Skip to main content

Ubah Masjid Untuk Orang Tua Sahaja

Oleh: Ismail Hashim (HarakahDaily)

SHAH ALAM, 20 Feb: Masjid bukan hanya untuk golongan tua sahaja sebaliknya untuk semua peringkat usia termasuk golongan remaja, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Menurutnya, konsep yang menyatakan masjid hanya untuk kalangan mereka yang sedang ‘tunggu masa mati’ sahaja perlu diperbetulkan segera dengan menggerakkan kegiatan untuk memudahkan anggota masyarakat mendampingi masjid.


Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Kelab Seni Silat Gayung Malaysia anjuran Pemuda Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini pagi tadi.

“Kita pernah mendengar sirah Rasulullah SAW di mana Saidatina Aisyah menyaksikan pemuda bertanding memanah di perkarangan masjid membuktikan bahawa Islam tidak pernah menghalang sukan yang berfaedah.

“Kegiatan mempertahan dan menyelamatkan diri adalah selari dengan matlamat diwujudkan institusi masjid yang berupaya menjaga kesempurnaan perjalanan seseorang Muslim di dalam semua bidang hidup,” tegasnya lagi.

Turut berucap di dalam majlis itu adalah wakil Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Naim Yusri, Nazir Masjid, Haji Badaruddin Dawami dan pengarah program, Adhar Mohamad.

Turut berucap di dalam majlis itu adalah wakil Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Naim Yusri, Nazir Masjid, Haji Badaruddin Dawami dan pengarah program, Adhar Mohamad.

Menurut Penasihat Pemuda Masjid Al-Ehsan, Ustaz Zawawi Jusoh, setakat ini terdapat 100 ahli kelab meliputi peserta berumur enam tahun hingga ke usia pencen di mana acara latihan silat diadakan seminggu sekali pada hari Jumaat malam Sabtu selepas solat Isyak berjemaah.

Katanya, kelab silat ini bermula pada 5 Februari lalu yang dilatih oleh Cikgu Iswan dari Seni Silat Gayung Malaysia dan sesuatu yang menarik di dalam majlis perasmian tadi di mana sebanyak sepuluh pasangan telah menunjukkan kebolehan mereka meskipun baharu sahaja berlatih.

Sementara itu, Haji Badaruddin menzahirkan rasa syukurnya kerana dapat menjayakan program untuk remaja dan orang ramai dengan masjid mempelbagaikan kegiatan untuk memenuhi tuntutan anggota masyarakat.

Katanya, dengan kesediaan remaja dan belia menyertai program seumpama itu, akan mendatangkan manfaat besar kepada diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya kerana mereka akan terselamat daripada gejala sosial.

Dalam hal ini, Saudara Naim mengumumkan Seksyen 24 telah terpilih sebagai tuan rumah untuk diadakan aktiviti kewanitaan secara tetap di sebuah premis terpilih bermula Mac depan.



Artikel dan gambar adalah ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

salam.... masjid pusat ibadah....spt masjid nabawi zaman rasullah saw...bukan masjid nabawi sekarang yer....tempat mbodek raja belaan british yahudi nassara al sauddd .... konsep nya ibadah mluas.....sampai mjadi pusat ketenteraan .....ATi angkatan tentera islam....ujud , konsep dakwah illah allah swt konsep taalim waatalum, ibadat khidmat ...dan lain....
barulah ujud " khairull umat ""
cina baru masuk islam pun fahammmm
jgn memperlekeh masjid nabawi sekarang. keberkatan masjid tu tiada tolak bndingnya berbnding masjid2 lain di dunia.
kerberkatan masjid hanya di dapati apabila mengikut ... cara cara di buat oleh rasulul allah saw...Islam bukan agama ikut ikut hanya ... orang kata berkat kita pun ....berkat lah.... tanpa berfikir dan menrujuk apa yang rasullu allah saw bawa dan perjuangan para sahabat .....akhir nya islam ikut ikut ....apa pak arab buat kita ikut ? kita tanya dan fikir lah adakah mereka dapat dari al quran dan Sunnah.... kena lah menuntut ilmu ...jangan jadi orang dulu ikut ikut... tahi unta .... arab ...di makan di buat ubat di katakan berkat...Rasullah saw suruh makan tahi unta atau benda kotor ...? u fikir sendiri lah...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-