Skip to main content

Pengumuman: Ceramah Isu Semasa



“PAS sedia berdialog dan menghadiri sebarang majlis untuk memberi kefahaman ini kepada rakyat dan kita mengharapkan supaya ruang diberi kepada PAS melalui media supaya kita menjelaskan hakikat ajaran Islam yang sebenar kerana selama ini ajaran Islam sendiri telah ditutup dan dikongkong oleh undang-undang yang ada dalam negara kita” petikan ucapan TGHH.

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Bagaimana pula penggunaan kalimah 'takbir' yang ditukar kepada 'TAKEBEER" oleh puak2 UMNO.

Menghina dan memperlekehkan kalimah tersebut oleh orang yang mengaku dirinya islam...masya allah...

terpampang di dada akhbar arus perdana, pemerintah yang sekarang menonjolkan diri sebagai ultra alim mendiamkan diri seolah2 bersetuju penggunaan "TAKE BEER".

setakat ini tiada seorang mufti atau persatuan Islam beri pendapat dan mengutuk pasal penyalahgunaan perkataan 'take beer' mengantikan takbir ini...

bila isi antara kaum berlinan bangsa, mula lah nak jadi hero ultra alim, tapi isu antara umat Islam mereka hina macam mana pon tidak apa..

dok perati
Anonymous said…
Seperti biasa, ceramah mengalakkan perpecahan umat Islam dilangsungkan oleh puak PAS Melayu yang akan dihadiri oleh ramai puak fanatik PAS Melayu. Mana wakil DAP & penyokong Cina DAP. Diaorg datang ke??

Takpela ceramahlah korang sampai pagi. Lagi banyak fitnah lagi banyak dosa korang dapat.
Anonymous said…
salam...

berkenaan kes penggunaan nama Allah
terima kasih kerana spin bagi sesat dan keliru umat islam di malaysia..

bila bercerita berkenaan dengan penggunaan perkataan tersebut berbeza pemahaman di setiap negara..kenapa nak diungkit perkataan itu di negara arab,indonesia..

budak darjah 6 pon tahu aper beza pemahaman perkataan "gampang" di Malaysia dengan "gampang" di Indonesia.

biarkan perkataan Allah,masjid,Alquran,serta yg berkait dengan upacara dan istiadat islam exclusive untuk org islam dimalaysia ini..

kalau hari ini perkataan Allah boleh,esok bible pon boleh tukar jadi Al-Quran.

orang islam malaysia hanya mengerti Allah itu satu bukannya god 3 in 1 dalam kristian.

cukup la pekara hak keistimewaan melayu di politikkan, yg cukup buat kami yg berniaga kecilan ini tak tidur lena..

wsalam.
Anonymous said…
Kindly explain to ,muslims and non muslim,Allah is a vast term..ALLAH is THE SELF,THE SUPREME CONSCIOUS BEING..the 99 names are ALLAH'S ATTRIBUTES/POWERS(WHICH ARE ASPECTS OF THE SUPREME CONSCIOUS BEING)..that's the message in the holy quran..similar messages can be found to in the vedas/upanishads..even the mystry of the holy trinity can be explained as the soul being/roh (in man)/the self/the supreme conscious being..
Anonymous said…
TAKBIR & TAKEBEER adalah dua perkataan yg berbeza. Takbir bukan kalimah..cuba rujuk kamus utk confirm.

Tapi kalimah Allah adalah perkara yg tidak boleh di buat main. Tapi PAS buat benda ni sebagai mainan politik.

Kenapa tidak di jemput TG Dr Harun Din sekali? Saya cabar tuan jemput TG Dr Harun Din dlm ceramah ini. Nesecaya ramai akan turun. Jemput sekali Taib Azamidin & juga wakil NGO seperti ABIM, JIM etc. Tidak lupa juga MAIS sekali.

Jangan berani di sebalik sokongan kafir YB! Anda dah buat silap. Anda sendiri tahu anda salah & tersilap percaturan, tapi anda cuba memperbodohkan umat Islam dgn alasan dangkal.
Anonymous said…
AKU harap tahap maki sumpah seranah dan fitnah dikurangkan seminimum yang mungkin dalam sesi ceramah tu.

PAS boleh berubah...sekurang kurangnya dapat undi atas pagar aku ni.
Joeking said…
apalah yang aku boleh harap dengan pemimpin species ni....tak tahulah masa depan Islam dan orang Melayu jika digantungkan harapan kepada manusia bernama Khalid Samad. Bertaubatlah Khalid
Shazlan said…
Salam,
YB,

Sabo laa ek? PAS, yg ikut apa ajaran Islam dalam kes nama Allah nih, kena kutuk, maki. Yg UMNO pi lulus byk2 lesen judi, terang2 zina (cth: Altantuya), minum kencing setan, etc. tuh takde laa puak2 nih nak pi berdemo... membantah 'pemimpin Islam' memalukan Islam...

Aiseh... nama Allah kau juang, hukumNya kau sepak terajang...
Anonymous said…
anon pokemon 9:53 PM

TAKBIR & TAKEBEER adalah dua perkataan yg berbeza? Takbir bukan kalimah? Then 'sipandai' macam kau tolonglah explain apa itu takbir? Ada berani ka lu mat pandai?

PAS pulak yang dikatakan buat benda ni sebagai mainan politik...huh....

Cuba jawab soalan-soalan objektif seperti berikut :

Siapa yang menghapuskan pembelajaran, pembacaan dan penulisan Jawi di Sekolah-sekolah dahulu..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang menghapuskan pemberian Wang Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikeluarkan sebelum itu..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang merobohkan beberapa surau yang antaranya di suatu Kawasan Perumahan di Bandar Baru Bangi dan juga di kampung Bujal, Kemaman..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang memecat Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila Allahyarham Datuk Mufti mempertahankan tindakan JAIS menangkap dan mendakwa dua wanita Islam yang mengambil bahagian dalam satu Pertandingan Ratu Cantik di Selangor..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai JAIS apabila menyerbu dan mendakwa orang Islam (pemain muzik) yang didapati meminum arak di sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai The Ship..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang tidak membenarkan dan melarang Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu (apabila PAS berkuasa) menguatkuasakan hukum Hudud, Tanzir dan Qisas..? Malah siapa yang memperlekehkannya dengan mengatakan ianya Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu..?

Siapa yang menghina Sunnah Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak mencukur janggut kerana pada zaman itu, tiada pisau pencukur (razor blade)..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang menguasai bidang kehakiman dinegara 1Malaysia ini..? UMNO ke PAS..?

p/s: Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak PAS ke..?
Athari Bahardin said…
Anonymous 12:37pm,

Al-Quran dan Bible itu bukankah berlainan? Bible asalnya dari kitab Injil, berbeza isinya dibandingkan dgn Al-Quran.

Walaubagamainapun, bukankah Tuhan, God, Allah itu sama maksudnya? Iaitu Yang Maha Esa?

Akidah saudara masih boleh diperbetulkan sebelum terlambat.
Athari Bahardin said…
Anonymous 12:37pm,

"orang islam malaysia hanya mengerti Allah itu satu bukannya god 3 in 1 dalam kristian."

Mengerti sahaja tidak cukup saudara, pemahaman itu yang penting.
Anonymous said…
awas...jika anda dijangkiti virus 'bebal'isme... simptom tersebut ialah

1.Walaubagamainapun, bukankah Tuhan, God, Allah itu sama maksudnya Iaitu Yang Maha Esa.

2.Mengerti sahaja tidak cukup saudara, pemahaman itu yang penting. bukan ke mengerti=pemahaman..

3.menuding ke pihak lain bersalah.cth,Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak HamPAS ke?

4.akhirnya ia kan di'spin'kan dengan ayat" Akidah saudara masih boleh diperbetulkan sebelum terlambat",atau anda harus bertaubat.

kepada sesiapa yg terkena penyakit ini,diminta bersama dengan yb khalid abd samad untuk dirawat oleh prof Harun Din Al Hafiz.yg telah mengeluarkan kenyataan 2
"sesiapa bersetuju pekara tersebut adalah golongan kufur".

kegagalan untuk menerima rawatan tersebut akan dicampakkan didalam neraka jahanam setelah mati.
Pemikir said…
Ceramah,ceramah ,ceramah...tulah yang kau suka ya...pas tu panggillah orang supaya kamu boleh tengok oh ramainya orang suka saya...
Pas tu kata ini semua angkara UMNO...mempolitikkan keadaan
Lepas tu kata pemahaman itu lebih penting...macamlah kau sorang paham orang lain tak faham..Uztaz Harun Din pun tak faham.
Inilah simtom orang yang ingat dia pandai tapi sebenarnya bodoh....faham?
Athari Bahardin said…
Anonymous 3:37pm,

Bebal itu lebih elok jika dibandingkan dengan bodoh sombong, tidak begitu?

Apa saudara tidak bersetuju bahawa Tuhan, Allah dan God itu sama. Apakah saudara menyembah Tuhan dan God yang berbeda? Sekejap dewa sana sekejap dewi sini?

Berlawan lah dengan hujah bukan cakap kosong.

Elok juga jika saudara tampil dengan nama sebenar. Bukan apa, kata orang MELAYU; berani kerana benar.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan