Skip to main content

Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penjelasan Umno?

Oleh: Yusmawati Mhd Yusof (TVSelangor)

SHAH ALAM, 12 MAC - Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno,"katanya.

Sumber: TVSelangor
Berkaitan: Persatuan Usahawan Anggerik Mall Persoal Tindakan Inno Elegan


-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Tinta Hitam said…
UMNO classic corrupt style.Bagi pd kroni yg tak punya apa apa pengalaman dengan kontrak yg diberi.Akhirnya semua bungkus
Anonymous said…
Itu hari saya baca suratkhabar seorang ketua bahagian umno yg kena rompak wah rumah besar 3 tingkat sangat cantik!Beautiful house bro.
*~Wan~* said…
Cantik.

Dah nampak dah cara UMNO menipu rakyat.

Begini rupanya..........
jemput lawat YB...

letaklah link kami jugak ..=)

http://dmpsa.blogspot.com

moga lebih ramai reformis muslimah lahir di Shah Alam
Anonymous said…
Itulah dasar DEB, Tolong umNOPUTA dan PUTRI,tapi menjahanamkan MELAYU.
Anonymous said…
salam YB, cuba siasat kenapa penyewa lot kedai di arah mengosongkan kedai yg sedang mereka duduki di bangunan MARA baru Klang bersebelahan sekolah Convent Klang.Dengar cerita bangunan tersebut MARA dah pajak pada syarikat kroni BN untuk di jadikan HOTEL!!!! Boleh kah buat macam ni???!!! Harap kami warga Klang pada YB agar dapat dedahkan kepincangan yg sedang berlaku ini. Sekian terima kasih




abu dar dar
Anonymous said…
saya adalah peniaga di anggrik mall tapi dah keluar hampir satu setengah tahun lalu & tidak pernah gagal membayar sewa kedai.

saya berjaya memperolehi loan mara sebanyak rm200k setelah hampir 2 tahun memohon.

di sebabkan kompetetif produk, saya mengambil keputusan utk keluar drp anggik mall & membuka di jaya jusco. alhamdulillah saya berjaya.

apa yg saya nak sampaikan di sini adalah kalau nak salahkan semua manusia di sini memang boleh. tapi pada saya kebanyakkan penyewa di anggrik mall rata-rata tidak membayar sewa. jadi bagaimanakah promosi hendak di buat.

satu lagi, tidak salah jika ahli puteri umno yg bermodalkan rm50000 itu nak mengambilalih bangunan tersebut asalkan ianya di tadbir dgn betul. jadi tidak timbul soal kroni di situ.

YB juga tidak adil kerana ramai juga ahli PAS, PKR & DAP berniaga seperti UMNO/BN. jadi kalau mereka yg berniaga itu adalah ahli kepada parti masing-masing maka itu adalah hak mereka.

carilah isu yg lebih rakyat drp melihat isu ini secara membabi buta. tanya kenapa tiada promosi di anggrik mall. jangan main tuduh sebarangan sahaja.

mara telah banyak menolong melayu!
ahli majlis said…
salam YB..
SELANGOR telah diperintah oleh PAKATAN RAKYAT mengapa masih ramai org2 UMNO yg berkuasa dalam pentadbiran?Pasti mereka akan membuat onar dalam kerajaan negeri.Seperti di JAIS danMajlis Tempatan pengarah2nya masih org2 kuat UMNO?Kenapa dipihak kerajjan negeri terlalu berlembut krn depa2 nielah yg byk bikin onar.
Anonymous said…
sokong segala perjuangan yang telah dilaku kan oleh YB Khalid ~teruskan~
Anonymous said…
YB, Puteri UMNO dapat kontrak Anggerik Mall pun nak kecoh ke?
tu yg PKR korek pasir kat Semesta tu apa?

Itu salah. Ini salah. Bantah kalimah Allah pada bukan Islam pun kata kita jahil agama.

kau je betul. orang lain tak sependapat dgn kau semua jahil & berkepentingan politik.

nak ajak yb zul berdebat. cakap pun takbur. apakah ini di ajar dlm pas?

sedar sikit. jawatan kau tu tinggal berapa bulan je lagi. boleh kira dgn jari tu.
Anonymous said…
Saya rasa Anggerik Mall lesu bukan kerana tiada promosi. Rata-rata warga Shah Alam seperti saya lebih gemar ke Kompleks PKNS drp Anggerik Mall.

Setahu saya ramai yang tidak bayar sewa di anggerik mall dan bagaimana yb nak salahkan pihak pengurusan anggerik mall. jangankan puteri umno, muslimat pas pun tersungkur kalau semua tak bayar sewa.

kita kalau bercakap dengar sebelah pihak, maka orang akan percaya. tetapi kalau dalam tulisan yb ni, yb ceritakan juga apa permasalahannya, baru rakyat boleh menilai apa yg betul dan apa yg tidak betul.

saya percaya, sebagai ahli parlimen shah alam, yb tentu tahu apa yg berlaku di anggerik mall tetapi di padamkan sebabnya demi kepentingan politik yb.

perkara ini telah di ketahui umum bila noh omar ada berbincang dan berjanji utk menyelsaikannya.

masalahnya adalah semua penyewa terbabit tidak mahu membayar sewa itu saja yb.

yb sepatutnya memberikan solution, bukan pandai kritik & bangkang aje.

kalau di anggerik mall itu ada mcm apa di kompleks pkns & shah alam mall maka, saya percaya ramai yg akan datang berpusu-pusu.

kuman di laut nampak. gajah depan mata tak nampak yb.

berani berubah yb!
Anonymous said…
lawan tetap lawan yb....
Anonymous said…
Apa itu UMNO ?? = Sekumpulan orang2Melayu yg bodoh lagi dungu..Melawan hukum Allah. Tergila2kan kuasa malah merompak harta kekayaan rakyat sambil mengaku membela rakyat dan Melayu.

Aku sokong PAS & Tok Guru Niz Aziz.

UMNO = SESAT LAGI MENYESATKAN !!
Anonymous said…
SALAM YB.
CUBA CHECK PULAK PUSAT PERDAGANGAN UMNO (SEK 11) TU, KENAPA EPF, ASN, AGRO BANK, DLL SEMUA KT SITU ...PADAHAL PARKING CUKUP SUSAH...CTH: EPF ADA BANGUNAN SENDIRI KT PJ KENAPA MENYEWA PULAK ....
Anonymous said…
anon: MARA memang banyak tolong melayu tapi dengan syarat melayu UMNO kan?. usahkan loan mara, nak beli rumah murah pun ada kuota umno.. apa yang adil?, lainlah ada kuota untuk melayu pas, melayu pkr dan melayu bebas yang cenderung menyokong bn. berani saya bilang yang sedara ni mesti terus sain borang keahlian umno untuk dapat loan mara kan?.
Tinta Hitam said…
Kalau betul peniaga tak bayar sewa siap punya salah?Penyewa mmg salah tetapi bagaimana dengan pihak pengurusan Anggerik Mall yang telah dikontrakkan kepada Ketua Puteri UMNO berkenaan.Maknanya disini syarikat beliau gagal menjalankan kerjanya.

Di KOMTAR PUlau PInang pun ada isu yg sama.Penyewa enggan bayar sewa.Tetapi selepas PR mengambilalih pulau Pinang.Semua penyewa yang enggan membayar sewa telah disita kedainya.Hanya tinggal penyewa yg betul betul nak menjalankan perniagaan shj.KOMTAR telah direfurbish supaya nampak lebih menarik pada pelanggan.Pelanggan telah mula kembali kepada KOMTAR

Isu ini kena jelas.Kontrak yang diberi adalh pd kroni yg tidak kompeten menjalankan kerja.Hanya nak dpt kontrak free aje spt kebanyakan perangai pemimpin pemimpin UMNO.Kerja pulak tak mau buat betul betul.

Ini isu yg ingin dibangkitkan oleh YB Khalid
Anonymous said…
DULU ADA MAT FLIP FLOP (PAK LAH), SEKARANG ADA MAT U-TURN (NAJIB)..

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Penutupan sementara hentian bas Puduraya untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang dijadulkan bermula Jumaat ini ditangguhkan, menurut UDA Holdings Berhad.

Katanya penangguhan penutupan stesen bas ekspres utama itu adalah bersifat sementara sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

SUMBER: MALAYSIAN INSIDER 16032010
AvanzaG said…
Anon 3:27
kompleks PKNS mmg dari dulu mmg ramai org kunjung...tiada apa yg best pon kat sana...tapi org tetap datang..sebab mungkin harga yg di tawarkan lebih murah...tiada usaha promosi kedengaran...
zabri mokhtar said…
Askum Yb dan semua,
MARA banyak menyediakan bangunan2 untuk peniaga2 bumiputra menjalankan perniagaan. Boleh dikatakan seluruh negeri di Malaysia ini mempunyai bangunan MARA. Termasuklah di pekan2 kecil seperti di Kuala Pilah dll terdapat juga bangunan2 miik Mara untuk orang2 Bumiputra berniaga.

Kita dapati hampir keseluruhan bangunan2 milik Mara ini, umpama hidup segan mati tak mahu.Walaupun kedudukan bangunan2 itu di lokasi yg stategik.

Kita dapati pernigaan yg dijalankan oleh Bumiputra ini tidak dapat atau gagal menarik pelanggan datang berkunjung ketempat premis perniagaan mereka.

Apabila perniagaan tidak dapat menarik pelanggan datang berkunjung membeli akhirnya perniagaan tersebut tidak menjadi/berjaya dan sebagainya.

Ini akan mengakibatkan penyewa2 mengalami masalah salah satunya didalam membayar sewa kepada tuan pemilik bangunan tersebut iaitu Mara.Walaupun kadar sewa yg ditawarkan jauh lebih rendah dari kadar sewa pasaran . Didapati kebanyakan majoriti penyewa2 bangunan Mara ini gagal didalam membuat bayaran kadar sewa.

Kegagalan mereka didalam menarik pelanggan datang berkunjung ketempat mereka tidak boleh disalahkan kepada pemilik bangunan. Ini kerna pemilik bangunan hanya menyediakan bangunan untuk mereka menjalankan perniagaan . Merekalah yg harus lebih inovatif dan kreatif didalam menjalankan perniagaan mereka.

Dan lagi tiada siapa pun yang paksa mereka atau mengugut atau mengancam mereka untuk menyewa bangunan tersebut.

Jadi apabila mereka menyewa mereka hendaklah membayar sewa yg telah dipersetujui sekiranya mereka tidak mampu menyewa atau gagal didalam perniagaan mereka. mereka hendaklah keluar menurut/mengikut perjanjian sewaan agar pemilik bangunan dapat memberikan sewaan kepada usahawan2/peniaga2 bumiputra yang lain yg boleh berniaga dengan jaya dan dapat menarik pelanggan datang ketempat mereka.Dengan kata lain Mara dapat memberikan lebih banyak peluang2 kepada usahawan bumiputra yang lain untuk menyewa bangunan milik Mara.

Bersambung......
zabri mokhtar said…
Sambungan....bahagian 2,

Anggerik Mall adalah salah satu bangunan milik Mara yg terbaru. Sebelum ianya diswastakan pengurusannya . Anggerik mall juga mengalami nasib yg sama seperti bangunan2 Mara yg lain tidak dapat menarik pengujung2 datang membelibelah dan sekali lagi saya ingin katakan disini pemilik2 perniagaanlah yg mesti mempunyai tarikan yg kuat untuk menarik/menawan pelanggan datang berkunjung dan mengulang ke bangunan tersebut bukannya pemilik bangunan atau pihak pengurusan yang harus disalahkan atas kegagalan mereka menjalankan perniagaan.

Bagi saya sesiapa yang dapat kontrak Anggerik Mall adaah diluar kawalan saya. Bagaimana dia dapat atau sesiapa yg dapat itu adalah didalam bidang kuasa pemiik bangunan. Apa yang ingin saya bincangkan atau Persoalan yang utama adalah kejayaan bangunan tersebut.

Apabila pehak pengurusan telah menyediakan atau memenuhi segala tanggung jawab seperti menyelenggara kerosakan, menyediakan kawalan keselamatan dll. Mungkin juga mempromosi bangunan Anggerik mall termasuk didalam kontrak tersebut tetapi sekiranya perniagaan tersebut yg dijalankan oleh penyewa2 tidak menarik atau gagal menarik pelanggannya sendiri atau gagal mempastikan pelanggan datang semula / mengulang datang. Lebih teruk lagi sekiranya gagal membayar sewa bagaimana pihak pengurusan ingin menjalankan tugas2 mereka dengan berkesan?
Sudah tentu kita tidak ingin melihat bangunan ini menjadi atau mengalami nasib yang sama seperti bangunan2 milik Mara yang lain.

Kita kini telah berada diabad yang ke 21 dah..perubahan mental dan cara kita berniaga hendaklah berubah dengan pantas dengan mengikut mencontohi budaya yg baik dari bangsa lain dalam menjalankan perniagaan.
Mara kini ingin membuat perubahan dengan mengswastakan pengurusan komplek dan saya pasti Mara juga tidak ingin melihat Anggerik Mall menjadi seperti bangunan2 miik Mara yg lain.Dan bangunan ini merupakan model/perintis kearah perubahan.

Saya percaya sekiranya penyewa2 di Anggerik Mall berjaya menawan/ menarik/mengulang datang pelanggan datang berkunjung.Tidak kira siapa pemiliknya atau penurus bangunan tersebut pasti tiada isu disini.
Wasalam..
Ikhlas,
Anonymous said…
Wahai ketua puteri! Sita lah semua peniaga yg tak bayar sewa seperti saranan tinta hitam kerana itu yg cuba dibangkitkan oleh yb khalid samad! Ikut mcm pakatan di penang!
shayisaac said…
Salam.

Itu laa ... org masuk UMNO hanya kerana wang, wang dan wang. Diorang ni 'tolong Melayu' pun dgn wang. Akhirnya semua jadi hamba wang. Bila ada wang baru bertudung sikit tapi still terjojol keluar rambut kat depan. Bila ada wang sikit baru nak cerita tentang perjuangan. Tapi, pengisian tarak. Kalau suruh ke depan bagi khutbah ke, ceramah agama ke ... semua nk tunggu ulamak UMNO ... mcm mana wang boleh mengatasi pemikiran UMNO? Itu pun ahli UMNO buta-karey lagi ...

Salam perjuangan!
enn sungkai said…
penyewa tak bayar sewa? kita kena salahkan penyewa dan juga pengurusan. kalau sewa rumah kita kat orang pun kita bising kalau sebulan tak bayo. kalau 2 bulan tak bayo halo aje le. tapi sebab mara tu bapak mereka yang jaga takpe le. janji orang umno kan.
Anonymous said…
yb..KENAPA MENTOR YB LARI LINTANG PUKANG PASAL 16 SEPTEMBER?

SAYA PUN HAMPIR PERCAYA.
PERCAYA ANWAR NAK JADI PM KE ENAM.

YB PUN SELALU KATA DLM BLOG YG YB NI SELALU PERGI JUMPA ANWAR KAT RUMAH. HAI..MESTI YB TAU CERITA PASAL 16 SEPTEMBER.

SPIN YB SPIN..

P/S: DAH BACA SEJARAH KE YB PASAL NATRAH?
Anonymous said…
patutla kerajaan PR tunggang terbalik... cari salah orang dan complaint aje tau.. nak bagi solution.. takdak.. yellek.. muhasabah sikit diri tu.. PAS banyak menang bukan pasal terer tapi pasal BN lemau..

- parti jahat, kato eh -
pang5bugis said…
ok... lah... check juga kaitan tanah dekat pulau indah...pkzzz... dengan si rahman palil adun sementta ... uh,mmno
anugerah Alam said…
mereka tiada apa yg boleh dikata, tunggu je rebah
Anonymous said…
aku ahli PAS.
tapi dapat pinjaman mara gak..
apahal melayu tu umno bro?

jgn politikkan mara dgn umno. ramai lagi nak pinjam duit mara ni bukan umno sorang je.
Tinta Hitam said…
Sebenarnya banyak syarikat syarikat yang dikuasai oleh kroni UMNO ni hanyalah modal berbayar RM2shj.Malahan setelah berpuluh tahun "berniaga" pun masih lagi modal berbayar RM2.Syarikat syarikat sebeginilah yan gmendapat kontrak "direct award" tanpa melalui proses tender.Quotation yang diberi adalah tinggi.Selepas itu kontrak tersebut akn disubcontractkan kepada syarikat lain yang mempunyai kepakaran.

Contoh yang jelas adalah syarikat Faber yang mendapat kotnrak penyelenggaraan hospital semuruh negara.Ianaya tiada sebarang kepakaran sebelum ini.Tetapi mengapa dapat kontrak? Kontrak tersebut disubkan kepada syarikat Propel selama beberapa tahun.Propel kena ambil semua staff Faber dan dibayar gaji oleh Propel.30% dari tuntutan perlu diberi kepada Faber.Maknanya disini Faber dapat 30% tanpa sebarang kos operasi.Bukan ke ini untung atas angin namanya? Malahan dengan pendapatan yang kurang 30% itu Propel masih boleh untung dan memberi bonus kepada kakitangannya.

Mengapa tak beri terus kepada Propel yang telah pun mempunyai kepakaran? Kos nilai kontrak boleh dikurangkan sebanyak 30%.

Senario sebegini adalah perkara biasa diMalaysia ini selagi UMNO masih memerintah.
abg bo said…
salam,
apa yang saya tgk orang meelayu ni memang macam takde idea nak meniaga...asyik-asyik kedai makan je...senang cerita orang melayu memang ramai yang malas...keje kerajaan pun nak komisen..
Anonymous said…
Kalau u rasa peniaga mempunyai masaalah dengan product, Building Management kena support on programmes or activities. So that peniaga mungkin boleh sustain. Kalau Building Management act like you own the building is not right. Support peniaga bukannya jaga orang-orang Mara. Kata nak tolong melayu? or B.M only nak tolong Mara so that u can get another project from Mara. Settle Anggerik Mall if everything ok & everybody happy than u can go to the next step. Iaitu kaput project Mara. Tak gitu pengurus bangunan Anggerik Mall? Inno Elegance please dont park your car at entrance of building. Pengarah Mara pun Inno main2 je. Maklumlah cable sepemeluk. Nobody can say.
zabri mokhtar said…
Sambungan....bahagian 3,

Salam Yb dan Semua,
Terdapat banyak faktor lain yang menarik pelanggan datang berkunjung ke sesuatu shopping komplex antaranya
1)Keperbagaian Peniagaan disitu.
2)Waktu operasi semua penyewa2 hendaklah seragam bermaksud cth bermula operasi dari jam 10 pagi tutup 10 malam hendaklah semua penyewa2 menlakukan dengan tepat.
3)Terdapatnya Anchor Tenant
4)Kepakaran, keprofessionalan,ramah terhadap pelanggan iaitu pandai mengambil hati pelanggan.
5)DLL

KEPADA:- Anonymous said...
Kalau u rasa peniaga mempunyai masaalah dengan product, Building Management..............

Ingat satu perkara yang penting: KEUNTUNGAN yang anda perolehi adakah berkongsi/bagi dengan pemilik bangunan atau pihak pengurusan?
Sudah2lah mempunyai mentali sentiasa hendak dibantu..dan menyalahkan orang lain.

salam..
Anonymous said…
Faber Group Berhad (Faber) a member of the UEM Group is listed on the Main Board of Bursa Malaysia Securities Berhad. From a Malaysian hospitality concern in early 1960s, following its successful restructuring exercise and strategic initiatives Faber has grown into a key player in Integrated Facilities Management and Property Solutions sectors.

Leveraging on our experience as a Hospital Support Services provider and proven track records in Integrated Facilities Management, Faber has since then expanded its operations internationally.

In Property Solutions, Faber has differentiated itself from competitors over the years by offering a well-planned neighbourhood development. Faber’s properties are noted for their contemporary and distinctive architectural style.

In the quest to remain at the forefront of a competitive market and to continuously serve our customers, Faber has firmly repositioned itself to meet the challenges of the ever changing business environment and will always strive for customers' satisfaction.
Anonymous said…
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) --Faber Group Bhd, syarikat peneraju utama dalam pengurusan kemudahan bersepadu (IFM) dan sektor pembangunan hartanah, menyasar mengembangkan perolehannya antara 12 dan 15 peratus tahun ini.

Kumpulan itu, yang merupakan anggota Kumpulan UEM, mencatatkan perolehan RM805.3 juta pada tahun lepas, yang meningkat 19.4 peratus daripada RM661.2 juta pada 2008.

Bercakap pada taklimat hasil suku keempat 2009 Faber, Pengarah Urusan Adnan Mohammad berkata Rabu Lembaga Pengarah syarikat itu telah menetapkan sasaran dalaman awal melebihi 12 dan 15 peratus.

Ditanya sama ada sasaran yang lebih tinggi itu boleh dicapai, Adnan berkata hasrat utama setiap syarikat ialah untuk mencapai pendapatan melebihi sasaran masing-masing dan Faber tidak terkecuali.

"Fokus kami masih pada operasi luar negara kerana ia merupakan satu penyumbang utama kepada segmen IFM itu tahun lepas.

"Kami akan mara mengikut perancangan kami, iaitu meningkatkan operasi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India.

"Kami juga merancang mempelbagai dan memperluaskan perniagaan kami ke dalam segmen IFM itu yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat," kata Adnan.

Di dalam segmen IFM, kumpulan itu mengurus 12 hospital dengan kontrak bernilai RM18.6 juta.

"Di UAE, kami mengurus projek infrastruktur dan perumahan dengan gabungan kontrak bernilai RM202.1 juta," katanya.

Di India, syarikat itu terlibat dalam perniagaan IFM dengan projek Hospital Apollo.

"Bagaimana pun, kami kini mengkaji untuk mendapatkan urus niaga dengan tujuh hospital "Fortis" yang bernilai RM10 juta di India menjelang akhir tahun ini.

"Di UEA, kami masih menunggu jawapan tender kami bagi projek perumahan kos rendah di Abu Dhabi," kata Adnan.

Di Malaysia, Faber akan melancarkan Fasa 1A (DBKL) Taman Desa, Fasa 1A (Fleet) Taman Desa dan fasa keempat Laman Rimbunan, Kepong.

"Unjuran kasar ketiga-tiga projek pembangunan itu dianggarkan sebanyak RM495 juta.

"Kesemua projek ini memberi fokus kepada kumpulan berpendapatan sederhana dan tinggi," katanya.



-- BERNAMA
Anonymous said…
kalau company rm buat kontrak juta-juta, memang UBN adalah bodoh.

tapi polisi kerajaan menetapkan paid-up capital/cidb/pkk/mof sebagai guideline utk mendapatkan sebarang projek dgn kerajaan juga syarikat GLC.

kalau ada syarikat rm2, setahu saya itu adalah kroni DSAI masa beliau jadi TPM dan Menteri MOF dulu kala.

so, kalau nak bagi statement pun, bagi yg berfakta.

ini adalah mentaliti pembangkang walaupun aku tak sokong ubn tapi aku lebih realistik drp kauorang.

kita bercakap soal melayu & soal mara.

kita tahu anggerik mall tak laku bukan sebab puteri umno jadi pengurus bangunan, tapi cara kita berniaga yg terlalu ortodoks. contohnya jual tudung, kedai makan etc..cuba tengok berapa ramai jual tudung kat sana & kompleks pkns?

saya sokong kenyataan zabri mokhtar penuh dgn fakta. inilah komen yg sepatutnya kita drp org melayu bukan membangkang & bagi komen negative saja.

grow up..
Anonymous said…
DI ANTARA UMNO DAN KOMUNIS
“UMNO dan Komunis, saya pilih Komunis”..Mat Sabu.http://penjualubat.wordpress.com50 tahun lebih UMNO BN memerintah, terlalu banyak kezaliman dan kerosakkan yang telah mereka lakukan. Inilah antara yang mendorong Hj. Mohamad bin Sabu (AJK PAS Pusat) mengeluarkan kenyataan ini.. “Jika diberi 2 pilihan, antara UMNO dengan Komunis, saya pilih Komunis..”
Beliau berkata begitu ketika berceramah dibeberapa tempat diutara tanahair baru-baru ini, ternyata ucapan tersebut telah menimbulkan pro dan kontra. Sebelum ini beliau juga pernah mengeluarkan satu kenyataan yang agak kontroversi. Klik tajuk ini..Terima kasih Chin Peng: Mat Sabu..

LU PIKIR LAH SENDIRI
Anonymous said…
Pendapat saya, apa-apa benda yg di buat oleh kerajaan samada secara langsung atau tidak langsung dengan membantu umat melayu, selagi ada parti yg di dokongi umno sebagai tunjang pemerintahan, maka selagi itu apa yg telah dibuat & akan di buat akan di negetif kan sebaik mungkin.

mereka akan terus membangkang hingga puas hati.

yb khalid samad pun dapat belajar ke uk pun dgn bantuan kerajaan sebab kerajaan nak bantu melayu, tapi dia kondem jugak..sebab apa?? sebab kerja dia membangkang je.

kalau tengok dia dlm parlimen atau mana-mana ceramah, kita boleh nilai pemikiran dia tahap mana walaupun dia ni Ir atau professional engineer.

cuba tengok masa Ustaz Taib Azamiddin cakap dlm parlimen tentang kalimah Allah. tengok reaksi muka YB Khalid Samad.
Jembalang Hidup said…
Sosialis la, bukan komunis. PAS dgn DAP sehaluan, yg nak pecahbelahkan hubungan mereka tu org2 UMNO dgn puak2 pro-UMNO dalam PAS jer.

Baca ni...


"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah." (~ Saiful Alimin, ahli DAP. Dipetik dari Harakah).
Anonymous said…
Apalagi building management merangkap naib ketua puteri umno. Kalau sanggup halau semua peniaga, dipersilakan..Kalau kalahnya Barisan Nasional di Shah Alam, we will blame you.

Yb, this is your time.

NKPU, Jangan ikut nafsu sangat, makan sama-sama jangan dok jadi lagi teruk dari cina bukit. Pandai2 jaga rakyat.

Soalan: macamana Huzryfionawatty tu boleh jadi pemimpin? Anggerik Mall pun dia tak boleh settle..

Pikir2kan.
Anonymous said…
ni la jadinya kalau tak bersatu. org melayu juga yg berpecah...islam gak rugi.kapir gak yg tepuk tangan
Anonymous said…
setahu saya, TGNA ada pernah menyebut SOSIALIS adik beradik dgn KOMUNIS.

Kenyataan dia saya dengar dengan telinga saya sendiri.

saudara boleh menafikannya dgn ulasan drp harakah. kenyataan tetap kenyataan.

kekadang ada sesetengah pemimpin PAS cakap guna kepala lutut bukan guna otak. cuba tengok YB Khalid..Kalimah ALLAH pun nak di politikkannya demi undi.

UMNO lagi hampeh.
DAP lagi menjahanamkan melayu.
PKR...asyik meliwat je kerja dia..
PAS...mcm lalang

aku sokong BEBAS
Anonymous said…
saya undi umno bukan sebab umno itu baik tapi sebab pas itu merosakkan islam..
matmantau said…
RM52 billion saham bumiputera hilang
Hazlan Zakaria | Mar 29, 10 12:28pm
Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.
Anonymous said…
YB Khalid..mana pergi??
lama tak turun padang kat shah alam ni? bawak isu kalimah Allah ke dlm gereja?

ikut kau khalid..aku akan pastikan kau kalah sekalah kalahnya...
Putra IJ80 said…
Sya.mungkin terlewat membaca artikel nie.,

Pon begitu sya.ingin menyentuh soal perniagaan org.kita Melayu di Bangunan yg.di sediakan ole MARA.

Sya.nampak yg.mendapat ruang niaga di situ kebanyakannya org.org tertentu yg.ada cable dgn pihak berkuasa terutama nya kroni UMNO.

Kebanyakan mereka mengambil tempat perniagaan itu bukan dari kalangan peniaga yg.berpengalaman dan mereka mengambil sikap sambil lewa atau ambil mudah kerana kadar sewanya rendah.

Akhirnya perniagan entah kemana bising nya melaung kemerata rata mengatakan tempat itu tidak sesuai.,tak ramai pengunjung.

Sebalik nya adik perempuan sya.(22)menyewa tempat perniagaan yang hidup segan mati tak mau itu.,dgn kadar RM5,800 termasuk barang barang yg.sudah lusuh., sebulan walhal pemilik(Penyewa)atau tuan kedai yang menyewakan tempat pada adik sya.cuma membayar RM800 kepada MARA,.

Berkat kegigihan serta tekat yg.kuat satelah hampir 4 bulan mengusahakan perniagaan nya.,

Alhamdullilah die dapat menanggung kos Sewa RM5,800 serta gaji kaki tangan berjumlah RM4,600 dan lain lain expenses RM1,200 sebulan.

Bayangkan kalau adik saya dapat peluang awal berniaga di tempat itu.,dan dgn kadar sewa RM800.,atau yg.hampir dgn nya.

Banyak mana lebihan pendapatannya.

Malang nya kami bukan dari kalangan Ahli UMNO dan sebaliknya penyokong kuat Azmin Ali sejak 1999.lagi.

Adik sya.cuba mendapatkan pertolongan dari YB Azmin.,malang nya ,YB nie selalu atau terlalu sibuk sahingga tak sempat menghadiri kenduri kawin nya w/pon di jemput dengan Kad,talipon Email.begitu lah keadaan nya.

Adik sya.bertekat akan berusaha dgn lebih gigih lagi dan kelihatan berpotensi utk maju.

Tapi terus terang adik sya.tidak akan mengundi pada pilihan raya akan datang.

Dgn maksud UMNO tidak PKR pon tidak.

Smue nya sama (2x5=5x2)mereka (YB/YB)akan berjumpa hanya jika ada perkara yg.memerlukan sokongan kita sahaja,katanya.

Wallahuaklam.

Jgn Maree!!
Rakyat Malaysia 1963 said…
Kepada mereka yand kuat sokong Perkasa, Mahathir,UMNO dan yang memfitnah DAP chauvinis cina dan sebagainya.

Inilah hasil titik peluh sokongan dan kerja fitnah kamu, yang dapat habuan kroni UMNO sendiri, bukan kamu.

Ini perkara biasalah dalam kerajaan UMNO, apa yang kita terkejut sangat ni?
Anonymous said…
salam semua.....

relaks...ramai yang tak tahu cerita pi melalak.....saya peniaga di situ dan alhamdulillah sale saya bagus....

1. rupabentuk anggerik mall takde rupa shopping complex...
2. ramai gila orang tak byar sewa...bukan mahal pun....ada yang sewa 200 lebih ada 300 lebih....(utk penyewa lama)...kalau penyewa baru harga start dari 398 kot keatas......takkan tak boleh bayar
3. kebanyakan yang berniaga dalam tu tak pernah berniaga.......kalau dah tau tempat tu takde walk in maka jangan sesekali menjual barang walk in...maka matilah anda.....
4. sewa dahlah murah...tapi ada peniaga jual baju kurung sampai rm500 maka siapa nak masuk....???ini bukan klcc....awak bukannya bituk tersohor........
5. banyak orang sewa situ jadikan stor maka banyak kedai tak bukak.......
6..terlalu banyak penyewa disitu tidak bayar sewa sejak dibawah MARA jadi pihak pengurusan baru nak buat apa
7. wujud dikalangan penyewa menyewa sebagai hantu di mana rekod dia tak pernah ada dalam rekod MARA...maknanya sejak mula siap bangunan tu ada orang sewa free dan tak pernah ada rekod...siapa dia? besar sangatkah dia.......
8. wujud perasaan iri hati kalangan penyewa......jarang nampak mereka ni bemesra berbual berborak...boleh nampak group2........
Anonymous said…
Di jemput melayari website Anggerik Mall di http://anggerikmall.wordpress.com

TQ

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan