Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Keadilan Untuk Aminulrasyid

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan. Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari U...

Kekalahan Hulu Selangor

Keputusan pilihan Raya kecil Hulu Selangor sudah diketahui umum. Ramai para penyokong dan para pengundi yang merasa duka cita dengan kekalahan yang dialami serta tertanya-tanya apakah yang telah menyebabkan kekalahan kali ini. Apakah yang telah tersilap dan siapakah yang melakukan kesilapan tersebut? Sememangnya kelemahan dan kekurangan sudah pasti wujud. Pada pendapat saya, ianya wujud dan akan terus wujud pada setiap ketika dan tempat. Cuma bezanya, bagaimanakah kita mengimbangi kekuatan dan kelemahan ini. Maka, adakalanya kelemahan itu menyebabkan kekalahan, kerana di sebabkan kekuatan yang ada tidak mampu mengatasi kelemahan berkenaan. Dalam pada itu, adakalanya kelemahan yang sama, pada tempat dan suasana yang lain, dapat pula disulami oleh kekuatan yang ada pada ketika itu, sehingga kekalahan dapat dielak dan kemenangan dikecapi. Dalam erti kata yang lain, janganlah pula tercari-cari sebab dan alasan yang tertentu yang tidak wujud dan mula menyalahkan di antara satu sama lain. ...

PrK Hulu Selangor

Pilihan raya kecil (PrK) ini akan menuntut tumpuan kita semua buat seketika. PrK ini amat penting bagi PR dan juga BN. Ianya sebagai kayu pengukur sokongan rakyat terhadap PR dan pada masa yang sama, peluang BN untuk kembali berkuasa pada PRU ke 13 yang akan datang. Oleh yang demikian, tidak hairan sekiranya kedua-dua pihak kelihatan mengerahkan kekuatan maksima mereka untuk mencapai kemenangan. Termasuk sebagai sebahagian kekuatan yang ada pada BN adalah kemampuan mereka untuk memunculkan katak-katak pada musim PrK, iaitu musim 'Katak Melompat'. Pada masa yang sama, segala kekuatan media yang ada pada mereka dikerahkan untuk memburuk-burukkan PR, khususnnya Dato' Zaid Ibrahim sebagai calon PR dalam PrK Hulu Selangor ini. Keghairahan BN untuk memburukkan Dato' Zaid Ibrahim begitu ketara sehingga mereka lupa bahawa segala 'keburukan' yang ditonjolkan berlaku pada zaman beliau di dalam UMNO! Namun pada ketika itu, keburukan yang disebut-sebutkan tidak menghalang...

Video Parlimen: Soal Jawab Menteri Pelajaran (APCO)

Sesi Soal Jawab - MP PAS Shah Alam, YB Tuan Khalid bin Abdul Samad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kementerian memenuhi keperluan sekolah di setiap kawasan khususnya di kawasan perumahan baru seperti di Seksyen U10 Shah Alam. Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan keperluan di sesuatu kawasan pada 14 April 2010. “Memandangkan kerajaan pusat sanggup membelanjakan 28 juta membayar APCO pada bajet tambahan 2009 dan 42 juta lagi dalam bajet tambahan untuk APCO pada tahun 2010. Bolehkah timbalan menteri memberitahu kepada saya, berapa sekolah sebenarnya yang boleh dibina, sekiranya 70 juta ini yang dibayar kepada Israel digunakan untuk membina sekolah?” Video merupakan ihsan MPPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

Fitnah: Akhbar Selangor Kita Berdepan Saman

Oleh: Hazayani Zakaria ( HarakahDaily ) KUALA LUMPUR, 19 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan akhbar Selangor Kita kerana menyiarkan kenyataan palsu daripada Mufti Perak bertajuk ' Khalid Samad tidak beriman '. Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid memberitahu, Datuk Seri Harussani telah memberikan respon berhubung perkara itu kepadanya dengan menafikan mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan akhbar berkenaan. "Harussani sudah respon, dia kata bahawa dia tidak mengeluarkan kenyataan ini. "Dia tidak tahu dan tidak pernah dengar pun suratkhabar Selangor Kita, dia tidak pernah sebut nama saya dan komennya mengenai isu kalimah Alah semuanya secara umum," katanya. Justeru, Khalid berkata, dengan penafian itu, beliau menganggap isu di antara beliau dengan Harussani telah selesai namun menyelar akhbar berkenaan kerana menyebarkan fi...

MPs Want Shah Alam Hospital Contract Axed

By Chan Kok Leong ( The Edge Malaysia ) KUALA LUMPUR: Two opposition members of parliament (MPs) have called on the works minister to terminate the main contractor for a hospital in Shah Alam's Section 7 to solve the delay in the completion of the project. Speaking from their office in parliament on Tuesday, April 20, Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) and Khalid Samad (Shah Alam-PAS) said the project had already been delayed twice and any further impediments will only raise the cost of the Shah Alam Hospital. The 300-bed hospital, which had been scheduled for completion in Aug 14, 2010, has been rescheduled for November 2010 and now June 2011. "The hospital project was first awarded via direct negotiations with Sunshine Fleet Sdn Bhd in 2007 for RM482 million although the project was first mooted to be tendered openly for a budget of RM300 million," said Pua. "But the project has been embroiled in controversy as its main subcontractor Isyoda (M) Sdn Bhd h...

Video: Pakatan Target of Guerrilla Tabloid

An underground anti-Pakatan Rakyat publication has been sneaked into Parliament and left at the MPs' lounge. Khalid Samad (PAS-Shah Alam) found copies of the tabloid's second edition there today which had been made available for free. The newspaper which started distribution in February very closely mimics the layout of the Selangor state's official publication SelangorKini. However, anti-Pakatan Selangor Kita does not carry the printing and publication license numbers, a mandatory requirement for all newspapers. Video courtesy of Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad-

Tidak Beriman: Khalid Minta Harussani Nafi, Tarik Balik

Oleh: Hazayani Zakaria ( HarakahDaily ) KUALA LUMPUR, 15 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’. Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Harussani untuk membuat penjelasan berhubung kenyataan itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya. "Sekiranya kenyataan ini bukan dari dia dan tidak tepat, maka saya minta dia untuk menafikan. Sekiranya dia tidak nafi, saya minta dia tarik balik. “Kalau dia tidak tarik balik, maka dalam tempoh tujuh hari saya akan mulakan tindakan undang-undang terhadap dia kerana ini merupakan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan tidak layaklah seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan yang seperti ini dengan sewenang-wenangnya," katanya. Khalid ...

Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 3

5. Artikel saya ( Bukti kejujuran terhadap PR ) sememangnya mempunyai serampang banyak mata. Yang penting ialah mempelajari dari pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan. Di antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu ketepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap. Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengenepikan kepentingan parti demi PR. Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’. ‘Kepentingan’ dan ‘dasar’ ini tidak sama. Ini yang ramai tidak faham yang mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS. Sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam, bukan kepentingannya seperti mahu MB mesti dari PAS, walaupun hanya 8 kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya. P...

Jadual Aktiviti Harian

Bagi memudahkan urusan temujanji dan sebagainya, insyaAllah mulai dari bulan ini kami akan mengemaskini jadual aktiviti harian YB Khalid Samad dengan menggunakan aplikasi Google Calendar yang akan dikongsi bersama tuan-tuan semua di pautan yang terdapat di bahagian atas blog ini. Selepas berceramah di Tumpat pada malam semalam, hari ini YB Khalid akan berada di Kota Baru dan akan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Baru sebelum mengadakan ceramah pada malam ini. Tuan-tuan yang berkesempatan di jemput untuk hadir bersama bagi memeriahkan lagi acara pada malam ini. Kita jumpa di sana! -Pejabat YB Khalid Samad-

Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 2

3. Persoalan Kesatuan Melayu Seorang Anonymous menyebut saya tidak mahu Melayu/Islam bersatu. Itu tidak benar. Saya memang mahu melihat orang Islam bersatu tetapi atas dasar perjuangan Islam, bukan atas dasar perjuangan Kebangsaan Melayu. Kalau ada pemimpin gerakkan Islam seperti PAS yang ingin penyatuan tercapai atas dasar selain dari Islam, maka orang itu tidak sepatutnya berada di dalam PAS. Sebenarnya usaha menyatukan ummat atas dasar Islam telah lama diusahakan PAS. Pada masa yang sama UMNO berusaha menyatukan orang Melayu atas dasar Melayu. Yang setuju bahawa dasar penyatuan adalah Islam, akan masuk PAS. Yang setuju dasar penyatuan adalah Melayu pula masuk UMNO. Dasar penyatuan ini tidak sama. Maka, kalau Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam, sepatutnya dari dulu lagi tidak perlu adanya PAS. Semua masuk UMNO sahaja! Tetapi oleh kerana Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu, maka ulama telah mengasaskan PAS. Kalau bersatu atas Kebangsaan Melayu, ini tidak akan sama ...

Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 1

1. Perbahasan Titah di Raja Dewan menjadi riuh semasa saya membahas Titah di Raja. Khususnya apabila saya menyentuh YB Kulim BB. Ada seorang Ustadz beritahu saya, begitulah keadaannya bila kita nak halau Jin dan Syaitan dari rumah yang berhantu. Naik riuh apabila ayat yang dibaca itu mengena! Saya dengar je lah. Saya tak tahu nak komen kerana tidak pernah menghalau hantu dari rumah berhantu. Bahagian yang tidak didengari mengandungi ungkapan-ungkapan pedas terhadap ‘Katak2 Bebas’. Di antaranya syair yang berbunyi: Bagaikan lendiran yang diselaputi debu. Ayam tak patuk, itik tak sudu. Datangmu tak diundang, Pergimu tak ditangisi. Kalau UMNO ambil korang, Kami senang hati! Saya telah merayu bagi pihak mereka supaya UMNO terima mereka kerana kalau tidak, sudah pasti mereka akan dilihat sebagai ‘tidak bernilai’. Pada masa yang sama saya tahu UMNO tidak akan terima mereka walaupun memuji mereka. Ini pun sebagai perkara yang perlu difikirkan rakyat. Ada yang bertanya mengapa ...

Wala’ dan Thiqah – Pengajaran Dari Rasulullah (SAW)

Kebelakangan ini ada yang menimbulkan persoalan Wala’ dan Thiqah sambil memberikan penekanan terhadap pengamalannya. Ia bagaikan menjadi bagaikan satu ‘trend’ sehingga yang tidak tahu hujang pangkal turut ingin membicarakan persoalan ini. Tumpuan yang diberikan kepada persoalan ini memberikan gambaran seolah-olah PAS sedang dilanda musibah berhubung dengan dua ‘doktrin’ (sepertimana istilah yang digunakan) ini dan ianya perlu ditangani sebelum bencana melanda PAS. Saya melihat keadaan yang wujud adalah hasil dari ketidak-fahaman ahli PAS sendiri terhadap penggunaan istilah ini. Apabila ianya tidak difahami maka ianya telah menimbulkan keluh-kesah kerana mereka ingin melihat dan mencapai sesuatu yang pada dasarnya tidak dituntut dengan cara yang sepertimana digambarkan. Bagi sebahagian ahli pula, khususnya yang masih ‘baru’, istilah wala’ dan thiqah ini membawa erti kepatuhan yang tidak berbelah bagi sehingga pemimpin serta apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh ...

'Umno-Apco', Mahfuz Tidak ke Jawatankuasa Hak

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) hari ini menarik balik usul untuk membawa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Ismail berbuat demikian dengan mengemukakan satu lagi usul di Dewan Rakyat hari ini bagi menarik balik usul terdahulu yang dikemukakannya semalam. Selanjutnya dari Malaysiakini Di sini YB Khalid Samad juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Speaker Pandikar Amin yang telah berjaya meleraikan segala kekusutan dengan meminta YB Kuala Krau menarik balik usul songsang tersebut. Saksikan video Palimen APCO UMNO Bahagian I dan Bahagian II dari MPPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

UMNO APCO, APCO UMNO!

Laungan “APCO UMNO, UMNO APCO!” jelas telah menggusarkan Ahli Parlimen BN dalam Dewan Rakyat semalam, 7 April 2010. Laungan ini diulangi berkali-kali oleh Ahli Parlimen PR apabila berlaku belah-bagi semasa meluluskan usul bajet tambahan untuk tahun 2009. Dalam proses belah-bagi tersebut, kerajaan BN menang dan dengan itu usul berkenaan diluluskan. Bajet tambahan berkenaan turut mengandungi sejumlah RM 28 juta sebagai bayaran kepada APCO Worldwide. Tidak berpuashati dengan kemenangan berkenaan, Ahli Parlimen BN dari Kuala Krau terus bangun untuk mencadangkan usul berdasarkan peraturan mesyuarat 36.12 untuk merujuk Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, merangkap Naib Presiden PAS ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa ingin mengelirukan Dewan. Usul tersebut disokong oleh salah seorang Ahli Parlimen BN dan Dato’ Timbalan Speaker dengan segera meminta undi dengan suara dilakukan. Seperti biasa, dengan jumlah Ahli Parlimen yang jauh melebihi jumlah Ahli Parlimn PR, BN...

Persidangan Anak Muda Kebangsaan

Persidangan Anak Muda Kebangsaan telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan menerusi Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu penting kepada belia, masyarakat dan negara. Persidangan ini telah menghimpunkan ratusan anak muda bagi membahaskan ide daripada tenaga pakar dan pimpinan serta merupakan satu platform anak muda bertemu untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman. YB Khalid Samad telah diberikan kesempatan untuk membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk: Kepelbagaian Kaum Legasi Malaysia Di sini YB Khalid Samad ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan syabas di atas inisiatif yang telah ditunjukkan daripada anak-anak muda negeri Selangor yang pada satu hari kelak akan menjadi tonggak negara ini. -Pejabat YB Khalid Samad-

MP Watch

Do you think Malaysia should be a secular or an Islamic state? Why? Terminologies can be a bit difficult. If we can move away from semantics and look at what is actually meant, it would be easier to understand. From my point of view, being a PAS member, obviously I agree with the objectives of the party, which states clearly in its constitution that it struggles to ensure the formation of a society within which Islamic principles and values are upheld. To say "secular state", meaning completely free of religion, would not really [be in line] with the realities of any society. In every society, the questions of morality, ethics, and right and wrong are integral. While trying to keep away from labels which may misrepresent the issue as a whole, I would say I believe in a society within which Islamic values and principles of justice are established. If that's what Islamic state means, so be it. But I think the term conjures up a lot of misunderstanding and fears. I...

Perobohan Kampung Denai Pinggiran, Pulai, Johor

Pada hari Khamis 25 Mac, operasi perobohan rumah-rumah peneroka bandar di Kampung Denai Pinggiran telah pun dimulakan. Sambil operasi ini dijalankan, Menteri Wilayah di Parlimen menyebut semasa sesi jawapan soalan lisan, bahawa kerajaan BN “tidak pernah tolak seorang pun menjadi ‘homeless’, ini bermakna apabila kita (BN) menggalakkan ataupun mengalu-alukan pembangunan, kita pastikan mereka yang dipindah ada tempat untuk dipindahkan”. Gambar-gambar yang saya sertakan membuktikan pembohongan yang dilakukan oleh golongan yang telah diberikan amanahkan oleh rakyat negeri ini. Rumah penduduk kampong ini dirobohkan setelah barangan rumah dilonggokkan diluar. Barang-barang ini dikatakan akan dipindahkan secara segera tetapi dibiarkan di luar sehingga datangnya hujan dan semua perkakas dan barang rumah termasuk pakaian dan buku-buku habis basah. Selepas itu kembali anak-anak dari sekolah untuk melihat rumah mereka dalam keadaan tunggang langgang. Bolehkah kita bayangkan perasaan dan trauma ...

PM 1Malaysia Tidak Wajar Sokong Perkasa

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sokongan yang ditunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang disuarakan. Beliau menjelaskan pemerintah yang mewar-warkan kesatuan semua kaum dan agama tidak seharusnya merestui retorik perkauman melampau yang dibawa oleh Perkasa, atau mana-mana pihak sekalipun. "Kerajaan kalau ingin menjaga hubungan yang baik dikalangan kaum mesti tidak membenarkan sikap-sikap keterlaluan yang sepertimana di bawa oleh Perkasa itu untuk terus diperjuangkan, kerana ianya merupakan satu corak hasutan kepada rakyat, terutamanya menghasut bangsa Melayu kita untuk membenci dan mencurigai kaum lain, walhal kita bicara soal 1Malaysia," tegas Khalid. Khalid Samad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam. Najib dalam temubualnya bersama agensi berita Al-Jazeera berkata Perkasa bukan pelampau ekstrem dan demikian itu kerajaan a...