Skip to main content

PM 1Malaysia Tidak Wajar Sokong Perkasa

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sokongan yang ditunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang disuarakan.

Beliau menjelaskan pemerintah yang mewar-warkan kesatuan semua kaum dan agama tidak seharusnya merestui retorik perkauman melampau yang dibawa oleh Perkasa, atau mana-mana pihak sekalipun.

"Kerajaan kalau ingin menjaga hubungan yang baik dikalangan kaum mesti tidak membenarkan sikap-sikap keterlaluan yang sepertimana di bawa oleh Perkasa itu untuk terus diperjuangkan, kerana ianya merupakan satu corak hasutan kepada rakyat, terutamanya menghasut bangsa Melayu kita untuk membenci dan mencurigai kaum lain, walhal kita bicara soal 1Malaysia," tegas Khalid.

Khalid Samad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam. Najib dalam temubualnya bersama agensi berita Al-Jazeera berkata Perkasa bukan pelampau ekstrem dan demikian itu kerajaan akan cuba memenuhi permintaan mereka.

Khalid berkata jelas sekali 1Malaysia yang dicanangkan hanyalah wayang kulit untuk melunakkan wajah perkauman Umno, sekaligus menutup imej yang telah sedia tercalar.

"Saya pun hairan mengapa datuk seri Najib berkata sebaliknya, lebih-lebih lagi kalau kita melihat tentang tuntutan yang dibawa oleh mereka jelas bercanggah dengan konsep 1Malaysia," katanya.

"Tindak-tanduk mereka mengapi-apikan semangat kebangsaan akan menimbulkan ketegangan," tambah beliau.

Berita ihsan TVSelangor
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Adakah salah sekiranya bekas Perdana Menteri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa mempertahankan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan?
Cucu said…
Setuju!!
Kita pun tak elok dok sokong 'Malaysian Malaysia'kan? Tu agenda cina chauvinis.
Anonymous said…
(Dipetik dari blog anak-sengat) - Selepas Tok Guru Nik Aziz menafikan apa yang didakwa, hari ini Kickdefella mengamuk lagi dengan kenyataan dalam blognya yang semakin melampau dengan menuduh Tok Guru berbohong.

Berkemungkinan Kickdefella merasakan dakwaannya itu menjadi 'angin' jika penafian Tok Guru terhadap 'pembongkaran' jahatnya untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Sekarang ini, sudah ternyata Kickdefella mempunyai agenda yang rapi untuk menjatuhkan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Lebih dahsyat lagi, ianya mungkin telah dirancang sejak dahulu lagi.

Apakah agenda Kickdefella dan orang sekelilingnya tidaklah dapat diketahui dengan jelas. Namun, tindakan beliau sejak akhir-akhir ini menampakkan diri beliau yang sebenar selepas tindakan dipecat daripada jawatan dalam PMBK sebelum ini.

Beliau dilihat bertindak memburukkan Tok Guru Nik Aziz dengan mencalarkan imejnya dengan tuduhan rasuah. Perasaan dendamnya terhadap Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya telah menyebabkan tindakan Kickdefella jauh lebih melampau.

Tok Guru perlu jumpa exconya dengan segera

Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.

Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.

Dijangka, Kickdefella bukannya bertindak berseorangan dalam perkara ini kerana beliau telah memiliki dokumen sulit yang hanya dipegang oleh exco-exco kerajaan negeri sahaja. Minta disegerakan penyelesaian masalah ini agar ianya tidak membarah ke akar umbi.

Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?

Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.

Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa. Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?

Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).

Keluarlah yang berkaitan

Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita. Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.
Anonymous said…
Malaysian chinese is a favorite target as bogeyman (bashing) by umno for decades,now perkasa.If majority of malays think malaysian chinese are such nuisance PLEASE find a way to get them out of the country in orderly manner-maybe export them to east malaysia-and let peninsula malaysia begin anew again without hindrance and small quarrels frustrating everybody.Perkasa should lead in such mechanism since they really feel chinese are public enemy no.1 and blame them for everything under the skies.
A very tired chinese.
Rakyat Malaysia 1963 said…
Apa sebenarnya yang termaktub dalam perlembagaan? Article 153? Article 153 menyatakan Yang DiPertuan Agong harus mempertahankan "kedudukan" istimewa kaum Bumiputra dari beberapa perkara seperti jawatan kerajaan, etc (termasuk orang asli dan dari Sabah dan Sarawak) tanpa memperbelakangkan hak kaum bukan bumiputra.

Tun Shafie Ghazalli pernah kata Hak Istimewa Bumiputra tidak wujud, hanyalah kedudukan istimewa. Ini kerana bila DEB dan article 153 diwujudkan, ia bertujuan untuk merapatkan jurang antara Bumiputra dengan bukan bumiputra.

Tetapi pertubuhan seperti Perkasa, Mahathir,UMNO menyalahgunakan 153 dan DEB untuk mengkayakan diri sendiri, saudara serta kroni mereka.

Apakah pencapaian Mahathir setelah 22 tahun jadi PM dari segi menaik taraf kaum Bumiputra dari segi ekonomi walaupun dengan adanya 153 dan DEB?

Saya rasa Melayu dan bumiputra lain taklah lemah sangat seperti yang diharapkan Perkasa dan Mahathir. Mereka ini seperti golognan sependapat mereka, seperti cucu dan anonymous ini hanya mengharapkan dapat "makan free" selamanya dan tidak payah berusaha.

Inilah sebab sebenar mereka suka guna label seperti cina chauvinis, india lembu dan sebagainya untuk memperlagakan kaum bumioutra dengan bukan bumiputra tetapi kita tidaklah sebodoh mereka dan jangan masuk perangkap.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-