Skip to main content

Perginya Seorang Pejuang

Pada pagi Ahad 21 Februari 2010 saya telah menerima SMS dari beberapa orang sahabat membawa berita sedih mengenai kembalinya seorang sahabat ke Rahmatullah, Ustaz Hambari. Almarhum merupakan seorang aktivis PAS yang penuh dedikasi dan begitu bermurah hati. Markas PAS Bukit Naga dibina atas tanahnya yang telah beliau wakafkan kepada PAS Kawasan Kota Raja. Sebahagian besar dari sumbangan untuk pembinaan Markas itu pun datang dari almarhum sendiri. Tidak cukup dengan sumbangan wang, beberapa kali saya telah melihat beliau bersama sahabat setia beliau, Hj. Maskuri, bertukang, membina Markas tersebut dengan tangan mereka sendiri.

Hasil dari pengorbanan dan dedikasi almarhum selama ini, maka telah terdiri Markas Bukit Naga, tempat di mana berpuluh ceramah telah dianjurkan semenjak 2001 lagi. Di situ juga terdapat PASTI Saidatina Aisyah yang turut berjalan dengan jayanya.

Saya mengenali almarhum semenjak menjadi YDP PAS Kawasan Shah Alam pada tahun 1997. Pada waktu itu, persempadanan baru belum lagi dilakukan dan oleh itu Jalan Kebun, Johan Setia, Kg. Jawa, Bukit Naga dan beberapa lagi tempat masih terletak di dalam kawasan Parlimen Shah Alam. Sejak pertemuan pertama lagi saya telah merasa kagum dengan keikhlasan almarhum. Almarhum merupakan AJK Cawangan dan penasihat PASTI, namun saya yakin baginya jawatan bukanlah sesuatu yang penting. Apa yang penting adalah melihat PAS benar-benar kuat dan bertapak di Shah Alam.

Saya masih ingat lagi pada suatu malam apabila saya diminta oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar, SU Agung PAS pada ketika itu, untuk turun bertemu dengan ahli PAS Kota Raja di Markas Bukit Naga. Pertemuan itu adalah untuk memaklumkan kepada ahli dan pimpinan kawasan Kota Raja bahawa kemungkinan besar PAS akan hanya bertanding di DUN Seri Muda dan oleh itu Parlimen Kota Raja bersama DUN Sri Andalas akan diserah kepada PKR. Oleh kerana saya TPJ pada ketika itu maka saya pun turut sekali untuk membantu Dato’ KJ yang begitu keberatan untuk menyampaikan berita tersebut. Seperti yang dijangka pertemuan itu diselubungi kesedihan dan tiada yang lebih sedih, saya lihat pada malam itu, selain almarhum Ustaz Hambari.

Pada 2004 PAS telah bertanding di Parlimen Kota Raja dan begitulah harapan kawasan untuk 2008. Almarhum turut berucap pada malam itu memohon diusahakan supaya PAS dapat bertanding juga diperingkat Parlimen kerana semangat ahli begitu tinggi dan usaha pun telah banyak digembeling sehingga jentera PAS berada diperingkat kekuatan yang optimum bagi menghadapi PRU ke 12. Saya mendengar ucapan almarhum yang penuh keikhlasan dengan penuh teliti dan melihat matanya sudah mula berlinangan. Almarhum khuatir ahli akan merasa kecewa dengan keputusan pimpinan untuk melepaskan Parlimen Kota Raja sedangkan ianya antara kerusi yang boleh membuktikan bahawa PAS mampu menang di kawasan majoriti pengundi orang bukan Islam sekiranya pendekatannya yang diambil adalah tepat.

Selepas pertemuan itu, apabila diadakan perbincangan dengan wakil PKR Selangor, usaha telah dilipat-kali gandakan untuk mendapatkan persetujuan mereka supaya PAS diberi Parlimen Kota Raja dan akhirnya, berkat usaha dan doa semua pihak, Alhamdulillah, telah berjaya.

Sebagai manusia biasa, kita tak boleh tidak, akan dipengaruhi oleh mereka yang kita kenali. Ada di kalangan kenalan kita ini yang mampu memberi dorongan kepada kita untuk berjuang dan berkorban. Sebahagian dari mereka adalah pimpinan dan sebahagian besar adalah ahli biasa. Mereka ini berjuang bukan kerana jawatan dan tanpa mendapat sebarang bentuk imbuhan. Kelompok yang besar ini tidak akan menjadi ADUN atau AP atau apa-apa jawatan sekalipun sekiranya menang. Namun mereka berjuang dengan gigih dan berkorban jauh lebih banyak dari yang memegang jawatan. Keikhlasan seperti inilah yang saya kagumi dan hormati.

Oleh itu, almarhum Ustaz Hambari merupakan salah seorang yang menjadi pendorong bagi diri saya secara peribadi. Keikhlasan beliau. Kesungguhan beliau untuk bekerja. Semangat memberi tanpa mengharapkan sesuatu balasan selain dari kemenangan Islam menjadi pendorong kepada ramai.

Semoga Allah merahmati beliau dan menerima beliau sebagai hambaNya yang ikhlas, yang tunduk kepada perintahNya. Semoga diampunkan dosa-dosanya dan dimasukkannya ke dalam syurgaNya.

Bagi kita yang tinggal, teruskan perjuangan dan sama-samalah kita berusaha untuk mencontohi keikhlasan dan pengorbanan almarhum. Semoga Markas Bukit Naga akan terus hidup dengan program yang menyeru manusia ke jalan ketaatan kepada Allah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Update: Jabatan Perancangan MBSA telah bersetuju supaya nama lorong ke Markas PAS Kota Raja dinamakan sebagai lorong Hj Hambari dan didaftarkan di dalam perancangan MBSA.





Comments

Tak baca yassin ke macam kat mahkamah?

pkrpasdap.blogspot.com
junaidi ahmad said…
Al Fatihah. Semoga roh beliau ditempatkn bersama org2 soleh. Ameeen.
orang kertas said…
yb, orang2 seperti ust hambari itulah yang mesti selalu diingat ahli politik/wakil rakyat PAS setiap kali nak buat apa2 keputusan politik. ada terlalu ramai yang berharapan besar di bawah. jangan perdayakan mrk dengan bersekedudukan dengan musuh atas nama perpaduan, misalnya.
Anonymous said…
Semoga almarhum diangkat Allah dikalangan orang-orang yang soleh. Perjuangan "grass-root" PAS penuh dengan keringat, tangisan dan darah. Bertungkus lumus memenangkan agama Allah. Jauh sekali berpolitik untuk kepentingan diri. Dalam jiwa mereka hanya Islam, Islam dan Islam. Semoga pimpinan PAS merenung keikhlasan pejuang-pejuang bawahan seperti almarhum dan ramai lagi. Jangan sesia-siakan perjuangan mereka.

Sirru 'ala barakatiLlah wahai Ustaz Hambari...
Anonymous said…
Alfatihah dan takziah untuk keluarga, semuga roh beliau dirahmati Allah..amin
Muhammad Fahmi said…
semoga abe MIE 'TERJAH' akan mati dipanah petir. amin...
Anonymous said…
mie terjah,

dalam Al Quran, Allah swt ada mengingatkan sebuah Neraka Jahanam sudah disediakan bagi mereka2 (manusia) yang TAKABBURR.....

ingatlah .....

budak malayu
guadahlupe said…
mie terjah...hasil tarbiah program 'terjah' kt tv3 suku tu.. Surah yasin pon bleh jd bahan gurauan ??
salam. alfatihah ...ini baru betoi ...perjuang atas kegigihan sendiri korban kan tanah.....titk peluh....dengan bersungguh2 barulah rakyat cayai bukan sajeee percaya tapi rasa terharu ..mdoakan keampunan dan kejayaan di akhirat.....tapi pemimpin PAS ler ni....ada cita cita...mgambil ksempatan dunia//.....mahu jadi MB selangor kjn perpaduann tajaan musoh jemaah Islam ... utk meporak parandakan gerak keje.... ler ni.... sangat rapat pula dengan pegerusi syabas ...puncak niaga .... nak cari sponsor kok....perkara ini rakyat mlihat pemimpin pas spt dah spt Uhmmno ajeeee...kepercayyan rakyat akan menurun ...nak berdoa kepada pemimpin bgini tawau hati.... sebab kejar dunia dan mgambil kesempatan ....betol ke anak pak ali bernama hassan.....budak jaga lembu.... waaallah waalam.. lu fikir fikir sendirilah...
mut said…
Apa sebenarnya beza Islam cara UMNO dan kafir ni? Confused gua...
Anonymous said…
aL fatihah. semoga roh nya dicucuri rahmat.. amin

Muhammad
Anonymous said…
Salam,
Orang camni ramai dalam PAS, tapi kurang dalam parti satu lagi. Itulah lambang sebuah perjuangan tulin. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Budak Parit said…
Kadang kadamg, tidak mempunyai jawatan adalah lebih mudah untuk mengikhlaskan perjuangan kerana kita tidak diuji dengan kesenangan. Ujian untuk pemimpin adalah lebih teruk kerana diuji dengan segala bentuk kesenangan, wang dan kuasa. Macam orang putih kata "power corrupts". Kecuali yang mempunyai iman yang kental macam tok guru Nik Aziz.
Anonymous said…
semangat Hj Hambari utk tidak membenarkan PKR memperkotak-katikkan PAS dan jentera kita harus diteladani.
TAKBIR!
Anonymous said…
Nik Aziz pun tak kental,kenapa kenapa biarkan menantu dia-------.
zacharias said…
Mie Terjah: Itu gambar tengah talkin la brader. Mu ni sah tak pernah gi kubur ni. Tu pasal perangai tak pernah nak elok
Anonymous said…
Salam YB Khalid,

Saya sekarang ni ternanti-nanti bilakah YB akan mengunci kilang arak yang terbesar yang terletak dalam selangor ni...seperti yang pernah dijanjikan oleh YB semasa berceramah suatu ketika dahulu..mintak YB lunaskan janji YB atau YB ni seorg cakap x serupa bikin...LU PIKIR SENDIRI la...kalau ada sepuluh org mcm YB nih..baik ler saya pangkah keldai dari pangkah YB@bulan...

Dari penagih janji yang cintakan agama, negara n bangsa (x suka org ckp bohong)
Anonymous said…
Itu lah org PAS asyik mendoakan keburukan n malapetaka kepada saudara Islam tp memuja org mcm LIM KIT SIANG N LIM GUAN ENG...
Anonymous said…
kesiannn pada pejuang2 pas yg terdahulu. beria2 nak tegakkan islam. dan tegakkan hukum hudud.

tapi bila dah ramai2 di parlimen , nak jual nama Allah pulak pada puak2 kristian.

tengok la ucapan YB khalid dan idolanya anwar brahim dan tuan guru. beria2 menjual nama Allah pada org2 kristian atas nama undi.

bukalah minda yg jumud tu.

joe
Anonymous said…
banyak juga cyber troopers umno dalam laman mp shah alam nie... eloklah tuu... belajar-belajar jadi manusia yang ada maruah dan aqidah... nak tutup kilang arak? hai daripada berarak sana sini bawa kepala lembu tuu, eloklah berarak kat kilang arak suruh kilang tuu tutup...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-