Dzulfikar Mashoor (HarakahDaily)
SHAH ALAM, 12 Mac: Merujuk pada sejarah Natrah yang meletus pada 1950 lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa umat Melayu tidak pernah bersatu seperti yang didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
"Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak pernah bersatu," kata beliau petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen, di sini.
Menurut beliau, orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah gadis juvana terbabit, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.
Sebaliknya, sejarah Natrah menurut beliau menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura.
"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan.
"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama Umno juga adalah tidak benar," jelasnnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, cita-cita PAS sejak 1951 dulu adalah mengajak semua rakyat pelbagai kaum bersatu padu atas nama keadilan Islam.
"Atas dasar Islam yang dipegang PAS, kita bukan nak rakyat berpecahk-pecah, kita nak semua rakyat berbilang kaum bersatu atas keadilan sosial yang diperkenalkan Islam," katanya.
Pun begitu, beliau berkata, PAS tidak perlu bersatu dengan Umno kerana parti perkauman Melayu itu cenderung pada kezaliman sejak era penjajahan lagi.
Sehubungan itu, beliau seolah-olah menganggap dasar perjuangan Melayu oleh Umno lebih hina dari dasar 'keadilan sosial' yang diperjuangkan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Dasar perjuangan Umno lebih hina dari parti-parti politik yang lain, bersama kami (dalam Pakatan Rakyat) kerana parti-parti ini memperjuangkan keadilan sosial," jelasnya.
Selasa lepas, beberapa media arus perdana melaporkan Muhyiddin turut melahirkan rasa yakin bahawa parti-parti poltik yang mewakili umat Melayu boleh mencapai perpaduan sekiranya semua pemimpin parti-parti terbabit berusaha ke arah itu.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian buku 'Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata' di ibu negara.
Berita merupakan ihsan HarakahDaily dan video dari Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
Terima kasih kerana menjernihkan cerita sejarah negara waktu Merdeka dulu.
UMNO ni pandai memutarbelitkan sejarah semata-mata untuk menunjukkan UMNO yang paling hebat dan yang bertanggungjawab memerdekakan negara kita.
Padahal pertubuhan haluan kiri Melayu seperti API, KMM dan AWAS lah yang aktif menentang penjajah dan menyatukan rakyat tidak kira apa bangsa pun.
Cerita pasal pejuang-pejuang negara haluan kiri ini telah difilemkan.
Kalau mahu faham siapa yang sebenarnya bantu memerdekakan negara kita, tengok filem ni, yang bertajuk '10 Tahun Sebelum Merdeka' dalam video-video Youtube di bawah:
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
caya sama PAS.
joe
betul.. PAS jual Islam sebab nak undi bukan Islam.. itu saya setuju sangat..
Nak jadi 'lap dog' DAP jugak kut, sama dengan PKR.
Aneh betul Tuk Guru (sendiri beri) PAS ni!
mamanview
Tak habis2 cybertroopers UMNO membuat kecoh kat sini. PAS, jangan runtuh, tetap berteguh, jangan atas nama perpaduan semata-mata, kezaliman UMNO diterima! Cukup kecewa dgn tindakan Nasha bersama dengan Muhyiddin.
Kepada CgLyn, pakcik nak nasihatlah sedikit. Pakcik ni org P. Pinang. Setahu pakcik DAP takde pun menghalang pengamalan Islam. Kena buat penilaian sendiri. Jangan termakan dakyah UMNO. Kalau benar Muslim, kalau arak diletak depan hang atas meja hang pun hang tak sentuh.
Arak dijual di dalam penerbangan2 MAS. Yg jual orang Melayu sendiri. Tapi ini tak perlu menjadi hal. Yg penting tak jual kat diri sendiri. Yg pemimpin2 UMNO minum arak tu tak soal ke?
Lepas tu YB nak debat isu Kalimah Allah dgn YB Zul. YB kata "saya sedia utk di per betulkan" walaupun sebenarnya secara sedar atau tidak ramai yg telah cuba memperbetulkan YB tapi YB tetap kata YB betul.
Cuba yg tengok komen-komen dlm blog YB.
Saya berpendapat adalah lebih baik YB buat undi siapa setuju dgn Kalimah Allah di gunakan oleh orang Kristian atau tidak. jika ramai yg setuju maka YB bolehlah berdebat. tapi undi tersebut YB mestilah ikhlas. jangan lah pulak manipulate..
Anonymous 10:19PM, Anonymous 11:26PM dan CgLyn:
Menuduh senang, membukti susah. Kita kena ada keyakinan dengan pendekatan Islam. Contoh: dituntut tak boleh kena ditipu kali kedua, bercakap benar walaupun pahit, tidak rasuah, menjaga persaudaraan tapi kalau untuk kebenaran, tidak kira bersaudara atau tidak.
budak tadika pun kalau bulih nk di rekrutnye.
pastu jalan2 bawak "MAN-PURSE" yg berlambak jual kt uptown.
hahahahaha.. lawak siyottt..
ingat cun sangat la tu..
hahahahaha.. amende laa..
pakai "MAN-PURSE" baru bersatu ke?
hahahahaha.. lucu la woiiittt
macam ni la yb, saya sokong 100% kepimpinan PR. cuma saya nak tekankan, janganlah lupakan rakyat-rakyat yang bukan muslim.
saya ada jiran bukan muslim, dan saya ada berborak dgn dia secara terbuka dan dia luahkan rasa takut dengan ketuanan melayu yang merepek-meraban ni. saranan saya, marila kite bersatu bukan atas
nama bangsa sahaja, tapi atas nama persaudaraan tanpa mengira warna kulit, kepercayaan, jantina, seksualiti, taraf dan segala yang mendiskriminasi seseorang itu.
hentikan politik bangsa.
Kita kan lahir di bumi yang sama. Jadi mari kita jalinkan persaudaraan atas nama keadilan, kebenaran, tolak-ansur dan rasa sayang antara satu sama lain. Biar ini yg dijadikan pedoman. Yang menzalimi kita tu kita lawan sama-sama.
If UMNO did it, they said Haram. Negara penjual arak. Sembahyang tak sah etc....If PAS did it " they called it "Maslahah, Maqasid, Umum Balwa" etc. It is for the sake of Pakatan. The non-muslims do not understand it. We might lose their votes. The consequence is that we see the proliferation of "Arak,tukang urut" sales in Selangor. Is this what you called Islamic state? Selling liquor at Malay areas????Do not be suprised if casino/ massage parlours will also be allowed in Malay areas. Reason is simple it is for non-muslims. FULL STOP.
1. If there is a flood in UMNO led goverment, they would say "Bala". When the flood hits PAS led government areas, they said "This is a test from Allah". Although they knew it that it was due its poor management.
2. If there were issues with UMNO, they say that "UMNO is going to buried", when PAS had internal issues like Nik Aziz vs others, they would say "it is democracy".
3. In fact, some of PAS leaders are using abusive languages in their ceramah. Is this "Sunnah"? Akhlak nabi????
4. It is evident that PAS is now being soften by its alliance e.g. DAP. In regards to Allah statement, the statement made by its President shows that the party has no guts to fight for Islamic justice. It seems that more people are interested to become "Pewaris Perdana Menteri" than "Perwaris Nabi". sad but true. THE PROBLEM WITH POLITICIANS(NOTWITHSTANDING PAS OR UMNO) IS THAT THEY TRY TO SOLVE RELIGIOUS ISSUE USING POLITICAL CONSIDERATION!!!WHICH IS WRONG. THEY SHOULD INSTEAD SOLVE POLITICAL ISSUES WITH RELIGIOUS APPROACH. THEN YOU CAN SOLVE THE PROBLEM. OTHERWISE, TILL THE DOOMSDAY, YOU CANNOT FIND THE POINT OF AGREEMENT OR SOLUTION.
5. Nowdays,they are different kind of ulama e.g. Ulama "politics", Ulama "makan gaji" etc. It seems that nobody dares to challange the statement by their Tok Gurus although they know for the fact it is not approporiate. How could somebody say that "Nabi is also practising croynism" Who is Saidina Ali compared HIS son in law????SubhanAllah. We should follow the footsteps of our big Imam Shafiee, Imam Malik etc..Understanding differences of opinions...asbabul khilaf
We have seen many Ulamas of sort would try to find evidences that would suit his arguments/ political view. Very unethical!!!!
WHEN DEALING WITH ISSUES, many politicians are not interested to find the truth. But rather to find who is best debater !!!!
Thank you
Bangi Residency
Kepada Bangi residency
Mental mcm ko nie cuba mental logik jer..tak berdsandarkan agama pun...what u see is what u get...kalau nak berkarat jiwa UMNO tu...tak payahla cakap pasal agama...UMNO dulu kini dan selamanya...satu moto sesat yg menyalahi sifat 20 puluh dlm Tauhid...sesiapa nk debat pasal slogan UMNO nie sila call +966553267885 ...Kalau menang debat nie bolela aku kasi package pi Umrah...kasi buang daki UMNO dlm kepala otak ko tu
Jubail
takut sangat dia kalau melayu/Islam bersatu.
saya kagum dgn semangat juang yg ditunjukkan ust nasa yg sentiasa istiqamah dgn agenda perpaduan Islam.
semoga Allah membalas jasa baik ust nasa dgn kejayaan org melayu bersatu atas dasar Islam.
biarkan kalid samad dgn geng erdogannya bersatu di dalam DAP... atas nama kesamarataan kononnya.
YB kalid lebih selesa menggadaikan hak melayu/Islam kpd DAP/PKR daripada melihat org melayu bersatu dan kuat demi mendaulatkan ISlam.
saya harap pemimpin mcm kalid samad ni akan ditolak terus dalam muktamar PAS akan datang dan tidak dibenarkan bertanding lagi dalam p/raya nanti.
Biar PAS benar2 kuat dan menjadi tunjang dan tonggak perpaduan org2 ISlam di Malaysia.
YB Khalid suka kalau Melayu/Islam bersatu dan bersama-sama dengan India dan Cina -- barulah dipanggil Malaysia namanya!
Yang awak merepek pasal Melayu/Islam bersatu, kau ingat yang lain-lain di Semenanjung Malaysia seperti Orang Asli yg terdiri daripada etnik Senoi, Negrito, Semelai, Jakun, Temuan, Temiar tu semua apa? Alien ker?? Mereka tuh bukan Melayu dan bukan Islam, tapi lahir kat Malaysia jugak. Kengkawan India dgn Cina aku pun mak datuk diorang pun lahir kat Malaysia. Takkan tak nak bersatu?
Yang bapak dia tak lahir kat Malaysia tu Khir Toyo dengan Mahathir. Satu bapak dia dari Indon satu dari Kerala, India. Tak caya gi tanya diorang. Elok kalau kau pegi tulis komen kat blog diorang tanya-tanya khabar jugak skit.
Everybody acknowledges that UMNO is not doing "hard enough" in propagating Islam as Ad-din. I've no qualm about it.
PAS whom regards / portrays itself as an "islamic party" needs to change if they want to move forward. The problem with PAS's members like yrself "I presume" and sorry if you are not one, is that they do not want to acknowledge their weakness and always in "denial syndrome". They feel that they are "perfect". The root of the problem is that they always benchmark against UMNO. That is why they feel superior. They should have benchmarked against the best party/nations in the world. If you are always comparing UMNO and PAS, forever, you will be lagged behind of other races/nations. You need move on !!!
Sometimes, it is meaningless to change from Perbadanan Ekonomi to Iktisad if it is just for the sake of changing name. The Islamic tagging must carry or go in tandem with increase in efficiency / profitability etc. It is the challange for PAS to prove that they are able to carry that responsibilities of using the word of "Islam". You must live with it. Otherwise Form Replaces Substance.
If PAS is being critiqued, the members would jump and use rather abusive language. Is this the way "PAS" propagates Ad-Din. Take the criticism with an open heart.Check and balance.Humans are bound to make mistakes. It is our duty to inform/advise them. Sadly, it reflects yr level of yr maturity and emotional stability. You need to use REASONS to argue not yr MOUTH to make yr points. Otherwise you would become another politician!!! Nothing fancy. You need to brainwash yourself first before doing it to others.
And who says that religion does not use "mental logics". If we do not use logic, then cases like in Kelantan, marrying 10 & 11 year old girls will be bound to happen. Nik Aziz says "lapar Sunnah". Kurang Aqal. Otherwise we are like "unta" ikut saja apa orang kata. They are so many Islamic philosophers the like of Ibnu Tamiyyah, Al-Ghazali etc. What would you be calling them then?
Once again, I would like to emphasize my point is that people prefer to go for debate not for the sake of finding truth but rather to tell others that they are better debaters. Until then, it is just waste of time.
I am not an Umno member and I also do not wish to join any political party if religion is being put in the backseat in the quest of political power. Making fatwas based on political interest!!To you is Halal, to others are Haram. End does not justify means!! Nothing to be proud of. Malu lagi adalah........
Allah knows best. Salam.
Bangi Residency.
1. KMM tak terlibat, yang terlibat hanya PKMM. Dalam PKMM memang ada orang bekas KMM.
2. Dr Burhanuddin tidak ditahan ISA kerana isu ini, tetapi hanya ditahan kerana anjurkan demo, 3 pagi 18 disember 1950, Undang-undang Dharurat Singapura.
KMM dah mati masa isu Natrah. Dah tak wujud. Yang membela Natrah masa tu ialah PKMM. API dan AWAS ialah sayap PKMM.
FYI, Mansur Adabi yg nikah dgn Natrah tu ialah anak kepada Kadir Adabi, exd leader of KMM.
Dan seterusnya, mmg UMNO tak amik port mana pun. Tapi bukan ahli UMno. Ahli Umno pun ikut sama menentang. Dr Burhanuddin pulak berada di situ kerana masa tu dah mula ada pesta penangkapan penentang Inggeris di Tanah Melayu.
Kau ni kena belajar sejarah balik ni!
UMNO sering mendakwa betapa hebatnya mereka membela org org melayu dan Islam.Tetapi dimana mereka bila org org melayu sedang melwan tuan UMNO iaitu British???
jangan nak belagak pandai ye YB. untuk followers sekelian, jangan taksub sangat. nampak sangat mcm pencacai DAP.