Skip to main content

Kekalahan Hulu Selangor

Keputusan pilihan Raya kecil Hulu Selangor sudah diketahui umum. Ramai para penyokong dan para pengundi yang merasa duka cita dengan kekalahan yang dialami serta tertanya-tanya apakah yang telah menyebabkan kekalahan kali ini. Apakah yang telah tersilap dan siapakah yang melakukan kesilapan tersebut?

Sememangnya kelemahan dan kekurangan sudah pasti wujud. Pada pendapat saya, ianya wujud dan akan terus wujud pada setiap ketika dan tempat. Cuma bezanya, bagaimanakah kita mengimbangi kekuatan dan kelemahan ini. Maka, adakalanya kelemahan itu menyebabkan kekalahan, kerana di sebabkan kekuatan yang ada tidak mampu mengatasi kelemahan berkenaan. Dalam pada itu, adakalanya kelemahan yang sama, pada tempat dan suasana yang lain, dapat pula disulami oleh kekuatan yang ada pada ketika itu, sehingga kekalahan dapat dielak dan kemenangan dikecapi. Dalam erti kata yang lain, janganlah pula tercari-cari sebab dan alasan yang tertentu yang tidak wujud dan mula menyalahkan di antara satu sama lain.

Hakikatnya semua pihak telah turun dengan sehebatnya, walaupun ada kelemahan yang semakin terserlah dan ini isyaAllah sudah pasti akan ditangani, namun secara dasarnya tiada ‘kesilapan’ besar yang dilakukan oleh mana mana pihak di dalam pakatan semasa PrK Hulu Selangor yang lepas.

Hulu Selangor memang Parlimen yang sukar di menangi pihak lawan. Kebanyakkan dari kita juga sedar, bahawa pada 2008 kerusi tersebut dimenangi bukan oleh kerana sokongan terhadap PR yang mantap, tetapi oleh kerana faktor undi protes UMNO yang sudah jemu dengan wakil rakyat yang sama selama 4 penggal. Pada masa yang sama mereka inginkan kerusi itu diserahkan kepada UMNO. Fakta ini terbukti apabila dilihat bahawa ketiga-tiga DUN dimenangi BN. Jika dijumlahkan undi majoriti BN di ketiga-tiga DUN berkenaan, BN sepatutnya menang di Parlimen pada 2008 dengan majoriti melebihi 6,000 undi! Namun undi protes berlaku melalui undi rosak dan undi protes untuk calon PKR ketika itu, maka Parlimen dimenangi dengan majoriti tidak lebih dari 200 undi.

Sememangnya, undi protes sebegini amat sukar untuk dikekalkan, lebih lebih lagi dalam Pilihan Raya kecil. Bertambah sukar apabila sebahagian besar undi protes tersebut datangnya dari penyokong UMNO sendiri yang mempunyai motif politik. Ianya mudah ditangani oleh UMNO sendiri semasa PrK dengan berbagai cara mengikut budaya dan adat resam UMNO telah sedia diketahui umum.

Pada masa yang sama, saya juga berpendapat bahawa strategi UMNO menukar calon memang strategi yang bijak. Calon baru, walaupun dari MIC, memberi gambaran protes ‘didengari dan diambil kira’. Bukan semuanya, tetapi sebahagian kecil darinya. Kerusi tidak diserah kepada UMNO tetapi tidak juga kembali kepada pemimpin MIC yang sama. Orang baru yang lebih muda dan kononnya lebih mampu membawa perubahan. Dalam masa yang sama, ‘hak’ MIC sebagai rakan BN dipertahankan. Undi Melayu dipujuk dengan pertukaran calon; undi masyarakat India dan Cina pula dengan mempertahankan hak parti rakan parti komponen BN. Melalui kemenangan ini juga, rayuan dan desakan UMNO untuk serahkan kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada UMNO boleh dianggap menemui ajalnya.

Strategi PR meletakkan Dato’ Zaid pun tiada salahnya. Pencalonan beliau menyebabkan majoriti BN hanya 1,725 dan bukan 6,000 seperti yang sepatutnya. Tanpa undi rosak dan undi protes, kecuali sedikit, Dato’ Zaid dapat menarik sebahagian dari pengundi yang mengundi BN dulu untuk mengundi PR kali ini. Di beberapa saluran memang tercatit penambahan, bukan pengurangan. Ini berlaku dalam keadaan pencalonan Dato’ Zaid dihujani serangan yang bertubi-tubi dan juga pengkhianatan oleh pimpinan cabang PKR sendiri, yang terhebat oleh Dr. Halili. Dalam keadaan sebegitupun, pencapaian PR di Hulu Selangor boleh dibanggakan.

Hakikatnya, di Hulu Selangor masih ramai yang menyokong BN. Inilah keadaannya sejak dahulu lagi, tetapi amat jelas sokongan terhadap BN semakin terhakis hari demi hari.

Walaubagaimanapu, bagi Pakatan Rakyat, hasil dari keputusan ini, ia sepatutnya menyedarkan diri dari dibuai mimpi, bahawa masih banyak lagi kerja penerangan yang perlu dilakukan. Masih ramai lagi, lebih lebih lagi yang di kawasan pendalaman, yang tidak memahami hasrat perjuangan PR dan kekejaman BN. Jentera penerangan Negeri mestilah dipertingkatkan dan jentera parti mesti turun padang lebih kerap lagi. Kekurangan ini perlu diatasi sebelum tibanya PRU ke 13.

Semestinya kekalahan ini ada hikmahnya. Hikmah yang jelas ialah supaya PR tidak merasa leka dan tidak berpeluk tubuh serta berpuas hati dengan apa yang ada. Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan dan banyak lagi kelemahan dalaman dan organisasi yang perlu di atasi bersama.

Saya juga berharap agar kekalahan yang terbaru ini tidak menyebabkan para penyokong PR berlemah semangat dan berduka cita. Sebaliknya menjadi pemangkin agar lebih bersungguh-sungguh dalam mengharungi perjuangan ke arah mencapai kemenangan yang akan datang. Tiada siapa yang menjanjikan laluan yang mudah. Kalau inginkan perubahan, sudah pasti perlu berusaha; dan kepadaNya kita berserah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Saudara Khalid,

Ntahlah saya pun tak tahu di mana silapnya dan kenapa kalah. Di sini saya telah mencadangkan beberapa strategi dan apa yang perlu dilakukanoleh Zaid (perenggan yang ke-6) untuk menang. Pada saa'at-sa'at akhir nampaknya dia ambil juga nasihat saya dan mula pakai ketayap.

Tapiiiii kalah jugaaaak! Nak buat macam mana?

Hmmm.... agaknya lepas ni sapa lagi yang boleh kita tuding jari?

Marking Bagpie
En.Ilyasak said…
Assalamualaikum YB.
Moga-moga PR berjaya membentuk kerajaan pusat dalam PR13.

Cuma saya sebagai rakyat terbanyak berasa bimbang sebagaimana bimbangnya orang-orang Melayu di Hulu Selangor kerana kerakusan beberapa orang pemimpin politik dari DAP seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak berulang di negeri-negeri lain menyebabkan orang-orang Melayu takut untuk memberikan undi kepada PR.
Anonymous said…
Salam YB,

Kalau nak disenaraikan sebab-sebab kemenagan BN, memang tak akan habis dan boleh jadi hikayat 1,001 malam.

Faktor-faktor besar seperti penggunaan jentera rasmi kerajaan pusat sudah jadi macam benda biasa. Itu hal lain..

Tapi, pada saya. Sebenarnya kita masih mempunyai kekuatan tenaga yang cukup hebat. Saya percaya dan semua orang tahu, tenaga anak-anak muda kita sebenarnya kuat!

Kita telah mensia-siakan tenaga anak-anak muda ini dengan mencipta polemik-polemik merugikan parti. Mencipta perkara-perkara yang telah memecah belahkan sesama kita.

Ruang cyber adalah antara 'jalan' yang mudah untuk membentuk dan 'mendoktrin'kan minda anak-anak muda ini. Namun, kelemahan ketara adalah, ruang ini diserabutkan dengan polemik yang bukan-bukan. Ia amat merugikan pakatan!

Sebarang ketidakpastian, sepatutnya diperterang dan dipermudahkan sesama kita. Bukan diserba-sulitkan dengan pelbagai perasaan prejudis sesama sendiri. Contohnya, Isu UG dan pelbagai isu perpaduanG yang telah lama selesai, tapi dimainkan balik oleh pihak musuh dan dicucuk jarum oleh anak-anak muda kita sendiri.

Timbul pelbagai persepsi negatif terhadap pimpinan Pas sendiri, walaupun ia jelas tidak lebih hanya tanggapan yang tidak betul dari sumber yang tidak sahih!

YB,

Saya nampak YB juga masih 'young' and 'vibrant', dan jugak vocal dalam parlimen. Maka saya rasakan YB sebenarnya adalah orang yang amat layak agar mengarahkan anak-anak muda seperti Zainul Faqar, Wan Ji, Zulkifly Harun dan beberapa orang blogger lain, agar menumpukan kepada penerangan dan bersama dengan anak-anak muda agar bersatu, bersama-bersama dengan program Pas, walau siapapun pemimpin kita.

Nama-nama yang saya sebut di atas adalah nama yang telah dicop sebagai radical, yang sebenarnya banyak merugikan parti kita...Menagapa merugikan? Kerana mereka sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan sesama sendiri dan menyebabkan kita kehabisan masa dan tenaga untuk menjawab kembali serangan musuh terhadap perkara yang 'ditimbul'kan.

Maka, saya suka mengharapkan agar YB mengarahkan mereka-mereka ini agar menghentikan segala kritikan terbuka dan menimbulkan sebarang persepsi negatif terhadap pimpinan kita, tidak kiralah ianya bernama Ust Hadi, Ust Haron Din, Ust Nasha, Ust Tuan Ibrahim, Dato Hassan, Cikgu Pa, termasuklah beberapa pimpinan Pas Terengganu.

Hormat pemimpin sebenarnya ciri-ciri asas perjuangan kita. Dan mereka ini telah di'racun' dengan pemikiran yang bersifat 'kurang ajar' kepada pemimpin yang dipilih.

Bukan kita tidak boleh menegur, tapi sebagai mereka yang mempunyai adab-adab Islam, maka Aduka dan Tulang Besi bukanlah rujukan sah kita untuk menjustifikasikan tindakan kita.

Saya sungguh-sungguh berharap agar YB mengeluarkan arahan tersebut secara tegas dan tuntas, kerana kita tidak ada masa. Ia hendaklah berlaku sekarang, sama-sama bersatu dan mengempur musuh kita yang sebenar! PRU13 hanya menunggu masa sahaja...

FIQAR BIRRAN
Anonymous said…
Kita juga jgn marahkan kepada pemikiran melayu yg masih sempit semata-mata kerana sudah ramai melayu yg dah mula sedar dan bebas mindanya...

Persoalannya sistem pengadilan jenis apa yg kita pakai bagi mencari pemimpin?

Sedar tak kita bahawa kita dipaksa utk menerima pemimpin yg jahil yg sememangnya tidak layak menjadi pemimpin dgn cara pengadilan yg ada skrg...

PR kuasai sokongan tapi mereka kuasai sistem...

PR perlu fikir bagaimana utk menyelesaikan masalah ini, kalau tidak PR tetap akan begitu dulu, kini dan selamanya...
jab sp said…
Jika mahu PRK ini diibaratkan perlawanan bolasepak,ianya bolih disimpulkan begini:
Team BN dibarisi pemain yang tidak dihadkan jumlah penukaran pemain,tetapi team PKR dibenarkan penukaran mengikut peraturan.Apabila ada peluang team PKR hendak menjaringkan gol,pengadil akan meniup wisel sebagai offside.Akhirnya keputusan seri dan tendangan penalti dilakukan.Diwaktu tendangan penalti inilah kuasa pengadil paling muktamad(SPR) .Hasil sepakan kedua team gagal menjaring gol dalam sepakan 5 pertama.Untuk sepakan kalah mati team BN diminta melakukan dahulu dan sebaik saja gol ditendang masuk permaian terus ditamatkan.Itulah ibaratnya.
Rumusannya,kita tidak kalah dalam erti kata sebenarnya.Perpaduan kita masih kuat dan utuh.Semua jentera telah melaksanakan tugasnya.
Anonymous said…
buat PR...kalah sekali tak bermakna kalah buat selamanya.buat BN plak..menang baru dua kali straight..tak bermakna menang sampai PRU ke 13... ehehehe..

apa2 pun YB..hero selalu kalah dulu.. ahahahahhaa
Anonymous said…
As I see it… My version of:-

Facts Of Failure At Hulu Selangor.(2010 By-Election)

Congrats To BN…hmmm, but winning a just mere 1700 votes after spending of RM70 Million, at its own fortress ( kubu kuat Barisan Nasional) and with 3 BN ADUNs is NOT something to cheer about. It’s an absolute utter nonsense. As our YAB.TPM said, BN should and must win with majority of 6000-10,000 votes. His advisors were correct. With all the advantages of being ruling Govt party, the results were NOT favoring Barisan Nasional. If the majority is 1700 votes, my view is Barisan Nasional is in deep trouble. With all these:-
1) SPR
2) Undi POS
3) Govt Servants
4) FELDA
5) FELCRA
6) Orang ASAL
7) Orang Melayu
8) Orang Cina
9) Orang India
10) And with an entire BN machineries

The result 1700 votes are NOT acceptable. It’s RIDICULOUS RESULTS. BN lost the battle at its very own ground.
BN has to do an urgent post-mortem examination autopsy now, to rectify its failure. If not, believe me, it’s an alarming sign, something very catastrophic coming towards BN in two years time.

Political Observer.
Anonymous said…
hahahahahahaha....
kalaulah YB beri komen mcm ni waktu PRK Bagan Pinang tempoh hari.....
Anonymous said…
Facts Of Failure At Hulu Selangor.(2010 By-Election)

From Defeat To Victory

YB DATO’ZAID was the perfect candidate. Yet he lost. The reasons were, that:-
1) He lost to the POWER of RINGGIT.
That’s the ONLY reason. That’s the FACT. MONEY IS EVIL. Well:-

The PKR SELANGOR GOVT is also partly to be blamed. I’m pretty sure some of you, will agree with me. And some might not. After two years as ruling State Govt, they could have solved the Rakyats problems without fear and favor. The Sate Govt should have focus on the remote places. I’m very sure that, YAB DATO MENTERI BESAR has vast experience in handling management and administration.

Focus on :-
1) 60% to the malays/orang asal
2) 30% to the Chinese
3) 10% to the indians

Some of the Malay communities and Indian communities are turning their hope back to BN. The Chinese community remains loyal to the party. Pls don’t take that for granted. They might change as well.

Where is the vision and hope PR gave? The present and younger generation of MALAYS/CHINESSE/INDIANS/IBANS/KADAZANS/AND ALL MALAYSIANS are with you. With full of Quality and Qualified leaders in PR, you HAVE to do better then this.

SO PLEASE PRACTICE IT – BEFORE YOU PREACH.

You still have two years to prove it. If you fail, you will loose another state. Then PR will be HISTORY. My advise is PLEASE DON’T LOOSE SELANGOR at any cost.
hj jamaludin said…
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Pendapat saya hanya dua sebab KEKALAHAN PKR DI P094
SEBAB PERTAMA :-
Tiap kali ada Pilihan Raya Kecil atau umum . Parti PKR dok tunggu atau kejar siang dan malam bas atau kenderaan yang bawa penumpang HANTU . Dalam kepala otak Pengarah Pilihan Raya PKR baik dari Azmin Ali sehingga P094 YB Fauziah kalau meeting agenda pertama cari HANTU.
SEBAB KEDUA
Kelembabpan atau stupid la senang cakap. YB Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad , ada sijil tapi simpan kat file , ada otak tapi tak tahu letak kat mana? Bayangkanlah orang tua TG Nik Aziz terkejar kejar nak tolong calon ZAID dari PKR .Penat mengerjakan UMRAH belum hilang demi untuk membantu calon PKR di PRK P094, sesampai kat Hulu Selangor tak boleh ceramah ugama kat surau mahupun masjid baik di bandar ataupun di felda/felcra/risda kerana tak ada sijil Tauliah . Apa susah sangat Dr Hasan Ali Dan Khalid Samad untuk memohon bagi pihak TG Nik Aziz untuk mendapatkan Sijil Tauliah , saya rasa TG Nik Aziz tiada apa2 masa'alah untuk duduk peperiksaan untuk mendapatkan sijil tauliah kat MAIS ke atau JAIS . Saya berkeyakinan TG Nik Aziz boleh lagi menuntut untuk memenuhi syarat syarat untuk mendapat sijil Tauliah tersebut . Apa nak di malukan 'MENUNTUT ILMU ALLAH SWT DARI BUAIAN HINGGA KE LUBANG LAHAT ' .Ini pun Dr Hasan Ali dan Khalid Samad tak mampu nak buat apa lagi yang lain . Bab gaduh sahaja yang dua orang ini tahu . So orang Felda / Felcra / Risda tak dapat dengar rayuan dan doa TG Nik Aziz untuk calon pkr ZAID
Ibnu Shariff said…
YB,
PAS perlu strategize utk memenangi undi Melayu yang beragama Islam.Satu pendekatan baharu yang lebih intim, dan rapat di hati Melayu.Soalnya bagaimana ?. Perlu difikirkan bagaimana untuk mempersembahkan pada Melayu ini bahawa Islam yang di bawa oleh PAS akan dapat menyelamatkan mereka, selagi mereka hidup di bumi Malaysia dan seterusnya di akhirat ! Fikir fikirkan lah !
Anonymous said…
Punca Pakatan kalah ialah calunnya Dato Zaid. Itu saja sebabnya. Letak lah dia kat mana2, yang akan sokong dia hanya bukan melayu saja dan Melayu liberal.
Datuk kalau orang melayu dah beralih, bagaimana pula kedudukan PAS?

Analisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?
asas said…
salam YB

saya berkampung seminggu di kawasan felda,rata2 masyarakat peneroka hidup dalam tekanan,dihantui oleh tuan felda dan umno saban hari..peneroka rata2 menyimpan dalam hati dan menterjemah kekecewaan mereka pada kertas undi..dapat dilihat walaupun berlaku tekanan,ugutan dari umno,PR masih secure undi peneroka sekitar 35-40%..pencapaian yang agak baik sebenarnya,tapi perlu dipertingkatkan..

benar kata YB..kelemahan itu kadang2 punca kepada kemenangan..maka perlunya setiap pendokong pr,dari ahli sehingga pimpinan,melakukan muhasabah,jangan leka...banyak kelemahan diperingkat pelaksanaan program dan polisi emnunjukkan perlunya dilivery system dipertingkatkan...

saya melihat ujudnya di kampung2, baik di hulu selangor,atau di kawasan lain spt sabak bernam,tanjung karang,sg besar yang majoriti melayu,ujudnya jurang informasi dimana rata2 masyarakat tidak mendapat maklumat tepat akan polisi dan program2 perlaksanaan...banyak juga program2 dan polisi2 kerajaan negeri tidak sampai ke pengetahuan masyarakat seperti diharapkan..mengakibatkan masyarakat melayu yang rata2 bersikap'ignorant' terus2 'lost' dan kerap kali diperdaya dengan dakyah umno...

suka saya mencadangkan,kiranya kerajaan negeri dapat menjalankan siri promosi yang berkesan...ini amat perlu bagi memastikan setiap perancangan,polisi dan program yang diperkenalkan sampai ke setiap rumah orang2 kampung...kelemahan ketara yang dilihat ialah dari sudut promosi dan marketing...bukan produk,tapi servis yang ditawarkan oleh kerajaan..

mungkin perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat perlu dikemaskini...jumlah kakitangan yang kurang dan kebanyakkan nya terlalu berpusat didalam pejabat...saya mencadangkan kiranya kerajaan negeri boleh mengambil kira graduan2 muda kita yang ramai diluar, yang boleh membantu dalam menjayakan agenda tersebut...apa salahnya 'fully utilise' kemahiran dan pengetahuan mereka yang pada saya tak rugi membayar mereka elaun ataupun gaji kiranya dasar2 kerajaan itu berjaya di promosikan ke setiap rumah...

ini kerana,pergerakan kerja dan delivery system organisasi kita dilihat agak perlahan dan amat bertumpu ke pejabat Pusat Khidmat semata...kekurangan staff di pejabat PKM di tambah pula cara kerja yang agak tradisional yang kurang mementingkan 'objektif',dan tahap pencapaian kerja biasanya menjadi amalan..

harap YB dapat memanjangkan kepengetahuan pihak dan exco berkaitan..YB Dr Halimah barangkali..

saya hanya mencadangkan berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang yang mahu melihat Pas dan Pr tidak lagi menjadi parti alternatif,sebaliknya parti pilihan seluruh masyarakat di malaysia..
Hazil said…
Assalamualaikum YB,
Saya adalah penyokong setia PAS telah mencongak akan kekalahan PR di HS.
Pertamanya, saya merasakan calon PAS lebih sesuai dengan PRK HS berbanding dgn PKR. Mengapa PR harus terikut2 dgn cara BN meletakkan calon kpd tempat tradisi? Seharusnya strategi PR lebih dinamik dgn mengambilkira perkembangan semasa, memandangkan terlalu banyak masalah dalaman yg dihadapi oleh PKR pada masa kini? Sekiranya itu percaturannya, kemenangan PR atau parti dlm PR yg lebih penting? Ada unsur2 tamak di sini. Saya merasakan ini kelemahan yg perlu diatasi oleh PR jika ingin berjaya tanpa mendahulukan kepentingan parti sendiri walaupun keadaan tidak menyebelahi kita.

Keduanya, sebagai seorang Muslim dan Melayu, saya merasakan pihak bukan Islam dalam PR banyak mengambil kesempatan terhadap kelembutan PAS terutamanya dlm isu berkaitan Islam.Mereka juga terlalu gopoh dan tamak mengejar kesamarataan hingga menggores perasaan majoriti Melayu yg kebanyakannya lebih suka berdiam diri dan tidak memprotes.

Sebagai penyokong PAS yg telah mengundi DAP pada tahun 1999, 2004 dan 2008 yg lalu atas nama inginkan yg terbaik buat tanah air, saya juga tidak teragak-agak untuk memberi undi rosak sekiranya saya mengundi di HS, memprotes terhadap BN dan juga PR. Disebalik (faktor penarik) sogokan dan ugutan BN, saya merasakan suara rakyat terbanyak (faktor penolakan) tidak didengari.

Untuk makluman YB ramai org Islam dan Melayu merasa sedih dengan perkembangan setelah 2 tahun PRU12 terutamanya dgn kebiadaban dan aspirasi (cita2) bukan Islam terhadap halatuju negara.

Malaysia masih tidak dpt lari lari politik perkauman. Itu sebabnya PKR masih diletakkan di HS. Sebagai seorg bukan Melayu, Dr Ridhuan Tee amat memahami bangsanya. Walaupun ada beberapa perkara yg saya kurang bersetuju dgn artikel Dr. Ridhuan Tee, saya cadangkan YB mengikutinya. Ada perkara yg diperbesarkan mereka dan apa kelemahan mereka ditutup atau down played oleh mereka yg bukan Islam.

Walaupun kita perlu bersangka baik dengan orang lain, jangan pula kita terperangkap di kemudian hari. Cuba YB baca komentar mereka yg bukan Islam dalam pelbagai web di internet. Pada saya ia amat menggerunkan. Saya tetap menyokong PAS kerana pendekatan ini dapat menarik bukan Islam kepada Islam, tetapi PAS juga perlu tengok2lah mana yg bersesuaian. PAS haruslah secara hikmah bertegas. saya masih ingat tindakan TGNA dgn cadangan pesta arak oleh bukan Islam di Kelantan. Cukup mengesankan!

YB, janganlah nanti sampai sokong membawa rebah dan ayam menang kampung tergadai. Sekian
Anonymous said…
Kenapa kita kalah? dimana silapnya?. antara persoalan yang bermain dikotak pemikiran setiap aktivis PR.
Namun suatu yg tidak dapat dinafi oleh sesiapa, angka peratus kemungkinan PR menduduki putrajaya selepas PRU13 adalah besar.
Siapa menang dan siapa kalah dlm PRK Hulu Selangor (US), bukan merupakan tajuk asas untuk diperbincangkan. Namun data dan angka yang telah tercatat jelas berbeza daripada kalah dan menang dalam PRK tersebut. Dengan kata lain "Zaid kalah di US, tetapi PR tidak kalah di US".
Jumlah undi yg diperolehi PR bertambah. Ini bermakna tiada angin perubahan seperti didakwa UMNO berlaku di US atau mana-mana tempat di Malaysia.
Kekalahan PR di US mungkin disebabkan faktor-faktor sampingan diluar kuasa PR. Calon bukan anak tempatan, politik wang dan peranan SPR sebagi agen UMNO biasanya menjadi lemah dalam pilihanraya umum. Bahkan sungguh mengajaibkan, dimana pengundi PR tidak sedikit pun terpengaruh dgn katak-katak PKR yang keluar parti.
gsthevan said…
YB,
Untuk orang kaum India Malaysia tiada apa perbezaan dgn BN & PR sama sahaja. Di Hulu Selangor undi kaum adalah penentu. YB kaji dgn betul. PR syok dgn Melayu & Cina. Kalau ini berterusan PR tidak bolih lama diSelangor dan DiMalaysia. Di Selangor kaum India adalah 20% mereka adalah penentu. Jangan salah strategi.
Annantharajan said…
YB,saya setuju 100% pendapat YB yang terperinci itu. Ini jelas menunjukkan PR tidak boleh leka dengan pencapaian yang sedia ada. Perlu banyak promosi kepada PR. Pada awal, saya juga kecewa dengan kekalahan ini, tetapi ia memberi semangat baru dengan harapan baru untuk PRU 13 akan datang. HIDUP PR.
tinta said…
Mahasiswa Johor di Mesir berdepan dengan fitnah!!

Salam buat semua pembaca

Kehadiran DYMM Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor Darul Takzim, dan YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah beserta delegasi bagi
merasmikan Asrama Pelajar Johor Rabaah merupakan saat-saat yang ditunggu oleh anak-anak JOhor dibumi Mesir.

Persatuan mahasiswa yang dianggotai anak-anak Johor bertungkus lumus untuk memastikan supaya program ini dapat berjalan dengan sebaiknya dan
memberi gambaran yang baik kepada pihak kerajaan khususnya terhadap majlis ini.

Namun timbul satu isu yang amat menyakitkan hati.Sehari sebelum perasmian Asrama tersebut Nadi UMNO Mesir telah mengadakan
ramah mesra dengan YAB Menteri Besar JOhor yang turut disertai beberapa pengawai dari JPMK.Dalam pertemuan tersebut turut
dinyatakan bahawa 90% anak-anak Johor di Mesir terlibat dengan pembangkang!!

Pihak yang mengeluarkan kenyataan ini harus bertanggungjawab atas laporan ini yang entah dari mana sumbernya.Laporan ini
juga menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga kebajikan anak-anak JOhor di Mesir ditekan dan diminta memberikan
laporan tentang mereka yang pro pembangkang.Ada yang mengatakan juga zakat johor akan diturunkan disebabkan laporan ini.
Apa untungnya laporan ini!!.Hanya menyusahkan anak-anak johor di Mesir serta mereka yang sepatutnya dihantar untuk menjaga
kebajikan anak-anak johor dipaksa memberikan laporan politik pula.

Dalam pertemuan tersebut juga,kelihatan beberapa anak johor dalam pertemuan tersebut.Apa kapasiti mereka dalam
perjumpaan tersebut?Adakah mereka hanya mendiamkan diri dalam isu ini?

Diseru kepada anak-anak Johor di Mesir melakukan solat hajat agar mereka yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah
ini mendapat pembalasan daripada Allah taala.Anak-anak johor di bumi Mesir seharusnya bangkit menidakkan laporan yang
diberikan hanya akan menyusahkan anak-anak Johor yang berada di Mesir serta menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga
kebajikan akan tersasar dari tugas yang sepatutnya.Adakah anda semua sanggup melihat perkara ini dibiarkan begitu sahaja?
mra said…
kepada mereka mereka yang seawal niat pun sudah jelas bahawa komen yang akan dilakukan berdasar niat dan dendam yang busuk terhadap yb samad serta pas+pakatan,eloklah posting-catatan disimpan saja dalam tanpa post atau dipost pada laman 120%umno.
hati yang busuk ini tak susah dikenal pasti.dan hati hati yang busok berselerak pada mereka yang berada dalam kumpulan haprak dan amat sukar dibersih lagi diantaranya sudah tidak dapat membedakan lagi antara dituduh peminum arak yang perlu disisihkan dengan sah rela menerima seorang bukan beragama Islam sebagai pemimpin(dibaca untuk pengundi Islam sahaja kerana ulasan haprak itu datang drp seorang yang mengaku Islam tapi munafik,).
lah said…
Salam YB,
Saya rasa arwah YB dulu bekas org kuat orang umno jadi banyak undi simpati dan kesian dr umno dan atas pagar kpdnya.
Tapi Zaid calon luar, banyak cerita silam, dan PKR pun banyak masaalah dalaman parti.
Saya rasa Calon Pas memang sesuai kerana Islam adalah deenulhayah..
lah said…
Salam YB ,
Apa cerita dan berita kes budak kena tembak di SA tuu..
Anonymous said…
Salam Sdra Khalid,

Komen kepada pandangan Faqir Birran.

Kami berpandangan tidak mengapa cara "budak-budak" tu membuat komen style mereka. Sebenarnya yang penting adalah MESEJnya bukan CARAnya "budak-budak" tu buat komen dan bagi pandangan. Kalau cara mereka cakap tu "sengau, garau dan selekeh" nak buat macam mana; makin tua mereka nanti akan lebih "kemaslah" mereka...insyaAllah. Kita yang tua-tua inilah..lebih-lebih lagi yang memimpin, yang patut pandai mengambil MESEJ dan berupaya membuahkan idea dan hasil dari komen dan kritik yang diberikan oleh mereka. Uruslah mereka dengan suasana zaman mereka. Kalau nak nasihat pun nasihatlah mereka tapi jangan dibantutkan "semangat dan perkembangan intelek dan idea mereka". Wallahualam.
FIQAR BIRRAN said…
Salam,

Untuk Anon 3:07pm,

Saya tidak ulas dan 'cerca' dari segi gaya bahsa 'kanak-kanak' mereka. Itu saya tolak tepi dari awal-awal lagi...Gaya bahsa masing-masing punya pasal...Jangankan budak-budak, negeri lain-lain pun berbeza.

Saya mempertikai dari segi 'content' dan maksud yang ingin disampaikan..Menimbul persepsi salah sesama muslim, apatah lagi mereka itu pemimpin kita, saya rasa ia bukan ajaran Islam.

Saya tak perlu berikan dalil naqli dalam hal ni, tapi itulah hakikat sebenar dunia anak-anak muda yang kurangnya dalam menjaga adab dalam menegur...

Asas utama dalam menegur, bukan macamana nak tegur atau cara menegur, tetapi "apakah perkara yang ditegur itu ia benar-benar berlaku atau atas dasar buruk sangka (prejudis) semata-mata???"

Kita tidak mahu elemen ke'syaitan'an berada didalam diri kita...Kerana ia boleh menyesatkan dan membawa kita ke neraka...

Ikhlas,

FIQAR BIRAN
Petaling Jaya.
Anonymous said…
'that not such thing bad soldiers but that always bad jeneral.....
......sapa jeneralnya tan sri khalid ibrahim... patut lah kalah.... lurus bendol mana boleh dlm peperangan.... mestilah lah dlm islam di panggil helah..... . anyway kena mgaku kaLAH WPUN SATU UNDI.... dan letak jawatan... sebagai jeneral .....ajeeeee
Anonymous said…
kalah mgaku ajeee. perana Tan sri khalid sebagai jeneral utama yg tidak berpergalaman antara punca kekalahan..... strategi perang dan koporat berlainan...fikirlah...wauaalahwwalam
muhammad said…
Kepada anon "Political Observer."

April 27, 2010 11:21 AM

Saya tidak pasti samada beliau BN symphatizer atau pun bukan, tapi maklumatnya betul.

Maklumat dari sumber yg boleh saya percayai menyatakan 9000 nama anggota RELA ditempatkan di HS. Ditambah pula dengan pemberian IC segera yang membolehkan pengundi mengundi di lebih dari satu tempat.

Cuba teka, mereka diberi "kemudahan" ini untuk kepentingan parti mana?

Govt servants yg terlibat dengan pilihanraya pula (baca: berkempen untuk BN) dilarang sama sekali berinteraksi dengan pimpinan PR. Kalau tidak...kena tukar.

Jadi, dengan MSM yang berat sebelah seperti biasa, penyelewengan SPR, penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan untuk berkempen, wang yg amat amat amat banyak ditaburkan, sepatutnya BN menang dengan majoriti LEBIH BESAR.

PR sebenarnya menang dalam kalah. This is not reason to be complacent but if the election numbers are anything to go by, BN support has reasonably declined, despite what its leaders may claim.
mr purnama said…
saya impikan semoga satu hari nanti tiada tempat yang dikenali sebagai tempat PAS@DAP@PKR. lihatla Dr Mariah bole mng di Kota Raja, TS Khalid mng di Bandar Tun razak. bangsa malaysia yang berjaya tidak bercakap soal keagamaan dan perkauman. kita da patut menghormati satu sama lain. sebab apa org cina mahupun india membenci melayu. sbb UMNO laknatullah. mereka bermain sentimen perkauman kerana dgn itula hnya mereka bole mng

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-