3. Persoalan Kesatuan Melayu
Seorang Anonymous menyebut saya tidak mahu Melayu/Islam bersatu. Itu tidak benar. Saya memang mahu melihat orang Islam bersatu tetapi atas dasar perjuangan Islam, bukan atas dasar perjuangan Kebangsaan Melayu. Kalau ada pemimpin gerakkan Islam seperti PAS yang ingin penyatuan tercapai atas dasar selain dari Islam, maka orang itu tidak sepatutnya berada di dalam PAS.
Sebenarnya usaha menyatukan ummat atas dasar Islam telah lama diusahakan PAS. Pada masa yang sama UMNO berusaha menyatukan orang Melayu atas dasar Melayu. Yang setuju bahawa dasar penyatuan adalah Islam, akan masuk PAS. Yang setuju dasar penyatuan adalah Melayu pula masuk UMNO. Dasar penyatuan ini tidak sama. Maka, kalau Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam, sepatutnya dari dulu lagi tidak perlu adanya PAS. Semua masuk UMNO sahaja! Tetapi oleh kerana Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu, maka ulama telah mengasaskan PAS.
Kalau bersatu atas Kebangsaan Melayu, ini tidak akan sama sekali mendaulatkan Islam. Malahan akan merosakkan risalah Islam. Tetapi sebenarnya sudah rosak pun - oleh kerana perangai UMNO.
4. Ali Zaidan berkata: “Hubungan PAS-PKR tak pernah terjejas bilamana YB Zul buat report polis kat kau”. Malangnya pimpinan PKR tak setuju dengan kenyataan tersebut. Mereka yang pecat YB Zul, bukan saya. Bukan kerana pendiriannya tetapi kerana tindakannya yang lebih bersesuaian dengan pendekatan dan perangai UMNO.
Dia terus berkata, “Ini lebih kepada soal pendirian dia dan kau. Kalau kau berani perlekeh enakmen undang2 Islam Selangor, pandai2lah jawab!. Tak ada kaitan dengan PAS pun!”
Saya tidak pernah memperlekehkan enakmen undang-undang Islam Selangor. Saya hanya menyatakan pendirian PAS berhubung isu tersebut. Kalau itu adalah pendirian PAS, macam mana pula dikatakan tiada kena mengena dengan PAS? Kalau setakat di atas alasan enakmen sudah ada maka kita ikut sahajalah, maka memang itulah cara pemikiran UMNO. Kalau begitu, hendak berjuang untuk apa? Ikut sahaja apa yang ada, betul atau salah lain kira, kan ke sudah ada?
Di sini saya ingin juga bertanya, bila pula YB Zul atau Sdr Ali Zaidan hendak buat laporan Polis terhadap TG Hj. Hadi yang mengesyorkan item pertama Rukun Negara diubah? Dari kepercayaan kepada Tuhan kepada kepercayaan kepada Allah! Memperlekehkan rukun Negara?
Soal saya bukan kelulusan agama maka tida perlu bercakap hal agama, ini pun sebenarny corak pemikiran UMNO. Inilah yang dikatakan ‘Sekular keBaratan’. Agama itu milik Gereja, kata golongan sebegini, yang lain diam dan hanya ikut jangan banyak soal. Islam bukan begitu. Hakikatnya, kalau Sdr Ali Zaidan dan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya hendak tahu, orang Islam mesti bercakap berlandaskan agama, dalam SEMUA persoalan kehidupan.
Tetapi, kalaulah apa yang dinyatakan oleh PAS itu tidak betul sekalipun, maka diperbetulkanlah dengan hujjah, nyatakah ayat mana dan surah apa, hadith riwayat siapa serta dari kitab mana. Bukan dengan menyatakan kamu tidak ada hak nak cakap pasal Agama!
Benar, di rumah DSAI malam itu ramai yang berilmu. Atas sebab itulah YB Zul diam. Dia hanya mampu bercakap di kalangan orang yang tak mampu sanggah beliau. Dia tahu hujjahnya tidak kukuh dan hanya bersandarkan emosi, maka dia diam kerana dia tahu dia tidak tahu. Kalau mula bercakap, habis pula semua tahu bahawa dia tidak tahu.
Depan orang yang berilmulah kita uji kemantapan kefahaman kita dengan perasaan yang penuh rendah diri. Jika apa yang dikatakan itu tidak betul, maka kita akan dibetulkan. Itulah cara orang belajar. Oleh itu, kalau Sdr Ali Zaidan tahu sangat apa yang berlaku malam berkenaan, harap maklumkan adakah kata-kata saya disanggah oleh sesiapa? Termasuk oleh ilmuan yang beliau iktiraf dan disebut hadir pada malam tersebut. Kalau mereka pun tidak menyanggah, yang hendak buat bising buat apa?
Soal pendirian Cikgu Azmi, itu tiada masalah. Dia lebih memikirkan kesan negatif sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaannya kepada orang bukan Islam. Ini soal Siyaasah Syariyyah bukan soal hukum. Dari sudut Siyaasah Syariyyah, hukum boleh ditangguhkan perlaksanaannya kalau akan mendatangkan mafsadah atau keburukkan di atas sebab-sebab tertentu. Pandangan Cikgu Azmi boleh diterima sebagai satu pandangan yang tidak menolak hukum, hanya kesesuaian perlaksanaan hukum dalam keadaan sekarang.
Bahagian pertama: Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 1, bersambung bahagian terakhir esok insyaAllah....
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Izinkan aku menjawab dia by point juga.
1. Khalid berkata:
Malangnya pimpinan PKR tak setuju dengan kenyataan tersebut. Mereka yang pecat YB Zul, bukan saya. Bukan kerana pendiriannya tetapi kerana tindakannya yang lebih bersesuaian dengan pendekatan dan perangai UMNO.
Aku pun tak pernah kata kamu yang pecat YB Zul. Ya Allah... Yang aku bagitahu, PKR pecat Zul tak membuktikan dia menjejaskan hubungan PAS dan PKR. Boleh buktikan ada perpecahan atau regangnya hubungan PAS-PKR kerana apa yg YB Zul buat?.
Ada penyokong sama penyokong berbalah? Lain kali, kalau nak komen, fahami keseluruhan la syeikh.
Kalau sebab YB Zul dipecat kerana dia berperangai macam UMNO, maka kamu pun patut kena pecat jugak. Ya lah, bocor rahsia mesyuarat ni bukan perangai UMNo ke YB Khalid?
Tak gitu?
2. Khalid berkata:
Saya tidak pernah memperlekehkan enakmen undang-undang Islam Selangor. Saya hanya menyatakan pendirian PAS berhubung isu tersebut.
Pendirian apa benda pulak? Bila masa pulak PAS membuat pendirian enakmen agama Selangor tidak relevan? Bawakan fakta wahai Khalid bahawa PAS ada buat kenyataan begitu.
Janganlah konar baring kuat sangat. Mengatakan enakmen agama Selangor tak relevan tak sama dengan mengatakan kalimah Allah boleh diguna semua.
Aiii.. aku ni bukan umur 14 tahun syeikh senang sangat nak kena kelentong..
3. Khalid berkata:
Di sini saya ingin juga bertanya, bila pula YB Zul atau Sdr Ali Zaidan hendak buat laporan Polis terhadap TG Hj. Hadi yang mengesyorkan item pertama Rukun Negara diubah?
Kenapa pula kena buat report polis kepada TGHH? Dia suruh tukar kalimah Tuhan kepada Allah. Bukan perkataan Tuhan kepada Jesus. Kalau benar Kristian dah terima kalimah Allah ganti Tuhan, tentu tak ada masalah.
Jangan nak samakan dengan tindakan kamu komen enakmen agama selangor pulak. Manakan sama! Ada TGHH kata Rukun Negara ketinggalan zaman ke?
Lain kali, kalau nak sentuh apa2 benda sensitif, pakai akal lebih sikit bang.
Jangan hati sahabat Kristian saja nak jaga. Tapi hati umat Islam duk campak tepi longkang. Jangan melulu buat kenyataan sebelum kepimpinan buat keputusan. Rileks sikit!
Terburu-buru sikap siapa?
4. Khalid berkata:
Soal saya bukan kelulusan agama maka tida perlu bercakap hal agama, ini pun sebenarny corak pemikiran UMNO. Inilah yang dikatakan ‘Sekular keBaratan’. Agama itu milik Gereja, kata golongan sebegini, yang lain diam dan hanya ikut jangan banyak soal. Islam bukan begitu. Hakikatnya, kalau Sdr Ali Zaidan dan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya hendak tahu, orang Islam mesti bercakap berlandaskan agama, dalam SEMUA persoalan kehidupan.
Bila masa pulak aku suruh kamu jangan bercakap kalau bukan lulusan agama? Bila masa pulak aku kata kamu tak ada hak? Yang aku kata, kalau 'ahli' sudah ada, jangan menggatal tunjuk pandai. Tengok YB Salahuddin, YB Mahfuz, malahan Ustaz Tuan Ibrahim sendiri tak berapa nak bercakap hal ini sebelum keputusan pimpinan dibuat.
Contohlah, hujah kamu dalam isu ini ialah Al Ankabut:63. Kamu kata , Allah suruh Nabi Muhammad ucap Alhamdulillah bilamana orang kafir (dalam ayat itu) mengakui Allah yang menurunkan hujan. Jadi, kenapa nak marah Kristian nak guna nama Allah sebab Nabi pun disuruh ucap Alhamdulillah?. Gitulah hujah kamu.
Makanya, ini bukti jelas, kenapa aku cakap orang tak ada ilmu lebih baik duk diam. 'Mereka' dalam ayat itu tak merujuk kepada 'seluruh orang kafir' tetapi kepada musyrikin Mekah dan sekitarnya. Musyrikin Mekah memang mengakui Allah sebagai Tuhan. Cumanya mereka gi sembah berhala. Berbanding Kristian, mereka kata Allah dan jesus tu satu.
Sekarang aku nak tanya, kalau Kristian cakap Allah Jesus atau Jesus Allah yang menurunkan hujan dari langit, kamu nak kata Alhamdulillah?
Hah, kata lah Alhamdulillah!
Sebab itu Nabi ada sebut, sapa yang bercakap tentang Quran tanpa ilmu, maka siaplah tempat dia dari neraka.
Jangan main-main weh!
5. Khalid kata:
kalau Sdr Ali Zaidan tahu sangat apa yang berlaku malam berkenaan, harap maklumkan adakah kata-kata saya disanggah oleh sesiapa? Termasuk oleh ilmuan yang beliau iktiraf dan disebut hadir pada malam tersebut. Kalau mereka pun tidak menyanggah, yang hendak buat bising buat apa?
Eh Dr Farid kata apa? Kamal Hasan kata apa? Cikgu Azmi kata apa? Mereka sokong kamu ke masa tu? Jangan nak kelentong bang.
Memanglah tak secara direct. Ini bukan one-on-one. Itu diskusi yang melibatkan ramai orang. Maka secara umumlah! Kalau ikutkan direct, mereka pun tak dibantah.
6. Khalid kata:
Soal pendirian Cikgu Azmi, itu tiada masalah. Dia lebih memikirkan kesan negatif sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaannya kepada orang bukan Islam. Ini soal Siyaasah Syariyyah bukan soal hukum.
Tak soal hukum amenda, soal hukum lah ni. Takkan situasi itu tak menjadi sebab pertukaran hukum? Qardhawi sendiri sebut dalam kitab dia Fiqh Daulah bahawa hukum boleh berubah ikut tempat, masa dan keadaan. Jadi hukumlah ni!
Ke tak baca? Jangan ambil fatwa dia saja. Kitab dia kena telaah jugak!
Uruf sesuatu keadaan pun boleh jadi hukum. Sebab itu ada kaedah fikah sebut "Al-'adatu muhkamat". "Adat dapat dijadikan hukum"
Kemudian pandangan Cikgu azmi pula selari dengan kaedah Ad-dharurah Yuzal. Mudharat hendaklah dihilangkan. Hukum lah tu. Apahal masuk bab siasah pulak?
Buka kitab Jalaludin Suyuti. Asybahu Wa An Nadhair Fi Qawaid Fiqhiyyah. Jumpalah nanti.
Aku tak pernah sama sekali menafikan khilaf yg berlaku dalam isu kalimah. Di dalam dan luar negara. Di luar pun ada pertembungan pendapat antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Fattah. Dalam soal kalimah, aku berpandangan Majlis Syura Pas dan majlis fatwa kebangsaan perlu duduk berbincang menentukan keputusan yg terbaik.
Sebab YB Khalid ni pandai sirah, aku nak seru dia kaji sikap ulama' dahulu. Ulama' cukup hati-hati dan takut mengeluarkan fatwa, bimbang fatwa mereka diikuti. Hari ini, orang bukan ahli pula mendahului ulama.
Nabi sebut: “Rosaknya agama apabila ilmu datang daripada yang kerdil,yang dibantah oleh golongan yang alim. Baiknya manusia apabila ilmu datang dari golongan alim dan diikuti oleh golongan kerdil” (Fathul Bari)
7. Dalam soal ini, biar aku tegaskan bahawa sebagai seorang ahli politik, kamu semua sepatutnya reti 'berniaga'. Jangan pakat ingat nak beri sahaja. Ambillah jugak.
Kamu nak bagi mereka pakai kalimah Allah. Fine with me. Tapi bagi begitu sahaja? Ambillah sesuatu. Contoh, syaratkan mereka gantikan semua kalimah Lord kepada Allah juga. Atau macam TGHH buat, gantikan Rukun Negara. Itu baru politician cerdik!
Kalau Kristian benar2 ikhlas, mereka tak ada masalah untuk terima. Dan kita akan untung. Orang Islam pun tak bimbang. Tapi kalau Kristian memang berniat pakai untuk murtadkan Melayu, mesti mereka tolak. Masa itu kita ada hujah untuk tolak permintaan mereka.
Pusing-pusing, kita tetap untung!
Lepas TGHH cadangkan Rukun Negara diubah? Apa reaksi Gereja? Suka? Diam? Atau menggigil?
Nampak cara orang cerdik buat kerja? Nampak cara ulamak buat kerja?
Mana boleh sama dengan ulama' mee celup'! :)
http://www.malaysiakini.com/news/122469
bersatu tidak bermakna PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS.
Kalau UMNO dan PAS sama2 bersetuju (selepas berbincang!!!!) untuk menjadikan ISLAM sebagai asas dan prinsip perpaduan kedua-dua parti - di mana salahnya!!!???
Masalahnya....nak berbincang pun dah tak boleh!!!!
Semoga sdra terus istiqamah dengan jemaah dan perjuangan Islam. Kami dibawah ini akan sentiasa mengikuti dan cuba memahami secara sahih tindakan kepimpinan. Teruskan akhi...kami bersamamu. Kalaulah ramai pimpinan seperti sdra tentu saja dakwah itu dirasai terlaksana....Wallahualam.
Sekali lagi, kenyataan YB ini adalah kalimah hak yang digunakan dengan maksud yang bathil.
Apakah kerana alasan ini, maka semua orang awam Islam keluar memberikan fatwa tentang agama? YB gagal membezakan antara bercakap berlandaskan agama dengan bercakap tentang agama. Bercakap berlandaskan agama adalah memastikan tutur kata menepati syariat Islam, sedangkan bercakap tentang agama adalah memberikan fatwa-fatwa tentang isu yang berkaitan dengan Islam, umpamanya dalam hal YB memberikan fatwa tentang kalimah Allah. Sama juga bila YB mentafsirkan peristiwa perang Hunain menurut kecenderungan serta kefahaman YB sedangkan tindakkan tersebut tidak terlebih dahulu merujuk kepada tafsiran para ulama dalam hal tersebut.
Adalah mudah kita mengenalpasti orang yang bercakap tentang Islam menurut kefahamannya sendiri dengan orang yang bercakap tentang Islam menurut kefahaman yang sepatutnya. Dalam hal YB, saya lihat YB lebih banyak bercakap pasal Islam atas dasar kefahaman sendiri. Ini adalah umpama orang awam yang memberikan fatwanya tentang Islam.
Ingatlah YB, akhir zaman ni banyak as-saghir dan ruwaibidah. Awaslah dari menjadi salah satu dari golongan ini.
Wassalam
Ko pegi buat keje ko lagi baik dari melayan setan2 tu! Org banyak kata ko pandai, tapi ada masa ko lagi bodoh dari bodoh.
Ko nak ape, nak buktikan ape layan setan2 tu?
Ko nak buktikan ko bodoh melantun2? Nabi ada ke melayan setan mcm ko layan ni?
Ko tak tau ke org2 tu mengambil pemimpin mereka spt hadi dan haron din dan haron taib arbaban mindunillah?
Saya rasa boleh nak setuju last sentence oleh Anon April 10,2010 2:44 PM. Lain-lain statement kurang setuju. Tak jawab nanti hilang peluang dakwah bagi menjelaskan yang tak jelas dan nanti ahli bawahan fikir memang sdra salah dan tiada hujjah. Rasa elok benar kalau kita tahu siapa sebenarnya blogger Ali Zaidan ni macam kita dah kenal rupa paras, nama betul dan apa kerja beberapa blogger lain yang selalu panaskan jemaah seperti TB dan lain-lain. Pelik juga blogger begini dapat perhatian Tranungkite yang menjadi lidah "hampir rasmi" parti PAS atau memang dia di sponsor oleh kalangan tertentu dalam kepimpinan PAS?? Bila dah betul-betul tahu siapa dia bolehlah ambil pendekatan lain. Ia mungkin membuang masa sdra kena selau menjawab....tapi kalau ianya peluang dakwah...teruskan sdra...Kami ada juga rujuk pendapat sdra pada ustaz2 lain...setakat ni tak da yang kata sesat...Wallahualam.
memang betul YB ni tak tau agama.. jgn bercakap
Sultan dah cakap hentikan polemik.. berkhidmat untuk rakyat.. tak paham bahsa ke..? ish isih
aku pun orang PAS tapi malu dengan kebangangan YB ni menegakkan benang yang basah...
sudahlah.. hentikalah Polemik
orang UMNO dan orang yang ada fikrah UMNO je suka cakap orang lain tak beradap. bab dia yang tak beradap, tak apa.
Wahai Ali Zaidan. bila bercakap tolonglah bawak dalil Al-Quran dan Hadis. kalau tak, kami ini melihat kamu ini adalah tergolong dari golongan yang .....