Skip to main content

PERAK

Apa yang tidak mampu dicapai melalui peti undi, telah sekarang mampu dicapai melalui ‘kematian’ sistem kehakiman yang bebas. What cannot be achieved through the polls is now achieved through the ‘death’ of an independent judiciary.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
aku dah agak dah komen tu..
Kalau Nizar menang lain pulak..puji mahkamah
Ahmad Syafiq said…
I'm a PR supporter like any other. We already felt the injustice all the time, like the Perak case. However, I think it is better to put this case behind us and move forward. If we can wait 1 year for the final jugdment on who is Perak MB, why don't we wait for another year or so for the anticipated snap elections? Only then we'll know who the Perakians want as their MB.

And, we don't want to see BN eating into our support in Perak, which is currently happening. Thus, Nizar and his team will now have to work hard to continue SERVING the people in their respective constituencies. Only then we may have a chance of regaining Perak fair and square. And, remind them to just come to the State Legislative Assembly as usual, being on the opposition side. Then it will give good public perception that Nizar accepted the decision with an open mind and it will be business as usual. We must not worry about Perakians forgetting Feb 6 2009. They don't need constant reminding over what had happened. It will be translated into votes.

And cries of injustice is pointless. Injustice happens all the time. We just have to bugger the system then.

Just my wishful thinking.
Anonymous said…
Whats left are just zombies! Tiada perasaan, tiada ehsan apatah lagi integrity! The five judges tu are all Malays....mana agaknya perasaan takut pada Allah SWT. I shudder to think about the fate of Malaysia.
Anonymous said…
masalahnya pembangkang takda majoriti.camna nak perintah kalau takde majoriti?gantung keahlian adun2 BN?
Anonymous said…
janji majority berpihak kepada BN..
YB tengok tv ke mlm tadi pasal zulkifli nordin kata puncanya adalah dap?

so kalau di pihak pakatan rakyat pun kata puncanya adalah dap maknaya tindakkan mahkamah adalah betul & tepat.

yg mati adalah pakatan rakyat yg gagal mentadbir dgn baik.

isu kalimah allah, kuil, tanah kubur akan berlegar pada pru13 nanti..
aku dr amin said…
dah agak dah keputusan ni yb.
Anonymous said…
Pakatan tak ada majoriti YB.
Apa yg di ucapkan oleh YB Nizar pada saya sungguh melampau!

Sepatutnya beliau terima sahaja keputusan mahkamah bukan kata tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan.

so kalau dpt kuasa nanti dlm pru 13, adakah PAS/DAP/PKR akan buang raja-raja melayu?

lebih baik bersabar saja hingga pru13. tapi saya jangka DAP tetap kalah.

YB, saya tengok tv smlm pasal Zul. Agak terkejut dengan pendedahan YB Zul dan saya amat bersetuju dgn pandangan YB Zul, DAP adalah duri dlm daging.

Cuba lihat apa berlaku di seksyen 8. Rampasan arak, YB Ronnie Lui masuk campur. Apa tindakkan YB pada masa tu?

Tak buat apa pun YB. Bukanlah saya memperkecilkan YB, tapi saya agak kecewa dgn PAS sebab dulu tegas dgn perjuangan Islam. Tapi bila dapat segenggam kuasa, lupa segalanya.
Anonymous said…
takat menang majority dari 3 ekor yg ada masalah moral.. ambik kat hang la, KERAjaan lantikan mahkamah!!.. semoga diredhai allah dgn amanah dan gaji tu..
{rungkup dlm, bagan datoh}
Anonymous said…
Kejahatan UMNO amat terserlah sekarang. kalau aku jadi zamry aku tak nak jadi MB Perak. kerana aku perlu fikir hamba-hamba allah yang lain. Tahu kah UMNO selain dia patut taat kepada Sultan dia juga patut taat kepada allah. maka dia patut taat kepada hamba-hamba ALLAH. Sultan itu hanya 1(juga hamba Allah) tetapi hamba-hamba Allah ini ramai. HJ jamaluddin insaflah, jangan kau derhaka kepada hamba-hamba ALLAH ini sebagaimana kamu takut menderhaka kepada Sultan. Pembabitan UMNO di Perak bagi mejoriti Rakyat Perak adalah haram kerana jelas PRU 12, PR menewaskan BN. Jadi tolong jangan pertikaikan undian hamba-hamba Allah ini. Yang perlu dipertikaikan ialah 3 hamba ALLAH yg bersekongkol dng UMNO dan juga UMNO itu sendiri yang berpendirian songsang. Mereka adalah pengkhianat yang dilaknati Allah kerana menganaya majoriti rakyat Perak yang mana telah memberi mandat kpd PR. dan harus diingatkan UMNO patut bertanggungjawab. Majoriti rakyat yang tertindas ini adalah Islam dan mereka akan tuntut diakhirat ingat tu wahai Zambry, tanggung jawab itu amat berat wahai Zambry. Sebenar nya Nizarlah yang amat bertuah walaupun dia tewas didunia fana ini didepan mahkamah dunia namun tanggungjawabnya selesai untuk kes ini. aku tidak langsung pertikaikan Mahkamah, Aku ingin bertanya daripada 10 hakim, yang akan ke neraka adalah berapa? jadi kalau 5 pula? Ini adalah sabda nabi bukan!. Pagi tadi di Astro Awani, penganalisis ada mengatakan, kalau dilihat dari sudut perlembagaan Nizar akan menang namun kalau dilihat dari sudut politik masa kini maka Zambry akan menang. Jadi kita boleh nampak siapa yang baik dan siapa yang buruk. Zambry kau akan menunjukkan muka kau yang buruk itu selama kau menjadi MB Perak, tak malu kah kau kepada hamba-hamba Allah yang lain. Mungkin kau akan kata ‘lantak P la apa orang nak kata’ namun jikalau kau tak malu pada hamba-hamba Allah yang lain, jangan sekali-kali kau tidak malu pada Allah. Begitu juga pada melor45 dan HJ Jamaluddin malulah pada Allah kerana kita akan kembali pada nya.Pandang lah dari sudut rakyat jangan pandang dari sudut pemimpin kerana yang menjadikan pemimpin itu pemimpin adalah rakyat. Seorang dari India berkata kepada ku, Pemimpin Malaysia ni seperti orang India kalau dapat kuasa tak nak lepas biar pun orang tak suka. Nakkah kita dikatakan begitu sedangkan kita orang Melayu dari rumpun melayu dari rumpun India.
Anonymous said…
UMNO melampau pura-pura tak tau konon dengan kesongsangan mereka. aku tak salahkan mahkamah aku salahkan UMNO. PR tak kacau pun negeri UMNO kenapa yang UMNO sibuk-sibuk kacau negeri PR. Tentang mahkamah tuhan dah kata majoriti hakim didunia adalah penghuni neraka apa lagi yang UMNO nak jawap, nak lawan kuasa tuhan pulak.
Anonymous said…
..hoi tampa nama 11:23pm ...lu sudah lupa ka adun katak di perak ada rasuah sex..sekarang cerita sex sudah pupus..
Like many others, I firmly believe that we now put the case behind us and instead spent the time focusing on reaching the masses so that when the 13GE comes around, we will make a clean sweep of the state. I hate to say, it that happens, it will be the rakyat middle finger to the Sultan, Najib, Zambry and the five UMNO federal court judges. I couldn't believe that there was not one dissenting judgement when one high court judge could see the difference. Two and half years are not very far off. Nizar and his men have better start working to ensure a resounding victory in the next election.
Anonymous said…
I totally agree with Ahmad Syafiq.
Judgment has been unfairly ruled..!!

So be it! What's another year of waiting for GE13???
Sabar....!!!

Nizar should & "MUST" continue serving the rakyat. Don't waste time harping on stupid issues.

Please remember.....
"The rakyat are your voters...!!"
pinsysu said…
'independent judiciary'? sure or not ... u mean 'un-repentant judiciary' right? nowadays even ordinary folks in the street comprehend what the constitution says, but not these learned judges?
Anonymous said…
rasuah sex tetap kena.
siapa yg kenakan dia?
UMNO? PKR? DAP? atau nafsu?

cuba fikir. jangan main sergah je.
pada aku perak kena bagi mandat balik kepada rakyat utk menentukannya. mahkamah tetap dgn prinsipnya. adil & saksama.
Anonymous said…
Kejayaan lantikan MAHkamah.
bukan kerajaan pilihan rakyat

wait and see...
Azwar said…
cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

Blog post Y.b Khalid Samad ini akan dianggap sebagai menghina mahkamah. jangan sampai ade yang nak report tentang blog post Y.b ni.

kalau utusan boleh dianggap menghina mahkamah kenapa tidak Y.b.
Irfan Khairin said…
Saya sebenarnya kecewa dengan sikap PAS selepas PRU12. boleh dikatakan PAs tak setegas dulu sebelum sertai Pakatan Rakyat.

Ade sape2 yang ingat tentang masa zaman Barisan Alternatif dulu. PAS lantang perjuangkan islam.

Tapi sekarang macam hilang arah. Yang presiden PAS mahu ini, yang T.G. Nik Aziz nak macam tu. Pendek kata masalah dalaman parti terlampau kronik sampai menyebabkan perpecahan.

Kalau boleh minta Y.B Khalid Samad beri pendapat tentang campur tangan Ronnie Liu dalam kes rampasan arak di S. Alam. Kes ini dalam bidang kuasa Ronnie Liu atau pun Hassan Ali.
sedar ditipu said…
Wahai pnyokong2 melayu dan islam dlm PAKATAN,bilalah agaknya matahati korang semua nak buka?korang semua mati2 nak sokong DAP tu knp?nama shj NIZAR yg MB tp yg mnggerakan krjan adalah DAP.di penang melayu ditindas habis-habisan oleh DAP masih lagi tak boleh buka mata korang?
Kay Du Lac said…
I don’t really understand why PR Perak is making such a big fuss about the ruling.

Nizar is REALLY confident to win the election again. Why bother wasting energy creating controversies in this issue?

It’s better for Nizar to concentrate on winning the next general election BIG TIME!
Anonymous said…
3 org lompat katak tu sape yg pilih at the 1st place? bukan PR? nape pilih calon yg tak berkaliber, tak tetap pendirian dlam perjuangan party? kalu UMNO bagi duit pun, kalu calon itu tetap pendirian dia, takkan menjadi..

jgn salah kan org lain kalu diri sendiri tak betul..

tolong hentikan persepsi yg mahkamah najib, pengaruh kerajaan etc, itu suma persepsi aje..cuba lihat reason penghakiman tersebut, strong reason or weak?

bila kalah, hakim bias, bile menang, inilah KEADILAN! Takbir!..
ahli pas 364340 said…
kita da tau umno tu jahat, sama saja dengan golongan zionis israel. mereka akan guna segenap peluang dan ruang untuk menghapuskan musuh2 dia, hook or crook! itu semua penduduk bumi sudah tahu.
tak payahlah kita pertikaikan lagi keputusan mahkamah semalam, sebab semakin kita zahirkan yg kita tak setuju. rakyat akan anggap kita terlalu gila kuasa. saya bimbang simpati rakyat kepada kita, PR, jadi terbalik, takut jadi menayampah pulak pada kita, disebabkan sikat "nak" kita pada jawatan MB perak. biarlah kita lepaskan dulu MB perak kali ini, isyaAllah kita kerja kuat biar boleh menang lebih dari 2/3, baru pada masa tu umno tak boleh buat apa2 lagi. anggap saja peluang memerintah selama hampir 2 tahun itu sebagai ujian yang mematangkan kita.
sama juga keputusan pada YB khalid oleh JK disiplin, wpun kita tak suka... terima je lah dulu. kita mengalah bukan bererti mengaku kalah tapi, berundur sekejap untuk menyusun strategi yang lebih baik. supaya kita dapat keputusan yang lebih baik. itulah sikap kita orang beriman yg yakin pada pertolongan Allah.
sikap ini pernah ditunjukkan oleh TG Ab Hadi Awang, sewaktu rakyat tolak PAS di ganu. lebihkuran aku ingat di kata beliau... "apa nak buat rakyat dah tak nak kita, kita bekerja keras untuk bantu agama dan bantu mereka tapi mereka tak nak dibantu, mereka lebih mengharapkan kepada umno. lagipun kita berkhidmat bukan untuk kepentingan peribadi kita, kita bukan nak dan bukan dapat apa2 dari jawatan2 kerajaan (selain elaun wajib), yang kita cari adalah keredhaan ALlah". lebih-kurang itulah pandangan ikhlas beliau, sebagai menunjukkan sifat redha dengan ketentuan Allah, tanpa mengurang sedikitpun gerak-kerja dan perancangan untuk memenangkan kembali hati rakyat terbanyak untuk mengundi kita.
aku harap pada yb nizar, akuilah ia sebagai ketentuan ALah, kita terima ia sebagai sesuatu yang positif, sekurang-kurangnya yb nizar boleh tumpu pada DUN dan Parlimen yang beliau menang, dan juga pada parti. supaya parti lebih kuat dan lebih banyak lagi kerusi pas yang kita dapat tawan dalam pru13 nanti.
kita kena ingat perangai orang melayu, kalau kita tunjukkan sikap "nak sangat", nanti mereka beranggapan kita tidak ikhlas dan berkempentingan sedangkan umno mereka anggap sultan yang lantik. orang melayu, kalau sebut sultan, cair terus, terutama yang asas keagamaannya masih nipis. sikap melampau kita pada sesuatu, selalunya tidak disukai oleh majoriti orang melayu. berbeza sangat dengan kaum lain.
oleh kerana itu bekerja keraslah mulai dari sekarang untuk keputusan yang lebih baik pada masa depan.
minta maaf kalau pandangan ini tidak baik.
fahimi said…
Kepada YB Nizar, YB Khalid dan semua YB pakatan. Keputusan sebegini memang sudah dijangka. Mereka mengatakan yang kalau keputusan memihak kepada PR, kita memuji.. tapi kalau keputusan memihak kepada BN, Kita akan mengeji. Tetapi semua tau.. apabila keputusan memihak kepada PR.. apa akan jadi pada hakim-hakim ini? cuba cari di mana hakim-hakim yang membuat keputusan in-favour to PR? Semuanya sudah ditukarkan bukan? Mereka tidak mencaci.. tetapi terus melenyapkan secaya senyap-senyap :) Bagi saya.. hakim-hakim ini sanggup menukarkan segalanya untuk menjaga periuk nasi.. Kita sebagai PR yang berkhidmat utk rakyat.. tingkatkan usaha untuk membantu rakyat.. berkhidmat utk rakyat. pedulikan apa yang dikatakan oleh makhluk2 yang tak takut akan kematian ini.. tak takut hukuman Allah ini. Bagi penyokong/YB PR yang muslim .. kita sama2 berdoa dan juga menghayati dan juga mengamalkan Ajaran Islam yang sebenar. Insyallah kalau org UMNO benci.. ALLAH pasti tak benci.
kuzy said…
salam YB...

sy mmg tak terkejut dengan keputusan ini... lepas keputusan mahkamah rayuan terima rayuan zamri dalam tempoh sehari, rakyat dah boleh baca yang hakim kene tunggang .

memang hakim pertimbang kes ni pakai dacing BN... so memang dahtau result dia macam mana...

rakyat tidak pernah lupa dengan apa yang umno/ bn buat....

warga PR, siap sedia untuk PRU13 tak lama lagi..
Anonymous said…
Hikmahnya PR lebih dekat dihati rakyat!!!!!!!Teriama tak terima rakyat yang akan menentukan yang mana satu kaca. anon2 berdua tak payah susah-susah nak terangkan...sebagai penjilat bangkai, kamu sebenarnya butaaaaaaa!! ketawalah hingga buncit perut-perut kamu yang tidak mengenal halal haram. Beku dan kaku akal fikiran kamu yang tidak tahu mengenal kebenaran...
Anonymous said…
orang politik aje bergaduh.. bukan nak tolong rakyat pun.. rakyat perak rileks je cari makan hari2. depa tak harap pun org politik nak bela mereka...

- parti jahat -
Anonymous said…
menang kat dunia, hancur kat akhirat. biasa la tu. sekarang org semua sebok buat dosa. yg benar dikata bohong. yang bohong di kata benar. malah ada yang lebih hina dengan menggunakan sumpah. golongan ni kita boleh tengok di berita tv. setiap hari ada di tv.
Saya tak kisah pun kalau Zambry menang kerana dari dulu lagi sistem kehakiman kita telah dijadikan landasan untuk menyelamatkan pemerintah. Cuma yang saya sedih bila perlembagaan negara ini telah diumpamakan sebagai kertas tisu jamban. Bagi mereka yang tidak tahu konsep pembahagian kuasa iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman serta kedudukan perlembagaan sebagai yang tertinggi daripada badan di atas. Untuk negeri, perlembagaan ini dikenali sebagai undang-undang tubuh negeri. Bagi mereka yang kebanyakan orang Melayu yang masuk universiti pakai tiket SPM mereka tidak mempelajari tentang pembahagian kuasa dan perlembagaan kecuali kalau mereka di jurusan undang-undang. Orang Cina, India dan segelintir orang Melayu yang tahu tentang perlembagaan dan kekuatannya kerana subjek ini di ajar dalam Pengajian Am Kenegaraan Malaysia STPM. Sebab itu terlalu ramai orang melayu kurang faham apa itu perlembagaan dan apa itu pembahagian kuasa. Cuma orang melayu tahu tentang KETUANAN MELAYU sahaja. Kesian orang Melayu.
Mat Tempoyak said…
Hakim Ariffin Zakaria tu dulu Penasehat Undang-Undang Negeri Perak, sangat ngam dengan Sultan Azlan. Dapat anugerah Dato pun dari Sultan Azlan. Takkan dia nak malukan kawan ngam dia.
shakerz said…
Nape bile kalah, x pernah skali pon pembangkang ni slhkan diri sndri???...x pernah bermuhasabah...
Anonymous said…
http://mykini78.blogspot.com/

sila Ke Blog Saya.Saya Ada Jalankan Survey
Anonymous said…
sbb PR tu perfect! aku tak payah ckp pasal ape UMNO ckp, si ZUL ckp mase TV3-SOal Jawab aritu da cukup memadai..bukan syok sendiri, ini org yg DALAM PR sendiri..

aku ingat UMNO je yg canang2kan keretakan DAP-PAS-PKR, rupenye si ZUL ni sendiri tak perlu disoal pasal menda ni da terangkan kedudukan sbnr..

tp UMNO disalahkan..and ZUL dikatakan tali barut UMNO sbb berkata begini, begitu juga kpd yg lain2 yg tinggalkan PR and sertai BN..

pasal MP lompat2 ni, itu hak dia..rakyat patut tahu siapa yg diundi..sbb org ini akan menjadi wakil dalam membela nasib mereka..takkan lompat je nak wat pilihan raya semula? sentimen kepartian lebih dari keperibadian..
kena phm tugas MP adalah wakil yg menyuarakan, parti adalah platform shj..aku taknak sokong org yg tak tau wat keje/malas tp berada di platform bagus..

Jgan salah musuh skrnya askar sendiri berpaling tadah..
harunn said…
Salam

Kalau camni le gayanya pemimpin pakatan , tak payah la nak berangan perintah Malaysia , kalau perintah malaysia , mahu kuasa Sultan disekat

inilah akibatnya terlalu tunduk dengan dap tu , dulu Pas tak macam ni , betul la kata Yb Zul , zaman Ustaz Fadhil Noor , Pas lebih baik dan dihormati kerana berjuang untuk Islam , sekarang dah jadi cacamarba , semua boleh

Dah kena gantung dan diberi amaran supaya diam , tutup mulut , tapi masih lagi kritik Pemimpin tasan Pas , harap ambil lagi tindakan gantung lagi 6 bulan

Selangor hanya perlukan seorang pemimpin bernama Hassan Ali
Anonymous said…
Ini bukan silap pas.. ini silap PKR yang menentukan calonnya PRU 12 di perak.. next pru pilih lah orang macam YB khalid mantop.. dah buat baiah.. takkan nak tinggalkan isteri tersayang pulak..
Anonymous said…
salahkan nuar beb..dia yang mulakan projek katak lompat-melompat ni.. bila orang umno lompat ke pkr, dengan megah dia kata.. inilah demokrasi sebenarnya...

dah kena batang hidung sendiri.. janganlah salahkan orang lain.. dah tahu pakatan rakyat lemah, janganlah nak megada-ngada.. semua ADUN adalah penting.. inikan tidak hanya pentingkan DAP aje..merajuk sekor runtuhlah kerajaan Perak..

kau ingat Pakatan Rakyat dapat balik nak perintah Perak; tok sah mimpilah...
Orang Shah Alam said…
YB Khalid Samad,
Jawatankuasa Disiplin Pas kenakan hukuman kepada YB sebab membocorkan rahsia bai'ah iaitu wakil rakyat akan ceraikan isterinya kalau mereka lompat parti. Itu lah rahsia yang YB bocorkan. Isu UG itu tidak sebenar rahsia ba'ah. Sekian.
sek 18 said…
sara org shah alam 11.11 ini org yg baca utusan saja kot..yg bocor rahsia baiiah adalah nasaruddin,itu pun tak tak ke atau buat buat tak tahu
Anonymous said…
Bengong mu...
Main serkap jarang jer kata isu taklid tu rahsia sebenar YB kene tindakan..

Isu UG tu lagi besar dari segalanya.
masa awal2 dulu.. siapa yg pakat SETTING MASA ngan UMNO jumpe tanpa pengetahuan.. SIAPA? cuba cakap?...

ini bukan rahsia besar ke???? hahahaaa

Memang bodoh kelo kata bukan rahsia...

Lu pikir la sendiri..
Unknown said…
salam..biarlah mereka dengan cara mereka.Kita sebagai orang yang beriman hanya menyampaikan tapi hak allah untuk mengubah atau membuka hati mereka...
Anonymous said…
Salam YB,

Saya rasa ni YB adalah pak turut DAP...mungkin YB menafikan tapi dimata pengundi YB tak ubah seperti pencacai DAP seperti lembu yang ditarik hidung..dulu saya penyokong kuat PAS tapi setelah melihat pakatan rakyat sudah menjadi pakatan DAP..lebih baik saya pangkah kambing dari PAS...itulah realiti..mungkin YB akan anggap komen ini dtg dari penyokong BN...so begitulah cara YB buat kesimpulan kalau ada komen yang tidak disenangi terhadap YB...
Tinta Hitam said…
Apa yang nak diharapkan dari kanggaroo court ,berhakimkan beruk? Keputusan menepati jangkaan ramai pihak
kuzy said…
harun....

bukan Pas yang sekat kuasa Sultan, undang2 tubuh Negeri Perak kata mcam tu... dah terang lagi jelas.. cuba gi baca kat undang2 tubuh negeri perak, adake mana fasal yang kata Sultan boleh terminate menteri besar??

hang jawab yang tu dulu... baru nak persoal PAS ke, YB Khalid ke? kuasa Sultan ke?...

Sapa yang sekat kuasa Sultan? sapa yang nak gulingkan Sultan Kelantan? sapa yang tabalkan sultan lain sedangkan Sultan Kelantan masih memerintah? sapa yang minta akaun sultan diperiksa??

hang punya kaum la UMNO
harunn said…
Kuzy

ko ni dah termakan air jampi ngeh dap la kot

semua boleh ko sapu , cukup la perak kita jadikan teladan , tak sanggup aku tengok malaysia jadi camtu

cukup la pakatan perintah 4 negeri , kalau kat kedah dan kelantan aman sikit , kalau kat penang dan selangor haru biru jadinya

kalau selngor diperintah oleh Pas iaitu dato Hassan Ali sebagai MB aku sokong la , kalau orang pkr , susah la sikit
Azhar said…
Ramai penyokong pakatan sokong membabi buta tuli saja , yang berjuang untuk agama dan bangsa dicemuh dan dihentam bukan main

tapi yang mengadaikan agama dan bangsa pula dijulang dan dipuji melangit

Yb Zul dulu yang bermati -matian berjuang mempertahankan anwar dahulunya di puji , namun apabila dia berjuang demi Islam , dia pula dihalau dari pkr , inilah yang dikatakan kacang lupakan kulit dan melepas anjing tersepit
Anonymous said…
memang BN ada majoriti, cuma ahli UMNO dan penyokong BN yang buta undang-undang, bukan boleh terus rampas jer... kena ikut prosedur .... BUBAR DUN...

Tarak baca punya orang...
Selamat makan duit haram .....
Semoga keluarga dan keturunan anda akan mewarisi harta haram hingga akhirat...
Anonymous said…
Percaya pada Qada' dan Qadar. Buka hati untuk menerimanya dengan penuh hikmah, bukan dengan hati yg penuh dendam dan busuk tak sudah. Renungkan2 kata2 MB Kedah supaya menerima dengan hati terbuka.
Anonymous said…
Kalau cuma nak komen kata itu ini terhadap kerajaan BN dan pemimpin memang mudah.

Cuba kita halau Khalid Samad balik Johor, tengok boleh ke dia cakap yang bukan-bukan terutamanya isu yang menyentuh Agama Islam dam pemerintahan Beraja.

Dalam sola PERAK, tak perlu dibahaskan keputusan Mahkamah sebab Nizar pun bukan nya diterima oleh semua rakyat pera. Menang kat Parlimen Bkt Gantng hanay dari undi Cina kawan Simpang dan Kuala Sepetang ( Memang tempat ini kawsan DAP) dan kalu dilhat kawsan kebal PAS pun dis kalah dan menang tipis disaluran-saluran astro milik mereka. Sebab masa itu orang melayu dah sedar siapa sebenarnya Nizar dan DAP.

jadi adalah lebih baik bekerja kuat kurang ceremah yang BN sahaj yang tak betul semoga PRU13 dia boleh menang lagi..

itu pun kalu dia tak pindah kawasan,,, kalu masih kat pasir Panjang tuuu .. entahlah harap-harap keluarga dia tetap mengundi untuk dia..
Anonymous said…
YES. Betul. Lebih baik pangkah KAMBING daripada pangkah YB Khalid Samad ni..ini termasuk jugak DAPig. PKR lagi la..menghampakan orang Melayu je..
Tinta Hitam said…
Salam semua,

Saya yakin kes liwat DSAI yg sedang dibicarakan skg ni pun skripnya lebih kurang kes saman YAB DS MOhd Nizar juga la.Mahkamah Tinggi mungkin kata "not guilty".UMNO akan bawak ke Mahkamah Rayuan .Mahkamah Ryuan kata "guilty".DSAI rayu ke Mahkamah Persekutuan.Keputusannya...."guilty without doubt".
Kulaan Niring said…
Percayalah kepada qada dan Qadar Allah yg Esa. Sebaik-baik rencana manusia, baik lagi rencana Allah yang Esa.

Allah yg Esa berkuasa mengangkat dan menurunkan siapa yang dikehendakiNya. Terimalah ketetapan Allah yang Esa.
Anonymous said…
kalau anwar minta tukar atau disqualify hakim...depa kata kat anwar suka tangguh2

tapi bila gerombalan bermati matian nak tukar kes ke mahkamah tinggi (bermati matian dari mahkamah seksyen ke mahkamah tinggi), ok la pulak

semuanya gerombolan betul...pelik kan....hmmm..
Anonymous said…
KS lebih baik jadi chalon DAP kawasan Johor the next election,
kuzy said…
harun...

tang mana yang aku termakan kata2 dap??

yang aku tau slogan DAP, UMNO yang sebat.... slogan 1 malaysia... apa da??

jangan asyik baca UTUSAN je... nanti tak berkembang otak...

sila rujuk balik kes sultan kelantan nak digulingkan UMNO... dan tolong cari keratan gambar penyokong UMNO bawak sepanduk dok bantah Agung lantik Ahmad Said jadi MB terengganu...

kalau tak tau meh aku foward kat emel hang...

next post, tulih emel hang ek...

YB, kesian btol kat cyber trooper UMNO ni.... main tembak jek... lawak pun ada
xplorer said…
kah kah kah , aku mmg dah agak dah komen psal perak . Kalau NIZAR menang - keadilan dan kesaksamaan di dalam sistem kehakiman telah pulih . Kalau zambry menang - tiada lagi keadilan dlm sistem keadilan .dulu anuar bukan main megah lagi buat kenyataan yg MP BN akan lompat parti , siap tulis surat lagi kat agong .Takde pulak aku dengar org mcm khalid samad buat kenyataan . aku mintak satu saja - cuba tanya anuar apa komen dia bila perak pulak tumbang psal lompat parti ? aku confirm dia mesti cakap yg diaorg dah kena beli , tapi kalau org umno plak yg masuk PR , itu soal prinsip .Hampeh btul PR - jangan harap aku nak undi PR dlm PRU nanti , KERAJAAN PAKATAN FLIP FLOP.
Unknown said…
Salam Kengkawan

Biasalah - itukan sifat Pembangkang. kalau menang - dia kata adil, kalau kalah dia kata unindependent judiciary system. kalau orang lain bersekongkol dengan orang kapir - dia kata orang tu kapir dan tak masuk syurga, tapi bila dia bersekongkol dengan orang kapir - itu dinamakan jihad. Kalau orang maki hamun orang lain dikatakan tidak berakhlak, kalau dia maki hamun, dikatakan islam membenarkannya. Bila orang terus memerintah bertahun-tahun - diakata gila kuasa, tapi bila dia terus berkuasa sampai nyanyuk dia kata rakyat perlukan dia. Kalau orang lain gunakan akta mesin cetak dan penerbitan untuk menyekat kebebasan berakhbar, dia kata menyekat kebebasan dalam demokrasi, tapi bila dia sekat pandangan rakyat dalam blog nya - contohnya dalam blog ini (Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author), larang ahli parti membuat statement secara terbuka dia kata untuk menjaga perasaan rakyat dan keharmonian parti.

Yang jelas - semua sama - cakap tak serupa bikin. Orang semua salah - dia semua betul. Mereka semua pendokong kuat teori "the end justifies the means".
Anonymous said…
kalau dah POLITIK tu POLITIK juga la..kalau org BN melomat masuk PAS ke PKR ke punya la puji bagai nak RAK tapi apabila berlaku sebaliknya MENGUTUK,MEMFITNAH bagai nak RAK..

Korang n memang MUNAFIK betul...

Sekarang dah bukan masalah MAHKAMAH ke atau tak tetapi SIFAT korang yang MUNAFIK..
Anonymous said…
bukan soal mahkamah pro mana2.
mahkamah kena adil dan tidak mudah dipengaruhi. tp pgulungan hakim lebih terarah kpd kuasa sultan yg menafikan semua perkara tmasuk undang2 tubuh bkait dengan status MB perak. sampai 5 - 0 pulak tu!

tak pe, yg penting sabar menanti PRU 13. Kalau nak buat pilihan raya di Perak lebih baik krn kembali kepada rakyat.

Tp nak ke UMNO buat..... Takut kot apatah lagi kini semakin banyak isu dan melibatkan kos yg tinggi. Kota Siputeh, di Kedah entah macamner? Program Juara Rakyat yg kos begitu tggi boleh pulak....
Anonymous said…
perlembagaan vs sultan.. mahkamah putuskan sultan menang.. rakyat jadi kabur yg mana patut dijunjung dahulu.. perlembagaan or raja berpelembagaan.. aku pun pening..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-