Oleh: Ustaz Ahmad Awang
Mengingat peristiwa perbuatan HAB mendedahkan rahsia penting mengenai perancangan Rasulullah membuka Makkah (fat-hu Makkah), terlintas di fikiran saya tidakkah Jawatankuasa Displin PAS yang dianggotai oleh dua orang ulama' terfikir peristiwa ini boleh dijadikan panduan atau iktibar dalam memutuskan penghakiman terhadap Khalid Samad (KS) atas pertuduhan yang dikatakan serius iaitu mendedahkan RAHSIA parti. Sebesar manakah rahsia yang didedahkan KS itu telah juga dijawab oleh beliau sendiri di hadapan majlis penghakiman Jawatankuasa Displin yang diketuai oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Rahsia yang didedahkan oleh HAB adalah satu rahsia yang sangat besar dan perbuatan yang dilakukan oleh HAB itu satu kesalahan yang sangat serius sehingga Allah memberitahu rasulNya atas perbuatan HAB itu. Kalau rahsia sebesar itu yang didedahkan HAB boleh diampuni oleh Rasulullah s.a.w. atas pertimbangan HAB adalah 'ahli badr', walaupun mendapat sanggahan dari Sayidina Umar Al-Khattab, apakah KS tidak layak untuk dimaafkan menimbangkan usaha dan pengorbanannya yang besar dalam PAS. Kita tidaklah samakan pengorbanan KS setaraf dengan pengorbanan 'ahli badr', namun jasa KS juga besar kepada PAS yang mungkin boleh dipertimbangkan. Antaranya, peranan beliau yang menggagalkan perancangan sulit pimpinan PAS Selangor untuk menubuh kerajaan gabungan PAS-UMNO di Selangor, dua atau tiga hari selepas PRU Ke-12 2008. KS juga dalam tempoh perjuangannya dalam PAS hampir 30 tahun pernah bertanding dan kalah di Kelantan, Perlis dan Selangor sebelum PRU Ke-12. Beliau juga berkorban dengan meninggalkan jawatan profesionalnya hingga kehilangan sumber pendapatan lumayan yang pernah dinikmatinya. KS juga pernah ditahan di bawah ISA.
Selanjutnya dari blog Ustaz Ahmad Awang
-Pejabat YB Khalid Samad-
*YB Khalid Samad mengirimkan salaam beliau dari kota Makkah al-Mukarramah kepada tuan-tuan semua dan insyaAllah akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.

Comments
kena gantun g jawatan je pon nak merajuk
puak2 pandai kat shah alam ni jgn hidup dalam dunia sndri je
mentang2 la korang ni berkelulusan, ada sijil bertingkat2, ada title itu ini, jgn pandang rendah kat ahli pas bawahan yang lebih byk berkrban berbanding korang yg baru seciput
ni tak habis2 nak ungkit nak gaduh
ahmad awang, khalid samad, husam musa, kalau setia kat jemaah kenapa pandai2 buat baiah talak tiga sampai buat undi pompuan jauh dari pas?
ni kalau jd pemimpin pas mau diwajibklannya gamaknya. gila
Jgn lah kita mengaku menerima keputusan disiplin tersebut, ttp dlm masa yg sama terus menyiarkan ulasan pemimpin2 yg pro kpd tuan YB akhir2 ini, seolah2 YB dianiaya dan sebagainya.
Jalan terbaik adalah mengikut saluran yg disediakan iaitu membuat rayuan, dan saya yakin maruah tuan YB tidak jatuh sedikit pun dgn tindakan tersebut.buangkanlah ego YB tu demi kebaikan seluruh jemaah PAS.
Sekiranya Tuan YB terus berkonfrontasi mcm ini, lps ni ramai lg pemimpin atasan yg "gatal" tangan utk menulis mempertikaikan keputusan yg dibuat dgn alasan 'amat sayang kepada parti PAS'. Jgn kita mengaku kita sayangkan PAS sedangkan tindakan kita menghancurkan PAS, sebenarnya seluruh ahli sayangkan PAS!
teruskan perjuangan!
jika dalam isu ini dah tertonjol persepsi " berat sebelah " , bagaimana nanti dalam urusan mengurus rakyat , peristiwa yang serupa atau lebih kurang sama latar belakangnya , dapat menyakini
kebanyakan rakyat marhaen akan keadilan yang di war-warkan. Jangan-jangan tinggal retorik juga . Maka persepsi rakyat tidak akan banyak berubah... bila dalam PAS pun ada juga pencacai... fikir-fikirkanlah.
Wassalam.
Ust ahmad awang banyak menyimpan rahsia apa ahli lain tidak tahu.aku banyak berguru dgn ust ahmad ni,mungkin ada yg tak tahu atau pun buat tak tahu,ust ahmad bekas pres PUM,syura pas,bekas naib pres dan bekas PJ perak.dia amat di hormati oleh seluruh lapisan masyarakat yg kenali beliau.so pemuda sha alam kononya..pergi belajar lagi dgn roslan sms atau ketua cybertroopers umno lagi sebelum dtg sini komen,pergi belajar tektik menyamar.
Saya berjaya bercakap dengan salah seorang kawan saya dari Penang. Beliau ni agak mahir jugak selok belok politik Penang ni. Saya terus tanya pasal kes demo di Penang baru-baru ni. Saya kata dahsyat punya marah puak2 tu sampai bakar gambar Guan Eng.
Dia cakap jangan tertipu dengan aksi-aksi agresif puak-puak tu. Dia kata kepala-kepala demonstrans tu adalah kroni-kroni Nor Mat Yaakob. Masa Pak Lah tengah kuat, puak2 786 tu jadi sangat rapat dengan Koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon dok bagi depa projek sampai tak mau.
Koh Tsu Koon pun tau Nor Mat Yaakob ni satu negeri dan kabel kuat dengan Pak Lah. Jadi, demi menjaga hubungan mereka, kepala-kepala demonstran ni diberikan banyak projek-projek dan kontrak-kontrak. Mereka macam buaya kenyang sepanjang Penang diperintah BN.
Dia kata lagi, Melayu-melayu UMNO Penang pun tak suka puak2 ni. Sebab tu demo di Penang minggu lepas, mana ada nampak muka Melayu sangat. Kalau ada pun Ibrahim Ali je. Ramai Melayu UMNO menyumpah puak2 ni sebab dulu, diorang ni yang monopoli projek dari kerajaan negeri.
Masa Nor Mat Yaakob kempen 2008 dulu pun, puak2 ni yang dah kenyang dapat kontrak, bukan nak tolong kawasan lain sangat. Semua tertumpu di kawasan Nor Mat Yaakob bertanding. Last-last bila result keluar, semua tergolek dog, tinggal Nor Mat Yaakob je yang menang.
Jadi, kawan saya kata demo di Penang tu bukan demo Melayu tetapi demo 786. Jadi, dia sendiri pun “tak lapaq nak turun”.
Dia juga bagitau, puak2 786 yang demo tu juga sering sponsor Cikgu Azmi dan Teras. Ada kepala2 demo tu selalu bagi duit kat CIkgu Azmi untuk aktiviti-aktiviti TERAS. Tu yang semenjak PR menang, kita lihat Cikgu Azmi ni slow sangat dalam menyerang UMNO.
Dalam isu Kalimah Allah baru-baru ni pun, CIkgu Azmi bersengkongkol dengan UMNO dan NGO2 UMNO walaupun hukum tak berapa jelas samada ia haram atau tidak.
Saya kata saya ada dengar cerita Cikgu Azmi selalu dapat derma dari kepala-kepala 786 ni. Tapi, saya akan cuba cari bukti lagi.
Kawan saya kata, dia sendiri pun bengang dengan UMNO Penang. Dalam keadaan kalah pun, masih nak bergaduh sesama sendiri. Selama ni pun bukannya Melayu terbela di Penang.
Semenjak dari dulu lagi, bila ada orang-orang yang baik dan bijak serta berkelayakan masuk UMNO, orang itu akan dicari jalan supaya ditendang keluar dari parti. Kalau tiada salah, mereka akan buat cerita kononnya orang ini datuknya anak haram, nenek anak haram. Cerita2 fitnah ni diulang-ulang untuk buat orang2 yang baik dan layak ni "fed-up" dan menarik diri.
Tinggalah orang-orang yang tidak berguna dalam UMNO Penang yang terus memimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian.
Kawan saya kata lagi, siapa di kalangan kepimpinan UMNO Penang yang kita nampak layak untuk memimpin UMNO Penang sekarang ni? Tiada langsung. Semua hempeh. Semua ada kes. Semua tak boleh pakai.
Oleh kerana itulah, dalam keadaan UMNO kalah macam ni pun, mereka tak boleh bangkit kembali. Mereka lebih suka bergasak sesama sendiri berebut projek2 Persekutuan dari mencari jalan membina UMNO semula.
Penghabisan dia kata, dia pun dah jadi NGO, tak mahu terlibat dalam UMNO Penang. Lantak la apa nak jadi.
Lepas tu saya minta diri sebab ada urusan di rumah.
Tulang Besi
YB,
Sudah-sudahlah, berhentilah polemik isu penggantungan berkenaan..Berjiwa besarlah. Contohilah YB Hassan Ali. Yang lepas tu lepaslah. Hadaplah mata pena YB ke arah musuh-musuh yamg sentiasa berusaha menghancurkan Islam.
Wallua'klam.
Nk samakan YB Khalid dgn ahli badar? Hehehe.. Pengajaran kisah tu nk bagitau bahaya mendedahkan rahsia parti. Ahli Badar nk dikiaskan dgn Khalid Samad, jauh panggang dari api.
kalu jasa YB Khalid diambil kira, jwtnkuasa disiplin tak boleh lah nk hukum sapa2 pimpinan PAS sbb sumenya berjasa.
ikut jelah keputusan, kalu tak puas hati guna saluran yang disediakn Jamaah. bukan dgn mengkritik di medan terbuka camni...pikir2 kan lah
Moga YB sentiasa dalam limpahan rahmat Ilahi. YB,membaca berita dalam Malaysiakini yang bertajuk "Hadi gagal puaskan hati penyokong khalid" membuatkan saya merasa amat kecewa dengan kepimpinan PAS(Perpaduang). Sedarkah mereka rakyat yang selama ini mendokong gerakan Islam yang dibawa ingin melihat PAS benar-benar telus kepada rakyat. Kalau PAS sendiri tidak boleh berlaku adil atau paling kurang tidak dilihat berlaku adil kepada pemimpin mereka, jangan harap PAS akan berlaku adil kepada rakyat apatah lagi kepada yang bukan Islam. Salahkah rakyat jika mereka beranggapan begitu? Pemimpin PAS (Perpaduang) termasuk JK Disiplin harus sedar apa yang telah dizahirkan selama ini amat mengecewakan rakyat dan ahli PAS sendiri. Mereka tak boleh nak "Syok Sendiri" kerana kini rakyat mempunyai saluran maklumat yang cukup untuk menilai kepimpinan mereka. Meminjam kata-kata Hanipa Maidin " Jangan sampai rakyat meluat" atau paling tidak rakyat akan kata " Sama je dengan parti yang satu lagi".
KINGANAS
Saya tiada melihat langsung keikhlasan pada KS. Kalau benar beliau ikhlas dengan jemaah dan menerima keputusan, hentikan segala polemik mengenai isu JK disiplin ini. Tak perlu siarkan penjelasan us ahmad awang, tak perlu juga siarkan ulasan Tn Ibrahim dan tak perlukan siarkan ulasan peguam pas.
Hentikan cerita, istighfar dan mohon petunjuk dan keampunan dr Allh dan sentiasa berdoa agar pimpinan terus diberi hidayah oleh Allah.
Saya bersyukur jemaah Islam PAS ini masih kukuh walaupun dilambung badai yang maha hebat degan isu UG, perhimpunan agung khas dan KS vs hassan ali ini.
Namun saya sedang khuatir masalah dalaman PKR dan DAP yang sedang meruncing. Mungkin pimpinan PAS perlu campurtangan untuk mendamai dan mengukuhkan kembali mereka agar Pakatan Rakyat yang ditubuhkan bermakna kpd rakyat.
Malangnya kita masih mengungkit2 masalah yang lepas.
Tiada kata-kata yang mampu saya uahkan mengenai sikap mereka ini melainkan "sang munafiq"
wallahualam dan saya memohon ampun darinya dari kata-kata saya yang jahat.
Salleh - Putrajaya