Sudah lama saya tidak update blog ini. Walaubagaimanapun, ini bukanlah kerana telah hilang minat atau tiada modal untuk dikongsi bersama. Tetapi hanya kerana terlalu sibuk dengan program di serata tempat dan juga urusan keluarga. Pada 18 Mac yang telah lalu, anak dan menantu saya telah selamat kembali dari UK setelah berada di sana selama lebih 4 tahun. Dua orang cucu saya kembali bersama dan mereka sekarang tinggal bersama saya sambil menguruskan urusan penyewaan rumah. Maka sudah pasti hari-hari saya tidak seperti dulu lagi dengan melayan kerenah 2 orang cucu di rumah. Beberapa hari sebelum tibanya mereka, saya turut sibuk mengendali penerimaan barang-barang mereka, termasuklah sebuah kereta hitam yang menjadi buah mulut segelintir orang. Kereta itu bukan saya yang punya dan saya jelaskan di sini untuk menyelamatkan golongan pencacai ini dari dosa kering.
Keseronokan bersama cucu juga telah menghalang saya dari hadir di beberapa program sepanjang tempoh rehat saya di alam siber. Semenjak posting terakhir, iaitu pada 13 Mac, saya telah ke beberapa tempat untuk berceramah. Ramai bertanya, “digantung berceramah jugakah?” Saya menjelaskan, “bukan saya yang digantung, hanya jawatan saya sahaja yang digantung. Dan ianya telah digantung tinggi-tinggi, sehingga tiada yang boleh mencapainya pada waktu ini. Apabila tiba waktunya, maka insaAllah akan jatuh ke riba saya kembali. Sambil itu, saya boleh bergerak atas kapasiti ahli Parlimen Shah Alam”.
Untuk makluman tuan-tuan semua, di sini saya ringkaskan program yang telah saya hadir. Ianya hanya program luar dari Shah Alam, tidak termasuk perasmian mesyuarat Agung Tahunan cawangan dan dewan serta program kemasyarakatan yang berjalan sekitar Shah Alam.
Semasa saya berceramah di Temerloh, Tuan Ibrahim Tuan Man berkesempatan untuk hadir bersama di mana saya telah berceramah bersama Tian Chua dan Mat Sabu. Apabila beliau sampai, kami bersalaman dan berpelukan seterusnya duduk sebelah-menyebelah. Orang yang tidak faham akan mengatakan kami berpura-pura, hipokrit dan sebagainya. Sebenarnya tidak. Perbezaan pendapat tidak harus menjadikan sesiapa juga bermusuhan. Seperti apa yang saya nyatakan dulu, hormat saya terhadap beliau tidak berubah, walaupun saya tidak setuju dengan keputusan yang dibuat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk difahami oleh sesetengah golongan kecuali yang memahami ‘adabul-ikhtilaf’ atau adab berbeza pandangan.
Dalam pada itu, sesi Parlimen penggal ketiga telah juga bermula pada minggu yang sama ia itu pada 15 Mac dan ramai yang terpaksa menyaksikan keanehan di mana dimunculkan ‘blok ketiga’ yang kononnya yang terdiri dari ‘bebas lompat’. Kepada mereka yang berfikiran waras, amat jelas sekali, tugas yang diberi kepada kelompok ini adalah sebagai ‘askar penyerang’. Mereka duduk diluar ‘istana’ (UMNO) dan menyerang sesiapa sahaja yang datang berhampiran. Namun walau hebat macam mana sekalipun kesetiaan yang mereka tunjukkan, walau sekuat mana pun serangan mereka, mereka tidak akan dibenarkan sama sekali untuk masuk ke dalam istana! Ini kerana, kalau dibenarkan untuk masuk ke istana, maka hilanglah nilai mereka sebagai pengawal istana.
Seperti apa yang saya nyatakan terhadap Kulim BB tempohari semasa membahas titah di Raja. Perangainya yang membuat laporan polis jelas menunjukkan beliau lebih sesuai bersama UMNO. Dalam PAS dan PR, perbezaan pendapat ditangani melalui hujjah melawan hujjah dan bukan hujjah lawan laporan polis. Kalau hujjah lawan laporan polis, maka itu merupakan budaya UMNO. Oleh itu, PKR membebaskan beliau supaya dapat bersama parti yang sejiwa dan sebudaya dengannya. Malangnya UMNO pula tidak mahu kepadanya! Nasib badan…
Walau apa sekalipun, saya sudah sedikit sebanyak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dan akan mula menulis kembali, insyaAllah. Tulisan ringkas ini sebagai pembuka bicara. Yang lain akan menyusuli. Untuk makluman tuan-tuan, pada malam ini, 31 Mac, saya akan berceramah di Rembau bersama Chegu Bard dan lusa di Johor Bahru pula. Kalau tuan-tuan berkesempatan, kita bertemu di sana.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
YB ni dh jadi mcm penjaga cucu pulak dh...hahaha
YB mesti tau yg kami di luar shah alam ni menyokong perjuangan YB. semoga YB dan keluarga sihat sejahtera sepanjang masa.
anyway, bila Zul Kulim nak berdebat dgn YB ? Hari tu belagak sgt nak jd hero...
Apa sekalipun, kami tau lama dah..PR memang nak ambik Putrajaya at all cost..
Telinga ini belum pekak lagi..ingatan masih kuat..mata belum rabun lagi..
jangan YB nak salahkan umno pulak sebab 16 september..sedangkan anwar lah yg beria-ia nak jadi PM..
YB..sedar lah..kami yg melayu baru terjaga drp mimpi..sudah-sudah lah tu..
p/s: saya suka ayat drp anon coment pasal puteri umno "saya undi umno bukan sebab umno itu baik tapi pas itu perosak islam.." maksud yg mendalam tapi penuh makna..
semoga segala urusan dipermudahkan
Semoga diberikan kekuatan kepada YB untuk terus memperjuangkan yang hak. Untuk Kulim BB tu, biarlah dia. Dari 1998 saya hormat dia tapi bila masuk 2009 dan 2010...hampir habis hilang semua hormat saya.
Salam.
nice.u display the human side of politician.good stuff n more of cucu n family life please.if you play games,nice too.
ada je puak2 nak buat cerita eh