Skip to main content

Konsep Kebebasan Kehakiman


Telah berkata Syuraih (Hakim Zaman Saidina Ali di Kufah):

Apabila bergerak tentera Saidina Ali ke peperangan dengan Muawiyah di Siffin, terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.

Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.

Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.

Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada hakim Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

Berkata Saidina Ali: “Ya. Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.

Syuraih: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”

Saidina Ali: “Ada. ‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu memang milik ku”.

Syuraih: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.

Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah ketua kepada para pemuda di syurga”.

Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersbut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya ambil baju besi tersebut”.

Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.

(Dipetik dari m/s 226, sirah Amirul Mukminin Ali, Dr. Ali Mohd As-Solabi)

Acapkali apabila isu kebebasan institusi kehakiman negara diketengahkan, akan terdapatlah di kalangan ahli UMNO/BN menjawab bahawa konsep (kebebasan) ini merupakan konsep Barat. Malah, mereka juga telah turut berkata, “Kita mempunyai konsep kita sendiri dan tidak perlu kita mencontohi Barat!” Maka, mungkin inilah di antara sebab, mengapa orang Melayu Islam di negara ini tidak merasakan persoalan kebebasan institusi kehakiman sebagai satu isu yang perlu mereka pertahankan. Ianya datang dari Barat dan tiada kena mengena dengan Islam. Begitulah tanggapan mereka.

Namun, dari kisah di atas, amat jelas bahawa mengikut sistem pemerintahan Islam, hakim bebas dari pengaruh eksekutif. Dalam kisah yang dikemukakan, Saidina Ali yang merupakan Khalifah pada masa itu, berdepan dengan Syuraih, hakim Kufa dan terpaksa mengemukakan bukti untuk memenangkan tuntutan beliau. Walaupun Saidina Ali merupakan seorang Khalifah, namun hakim Syuraih terus mengikut peraturan dan perundangan, tidak menuruti sahaja tuntutan Saidina Ali.

Kalau difikirkan secara rasional, sudah pasti dikatakan bahawa tidak mungkin Saidina Ali akan bercakap bohong atau Hasan dan Hussein memberi persaksian yang palsu. Namun undang-undang bukan mengikut individu yang dihakimi, yang mana jika orang tersebut dikenali, maka tiada bukti yang diperlukan, tetapi sekiranya tidak dikenali, maka bukti adalah perlu! Tidak juga berdasarkan pangkat di mana kalau Khalifah, maka mesti wala’, thiqah dan taat padanya walau sebesar manapun isunya dan berikan sahaja keputusan yang dikehendakinya. Keadilan di sisi perundangan adalah berdasarkan prinsip perundangan yang sama adil dantidak mengambil kira siapa yang dibicara. Bukti bagi yang mendakwa dan sumpah bagi yang dituduh.

Kebebasan institusi kehakiman seperti yang ditunjukkan dalam kisah di atas menjadi bukti keadilan sistem Islam. Ianya merupakan sesuatu yang amat janggal pada zaman itu sehingga menyebabkan orang Yahudi berkenaan memeluk Islam. Keadilan sememangnya akan hanya mampu ditegakkan oleh institusi kehakiman yang bebas, yang tidak dipengaruhi oleh pihak eksekutif atau kerajaan yang memerintah.

Malangnya ummat Islam telah kehilangan kesedaran yang seperti ini. Mereka melihat soal kebebasan institusi kehakiman sebagai sesuatu yang tiada kena mengena dengan Islam. Oleh itu kerajaan-kerajaan negara ummat Islam dewasa ini tidak lagi menjadi contoh ataupun sebutan apabila membincangkan persoalan kebebasan institusi kehakiman. Malaysia sendiri adalah satu contoh yang jelas bagaimana institusi kehakiman telah dirosakkan oleh pemerintah yang tidak menghormati prinsip keadilan.
Pengendalian kes pembunuhan Altantuya merupakan kes yang menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa. Awal-awal lagi diumumkan hanya pegawai polis yang dihadapkan kemuka pengadilan sahaja yang terlibat - tiada yang lain. Akhirnya pegawai polis yang tidak mengenali Altantuya dan tiada sebab untuk membunuhnya telah didapati bersalah walaupun satu dunia tahu bahawa mereka ini tidak akan bertindak tanpa menerima arahan pihak atasan. Sejauh mana atas, tiada usaha untuk mengambil tahu.

Begitu jugalah dengan kes berhubung DSAI. Semua tahu bagaimana pertuduhan ini langsung tidak masuk akal. Tidak mungkin seorang seperti DSAI, dengan umurnya yang meningkat dan keadaan kesihatan beliau yang terjejas, mampu memaksa dirinya ke atas pemuda yang bernama Saiful. Walaubagaimanapun, yang jauh lebih penting, telah pun jelas dari pemeriksaan doktor bahawa tidak ada bukti Saiful diliwat! Itu dengan sendirinya pun telah cukup untuk kes ini dibuang. Namun, atas sebab kepentingan politik dan campur tangan pihak eksekutif, ianya diteruskan dan DSAI terus menjadi buruan mereka.

Ini mengakibatkan, taraf dan mutu penghakiman di Negara ini dilihat begitu rendah sehingga terpaksa dibuatnya memorandum oleh 50 orang Ahli Parlimen Australia meminta kes ini ditarik balik. Begitu juga kenyataan oleh mantan Perdana Menteri Canada dan yang terbaru ini, oleh Dr. Yusuf Qardawi sendiri yang akan mengeluarkan fatwa di dalam rakaman di Padang Sultan Sulaiman pada 7 Mac 2010. *Kemaskini

Oleh yang demikian, ummat Islam Malaysia mesti memahami bahawa institusi hakim yang bebas adalah di antara prinsip pemerintahan Islam. Ianya merupakan satu prinsip yang perlu dipertahankan demi menjamin keadilan terlaksana. Melaksanakan keadilan adalah wajib dan ianya tidak mungkin terlaksana tanpa institusi kehakiman yang bebas. Oleh itu institusi kehakiman yang bebas merupakan satu kewajipan berdasarkan kaedah fiqh 'Sesuatu yang tidak terlaksana kewajipan kecuali dengannya, maka ianya adalah wajib'.

Pada masa yang sama, institusi kehakiman yang diperalatkan untuk kepentingan pihak pemerintah adalah merupakan satu kezaliman dan sebagai ummat Islam, kita juga berkewajipan untuk menentang kezaliman.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Sivakumar said…
Setuju, dan terima kasih kerana menulis rencana blog ini YB Khalid.

Rakyat Malaysia, terutamanya yang Melayu, mesti mengenal dan menghargai nilai kehakiman yang adil dan bebas dari gangguan eksekutif.

Satu lagi YB Khalid, kenapa fatwa Dr. Yusuf Qardawi mengenai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim tidak diketahui umum? Padahal, Dr. Yusuf dikenali sebagai seorang ulama ulung di dunia.

Kita perlu bagi rakyat tahu pasal ini, YB Khalid!
Anonymous said…
The Evil BN/Umno regime which MCA is a part of continues to persecute Christians in Malaysia with its racist and bigoted agenda. Any right thinking Christian would feel hypocritical to attend a function organized by a BN component party when issues like the desecration of the Host by the Al Islam journalist has been swept under the carpet by the Umno compliant AG. What about the banning of the use of 'Allah' by Christians and the confiscation of the Malay Bible and Christian literature, the forced conversion of Christian children to Islam, body snatching cases, the Lina Joy case and the difficulty to obtain permits to build Churches. Why would Christians attend a function organized by a political party that accepts and supports a leader (VP Chua Soi Lek) who is an adulterer. These so-called 'Christians' from the Full Gospel Business Men Fellowship have to worship on Sundays in Hotels and shopping complexes as they can't obtain permits to build churches. Read more here http://margeemar.blogspot.com/2010/03/are-christians-really-behind-mca-and.html#links
Anonymous said…
Sincerely saya nak tanya YB, adakah YB seorang hakim atau peguam sebelum ini ? Atau YB seorang scholar dalam bidang kehakiman Islam atau Civil ? Saya cadangkan jangan sekadar cut and paste hanya sebahagian dari beberapa sumber2 tertentu dan membuat interpretation based on spekulatif semata2.sedakar belajar Islam melalui usrah mana nak cukup. Cuba telitikan apa yang YB tulis, dan hujahkan berdasarkan hujahan ijmak, otherwise your view is just another rubbish.
Anonymous said…
Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.


malaysian insider, 05032010
Unknown said…
Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah

19 Rabiulawal 1431H
Herman Shamsuddin

Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.
pencatat said…
Terima kasih yb. Sedikit pembetulan Syarieh itu baris betulnya ialah Syuraih. Di mana saya boleh dapatkan petikan fatwa kata2 Al-Qaradhawi terhadap kefasikan org yg percaya tuduhan DSAI tersebut?
Anonymous said…
Apa yang susah sangat YB? Sedangkan anak cucu Rasullullah Hassan & Hussain pun, tidak boleh boleh tampil menjadi saksi untuk ayahandanya, inikan pula Yusof Qaradhawi, hanya sekadar fatwa. Betul ke? Hanya Allah yang mengetahui. YB dan puak2 YB jangan terlalu suka sangat menghukum. Apa pening2. Anwar !! Sumpah Mubahalah adalah sangat sesuai untuk Anwar kan YB. Bukan kah hakim2 di Malaysia ni tak telus ikut pandangan YB.
Unknown said…
Assalamualaikum. Setinggi penghargaan kerana mengutarakan isu sebegini. Saya berdoa agar lebih ramai dari kalangan muslim menyedari dan mengambil berat perkara ini.

Harap YB dapat post transkrip/petikan Al-Qaradhawi tersebut agar lebih mudah kita berhujah.
borhan said…
Kami orang biasa saja, kami tidak tahu apa yng berlaku sebenarnya.. adakah mahkamah telah dipengaruhi oleh kerajaan atau tidak, itupun kami tidak tahu.. adakah Anwar benar benar tidak meliwat pun itu kami tak tahu... so, dlm keadaan skrng yng celaru.. semua kabur dan tidak dipercayai, jadi utk membuktikan kebenaran.. tolonglah suruh Anwar tu, bersumpah laknat mcm saiful buat.. supaya kami percaya.. oleh kerana Anwar tak mau bersumpah, kami jadi 'syak'...

Kalau beliau tidak bersalah dan mempunyai bukti2 kukuh kenapa mahu berdolak dalih dan menangguh2kan perbicaraan di mahkamah? bukankah lebih mudah kerana semua bukti telah ada? laporan doktor tersebut sampai sekarang takde yang sahkan melainkan dikalangan DSI dan penyokongnya..sebagai orang neutral, kami boleh menilai dan timbang tara sendiri pihak2 yang terbabit..

Saya juga menanti petikan fatwa kata2 Al-Qaradhawi terhadap kefasikan org yg percaya tuduhan DSAI tersebut? adakah ia fatwa atau orang2 sebelah pihak je yang anggap begitu..
Terima kasih kepada Pencatat, sudah pun diperbetulkan.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Anonymous said…
banyak lagi YB..bukan kehakiman saja.. Suruhanjaya Polis pun dipengerusikan Menteri..majlis2 kerajaan pun..cam MARA dipengerusikan orang politik.. heheh senang kata UMNO ni dia nak pegang semualah..termasuk kerabat raja.. wahahaha
Anonymous said…
HANCUR!!! MEREKA YG BEERPALING DR JLN ALLAH
Anonymous said…
bg sang kancil jd hakim kt malaysia. lebih adil dr manusia UMNO
Anonymous said…
Dear YB Khalid,the nation's ills in judiciary,police,civil service,governance can only be undone or cured by the malays themselves bcos we non-malays could never be allowed to talk so much about it without inviting May 13 threats and harassment from those all-powerful men with selfish agenda.YB, you and Pas have to lead the nation out of its immenient downfall,Dap or PKR would be conveniently labelled as communist Chinese invaders and pengkhianat respectively by these real traitors.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan