Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PKR yang mempunyai keberanian dan ketegasan untuk mengambil tindakan terhadap Zul Nordin. Walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa MP yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR. Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zul akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!
Tindakan tegas ini memberi mesej yang jelas berhubung komitmen PKR terhadap PR. Sekiranya mereka mementingkan diri mereka semata-mata dan meletakkan PR sebagai perkara yang tidak begitu penting di mana PR di letak di bahu dan bukan di kepala, sudah pasti mereka akan mempertahankan Zul Nordin. Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai. Mengapa mereka perlu kehilangan satu kerusi demi menjaga PR? Seperti yang selalu disebut, “politics is as numbers game, the more seats you have, the stronger you are!” (Politik merupakan persoalan angka, lebih banyak kerusi maka akan lebih kuat kamu). Namun ketegasan mereka ini menyebabkan semua para penyokong PR merasa lega dan selesa. Termasuk juga ahli PAS yang kelihatan turut bersorak semasa persoalan ini disebut. Demi menjaga PR, PKR sanggup memecat beliau walaupun akan kekurangan bilangan kerusi, iaitu satu tindakan yang ‘melemahkan diri’ dari sudut angka. Tindakan ini juga secara zahirnya bercanggah dengan kepentingan parti sendiri.
Saya secara kebetulan pula terlibat secara terus. Ini adalah kerana di antara faktor utama Zul dipecat adalah kerana laporan polis yang beliau buat terhadap diri saya. DS Wan Azizah telah menyebut semasa konvensyen PR Selangor, “Zul menyerang kawan. Kita tidak boleh benarkannya. Kenapa dia perlu menyerang kawan”. (Au kama Qall – atau lebih kurang begitulah ucapan beliau). Kawan yang dimaksudkannya itu adalah saya dan saya berasa terharu dengan semangat setiakawan serta kejujuran persepakatan yang ditunjukkan. Saya tidak pernah meminta persoalan laporan polis terhadap saya itu diambil kira. Juga ingin saya tegaskan bahawa tidak pernah saya mengadu kepada Anwar ataupun mana-mana pimpinan PKR berhubung tindakan Zul terhadap diri saya itu. Namun ianya diambil kira oleh pimpinan PKR yang memahami, walaupun tidak meminta atau merayu, sudah pasti tindakan sebegitu tidak wajar dan akan menyulitkan PR.
Sebenarnya, sejurus sahaja laporan polis itu dibuat, saya telah dihubungi wartawan. Mereka bertanya pandangan saya terhadap tindakan Zul itu. Pada ketika itu, saya jawab, itu “hak dia”. Saya tidak mahu merumitkan lagi keadaan memandangkan dia masih lagi anggota PKR pada masa itu. Bagi saya hubungan PR perlu dijaga. Namun sekarang dia sudah tidak lagi dengan PKR ataupun PR. Maka jawapan ringkas saya terhadap tindakan beliau adalah: ianya satu tindakan hendak mencari publisiti murahan!
Sudah lebih 60 NGO UMNO buat laporan, tambah 1 lagi apa bezanya? Lagipun apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan Polis. Sediakan sahaja tempat serta waktunya dan panggil Astro Awani atau Hujjah TV9, kita berdebat secara siaran langsung demi mencari kebenaran. Kemudian lihat sahaja siapa yang berhujah di atas kekuatan nas dan siapa yang bertindak diatas dasar sentimen semata. Sekiranya ada diantara apa yang saya fahami tidak tepat, tersasar dan tidak berlandaskan syariat, maka saya sedia diperbetulkan dan demikian jugalah saya harapkan sebaliknya.
Hari itu pun di rumah DSAI, semasa berkumpulnya ramai para ilmuan yang mengutarakan hujah masing-masing, dia hanya diam seribu bahasa. Kalau menurut pujangga Melayu, diam itu tandanya setuju. Bila sudah selesai dan keluar dari sesi perbahasan, ada pula hajat untuk menunjuk kononnya dialah ‘pahlawan Melayu terakhir’.
Sekiranya setiap parti dalam PR menunjukkan komitmen terhadap pakatan sepertimana yang ditunjukkan oleh PKR, maka insyaAllah saya yakin bahawa PR akan mempunyai masa depan yang amat cerah. Namun sekiranya komitmen yang diberikan terhadap PR adalah hanya sekadar yang akan menguntungkan parti sendiri secara jangka masa pendek, maka PR akan sentiasa berhadapan dengan kebuntuan. Adalah perlu difahami bahawa masa depan setiap parti bergantung kepada kejayaan PR. Jika PR berjaya, maka setiap satu parti komponen yang bersama PR akan turut berjaya. Jika PR gagal, hasil dari keinginan untuk membela orang yang bermasalah dan suka menimbulkan masalah, seperti Zul, demi kononnya kepentingan parti sendiri, maka kita semua akan gagal!
Di sini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada pimpinan DAP. Mereka dengan secara ikhlas dan berjiwa besar menyatakan kesediaan mereka untuk terus membenarkan DSAI kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ini telah mereka nyatakan walaupun mereka tahu bahawa mereka mempunyai kerusi Parlimen melebihi PKR. Ini yang dikatakan pengorbanan demi menjaga kepentingan pakatan dan PR itu sendiri. Kalau mereka pentingkan parti mereka sahaja dan meletakkan PR “di paras bahu dan tidak di kepala”, sudah pasti mereka akan menuntut jawatan tersebut. Tetapi mereka memahami adat berkawan dan mereka tidak mengambil kesempatan dari masalah kawan yang diserang bertubi-tubi oleh parti perasuah yang bernama UMNO. Mereka faham, serangan terhadap PKR adalah bertujuan melemahkan PR yang mereka merupakan anggota kepadanya. Mereka melawan usaha untuk menggagalkan PR dengan memberi sokongan bulat kepada DSAI sebagai Ketua Pembangkang.
Hakikatnya, ungkapan “meletakkan PR diparas bahu dan parti sendiri diparas kepala” menggambarkan sikap dan pemikiran yang amat meleset. Semangat setiakawan dan adab berpakat memerlukan pengorbanan dari setiap parti supaya pakatan itu boleh terus maju ke hadapan. Membelakangkan kepentingan PR dan mendahului kepentingan parti sendiri akan menyebabkan semua bertelagah demi mempertahankan kepentingan parti masing-masing. Sedangkan kepentingan semua yang berpakat sudah saling berkait diantara satu sama lain. Maka, letakkan parti sendiri di paras kepala dan PR turut sama disisinya.
Semangat yang seperti inilah yang diperlukan untuk menjamin usaha menjatuhkan BN/UMNO akan berjaya. Melalui semangat yang sebegini, saling berkorban demi mementingkan kejayaan PR, hubungan sesama parti akan bertambah kukuh. Perasaan saling percaya akan bertambah mendalam dan akhirnya BN akan tidak lagi mampu melakukan apa-apa kecuali menguburkan dirinya sendiri dengan bertindak lebih rakus, lebih ekstrim, lebih rasis dan yang paling penting sekali - lebih dibenci rakyat jelata.
PAS juga telah turut dipuji pada hari konvensyen berkenaan di atas keberaniannya menyatakan yang hak berhubung isu kalimah Allah. Walaupun telah diketahui akan diserang UMNO secara bertubi-tubi dan berkemungkinan pula kehilangan undi ‘Melayu yang tidak membaca’, namun Alhamdulillah PAS tetap tegas dengan pendiriannya. Pimpinan dan ahli PAS sendiri pun turut merasa bangga - walau apa pun pendirian mereka berkenaan isu ini. Turut bersorak bersama apabila mendengar PAS dipuji. Terbukti bahawa pendirian PAS Pusat adalah tepat, dari sudut nas dan juga dari sudut politik. Pendirian inilah yang akan menggagalkan usaha UMNO untuk melagakan PR demi melanjutkan jangka hayat politik mereka yang sudah hampir lupus.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
ADA JUGA DALAM PAS YANG TAK TUNJUK SETIAKAWAN. SANGGUP TERIMA ZUL MASUK PAS.
terima kasih.
Niat YB nak debat dengan Zul ni,elok dihentikan saja.Dia akan seronok dan megah kalau dia dilayan.Bila kita tak ambil tau hal dia,lama lama jadi sasaulah dia.Saya dah ambil sikap,apa saja catatan yang ada nama Zul,saya tak akan baca.
UNMO are devil
aku nak termuntah baca tulisan kalid gereja ni.
berapa ringgit yb dapat komisen buat part time kat gereja ngan kuil tu?
Pada saya cukuplah. Apa yg YB Zul cakap ada kebenarannya. Saya pun sekarang di persimpangan. Samada nak sokong DSAI sebagai PM atau tidak. Tapi tindak tanduk DSAI sebenarnya telah memakan diri dia sendiri.
Terbaru menggelarkan katak pada pelompat parti ke BEBAS. tapi beliau lupa projek 16 September 2008. Apa yg DSAI nak panggil kalau BN lompat ke PR? Hantu Pochong ke?
BODOH SOMBONG YB ni
Hamba Panglima7 masuk mengadap. Mohon dilinkkan blog hamba dengan blog tuanhamba. Moga Kebenaran tertegak jua akhirnya.
PAS pula bagaimana? tak berani ke?
- parti jahat -
Kalau saudara ingin berdebat tentang isu nama Allah, pergi saja ke Facebook, pada group yang menentang penggunaan Allah oleh pihak Kristian, dan postkan pandangan dan hujah saudara. Tak usah cabar Zul, kami saja boleh mudah patahkan hujah saudara.
I support you because you are truly religious and don't use Allah's name for political gains. You are good moderate muslim leader who practise what you preach.
May Allah bless and protect you from all your enemies.
Sikap YB Zul tu mencerminkan siapa dia sebenarnya.jadi tak heran lah kalu org kata dia agen UMNO.Sebenarnya tindakan PKR itu memeranjatkan YB Zul dan juga UMNO.Sebab UMNo tak sangka PKR sanggup kehilangan kerusi lagi setelah defection beberapa wakil.
Tetapi tindakan ini melonjakkan kembali keyakinan penyokong penyokong PR sert mengunci mulut UMNO.Mereka pun tka berani nak buat sebegitu pd wakil merekas sedangkan wakil mereka Kuli telah melakukan tindakan yang bertentangan dengan UMNO mengenai royalti minyak kelantan
Hidup Pakatan Rakyat!!!
Mungkin mereka beroperasi tanpa lesen?
Tidakkah ada diantara anda penduduk Selangor yang sedar akan kewujudan semua ini? Mc tidak menyalahkan kerajaan Selangor 100 peratus, akan tetapi Mc cuma mempertikaikan masalah penguatkuasaan atas perkara seperti ini. Sudahlah kedai minuman keras disekitar Sunway dan Petaling Jaya semakin banyak dan terbuka. Pusat hiburan seperti Club, pub, snooker, pool, cybercafe (game, judi) boleh beroperasi sehingga lewat malam kadang-kadang sampai kepagi.
Cuba pergi jenguk disekitar Sunway, ss15, Taman Manja, Sekitar PJS 8/9. Bersepah cybercafe dan pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat malam. Pengunjungnya terdiri dari remaja dan budak sekolah. Nama saja cybercafe, tetapi dalamnya lebih kepada game dan judi. Kalau Mc si blogger jalanan boleh perasan akan semua ini, dimana pihak penguatkuasa?
Apakah ada arahan dari pihak atasan supaya tidak menganggu kedai-kedai sebegini beroperasi? Apakah ini satu cara kerajaan Selangor mahu menjana semula ekonomi mereka yang sudah hampir bangkrup? Mr.Ronnie punya angkarakah ini? Khalid gagap sedang buat apa? Pas Selangor tak sedar ke apa yang telah terjadi kepada negeri Selangor sekarang? Kalau UMNO buat, korang pandai bersuara, bila kena Pakatan buat, korang diam seribu bahasa.
Mc ada banyak lagi rahsia mengenai masalah sosial di Selangor yang semakin meningkat. Tak tahulah sama ada kerajaan Selangor sedar atau tidak. Mc pasti akan bongkarkan, satu demi satu.
Sebenarnya 'A' bagi pelajar berkenaan ialah menjaga ibu bapa mereka dengan taraf 'A' bukannya melahirkan lebih ramai iblis yang pintar.
Abe MIE masih ingat lagi sebelum Pas bekerjasama dengan PKR dan DAP. pada satu ketika dahulu.
Kata pemimpin mereka, SPM merupakan pendidikan sekular yang ditinggalkan oleh bekas penjajah kafir dan diikuti oleh kerajaan. Pas turut mendakwa kerajaan BN sebenarnya gagal memperjuangkan pendidikan Islam sebagaimana dianjurkan oleh Pas.
Bukti kegagalan pendidikan berkenaan dapat dilihat dengan munculnya gejala seperti mat rempit, masalah moral, pembuangan bayi, penagihan dadah dan kerosakan akhlak pelajar.
Sama juga dengan sistem ekonomi yang diterajui oleh BN pada hemah Pas sebenarnya membelakangi ajaran Islam dan mengamalkan unsur riba. Ini belum dikaitkan dengan sistem kehakiman Malaysia yang pada anggapan Pas membelakangi Islam.
Antara pemimpin Pas yang membuktikan sistem pendidikan di Malaysia berimejkan sekularima dan tidak mengikut Islam ialah Dato' Hassan Ali. Salah seorang anak Hassan menjadi mangsa najis dadah membuktikan sistem pendidikan di Malaysia tidak dijalankan mengikut ajaran Islam. Itu dahulu.
Namun apabila Mardihah memperoleh 16A dalam SPM 2008 yang lalu, orang pertama yang membaca doa padanya ialah Nik Aziz.
Bahkan semasa Pas menerajui Terengganu ketika dahulu, Pas mengakui kejayaan beberapa buah sekolah di sana atas usaha gigih Pas sedangkan pada masa yang sama mereka menggelarkan sistem pendidikan di Malaysia berbentuk Sekular.
Justeru SPM merupakan sistem sekular pada anggapan Pas namun apabila ada pelajar berjaya dengan cemerlang, Pas memberitahu 'itulah pelajar tajaan Pas yang berjaya dalam bidang akademi'.
Hayya kallah...sesiapa yg nk kutok YB Khalid pasal nama Allah sila debat dgn aku dulu..Dalam Kitab Sekolah Agama Johor.Ddarjah lima ada menyebut akan firman ALLAH yg bermaksud ' Jika kamu tanya akan org kafir siapa yg menurunkan hujan dr langit dan siapa yg menurunkan rizki..nescaya mereka akan menjawap layakulunnallah..(mereka berkata Allahlah yg menurunkannya)..."...Hey org UMNO yg belom bersekolah agama.....mereka si kafir tu tak jawap UMNO la yg turunkan rzeki tu..mereka tk jawap God..tp mereka jawap ALLAH........AKU CABAR SESIAPA YG TK PUAS HATI BOLE LA CALL AKU +966553267885......
rajraman666.Umnoo ni tak tau undang2 atau NGOoo tak tak tau undang2.Satu lapuran polis sudah memadai untuk polis ambil tindakan.Patutlah negara kita "BRAIN DRAIN" kerana terlampau bijak pandai menyibuk.
We can be racial but can't be racist.
Tq.
Ini lebih kepada soal pendirian dia dan kau. Kalau kau berani perlekeh enakmen undang2 Islam Selangor, pandai2lah jawab!. Tak ada kaitan dengan PAS pun!
2. Artikel ini mempunyai serampang banyak mata. Salah satu mata jahat serampang ini ialah (sepertimana yang aku faham) bagaikan nak memperli JKD PAS yang hanya bagi amaran kepada YB Dr Hasan. Buktinya ialah kenyataan Khalid iaitu: " Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai." YB Dr Hasan yg dikatakan merosakkan hubungan PR kan hanya diberi amaran? Even kalau Khalid berniat lain, bukan nak perli JKD, persepsi rakyat melhat sebegitu. Kan Pas recond ni suka sangat main persepsi?
Move on la Khalid! Orang suruh merayu tak mahu. Naik benci aku dengan kau ni.
3. YB Khalid kata tindakan YB Zul itu mencari publisiti murahan. Aku jawab: Kau pun sama saja dengan Zul tu. Adik beradik. Kau ni tak ada ilmu agama yang cukup. Tapi dalam bab agama, kau tetap nak menyibuk. Ini ialah tanda2 korup ilmu. Rosaknya agama bila urusannya diserahkan kpd bukan ahli. Kamu bukan ahli. Serahkan kepada ulama yang menyelesaikannya. Biarkan Dewan Ulamak PAS bermuzakarah dgn Majlis fatwa Kebangsaan dlm isu kalimah. Kamu jangan nak menyibuk.
Macam aku pernah kata. Kau dan Zul ni 'adik beradik'. Nampak macam desperate for attention. Hakikatnya, kamu berdua ni dua-dua takdak adab jemaah. Banyak menyusahkan dari menyenang.
4. YB Khalid pertikai laporan Polis YB Zul. Katanya : Sudah lebih 60 NGO UMNO buat laporan, tambah 1 lagi apa bezanya? Lagipun apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan Polis.
Ni lah masalah kau Khalid. NGO buat report polis kat kau pasal apa? Pasal sokongan kau kpd penggunaan kalimah allah kpd orang Kristian kan? Zul report Polis pasal kau sebab apa? Sebab kau perlekeh enakmen undang2 Islam. Kan lain tu? JADI MESTILAH ADA BEZA!!
Tak bermakna aku sokong dia report polis kat kau. Nanti ada puak PAS Recond yg payah nak faham pulak.
5. YB Khalid jugak kata YB Zul diam semasa di rumah DSAI dlm perbincangan isu kalimah Allah. Jawab aku:
Bagus kalau dia diam. Dalam pertemuan antara NGO dengan DSAI tu, kau ingat sikit ke ilmuan Islam? Ada Cikgu azmi, Dr Farid etc. Tak silap aku Prof Kamal Hassan pun ada. Bila ada 'ahli' dalam perbincangan, buat apa yang 'bukan ahli' nak menggatal tunjuk pandai???
Kau ingat aku tak tahu cerita ke Khalid? Kau ingat aku tak tahu masa mula2 pertemuan tu berlangsung, Anwar dah psiko awal2, macam nak suruh semua orang setuju dengan dia. Kalau tak sebab Cikgu Azmi sound, dah tentu ada kenyataan bersama yg sokong penggunaan kalimah dibuat. Aku masih tak mau cerita konklusi Anwar malam tu. Kalau aku cerita agaknya habis undi muslim kena tarik dr PKR!
6. Last sekali aku nak komen, Khalid ada sebut: Hakikatnya, ungkapan “meletakkan PR diparas bahu dan parti sendiri diparas kepala” menggambarkan sikap dan pemikiran yang amat meleset.
Sebenarnya kenyataan kau tu yang meleset Khalid. Kita kena pentingkan jemaah kita dahulu. Aqidah umat dahulu. Kesatuan jemaah kita dulu. Bukan pakatan politik dengan kawan kita nu. Buat apa Pakatan rakyat kuat tapi PAS melukut kat tepi gantang? Buat apa PR tubuh kerajaan kalau ISLAM TIDAK DOMINON??
Boleh tegak ke Islam dalam PR kalau PAS sbg satu2nya parti yang nak buat Islam ni pecah belah?
Pakai falsafah politik sesat kau ni, masa DAP sokong Pope time Pope buat statement kurang ajar kepada Islam dulu, kita kena sokong DAP la kan? Maklum la, persahabatan dengan DAP ni kita kena letak atas kepala. Kalau tak sokong DAP nanti, hubungan dalam PR terjejas. Mampus la kan ahli PAS fikir apa pun.
Bapak sesat falsafah politik ni!
Jawab Khalid!!
Jaga mulut kau tu sikit!
Tak setuju tak apa. Jangan sedap mulut nak melabel orang yg tak setuju dengan hujah kita!
Adab khalid adab!
Bravo,
YB Khalid Herald Samad ni memanng angkuh, bodoh sombong,
dia ingat dia je yang betul,
takder ilmu agama jgn buat kacaulah Yb
jgnlah menannguk diair keruh lagi
Tahniah Ali Zaidan. Beradab sungguh kata2 awak tu.
Kalau tak puas hati pasal sesuatu isu tu tinggalkan komen membantah kalau mahu tapi buat secara sopan.
Usah memaki Tuan Khalid.
Tolong beradab ler sedikit.
Kepada pengulas pengulas di atas:
Kalau tak puas hati pasal sesuatu isu tu tinggalkan komen membantah kalau mahu tapi buat secara sopan.
Usah memaki Tuan Khalid.
Tolong beradab ler sedikit.
March 13, 2010 5:05 PM
Totally agree with you.
rajraman666.Terfikir fikir kenapa manusia tak beradap walaupun fahaman berlainan.Mungkin salah di asuh dari kecil atau kerana fahaman politik merasuk hati dan jiwa.
We can be racial but can't be racist.
Tq.
spm mula bila.. bodoh la ko anon..
ko kena paham kenapa sistem pendidikan sekular.. setakat ckp bodoh2 bek takyah..
kepada yb khalid.. sy ucapkan tahinah kepada yb tentnag debat ini.. zul noordin pun cam senyap je skunk.. agaknya dah kene jurus.. hehe
kepada pengkritik2 ini bukanlah cadangan yb semata2, ini adalah dari zul noor.. biarlah mereka nak buat debat.. buka mindalah..
y korag2 ckp soal agama2 ni korang tu ulama' kew?? fikirlah..