa maksud 'secara tak langsung'. Ada pemimpin UMNo yang terlibat. Rahman Talib jangan jadi bodoh sangat. Patutlah tak boleh jadi CEO!

i.yg bold tu out of topic
ii. cuba paste mari bukti ya Ali..
iii. kaedah kau: kehadiran=bukti terlibat
kes1: bila mantan Pm sahkan ada jumpa dalam gelap, adakah kehadiran individu Pas itu bukti Pas terlibat dgn kemungkaran perjuangan UMNO??
kes2: bila nasa minum bersama geng Umno sewaktu rakan2 Pas sedang menentang UMNO-UPCO dlm dewan.. adakah itu bukti Pas secara tidak langsung menyokong ZIONIS UMNO??

Sebab tu aku tegur, jgn lawan auta dgn auta. Lawan dgn fakta. Fakta umat islam bersatu tp bukan bawah umno. Rahman talib tak lahir lg masa tu mana dia tahu!

sila bagi BUKTI kau dah hidup dan akilbaligh pd masa tu... choong la kau Ali...

3. Sejak bila pula aku kata kena bersekongkol dengan UMNO baru Islam dominon? ini satu putar alam dari seorang ceo-wannabe. yg aku sebut kuatkan PR dan jadikan islam dominon.

yg Bold tu tak masuk topik.
TB tulis:
Soal lagi satu, adakah bila kita bersengkongkol dgn UMNO, Islam akan dominan?
maksudnya: kalu berpakat itu objektifnya DOMINAN.. dan islam tak dominan dgn PR.. pilihan lain yg ada(spt yg diusahakan HA/UG)adalah berpakat dgn UMNO!

Jawapnya tidak kerana di dalam Barisan NAsional kedudukan PAS akan menjadi LEEEBIHHH lemah.

itu pendapat TB. juga pendapat umum Pas!>> membawa pd andaian alternatif ke3.. jadi,

Juga, kaki putaq macam Ali Zaidan akan kata, lebih baik kita duduk sendiri.

TB tulis AKAN=MUNGKIN membawa maksud andaian; ayat penyata berasaskan urutan 'standing opinion'!
pendapat saya: maksud'dominan' perlu dijelaskan. dominan membawa maksud: gah, besar, hebat, berkuasa dan menguasai.. Bersifat luaran, tampak dan persepsi fizikal!!
Maksud YB.. Islam dan dakwah islam adalah siasah.. mendapat kepercayaan, penerimaan dan kefahaman terhadap nilai2 sistem pemerintahan islam adalah lebih PERLU dari menzahir penguasaan islam secara fizikal @ dominan!

4. DAP tak pernah sokong Pope. Nampak sangat kau ni budak2. Bukak hansard parlimen September 2006. Teresa Kok bahas usul Salahudin Ayub ttg Pope Benedict.
kalau betul.. itu dipanggil sejarah!!
ikut Sirah.. Abu suffian adalah antara penentang tegar nabi saw dan kerajaan madinah hinggalah nabi takluk kota mekah.. Nabi saw terima keislaman abu suffian beberapa ketika kemudian walaupun sebelumnya beliau memerangi Islam! jadi apa masalahnya ya Ali??
Nabi juga tak pernah halau yahudi madinah yg kenal islam tapi tak beriman.. inikan pula DAP yg baru nak kenal islam!

Tp aku taknak salahkan teresa secara mutlak... Soalannya, takkan sebab PR maka kita nak biar?

Tu la, mimpi CEO banyak sangat!

yg bold tu Out of topic..
YAAA Ali apa masalahnya PR, apa sbb dan salah PR, yg dipersetujui keujudannya oleh Presiden Pas tokoh ulama MElayu itu??

5. Yang last sekali bab keputusan Pr dan PAS tu kau kena faham. Jangan ambil secara teknikal. Makna keputusan PR dlm ayat itu ialah PKR dan DAP lah. Jangan jadi bongok sangat. Macammana nak jadi CEO macam ni?

yg bold tu Out of Topic..
YAA ALi, bukankah PKR dan DAP itu rakansetiawan Pas dalam PR?? kenapa nak LanggOR?
kau tulis sebelum ni kat atas nun..
2. TGHH ada sebut apabila berlaku pertembungan antara keputusan PAS dan PR, maka ambil keputusan PAS dan pertahankannya.
maknanya setelah bersetuju dgn keputusan PR (pas, pkr & dap) dan tiba2nya Hadi berbeza pendapat, maka bolih ingkar PR.. gitu? setau aku la keputusan Pas tidak pernah bertentang dgn PR, kecuali keputusan Hadi.. cthnya UG!!
inikah akhlak islam yg diajar oleh ulama melayu Yaa Ali??
patutnya kalau dah tak setuju kena keluar dari PR, pertahankan pendirian baru kita!!
kou tau ke Tuhan MURKA dgn perjanjian ENgkar ni.. makan belakang, pukui curi ni islam tak ajar Ali...
Tulang Besi said…
1. TB ni pengecut. Saya komen dalam blog dia tak mahu pula dia lulus.

Dah la pengecut. Tak tahu malu pula. Konon ada bukti. Padahal aku dah jawab kejahatan TB dalam blog. Tak tahu malu ke Rahman? Takkan tak jadi CEO sampai gila isim?
.
Blogger PONDAN Ali Zaidan panggil saya pengecut. Ali Zaidan kecut nak guna nama sendiri, ada hati panggil orang lain pengecut.
Hakikatnya dia sendiri blogger pondan, macam kawan-kawan dia.

2. TB, aku sebut UMNO terlibat secara tidak langsung. Faham tak apa maksud 'secara tak langsung'. Ada pemimpin UMNo yang terlibat. Kurang2 3 pemimpin UMNo singapore yg ada di barisan depan. Antaranya saadon zubir. Rahman Talib jangan jadi bodoh sangat. Patutlah tak boleh jadi CEO!

Sebab tu aku tegur, jgn lawan auta dgn auta. Lawan dgn fakta. Fakta umat islam bersatu tp bukan bawah umno. Rahman talib tak lahir lg masa tu mana dia tahu!
.
Hahahahahahaha Macam ni lah. Kao bawak SATU BUKTI arahan dari UMNO supaya orang Melayu protes Natrah.
Hakikatnya, Ali Zaidan bukan sahaja PONDAN tapi penipu. Hari tu kata UMNO ada terlibat, skrg kata takda pulak.

3. Sejak bila pula aku kata kena bersekongkol dengan UMNO baru Islam dominon? ini satu putar alam dari seorang ceo-wannabe. yg aku sebut kuatkan PR dan jadikan islam dominon.

Aku xpernah pula kata PAS kena sendiri? Janganlah seleweng sangat otak kamu ni TB.

Betul Pr ialah keputusan jemaah. Ada ke aku suruh keluar PR? Yang aku suruh Islam dominon dalam PR supaya dasar terjaga.
.
Jawab soalan aku wahai Ali Zaidan Al Pondani. Kalau PAS duduk seorang diri, apa untungnya Islam?
Senang je nak jawab. Ada dua option: samada kita duduk sendirian atau kita duduk dalam PR.
Itu REALITI politik Malaysia yang orang pondan tak boleh nak paham i.e. Ali Zaidan

4. DAP tak pernah sokong Pope. Nampak sangat kau ni budak2. Bukak hansard parlimen September 2006. Teresa Kok bahas usul Salahudin Ayub ttg Pope Benedict.

Tp aku taknak salahkan teresa secara mutlak. Sebab dia bukan islam. Jadi dia tak faham sensitiviti kita. Soalannya, takkan sebab PR maka kita nak biar?

Tu la, mimpi CEO banyak sangat!
.
Iye ke. Saya bukak hansard takda pun? Jadi pondan dah tak tau baca ke?

5. Yang last sekali bab keputusan Pr dan PAS tu kau kena faham. Jangan ambil secara teknikal. Makna keputusan PR dlm ayat itu ialah PKR dan DAP lah. Jangan jadi bongok sangat. Macammana nak jadi CEO macam ni?.

Kau bukan sahaja pondan tapi pembelit. Keputusan PR adalah PAS, PKR dan DAP. Kalau hanya PKR dan DAP IA BUKAN KEPUTUSAN PKR.
Ali Zaidan said…
1. Kau mmg tak lulus komen aku. Bukan komen aku saja. Banyak komen lain. kalau jantan sangat, luluskan saja dan jawab. Aku yg kau kata pondan ni pun tak pernah block komen kau.

2. Kau faham tak maksud 'secara tak langsung'? Awat kau ni bodoh sangat BM? Kalau ada arahan rasmi, dh tentu aku akan kata secara langsung. Sekarang kau buktikan bhw tak ada langsung pemimpin umno yg terlibat. Jangan jadi bodoh.

3. Ada ke aku suruh PAS tinggalkan PR dan duduk sorang diri? apasal kau ni lemah sangat BM? Patutlah tak dapat jadi CEO. Takat jadi CEo-wannabe saja.

Yang aku kata, jadikan Islam dominon dalam PR.

4. Bukalah hansard dulu. Hansard apa kau baca? Takpun buka Harakah september 2006. Muka dua.

5. Itu masalah kau, lebih tumpukan kepada teknikal ayat. Aku tahu lah apa yg aku cakap. Semua orang boleh faham apa maksud 'PR' dalam ayat aku tu. Yang kau belitkan ayat aku buat apa?

Macam jugak org buat tuduhan pas masuk umno. Takkan pas nak masuk umno, parti lain2. jadi kita boleh faham sendiri maksud disitu ialah masuk BN.

Korang yg suka teraburkan ayat takkan tak mampu faham?

Aku jawab hari ini sebab aku pegang janji. Kita gencatan senjata sampai tamat PRKHS. Tapi kau ni mungkir perjanjian. Macam Quraisy Mekah langgar janji Hudaibiyah.

Teruk kau ni!!

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan