Skip to main content

Nafi Tidak Hormati Sultan Selangor

Oleh: Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menafikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengheret instutusi di bawah naungan baginda, ke kancah politik.

"Saya ingin menafikan tuduhan tersebut, dengan sekeras-kerasnya. Pada hakikatnya ucapan saya bertujuan untuk menghalang golongan yang berkepentingan daripada menggunakan institusi di bawah naungan DYMM Sultan Selangor untuk tujuan politik mereka.

"Peringatan dan teguran saya bertujuan untuk menghalang nama baik baginda Sultan dari tercemar atas perbuatan yang tidak bertanggngjawab ini.

"Usaha untuk mengheret institusi di bawah naungan Sultan Selangor, dilakukan oleh golongan ini, bukan saya," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.

Khalid begita demikian ketika mengulas laporan polis yang dibuat terhadapnya pada 18 Januari lalu oleh 16 NGO di Shah Alam yang menuduhnya tidak menghormati Sultan Selangor sebagai pemerintah dan sultan di negeri.

Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam turut mengulangi desakan supaya pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ditukar dengan mereka yang berpengetahuan agama, yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

Katanya ramai ulama yang berpengalaman seperti Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din, boleh diberi peluang untuk menerajui pentadbiran baru.

Mengulas tentang isu penggunaan kalimah Allah, beliau menyifatkan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 sudah ketinggalan zaman dan perlu dibincangkan semula.

"Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Ia bercanggah dengan dakwah Islam," katanya ketika ditanya mengenai enakmen tersebut.

Bagaimanapun katanya, ia haruslah dibuka kepada perbincangan terlebih dahulu sebelum diambil sebarang tindakan selanjutnya.

Berita ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
hang ni tak abis abis nak buat kontroversi la YB Lid..semua hang nak tibai..drp isu kuil hingga lah ke isu kalimah Allah..semua hang tibai termasuk umno..

kalau aku tak setuju & membantah maknaya kau suruh aku masuk politik ke? adakah kau akan kata aku talibarut umno? & kalau aku setuju dgn kau maknanya aku ni geng kau ke?

ni bukan soal politik..ni soal akidah yg kami dok cakapkan YB Lid..

Kalau hang kata ramai ulama yang berpengalaman seperti Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din, boleh diberi peluang untuk menerajui pentadbiran baru aku setuju..tapi apa yg Datuk Haron Din sebut kufur kalau kita bersetuju kalimah Allah di gunakan oleh kafir laknatullah hang nak kata apa? Datuk Haron Din patut bertaubat ka?

hang ni, kalau kambing lalu depan rumah hang pun hang salahkan kambing tu..

fikir fikirkan lah..aku dah baca kenyataan JAIS & MAIS dan aku bandingkan kenyataan kau..ternyata kenyataan kau sebenarnya berbau kemarahan sebab kau marah JAIS & JAIS memang tidak sependapat dgn kau.

Aku sokong JAIS tidak bagi tauliah pada kau..adalah lebih baik kau diam je..drp kau merapu tak tentu hala & menunjukkan kelemahan kau pasal agama & memalukan kami penduduk shah alam.

enough is enough YB KHALID SAMAD!!
Anonymous said…
ala , nk cover2 lak...dah x hormat tu mengaku je la...

awak ni memalukan bangsa awak sendiri la...

bertaubat la
harunn said…
http://zul4kulim.blogspot.com/

sila lawat blog diatas untuk mengetahui komen yang bernas
Abuzar said…
Setuju juga lantik mereka2 yang berwibawa memimpin & mentadbir agensi2 agama Islam seperti MAIS, JAIS, .. bekas profesor2 agama ke... ustaz2 yang berdaya maju & bertaqwa...
Anonymous said…
semua YB tak nak mengaku salah..habis tu yg YB hentam MAIS & JAIS tu apahal?

Al Sultan dah bgtau..tapi YB tetap kata isu penggunaan kalimah Allah sudah ketinggalan zaman dan perlu dibincangkan semula & tetap nak tegakkan benang yg basah.

Apa yg perlu di bincangkan?

Kalimah Allah adalah nama khas & bukan drp perkataan arab.

Illah bermaksud tuhan.
God bermaksud tuhan.

Tapi Allah adalah utk org Islam yg beriman kepadaNya & rasulNya.

Adakah org kristian percaya Allah itu SATU? Mahukah org kristian tukar nama GOD dlm bible kepada kalimah Allah? Sepatutunya YB tanya yg itu dahulu bukan main hentam semata-mata utk dptkan undi.

Dlm petikan klip Video Al Jazeera: Whose God?, YB seolah-olah mendabik dada yg YB je yg benar. YB memandang remeh pendapat org lain. YB mempertikaikan fatwa.

Sama seperti isu Kuil di seksyen 23. Cuba YB fikir, apa yg YB dah buat sampai umat Islam Shah Alam marah benar dgn YB.

Tapi apa yg YB kata. Semua salah UMNO.

Hah..kalau semua nak di salahkan UMNO, kalau saya perintah Malaysia & kalau ada kesilapan drp pihak saya, best betul kalau saya salahkan org lain..dah ada precedent drp PAS, PKR & DAP. Semua yg molek drp kamu, yg buruk drp UMNO.

Tapi bagi saya UMNO telah berjasa kepada agama bangsa & negara.

Apa yg PAS dah buat sejak pilihanraya?

Fikirkan YB.
liz said…
Of all Pas member..u ni la yang paling mngecutkan perut orang Islam malaysia...kata-kata you tu banyak menjuru kepada riak yang ak nmembawa tak sedar dah silap jalan dan worst part suka salahkan orang lain tuduh orang lain ...yang semua ketinggalan zaman. undang2 orang lain tu dah ketinggalan zaman...but sumpah keluar PAS tu lagi ketinggalan zaman...pasal tu you tak fikir. So pengundi Shah Alam pilih orang yang tau cari publisiti yang murahan dan isu masyarakat2 Sekitar ..gejala sosial yang xbaik yang berlambak kat Shah Alam you tak bagi perhatian....sorry la Yb Khalid....you ni buat orang yang tak meluat dengan you dah naik meluat. You ni tak jadi Yb bagus dah jadi sulks.... Bravo Sultan Selangor..Daulat tuanku....as for you Yb Khalid....banyak cara lain nak jadi popular.. tabik kat Lee lam thye,sampai sekarang popular...exDAP yang i respect, banyak berbakti kat masyarakat
Anonymous said…
I am backing YB Khalid 100%. Thank you for standing up for what is right.
Anonymous said…
alhamdulillah.

saya sokong YG ..
Just make sure always in line dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz
dan TGHAHA.

Sehingga ini OK.

Utk netter lain, kita perlukan kepelbagaian dalam pandangan asalkan pandangan itu secocok dgn aakidah.

Dulu sifat 20 dibincang di surau je...

La ni di kedai kopi.....

ini perkembangan amat bagus....

keep up the good work YB.
Tinta Hitam said…
Kalau betul pun tuduhan tu Sultan tak sepatutnya sensitif sgt pd YB Khalid Samad.YB tak pernah kurang ajar pd Sultan jika dibandingkan UMNO dan balaci balacinya.

Keutuhan Insititusi Raja tertakluk sejauh mana pihak istana bersikap adil kepada rakyat.Dan rakyat bukannya bodoh utk menilai man permata dan mana kaca
Anonymous said…
apa anak jati selangor tidak akan menyokong UMNO. Sebenarnya UMNO telah terdesak sehingga buat isu kalimah allah. YB jangan layan mereka. kita jatuhkan UMNO lagi next election. Yang ambil pusing sangat pasal ni cuma orang UMNO je. anak jati selangor sebenarnya dah tahu ni permainan UMNO itu pasal kita diam. orang yang bayak bising tentang isu ini akan lebih banyak dosanya, daripada yang sudah tahu dan diam. kita lihat sajalah apa akan jadi pada UMNO selagi dia berkeras selagi itu rakyat akan tinggalkan UMNO. UMNO penyusah masyarakat. sudah diberi betis memerintah lebih 50 tahun masih kemaruk lagi nak memerintah. padahal rasuah makin menjadi-jadi bemulanya tahun 90an diSelangor semasa pemerintahan UMNO. sekarang anak jati selangor dapat lihat betapa tenangnya rakyat selangor dalam pemerintahan PR, tidak dihimpit oleh kerakusan orang-orang UMNO yang melantak duit orang-orang kampung sebelum ini.apa saja tanah orang Kg yang mereka boleh gadai mereka gadai. Orang-orang kg tidak akan pilih UMNO lagi selepas ini kerana kg-kg kami telah digadaikan oleh UMNO. dan kerana UMNOlah anak cucu kami kini merempat. yang kaya hanya orang UMNO walaupun mereka bukan anak jati Selangor. Salam.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-