Pada pagi Ahad 21 Februari 2010 saya telah menerima SMS dari beberapa orang sahabat membawa berita sedih mengenai kembalinya seorang sahabat ke Rahmatullah, Ustaz Hambari. Almarhum merupakan seorang aktivis PAS yang penuh dedikasi dan begitu bermurah hati. Markas PAS Bukit Naga dibina atas tanahnya yang telah beliau wakafkan kepada PAS Kawasan Kota Raja. Sebahagian besar dari sumbangan untuk pembinaan Markas itu pun datang dari almarhum sendiri. Tidak cukup dengan sumbangan wang, beberapa kali saya telah melihat beliau bersama sahabat setia beliau, Hj. Maskuri, bertukang, membina Markas tersebut dengan tangan mereka sendiri.
Hasil dari pengorbanan dan dedikasi almarhum selama ini, maka telah terdiri Markas Bukit Naga, tempat di mana berpuluh ceramah telah dianjurkan semenjak 2001 lagi. Di situ juga terdapat PASTI Saidatina Aisyah yang turut berjalan dengan jayanya.
Saya mengenali almarhum semenjak menjadi YDP PAS Kawasan Shah Alam pada tahun 1997. Pada waktu itu, persempadanan baru belum lagi dilakukan dan oleh itu Jalan Kebun, Johan Setia, Kg. Jawa, Bukit Naga dan beberapa lagi tempat masih terletak di dalam kawasan Parlimen Shah Alam. Sejak pertemuan pertama lagi saya telah merasa kagum dengan keikhlasan almarhum. Almarhum merupakan AJK Cawangan dan penasihat PASTI, namun saya yakin baginya jawatan bukanlah sesuatu yang penting. Apa yang penting adalah melihat PAS benar-benar kuat dan bertapak di Shah Alam.
Saya masih ingat lagi pada suatu malam apabila saya diminta oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar, SU Agung PAS pada ketika itu, untuk turun bertemu dengan ahli PAS Kota Raja di Markas Bukit Naga. Pertemuan itu adalah untuk memaklumkan kepada ahli dan pimpinan kawasan Kota Raja bahawa kemungkinan besar PAS akan hanya bertanding di DUN Seri Muda dan oleh itu Parlimen Kota Raja bersama DUN Sri Andalas akan diserah kepada PKR. Oleh kerana saya TPJ pada ketika itu maka saya pun turut sekali untuk membantu Dato’ KJ yang begitu keberatan untuk menyampaikan berita tersebut. Seperti yang dijangka pertemuan itu diselubungi kesedihan dan tiada yang lebih sedih, saya lihat pada malam itu, selain almarhum Ustaz Hambari.
Pada 2004 PAS telah bertanding di Parlimen Kota Raja dan begitulah harapan kawasan untuk 2008. Almarhum turut berucap pada malam itu memohon diusahakan supaya PAS dapat bertanding juga diperingkat Parlimen kerana semangat ahli begitu tinggi dan usaha pun telah banyak digembeling sehingga jentera PAS berada diperingkat kekuatan yang optimum bagi menghadapi PRU ke 12. Saya mendengar ucapan almarhum yang penuh keikhlasan dengan penuh teliti dan melihat matanya sudah mula berlinangan. Almarhum khuatir ahli akan merasa kecewa dengan keputusan pimpinan untuk melepaskan Parlimen Kota Raja sedangkan ianya antara kerusi yang boleh membuktikan bahawa PAS mampu menang di kawasan majoriti pengundi orang bukan Islam sekiranya pendekatannya yang diambil adalah tepat.
Selepas pertemuan itu, apabila diadakan perbincangan dengan wakil PKR Selangor, usaha telah dilipat-kali gandakan untuk mendapatkan persetujuan mereka supaya PAS diberi Parlimen Kota Raja dan akhirnya, berkat usaha dan doa semua pihak, Alhamdulillah, telah berjaya.
Sebagai manusia biasa, kita tak boleh tidak, akan dipengaruhi oleh mereka yang kita kenali. Ada di kalangan kenalan kita ini yang mampu memberi dorongan kepada kita untuk berjuang dan berkorban. Sebahagian dari mereka adalah pimpinan dan sebahagian besar adalah ahli biasa. Mereka ini berjuang bukan kerana jawatan dan tanpa mendapat sebarang bentuk imbuhan. Kelompok yang besar ini tidak akan menjadi ADUN atau AP atau apa-apa jawatan sekalipun sekiranya menang. Namun mereka berjuang dengan gigih dan berkorban jauh lebih banyak dari yang memegang jawatan. Keikhlasan seperti inilah yang saya kagumi dan hormati.
Oleh itu, almarhum Ustaz Hambari merupakan salah seorang yang menjadi pendorong bagi diri saya secara peribadi. Keikhlasan beliau. Kesungguhan beliau untuk bekerja. Semangat memberi tanpa mengharapkan sesuatu balasan selain dari kemenangan Islam menjadi pendorong kepada ramai.
Semoga Allah merahmati beliau dan menerima beliau sebagai hambaNya yang ikhlas, yang tunduk kepada perintahNya. Semoga diampunkan dosa-dosanya dan dimasukkannya ke dalam syurgaNya.
Bagi kita yang tinggal, teruskan perjuangan dan sama-samalah kita berusaha untuk mencontohi keikhlasan dan pengorbanan almarhum. Semoga Markas Bukit Naga akan terus hidup dengan program yang menyeru manusia ke jalan ketaatan kepada Allah.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Update: Jabatan Perancangan MBSA telah bersetuju supaya nama lorong ke Markas PAS Kota Raja dinamakan sebagai lorong Hj Hambari dan didaftarkan di dalam perancangan MBSA.

Comments
pkrpasdap.blogspot.com
Sirru 'ala barakatiLlah wahai Ustaz Hambari...
dalam Al Quran, Allah swt ada mengingatkan sebuah Neraka Jahanam sudah disediakan bagi mereka2 (manusia) yang TAKABBURR.....
ingatlah .....
budak malayu
Muhammad
Orang camni ramai dalam PAS, tapi kurang dalam parti satu lagi. Itulah lambang sebuah perjuangan tulin. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
TAKBIR!
Saya sekarang ni ternanti-nanti bilakah YB akan mengunci kilang arak yang terbesar yang terletak dalam selangor ni...seperti yang pernah dijanjikan oleh YB semasa berceramah suatu ketika dahulu..mintak YB lunaskan janji YB atau YB ni seorg cakap x serupa bikin...LU PIKIR SENDIRI la...kalau ada sepuluh org mcm YB nih..baik ler saya pangkah keldai dari pangkah YB@bulan...
Dari penagih janji yang cintakan agama, negara n bangsa (x suka org ckp bohong)
tapi bila dah ramai2 di parlimen , nak jual nama Allah pulak pada puak2 kristian.
tengok la ucapan YB khalid dan idolanya anwar brahim dan tuan guru. beria2 menjual nama Allah pada org2 kristian atas nama undi.
bukalah minda yg jumud tu.
joe