Skip to main content

MP PAS Sepakat Melaksanakan Amanah Rakyat

Kenyataan Media 3 Mac 2010

Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat dan rakyat untuk bersama kami dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang setia dengan perjuangan menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


————————————————————————————————————————
Nota: MP PAS terdiri daripada Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dato’ Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dato’ Abdul Halim b Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu), Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu), Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Khalid Samad (Shah Alam), Che Uda Che Nik (Sik), Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dato’ Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang)

Ahli Dewan Negara terdiri Muhammad Yusof Husin (Kedah), Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan), Puan Mumtaz bt Md Nawi (Kelantan)

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS

Dipetik dari laman web MPPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

harunn said…
Salam

Ye , buat la keja betul2 wahai MP2 Pakatan sekalian, jangan dok berpolitik je , lain keja tak ada hentam sana , hentam sini , diri sendiri pun kadang2 pun bukan betul sangat pun, harap buat keja betul2 la

0
Anak Bugis said…
Terhadap cubaan untuk menjatuhkan maruah sedara seperti yg disiarkan dalam selangor kita terbitan haram dan dibaiyai oleh puak yg memijak kepala lembu di pekaranagn SUK tempih hari.
Mat Tempoyak said…
Saudara Khalid,
PAS patut berunding dengan PKR untuk membenarkan calun-calun PAS bertanding di kawasan-kawasan yang sekarang diwakili oleh ahli-ahli parlimen bebas yang tidak mempunyai maruah dan akauntabiliti ini. Mereka ini adalah manusia yang tidak tahu malu dan takut kepada Allah kerana mengkhianati mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi.Jika betul mereka keluar parti di atas hujjah hujjah temberang yang mereka berikan dan jika betul mereka ada "telor', mereka patut meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen untuk membolehkan rakyat di kawasan-kawasan berkenaan menentukan siapa yang patut mewakili mereka.Mereka ini telah hilang hak untuk digelar wakil rakyat kerana rakyat telah memilih mereka dahulu kerana mereka mewakili PKR bukan atas peribadi sendiri mereka.
broooo... said…
Tahniah pada YB yang masih setia kepada "PEJUANGAN RAKYAT" dan tidak mengikut jejak mereka yang memperjuangkan PERUT sendiri!

walaubagaimana pun perkara ini haruslah diambil perhatian seriuos bukan saja dari pimpinan tertinggi PKR saja malah seluruh kepimpinan PAKATAN RAKYAT perlu berusaha keras menghentikan kerja terkutuk UMNO?bn untuk menjahanamkan PAKATAN RAKYAT.

Ramai telah maklum megenai hasrat UMno/bn untuk mendapatkan semula mejoriti 2/3 Parlimen untuk membolehkan mereka meminda akta & melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai stratigi akhir bagi terus kekal berkuasa pada PRU13 yang akan datang.

Diharap kepada yang berhormat YB2 yang masih kekal berperinsip akan terus berpegang teguh pada asas perjuangan & tidak hanyut oleh limpahan RM yang sedang ditaburkan oleh uMno pengkhianat bangsa. Sedarlah bahawa duit itu adalah duit yang dicuri daripada rakyat!

"JANGAN KHIANATI AMANAH YANG TELAH RAKYAT BERIKAN!"

Kepada DSAI tolong buat sesuatu, jangan dibiarkan DSAI terus ditikam dari belakang.
Dan jangan dibiarkan rakyat terus dibelenggu kebimbangan, keresahan & akhirnya melunturkan sisa semnagat perjuangan yang masih tersisa! Jangan dibenarkan rakyat terus termakan propaganda2 yang ditaburkan oleh Umno?bn, yang kebelakangan ini semakin hebat digerakkan.

PAKATAN RAKYAT.... please... please.... please.... do something!
Anonymous said…
saudara khalid
teruskan berjuang andalah antara pemimpin yang negara perlukan pada masa akan datang
sejadahburuk said…
Saudara Khalid,
PAS patut berunding dengan PKR untuk membenarkan calun-calun PAS bertanding di kawasan-kawasan yang sekarang diwakili oleh ahli-ahli parlimen bebas yang tidak mempunyai maruah dan akauntabiliti ini. Mereka ini adalah manusia yang tidak tahu malu dan takut kepada Allah kerana mengkhianati mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi.Jika betul mereka keluar parti di atas hujjah hujjah temberang yang mereka berikan dan jika betul mereka ada "telor', mereka patut meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen untuk membolehkan rakyat di kawasan-kawasan berkenaan menentukan siapa yang patut mewakili mereka.Mereka ini telah hilang hak untuk digelar wakil rakyat kerana rakyat telah memilih mereka dahulu kerana mereka mewakili PKR bukan atas peribadi sendiri mereka.

AKU SOKONG 200%.RAMPAS KEMBALI KAWASAN TERSEBUT KERANA PENGUNDI SUDAH TIDAK YAKIN DENGAN CALON PKR
Anonymous said…
Hai kenapa sekarang baru sedar,jikalau ada orang bagi komen bila tak dapat jawap.mula-lah buat tuduhan orang itu cyber trooper BN.
Kenapa dah rasa hilang sokongan ke.
Anonymous said…
Salam YB,

Kenapa PKR tak masuk aje PAS YB... kan dalam PKR tu ramai Muslim.. sudah tentu PAS akan jadi lebih kuat.. UMNO gerenti terkincit punya..

- parti jahat -
Anonymous said…
elok le YB, buat kerja tu biar ikhlas walaupun sedikit tapi berulang.. buat kerje bukan nak popular dan bukan nak nunjuk.. buat kerja kena ikut prinsip dan bukan ikut orang ..

nasihat sikit pada rakan rakan tu.. kurang politik, kurang kontroversi dan sebagainya..kepada YB ...pandai-pandailah bagi senyuman, ni asyik serius aje.. kan senyuman tu kan sedekah..

Bekas penyokong setia YB

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan