Skip to main content

Hatib bin Abi Balta'ah, Sahabat Yang Mendedahkan Rahsia Jamaah [Ustaz Ahmad Awang]

Oleh: Ustaz Ahmad Awang

Mengingat peristiwa perbuatan HAB mendedahkan rahsia penting mengenai perancangan Rasulullah membuka Makkah (fat-hu Makkah), terlintas di fikiran saya tidakkah Jawatankuasa Displin PAS yang dianggotai oleh dua orang ulama' terfikir peristiwa ini boleh dijadikan panduan atau iktibar dalam memutuskan penghakiman terhadap Khalid Samad (KS) atas pertuduhan yang dikatakan serius iaitu mendedahkan RAHSIA parti. Sebesar manakah rahsia yang didedahkan KS itu telah juga dijawab oleh beliau sendiri di hadapan majlis penghakiman Jawatankuasa Displin yang diketuai oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rahsia yang didedahkan oleh HAB adalah satu rahsia yang sangat besar dan perbuatan yang dilakukan oleh HAB itu satu kesalahan yang sangat serius sehingga Allah memberitahu rasulNya atas perbuatan HAB itu. Kalau rahsia sebesar itu yang didedahkan HAB boleh diampuni oleh Rasulullah s.a.w. atas pertimbangan HAB adalah 'ahli badr', walaupun mendapat sanggahan dari Sayidina Umar Al-Khattab, apakah KS tidak layak untuk dimaafkan menimbangkan usaha dan pengorbanannya yang besar dalam PAS. Kita tidaklah samakan pengorbanan KS setaraf dengan pengorbanan 'ahli badr', namun jasa KS juga besar kepada PAS yang mungkin boleh dipertimbangkan. Antaranya, peranan beliau yang menggagalkan perancangan sulit pimpinan PAS Selangor untuk menubuh kerajaan gabungan PAS-UMNO di Selangor, dua atau tiga hari selepas PRU Ke-12 2008. KS juga dalam tempoh perjuangannya dalam PAS hampir 30 tahun pernah bertanding dan kalah di Kelantan, Perlis dan Selangor sebelum PRU Ke-12. Beliau juga berkorban dengan meninggalkan jawatan profesionalnya hingga kehilangan sumber pendapatan lumayan yang pernah dinikmatinya. KS juga pernah ditahan di bawah ISA.

Selanjutnya dari blog Ustaz Ahmad Awang
-Pejabat YB Khalid Samad-

*YB Khalid Samad mengirimkan salaam beliau dari kota Makkah al-Mukarramah kepada tuan-tuan semua dan insyaAllah akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.

Comments

aku dr amin said…
insya Allah. inilah yang terbaiknya. moga yb khalid samad terus istiqamah bersama jemaah islam. pahit manis sudah lumrah perjuangan seorang muslin. dont quit when u r just one step to the goal
Anonymous said…
Waalaikumussalam Warahmatullah Tuan YB...
Anonymous said…
alahai
kena gantun g jawatan je pon nak merajuk

puak2 pandai kat shah alam ni jgn hidup dalam dunia sndri je
mentang2 la korang ni berkelulusan, ada sijil bertingkat2, ada title itu ini, jgn pandang rendah kat ahli pas bawahan yang lebih byk berkrban berbanding korang yg baru seciput

ni tak habis2 nak ungkit nak gaduh

ahmad awang, khalid samad, husam musa, kalau setia kat jemaah kenapa pandai2 buat baiah talak tiga sampai buat undi pompuan jauh dari pas?

ni kalau jd pemimpin pas mau diwajibklannya gamaknya. gila
Dagang said…
Tuan YB Khalid perlu tetapkan pendirian secepat mungkin samada hendak membuat rayuan atau terus berkonfrontasi sehingga kini.

Jgn lah kita mengaku menerima keputusan disiplin tersebut, ttp dlm masa yg sama terus menyiarkan ulasan pemimpin2 yg pro kpd tuan YB akhir2 ini, seolah2 YB dianiaya dan sebagainya.

Jalan terbaik adalah mengikut saluran yg disediakan iaitu membuat rayuan, dan saya yakin maruah tuan YB tidak jatuh sedikit pun dgn tindakan tersebut.buangkanlah ego YB tu demi kebaikan seluruh jemaah PAS.

Sekiranya Tuan YB terus berkonfrontasi mcm ini, lps ni ramai lg pemimpin atasan yg "gatal" tangan utk menulis mempertikaikan keputusan yg dibuat dgn alasan 'amat sayang kepada parti PAS'. Jgn kita mengaku kita sayangkan PAS sedangkan tindakan kita menghancurkan PAS, sebenarnya seluruh ahli sayangkan PAS!
Anonymous said…
Assalamualaikum... mohon sampaikan hajat saya agar YB dapat berdoa di hadapan Kaabah agar Kerajaan Kudeta BN Perak dapat ditumpaskan dengan sepenuhnya, selain memohon kepada Allah agar segala kerosakan yang dilakukan oleh UMNO/BN dapat ditamatkan dengan kesedaran rakyat Malaysia terhadap tipu daya mereka. Selain memohon doa agar Allah memberikan petunjuk dan hidayat kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS agar sentiasa berpegang kepada tali agama demi mendaulatkan agamanya di Malaysia. Amin.
Ini bukan masalah pak Khalid mengungkit jasa-jasa beliau dalam PAS. Ustaz Ahmad awang hanya mengatkan jangan lah perkara ini nak dipanjang2 lagi.ternyata Pak Khalid antara yang istiqamah.Kalau beliau nak belot,dari mula2 UMNO offer nak tubuh UG dia dah setuju.Silap2 jadi exco.tapi ternyata dia tak mahupun semua tu.
oghe besut di shah alam said…
woi dagang,mu ni oghe ganu ker? ha gi main jauh2,mu pi wala' dan siqhah bodo mu tu kat lembu pong mu leh makang daging,mu wala' kor puak dok ngaku ulama' dah tak lama dah mu nak kena jual kat umno....hehehehe.Sory ya gua mau tanya lu ,mana ada wala' pada orang yang tak wala' pada muktamar,dan juga mmana ada wala' pada orang yang tidak bersiqhah. pahe molek sikit,mulia lemdu boleh buat korban,aqiqah dan dapat daging ,kalo mu kena tipu ke umno dapat shit melayu ajalah. hidup Islam 4 all.
lebaiantu said…
dulu2 kami kt kg percaya sgt geng lebai2 nih,,,tiap ceramah d celah2 pokok pisang tu kami derma dari dit motong dan kadang2 duit anak n barang kemas bini pun kami infak kan kat tok2 lebai yg rata2 tak ambik atau tak lulus ilmu hisab ni ,,,,sejak dah dok kat hotel2 ni tahu lah kami geng2 ni nak senang dan WALA' pada buuuuit n duuuuit. Syukur banyak2 pada yg esa memberi petunjuk pada kami.
mae said…
Cara Khalid samad kalau bercakap macam samseng, tak macam seorang yang alim. Kenapa ye ...
pemuda shah alam said…
Mengapalah pemimpin yg dah pencen (Us Ahmad Wang) ko jadikan rujukan... Jasa apa khalid samad dalam menggagalkan perancangan sulit??? APA BUKTINYA ada penjanjian sulit??? Inilah yg KS buktikan tapi tak berjaya... KS sebenarnya bawak fitnah kat jemaah, melalak satu dunia bagi tau ada penjanjian sulit... BUKTIKAN??? bawa satu tan loripun pasti tak dapt buktikan ada penjanjian sulit... Ini semua FITNAH yg dibawa oleh Khalid yg hanya mencari nama kononnya dialah juara Pas menyelamatkan Pas... padahal kaki fitnah rupanya... aku ingat dakwan kpd Hasan ali ada hubungan sulit dgn umno tapi pasal selcat je... Tapi yg masih tak boleh terima keputusan JK Disiplin ni memang nak cari nahas... thiqah dah takde, walak dah takde... rupa2nya naqib mereka adalah khalid samad... patutlah jemaah jadi macam ni... puncanya adalah KHALID SAMAD KAKI FITNAHI...
Anonymous said…
kami ahli pas bawahan tetap terus menyokong YB, mudah2an Allah permudahkan segala urusan tuan seterusnya dan ditujukkan niat x pihak yg telah atau ingin menganiaya tuan.

teruskan perjuangan!
Anonymous said…
Salam ,
jika dalam isu ini dah tertonjol persepsi " berat sebelah " , bagaimana nanti dalam urusan mengurus rakyat , peristiwa yang serupa atau lebih kurang sama latar belakangnya , dapat menyakini
kebanyakan rakyat marhaen akan keadilan yang di war-warkan. Jangan-jangan tinggal retorik juga . Maka persepsi rakyat tidak akan banyak berubah... bila dalam PAS pun ada juga pencacai... fikir-fikirkanlah.
Wassalam.
pemuda shah alam said…
AKU CABAR PUAK2 YG SOKONG KHALID SAMAD SUPAYA BUKTIKAN HASAN ALI TERLIBAT DALAM PERTEMUAN SULIT DAN BUKTIKAN TUDUHAN TERHADAP HASAN ALI DIA NAK BAWA PAS KE UMNO... BUKTIKAN... Kalau tak dapat buktikan kepada JK Disiplin tuduhan tersebut, maka sahlah Khalid Samad & The Geng adalah kaki Fitnah...
Kapten Zero said…
Bila fikir tentang kes khalid Samad maka teringat sama cara fikiran dan rujukan oleh hakim malaysia 5-0 ke atas kes MB Perak. Nampak gaya cara pemikiran dan otak pencacai UG sama munafiqnya dengan hakim2 malaysia. Berapa ekor Pemimpin UG yang hadir ke mahkamah hari ini. NIL?
the real pemuda shah alam said…
ini mana datang pemuda pas shah alam ni,nak menyamar pun mesti ada ilmu.

Ust ahmad awang banyak menyimpan rahsia apa ahli lain tidak tahu.aku banyak berguru dgn ust ahmad ni,mungkin ada yg tak tahu atau pun buat tak tahu,ust ahmad bekas pres PUM,syura pas,bekas naib pres dan bekas PJ perak.dia amat di hormati oleh seluruh lapisan masyarakat yg kenali beliau.so pemuda sha alam kononya..pergi belajar lagi dgn roslan sms atau ketua cybertroopers umno lagi sebelum dtg sini komen,pergi belajar tektik menyamar.
Anonymous said…
Kalau KS boleh menang the next GE Kami orang selangor akan pindah dari Selangor.
Lagi real pemuda shah alam said…
Orang yg dah tidak pegang jawatan dalam Parti KS jadikan sandaran... Takde siapa pertikaikan Dia tapi kalau dia buat tuduhan ada pertemuan sulit, buktikan supaya saya tak tuduh dia dan KS ni kaki fitnah... JK Disiplin dah ada... bawalah kes tersebut supaya dapat dibuktikan... saya juga boleh buat tuduhan tanpa bukti yg Dia dan KS ada perjanjian sulit nak lagakan TGNA dan TGHH... mengapa saya tak buat dan melalak kat blog??? sebab boleh jadi fitnah... ini tuduh ada pertemuan sulitlah... nak bawa pas masuk umnolah... dlll... BUKTIKAN??? jangan dok agung2kan seseorang dengan kehebatannya tapi tak boleh buktikan kesalahan yg dilakukan oleh Hasan ali... FITNAH semua ini... ini Kapten Zero lagi satu bengong... sebab tak datang pulak dijadikan cerita... Yg 6 MP PAS yg tak hadir sidang Parlimen utk Undian Bajet Najib dulu ko tak cakap apa??? Kalau dulu diagung2kan 16 September... lagi lagi tak sampai 30 kerusipun tak boleh hadir... ko senyap je... piggrrrraaahhhh...
Anonymous said…
Kesah Sebenar Pendemo Penang Sampai Bakar Gambar Lim Guan Eng
Saya berjaya bercakap dengan salah seorang kawan saya dari Penang. Beliau ni agak mahir jugak selok belok politik Penang ni. Saya terus tanya pasal kes demo di Penang baru-baru ni. Saya kata dahsyat punya marah puak2 tu sampai bakar gambar Guan Eng.
Dia cakap jangan tertipu dengan aksi-aksi agresif puak-puak tu. Dia kata kepala-kepala demonstrans tu adalah kroni-kroni Nor Mat Yaakob. Masa Pak Lah tengah kuat, puak2 786 tu jadi sangat rapat dengan Koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon dok bagi depa projek sampai tak mau.

Koh Tsu Koon pun tau Nor Mat Yaakob ni satu negeri dan kabel kuat dengan Pak Lah. Jadi, demi menjaga hubungan mereka, kepala-kepala demonstran ni diberikan banyak projek-projek dan kontrak-kontrak. Mereka macam buaya kenyang sepanjang Penang diperintah BN.
Dia kata lagi, Melayu-melayu UMNO Penang pun tak suka puak2 ni. Sebab tu demo di Penang minggu lepas, mana ada nampak muka Melayu sangat. Kalau ada pun Ibrahim Ali je. Ramai Melayu UMNO menyumpah puak2 ni sebab dulu, diorang ni yang monopoli projek dari kerajaan negeri.

Masa Nor Mat Yaakob kempen 2008 dulu pun, puak2 ni yang dah kenyang dapat kontrak, bukan nak tolong kawasan lain sangat. Semua tertumpu di kawasan Nor Mat Yaakob bertanding. Last-last bila result keluar, semua tergolek dog, tinggal Nor Mat Yaakob je yang menang.

Jadi, kawan saya kata demo di Penang tu bukan demo Melayu tetapi demo 786. Jadi, dia sendiri pun “tak lapaq nak turun”.

Dia juga bagitau, puak2 786 yang demo tu juga sering sponsor Cikgu Azmi dan Teras. Ada kepala2 demo tu selalu bagi duit kat CIkgu Azmi untuk aktiviti-aktiviti TERAS. Tu yang semenjak PR menang, kita lihat Cikgu Azmi ni slow sangat dalam menyerang UMNO.

Dalam isu Kalimah Allah baru-baru ni pun, CIkgu Azmi bersengkongkol dengan UMNO dan NGO2 UMNO walaupun hukum tak berapa jelas samada ia haram atau tidak.
Saya kata saya ada dengar cerita Cikgu Azmi selalu dapat derma dari kepala-kepala 786 ni. Tapi, saya akan cuba cari bukti lagi.

Kawan saya kata, dia sendiri pun bengang dengan UMNO Penang. Dalam keadaan kalah pun, masih nak bergaduh sesama sendiri. Selama ni pun bukannya Melayu terbela di Penang.

Semenjak dari dulu lagi, bila ada orang-orang yang baik dan bijak serta berkelayakan masuk UMNO, orang itu akan dicari jalan supaya ditendang keluar dari parti. Kalau tiada salah, mereka akan buat cerita kononnya orang ini datuknya anak haram, nenek anak haram. Cerita2 fitnah ni diulang-ulang untuk buat orang2 yang baik dan layak ni "fed-up" dan menarik diri.

Tinggalah orang-orang yang tidak berguna dalam UMNO Penang yang terus memimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian.

Kawan saya kata lagi, siapa di kalangan kepimpinan UMNO Penang yang kita nampak layak untuk memimpin UMNO Penang sekarang ni? Tiada langsung. Semua hempeh. Semua ada kes. Semua tak boleh pakai.

Oleh kerana itulah, dalam keadaan UMNO kalah macam ni pun, mereka tak boleh bangkit kembali. Mereka lebih suka bergasak sesama sendiri berebut projek2 Persekutuan dari mencari jalan membina UMNO semula.

Penghabisan dia kata, dia pun dah jadi NGO, tak mahu terlibat dalam UMNO Penang. Lantak la apa nak jadi.

Lepas tu saya minta diri sebab ada urusan di rumah.

Tulang Besi
Kepada Saudara Abdullah, komen Tuan terhadap pemuda shah alamtidak dapat disiarkan kerana menggunakan bahasa yang agak kurang sesuai untuk tatapan umum. Harap maaf.
Anonymous said…
pasforever

YB,
Sudah-sudahlah, berhentilah polemik isu penggantungan berkenaan..Berjiwa besarlah. Contohilah YB Hassan Ali. Yang lepas tu lepaslah. Hadaplah mata pena YB ke arah musuh-musuh yamg sentiasa berusaha menghancurkan Islam.
Wallua'klam.
seli said…
Hatib Bin Abi Balta'ah dimaafkan Rasulullah sebab dia adalah ahli Badar..sebelum tu kalu ikut Saidina Umar dia nk pancung je..sbb kesalahan mendedahkan rahsia itu sangat besar..
Nk samakan YB Khalid dgn ahli badar? Hehehe.. Pengajaran kisah tu nk bagitau bahaya mendedahkan rahsia parti. Ahli Badar nk dikiaskan dgn Khalid Samad, jauh panggang dari api.
kalu jasa YB Khalid diambil kira, jwtnkuasa disiplin tak boleh lah nk hukum sapa2 pimpinan PAS sbb sumenya berjasa.
ikut jelah keputusan, kalu tak puas hati guna saluran yang disediakn Jamaah. bukan dgn mengkritik di medan terbuka camni...pikir2 kan lah
pemuda shah alam said…
Rasanya kes tersebut tak sempat sampai kat pihak musuh... Rasulullah dapat halang sebelum surat itu sampai... tapi kes khalid samad ni, pihak musuh dah dapat maklumat tersebut, apa cerita???
Anonymous said…
Salam YB,
Moga YB sentiasa dalam limpahan rahmat Ilahi. YB,membaca berita dalam Malaysiakini yang bertajuk "Hadi gagal puaskan hati penyokong khalid" membuatkan saya merasa amat kecewa dengan kepimpinan PAS(Perpaduang). Sedarkah mereka rakyat yang selama ini mendokong gerakan Islam yang dibawa ingin melihat PAS benar-benar telus kepada rakyat. Kalau PAS sendiri tidak boleh berlaku adil atau paling kurang tidak dilihat berlaku adil kepada pemimpin mereka, jangan harap PAS akan berlaku adil kepada rakyat apatah lagi kepada yang bukan Islam. Salahkah rakyat jika mereka beranggapan begitu? Pemimpin PAS (Perpaduang) termasuk JK Disiplin harus sedar apa yang telah dizahirkan selama ini amat mengecewakan rakyat dan ahli PAS sendiri. Mereka tak boleh nak "Syok Sendiri" kerana kini rakyat mempunyai saluran maklumat yang cukup untuk menilai kepimpinan mereka. Meminjam kata-kata Hanipa Maidin " Jangan sampai rakyat meluat" atau paling tidak rakyat akan kata " Sama je dengan parti yang satu lagi".
Anonymous said…
Assalamualaikum....YB KS, saya sangat terharu apabila membaca laman web dan blog KS nie. Tak macam pemimpin jamaah Islam pun.. asyik komplen dan komplen tentang sesama kita kepada satu dunia. Sepatutnya YB kenalah satukan sesama ahli dan pimpinan dalam PAS. Tunjukkanlah cara yang lebih matang dari guna cara budak pompuan yang dok merungut tak tentu pasal. Sekiranya PAS di Selangor kalah antara faktornya ialah sikap childish YB KS. So tolonglah usahakan supaya YB KS dapat berbaik semula dengan PJ Selangor. Keputusan JK Disiplin melambangkan keputusan jemaah yang perlu dihormati bukan untuk dipertikaikan.

KINGANAS
Anonymous said…
Saya sokong sangat cadangan KINGANAS. Dalam bab ni DR Hamzah dah cadangkan dalam blog beliau aksidakwah.blogspot.com yang di poting beliau 11.2.10 semalam.setujuuuuu sangat2.
pemuda shah alam said…
Yg tak puas hati puak2 KS je... orang lain ok je... boleh terima apa yg jemaah dan jk disiplin putuskan... melalak tak tentu pasal... muhasabah diri dulu??? kalau perjuangan berlandaskan agama pasti tidak akan dikenakan tindakan disiplin... tentu ada yg tak kena dengan penjungan KS... yg peliknya, yg masih sokong KSpun nak buat kesalahan yg sama... nak masuk lubang yg sama ke? sepatutnya suruhlah KS ni bertaubat? minta maaf ke? ini tidak, galakkan KS buat dosa lagi ada? penasihat macam inilah yg nak jahanamkan pas... lihatlah macamana Allah jaga jemaah ini, mereka yg berniat jahat terhadap jemaah ini sudah menerima balasannya, dengan pembalasan yg tidak disangka2 dan mengaibkan... antaranya Dr Rosli??? mana pergi skgr??? berdegar2 dalam kat melewar marahkan KP DPPP, last2 kawin tanpa kebenaran walinya... pembantu TGNA??? mereka inilah yg memberi nasihat yg tak betul kepada TGNA... mereka dah letak jawatan, terpalit kesalahan bila letak jawatan... siapa lagi, anual bakri... dan pencacainya si al-bakistani (nak cari makan kat mana, tuan dah kena pecat???)... dan KS... rupanya masih ramai ahli pas yg buta mata dan hati utk lihat kebenaran??? harap2 mereka yg masih menyokong KS kembali kepada jemaah dengan sepenuh hati... ikhlaskan perjuangan, pergilah usrah, fahami rukun bai'ah... tinggalkanlah KS kerana dia tidak menghormati Presiden dan Jemaah...
eciklat said…
sy x paham kenapa abdullah karim marah sangat dengan JK Dsiplin sedangkan KS dlm blognyer mengatakan x nk appeal hukuman yg dikenakan padanya..wahai ahli pas..ingatlah adab berjemaah..kalau semuanyer rahsia parti di dedahkan di dalam blog dan menjadi sumber untuk musuh mencari peluang, apa maknanyer jemaah itu lagi..kita baca kisah HAB d atas tadi bagai strategi Rasulullah dibocorkan..adakah ini yang diinginkan oleh para ahli yang tidak berfikir panjang..kalau ye pon 'kononnya' saygkan parti tapi kita perlu melihat kemaslahatan secara umum dan bukannya pada nafsu ketidakpuas ati senditi..ingatlah untuk kita memenangi perjuangan suci perlu ada pengorbanan..kalau da x puas hati sangat bawak ke saluran dalaman yg sesuai..semoga kita dapat petunjuk..insyallah
Anonymous said…
Orang munafiq itu sentiasa bekerja tanpa rasa kecewa dan mengambil segala kesempatan untuk memecahbelahkan jemaah.

Saya tiada melihat langsung keikhlasan pada KS. Kalau benar beliau ikhlas dengan jemaah dan menerima keputusan, hentikan segala polemik mengenai isu JK disiplin ini. Tak perlu siarkan penjelasan us ahmad awang, tak perlu juga siarkan ulasan Tn Ibrahim dan tak perlukan siarkan ulasan peguam pas.

Hentikan cerita, istighfar dan mohon petunjuk dan keampunan dr Allh dan sentiasa berdoa agar pimpinan terus diberi hidayah oleh Allah.

Saya bersyukur jemaah Islam PAS ini masih kukuh walaupun dilambung badai yang maha hebat degan isu UG, perhimpunan agung khas dan KS vs hassan ali ini.

Namun saya sedang khuatir masalah dalaman PKR dan DAP yang sedang meruncing. Mungkin pimpinan PAS perlu campurtangan untuk mendamai dan mengukuhkan kembali mereka agar Pakatan Rakyat yang ditubuhkan bermakna kpd rakyat.

Malangnya kita masih mengungkit2 masalah yang lepas.

Tiada kata-kata yang mampu saya uahkan mengenai sikap mereka ini melainkan "sang munafiq"
wallahualam dan saya memohon ampun darinya dari kata-kata saya yang jahat.

Salleh - Putrajaya

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan