Oleh : Mohamed Hanipa Maidin (Peguampas)
Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.
Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.
Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.
Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.
Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.
Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!
Sumber: Peguampas
-Pejabat YB Khalid Samad-
Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.
Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.
Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.
Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.
Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.
Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!
Sumber: Peguampas
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments
ahli PAS juga adalah sebahagian rakyat Malaysia. dan kebanyakannya meluat dgn anda.
anda bercakap mengunakan akal bodoh anda bukan pakai Al-Quran.
Mursyidul Am dan TG Presiden bercakap berdasarkan ilmu dan maunah mereka bukan kepala lutut anda.
belajarlah untuk berjamaah dan berakhlak/beradab dgn akhlak/adab jamaah.
dulu dengar2 anda ugut presiden nak letak jawatan...kenapa sampai sekarang tak letak jawatan????
woi awak, pakai nama pemuda shah alam, tulis la biar lengkap:
Pemuda UMNO Shah Alam.
Hati busuk, mata buta dalam perut ada ulat UMNO.
rujuk balik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya;
"Pandangan Saya.
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah."
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
.....rujukan kita kan ada kenapa nak gila pada UMNO lagi
waktu cramah,punyalah hebat kritik umno...mcm2 label diberi pd umno..
tapi tup2,nak pulak duduk semeja dgn umno utk bincang isu2 tertentu(Rujuk kenyataan presiden - http://www.malaysiakini.com/news/123892 )
alahai...
kesian kamu,saya tidak percaya kamu pemuda shah alam.
sehingga sekarang saya belum lagi berjumpa dengan pemuda di sini yg setuju dgn jk disiplin ini kecuali adala 2 atau 3 ahli yg suka membaca utusan.
Kalau nak diajak berbincang dengan tajuk "kenapa UMNO tolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS” jawapannya, tak payah diajak berbincang UMNO nih, kerana memang lumrah perjuangan Islam akan ditentang oleh orang yang terdekat. Tak kira adik abang, anak saudara ngan bapa saudara mahu pun anak dan ayah. Jawapan yang paling jelas ialah kenapa Abu Lahab tolak perjuangan Rasulullah saw walau pun Muhammad saw digelar al-Amin, tapi ditolak juga kerana apa? kerana kepentingan. Kepentingan pangkat dan hartabenda.
Bukan berhala batu yang ada itu sangat yang menjadi ilah al-maksud tetapi kepentingan yang ada disebalik 360 berhala-berhala yang ada dikeliling Kaabah itu. Setiap berhala itu ada tabung, yang setiap pemimpin pada waktu itu adalah CEO kepada setiap berhala yang ada. Itulah Ilah yang sebenarnya yang menyelubungi aqidah mereka. Abu Talib lagilah hebat, banyak bantu, pertahan dan tolong Nabi saw tapi mati kafir juga kerana apa? kerana Abu Talib berjuang bukan kerana Allah dan Rasul, tetapi dia berjuang kerana kebangsaan, kerana Muhammad tu anak menakan aku, darah daging aku, bangsa aku.
Begitulah halnya UMNO & pemimpinnya semua nak menjadi CEO kepada berhala kebendaan (Syarikat, GLC & Yayasan) yang dipuja dan direbut hingga sanggup buat apa sahaja kerana semata-mata nak mempertahankan berhala-berhala itu. Kemungkaran inilah yang sebenarnya menjadi tajuk utama perjuangan Nabi-Nabi as mengajak mereka kembali kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah dan menjauhi berhala-berhala yang dicintai, dipuja, dan yang dijadikan maksud (tujuan).
Kita baca sirah nabi, apa yang tak dibuat (sahabat diseksa), tak dikata (Mengakafirkan agama nenek moyang mereka & pemecahbelah masyarakat), tak ditawarkan kepada Nabi dan pejuang-pejuang (harta tahta wanita). “lakum dinukum waliyadeen” arahan dari Tuhan datang sebagai keputusan. Dari dianggap agama baru ini tidak member kesan apa kepada mereka (Parti Tok Lebai dan Parti Kampung) hinggalah mereka berasa gerun dengan sokongan yang semakin hebat yang diberikan kepada perjuangan Rasulullah saw walaupun perjuangan itu diserang, dihentam dan diuji dengan bermacam-macam ujian.
Nabi Berjaya menguasai 2 kampong iaitu Bani Muttalib dan Bani Hashim, Nabi di kenakan sekatan Ekonomi selama 3 tahun bekalan (royalty & geran) ditahan dan macam-macam yang dilakukan. Namun sokongan semakin hebat. Lalu dihantar Utbah bin Rabiaah untuk diajak berbincang soal perpaduan dengan syarat yang amat memalukan. Bahkan pernah dicadangkan agar Nabi dibunuh agar Islam hilang dipersada alam ini (Diharamkan Nama Islam), Abu Talib (raja-raja) yang mati kafir telah menyelamatkan Rasulullah.
Inilah yang berlaku dihadapan kita pada hari ini……musyrikin Moden yang bernama UMNO sedang bermaharajalela dengan ilah-ilah (berhala) harta tahta wanita yang bergelumang dengan dosa-dosa syirik yang amat dahsyat yang sanggup berbuat apa sahaja demi berhala-berhala itu. Kita tak perlu berbincang lagi dengan mereka yang pasti ialah kewajipan kita memerangi mereka hingga ketitisan darah yang terakhir mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi setelah berlakunya hijrah beramai-beramai (tsunami) pada 2008 yang lalu.
Sekitar 1980an sewaktu kita diganyang dengan begitu hebat, ketika kita jenuh dengan tarbiyyah dan tamrin hingga kita berupaya mengharungi segalanya dengan kata-kata keramat “ISLAM BERDIRI DI ATAS KERUNTUHAN JAHILYYAH DAN ISLAM TIDAK DATANG MEMPERBAIKI JAHILIYYAH” hinggalah kita berupaya dan Berjaya membuat perubahan yang hebat pada 1990an hingga kini maka tidak sepatutnya kita bermuzakarah lagi dengan penjaga berhala moden ini. Apa yang penting sekarang ialah kita berusaha mengatur strategi serta mengisi kemenangan ini agar dapat dijadikan teladan kepada rakyat agar terus berhijrah dan tertegaknya Daulah Islamiyyah di atas keruntuhan Jahiliyyah dengan berlakunya “fathul Putrajaya” selepas PRU13 nanti. Wallahu a’lam
natijah yg disebut oleh TGNA adalah nak memancing puak2 UG...masih ada perasaan ke dgn ameno! kenan faham politik TGNA......
YG Khalid...keep it up.
pelik tapi benar..
bila kekuasaan terancam, periuk nasi terganggu, rujuk kembali pada UMNO
PIMPINAN PAS makin HAPRAK!
BUSUK!!!
To create unified Malays means to form stronger Islam. To form stronger Islam means to form stronger Islamic constitution.
I really don’t see any problem should PAS and UMNO unified under one banner.
This is a GREAT start. Now PAS will has the chance to ‘dakwah’ UMNO. For a better change.
As MP, you of all people should be able to understand this.
Apa pula kamu merapu ni? Tok Guru kata nak berbincang dgn UMNO mengenai tajuk :" Kenapa UMNO tolak Islam dan Pas?"
Pening dah ke?
saya sokong apa yang dikatan oleh anymous , kenapa perlu bermusuh dengan umno , walaupun umno teruk atau zalim pun , dia masih ada hati nak pertahankan Islam
Tengok hari tu bilamana mahkamah kata puak kapir bolh guna kalimah Allah , umno bantah , bantah bukan untuk politik , tapi untuk mempertahankan Islam
dap ada bantah ke ?????
tapi yang pelik ada pula orang yang mengaku berjuang untuk Islam tapi lagaknya macam berjuang untuk orang kapir je
Seorang lelaki dalam perjalanannya terjumpa bangkai seekor burung pipit. Beliau ambil bangkai burung itu dan membawanya ke rumah Tok Guru. Dalam hati lelaki itu timbul rasa ingin mencuba Tok Guru. Beliau meletakan bangkai burung tersebut di belakangnya.
Apabila ia bersemuka dengan Tok Guru lantas ia pun bertanya : Apa firasat Tuan Guru tentang burung yang saya bawa ni, adakah ia masih hidup atau sudah mati.
Tok guru tersenyum dengan perangai lelaki tersebut lantas berkata : Masalah itu sudah terang bagi kamu, terserahlah pada kamu untuk menilai sendiri.
Begitulah keadaan hari ini dengan segolongan manusia yang sudah tahu hakikat kebenaran tapi masih menjadikan ia bahan untuk mencari isu. Janganlah sempitkan pemikiran. Jangan menunding jari pada orang agama kalau mereka tidak dapat memberi fatwa atau pandangan yang tidak sehaluan dengan kamu. Akhirnya kamu anggap ia hanya picisan dan kamu memandang hina kepadanya.
link:ustfuadosman.blogspot.com
hanipa maidin ni bukan nya kurang ajar sbb TGNA , TGHH dan jemaah Pas dah cukup sediakan silabus usrahnya...................
tapi hanipa ni BIADAP. period.
PEMUDA SHAH ALAM????
pemuda yg mana????
pemuda umnogok lah tu....
betul apa kata hj hanipah.. yg hanipah benggan sangat kat ahli n pemimpin PAS yg tak sedar.. apa kata TGNA.. TGNA kata utk berbincang dgn UMNOgok pasal islam.. sebab UMNOgok ni.. dah terkeluar dari landasan islam.. al sunah wal jemaah.. megikut al quran n hadis.. tp ada yg ahli PAS n PEMIMPIN ingat nak ungkit UG.. cam seronokmlah kono TGNA bersetuju.. INGAT..... TGNA tak akan bersetuju megada kan UG.. tu yg hanipah marah sesangat tu...aku pom marah gak
Bila TGHH keluar kenyataan, TGNA bantah, TGNA dikatakan betul... TGHH salah....
Dikata, penyokong2 TGHH tertelan pil wala' sampai ada yang katakan wala' itu hampir ketaatan membuta tuli... Saper cakap camtu? YB Khalid laa... Dia kan lagi bijak dari Imam Hassan Al-Banna yang tadbir Ikhwanul Muslimin dulu...
Bila TGNA keluar kenyataan, TGHH sokong, TGHH jugak dikatakan salah...
KORANG MEMANG SUKA KEDUA TOK GURU NIE BERSELISIH KAN?
Pil taik kuda mana yang korang tertelan nie?
At least, penyokong TGHH masih sayang dan hormat TGNA, sedangkan penyokong TGNA langsung tak hormat dan of course tak sayang TGHH kan?
Elok ler camtu.. YB Khalid, sudahlah... kalau anda tak boleh terima dan patuh kepada disiplin, sila berundur diri...
At least, Dr Hasan tak meroyan pun... x macam YB nie....
aku cukup setuju dgn apa yg YB (Khalid Samad)tulis........
PAS tak pernah serik dok kena pemain musuh politiknya...tu pun tak rasa malu, tak rasa segan.......hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
bukan dia tak kenal siapa sebenaqnya musuh dia
Rentikanlah sandiwara ngan grombolan, tak ada apa yang kamu boleh dapat...hari-hari dok kena hentam saja.
Grombolan tak pernah ikhlas nak bincang itu ini, tak kan pemimpin kanan PAS tak nampak kot?
Dah lama depa dok pekena pun tak rasa ke?
perkuatkanlah jamaah PR yg ada dan matlamatnya jelas.
beberapa figure yg dok buat kacau aka opportunist dalam jamaah ni patut dibuang jauh-jauh. Tentukan nasib depa ni dlm PRU akan datang.
ketegasan YB Khalid Samad ini mengubat sedikit hati kami sebagai ahli bawahan jamaah
PEMIMPIN PAS & UMNO- BILA TERDESAK BLH PULA NAK DUDUK BINCANG DAN KERJASAMA TAPI PENGIKUT ADA PULA YANG SAMPAI KENDERU PUN TAK BERJEMPUT. PENING2.
So, dengan apa yang sudah terjadi..terutamanya pada zaman Mahathir (tak payah le sampai ke zaman kesultanan Melayu) dan zaman selepas beliau, Melayu masih di lihat sebagai kaum opertunis yang mengambil peluang atas apa saja asal kan ia memberi pulangan keuntungan peribadi ataupun keuntungan DUNIA walaupun hanya untuk sehelai kain pelekat....bagi Melayu that's great...bodoh punya Melayu, masuk neraka di sebabkan sehelai kain pelekat. Selari dengan konsep "matlamat menghalalkan cara" yang sebenar nya bukan milik Umno saja bahkan milik keseluruhan budaya Melayu...tak kisah le orang PAS, PKR, Raja, ulama, mufti etc.....PASAL DUNIA SEMUANYA HALAL BAGI ORANG MELAYU. Tapi hairan kenapa orang melayu risau sangat pasal bab ladang babi!!!
By today, Melayu telah sampai ke peringkat yang paling nazak. Kerosakkan yang mereka buat sendiri (menzalimi diri sendiri) bukan sekadar untuk pekara2 yang tertentu saja, bahkan sudah membiak kerosakkan itu kepada ke seluruhannya system kebudayaan Melayu. Sebut apa saja tentang cara hidup orang melayu...dari kerajaan, kesultanan, keselamatan, agama, perundangan, pelajaran, ekonomi, kemasyarakatan dan lain2 semua nya sudah hancur lebur.
Dari polis, ustaz, cikgu, pegawai kerajaan, mufti, motivator, pemandu bas, ketua kampong, orang kampong, ulama, ahli politik, doktor, professor, guru besar, hakim, peguam, pemberita, blogger, peniaga.....letih le nak tulis semua nya, mesti ada je cerita yang melibatkan rasuah wang, kuasa, pangkat, jawatan, perempuan, tanah.....sampai le ke rasuah 'kain pelekat'....pada Melayu semua nya 'all right' dan tak pa, boleh saja.
Paling menyedihkan sekali...adalah orang2 PAS (some stupid leaders), yang sibuk bercakap dan berdakwah pasal Islam kepada rakyat, tapi dalam masa yang sama buat muslihat / konspirasi jahat ala yahudi bertopengkan satan menipu rakyat....secara diam2 serupa dengan cara iblis bapak satan...diam2.
BOTTOM LINE NYA, MELAYU MEMANG SEJAK AZALI LAGI ADALAH ORANG2 (KAUM) YANG SUKA SANGAT MENZALIMI DIRI NYA SENDIRI DAN JUGA MENZALIMI BANGSA NYA .
UMNO terbukti sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan RASUAH dan PENYELEWENGAN secaran BESAR-BESARAN.
PAS sebagai sebuah parti yang BERSIH adalah lebih bijak sekiranya menjauhkan diri mereka daripada SEBARANG pengaruh daripada UMNO yang korup dan memikirkan jalan untuk lebih mengeratkan hubungan dengan "adik-beradiknya" di dalam Kerajaan Pakatan dan tanpa melengah, atur langkah kanan untuk bersiap sedia untuk GE13.
Pakatan Rakyat harus mulakan kerja mereka secara serius daripada sekarang. Jadi sebarang cubaan untuk berbaik-baik dengan UMNO dalam apa jua perkara adalah tidak ubah seperti "MELUDAH KE LANGIT". Ianya akan terkena ke batang hidung sendiri....Kalau tak percaya, CUBA dan LIHAT...
Oleh yang demikian, saya amat bersetuju dengan pandangan PEGUAMPAS dan bersetuju dengan cara kerja dan pandangan YB Khalid, YB Dzul, YB D.S Nizar dan lain-lain pemimpin yang berpemikiran sederhana tetapi bernas.
Terima kasih