Skip to main content

Mengapa MAIS, JAIS Sertai Protes?

Oleh: Yoong Pui Shen (Malaysiakini)

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.

Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).

Khalid berkata, sekiranya pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khalid turut membidas pemimpin BN yang menurutnya mengamalkan 'double standard' dengan membenarkan protes tersebut, dengan syarat pesertanya berada dalam halaman masjid.

Beliau menyifatkannya sebagai amat ganjil kerana sewaktu demonstari diadakan terhadap 'tiga katak' di Ipoh, pemimpin BN berkata 'ini bukan budaya kita'.

"Jadi mengapa ia kini menjadi budaya kita sekrang," soalnya.

Khalid merujuk kepada demonstrasi yang diadakan di Ipoh Februari lalu ketika tiga ADUN dari PKR dan DAP mengisytihar menjadi wakil rakyat Bebas, sehingga mencetuskan krisis perlembagaan di Perak.

Mengenai pendiriannya dalam isu 'Allah', Khalid berkata beliau secara tidak adil menjadi sasaran kerana berkongsi pandangan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dengan memetik ayat-ayat al-Quran, Khalid mengulangi bahawa asas-asas sebenar Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga turut mempertikaikan dakwaan ahli-ahli Umno bahawa undang-undang Selangor telahpun melarang penggunaan Allah oleh bukan Islam.

Menurut Khalid, Enakmen 1988 itu tidak digunakan hingga sekarang dan "sekarang mereka (Umno) menggunakannya untuk mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam.

Enakmen tersebut menyatakan bahawa sejumlah 25 nama, termasuk Allah, tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Bagaimanapun, wujud perdebatan mengenai isu tersebut di kalangan ulama dan pakar undang-undang.

Teguran Khalid mengenai tindak tanduk Jais dan Mais itu merupakan satu lagi kecacatan dalam hubungannya dengan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang juga merupakan exco kerajaan negeri yang menjaga halehwal agama Islam di Selangor.

November lalu, pesuruhjaya PAS itu mengumumkan bahawa Jais perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan titah Sultan Selangor supaya masjid dijadikan kawasan larangan terhadap perbincangan politik dan isu-isu yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat.

Berita ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Aren't PR the champion of free speech? So why are you stopping them from exercising their right?

Apa ingat awak seorang aje yang boleh berdemo, boleh kata Kristian boleh guna nama Allah, sedangkan orang lain tak boleh berdemo dan menyatakan tidak setuju terhadap orang Kristian menggunakan nama Allah?
Anonymous said…
This is double standard. You don't practice what u preach and I'm not going 2 vote for PR. U will be like another BN in the making.Where is the freedom of speech that u r fighting for?
Anonymous said…
ANON PKEMON 7:30PM..

you are another bigot born with a pea brain. Allah bagi kau otak untuk berfikir, so berfikir secara rasional..OK?

tak kan tak faham bahasa kot..takat pakai songkok tinggi berdemo kepala lembu..syuh..shuh..pergi main jauh2..

YB..

biasalah YB.. 'pejuang agama' pon nak berdemo jugak..biarlah..tapi yang herannya lori tangki air sirap kuning (FRU) tak mai2 pulak..maybe FRU pon tahu tak berbaloi sebab nya tak ramai orang dan tak dapat sambutan kot. Tak kan nak siram air sirap tu kat pokok..membazir la...
Anonymous said…
YB,

MAIS dan JAIS bukan dipimpin oleh orang macam Allahyarham Dato' Hj. Ishak bin Baharom yang dihina dan dicerca oleh pemimpin UMNO/BN satu ketika dahulu.

biarkan mereka syok sendiri..
Anonymous said…
anon 7:46 pm

if you are not voting for PR, you can vote for Kadima or Likud party of Israel, as your current party (UMNO) has become more like them.
Anonymous said…
bukan larang sebut ALLAH tapi mintak jangan guna ALLAH dalam majalah dakyah triniti Bahasa Melayu Herald The Catholic Weekly dan sentuh Perlenbagaan dgn hujah Human Rights sedangkan Islam Agama Rasmi

so nanti Homoseks legal sebab hujahnya Human Rights

Kristian sokong homo atau lesbian
Anonymous said…
Salam YB,
Kami ahli-ahli PAS amat musykil dgn tindakan YB yg tak sudah2 menimbulkan prasangka buruk sesama umat Islam di Selangor ini. Sepatutnya sbg YB sebagai wakil rakyat di Selangor perlu mendalami dan telaah betul2 Enakmen Syariah Negeri Selangor...jd tindakan YB menunjukan kedangkalan dan sedikit kebodohan mewakili rakyat Selangor tetapi tak arif tentang undang2 syariah Selangor. Itu satu aspek. Aspek yg lain YB sebagai wakil pemerintah PR yg muslim patut belajar dan dalami ilmu-ilmu syariah, usul fiqh, fiqh aulawiyat dan yg berkaitan dengan persoalan hukum Islam supaya lebih memahami apa itu "Siasah Syar'iyyah" di dalam pemerintahan. Telah kerap kali respon kami dari NGO Islam berikan dalam pelbagai Blog yg menentang dlm isu "Allah" kerana ia ada implikasi undang2 syariah Negeri di dalam Enakmen Pengawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam terhadap org Islam. Enakmen tersebut samasekali tidak bercanggah dgn Quran dan Hadis melihat dari sudut tanggungjawab pemerintah Islam terhadap agama dan rakyat muslimnya. Isunya bkn larangan org bukan Islam nak (guna)sebut nama Allah itu tdk ada halangan bahkan diharuskan...tapi isu sebenarnya adalah motif pihak musuh Islam utk kembangkan dakyahnya dlm terbitan versi Bahasa Melayu sahaja...dan tidak terbitan bahasa selain BM. Bukankah itu petanda wujudnya motif jahat musuh Islam. Apakah ini YB tidak terfikirkan? Adakah sudah terhijab kecerdikan akal kita, YB. Satu lagi, bagaimanakah agaknya nanti jika isu ini menyebelahi mereka, tidakkah menjejaskan kuasa agama Sultan sebagai benteng terakhir umat Melayu? Bukan susah utk difahami sementalahan Undang-undang Murtad Islam belum terlaksana, apakah tidak nanti kuasa mahkamah syariah yg ada akan terhakis?

Nasihat kami, sudahlah YB...hentikanlah kesumat YB terhadap saudara-saudara pimpinan Islam parti YB..Tumpukan tugas dan amanah YB kepada kami rakyat Selangor kerana PRU13 bukan lama lagi.

Wassalam
Ahli NGO Islam yg komited terhadap perjuangan Islam,bebas dan berkecuali.
Anonymous said…
hypocrite.
amoker said…
I salute you Khalid
Unknown said…
MAIS dan JAIS sertai protes sebab dorang ada "telor".. dorang tak harapkan rakyat undi dorang , bukan macam kau... ingatlah balasan di akhirat nanti amat dashyat.. kita duduk kat Malaysia , didalam Kamus Dewan , perkataan GOD itu bermaksud Tuhan bukan bermaksud ALLAH.

ini bukan Indonesia.. ada paham..
Anonymous said…
to anon jan13 7.30pm
to anon jan13 7.46pm
dan semua yang sewaktu dgn mereka dua ni.

1) jais and mais are govt agencies. non-individuals. not ngo. not political parties. ahmad or ali or kamal or badrul of jais/mais can protest/demo. tak jadi masalah.

tapi demo di luar waktu pejabat. rakyat bayar gaji bukan kasi lu orang buar kerja syok-sendiri. nak demo, boleh. tapi bukan atas nama sebarang jabatan/agensi kerajaan. kerajaan - rakyat yang empunya. kerajaan - bukan parti politik.

jadi, kalau nak demo, jangan pakai nama jabatan atau agensi kerajaan. pakai nama lain. individu atau ngo atau parti politik. ini kami tak kisah.

pakatan rakyat mengalu-alukan sistem demokrasi. sesiapapun boleh demo secara aman untuk mempertahankan pendirian masing2.

demo atas nama ngo, boleh.
demo atas nama individu, boleh.
demo atas platform parti politik, boleh.

tapi demo atas nama kerajaan semasa, tak boleh.
tapi demo atas nama agensi kerajaan semasa, tak boleh.

faham?

4RAKYAT
Anonymous said…
Thank you 4RAKYAT, tak payah saya tulis pjg2... But do you think these sorts of people they will understand? emmm...

keyrool~
Cili Padi said…
PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN
Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.

Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

bersambung di cilipadi007.blogspot
Anonymous said…
Orang Melayu yang tetiba menjerit sasau dengan isu kalimah Allah adalah natijah kejayaan umnongok memperbodoh dan membelenggu otak hijau Melayu demi kelangsungan politik mereka. Bagi umnongok politik n kuasa adalah segala-galanya. Umno dah terlanjur jauh no jalan pulang. Malaysia ibarat labu dan umnongok ibarat tikus. Hancur labu dikerjakan tikus. Ishhh, ishhh. ishhh.
Anonymous said…
sekarang anonymous dah pandai speaking la. sultan sebagai benteng terakhir islam?, tak perlulah sultan keluarkan statement kurang bijak. mereka sepatutnya mengelakkan pertelagahan antara agama bukan membakar lagi api yang sudah menyala. kalau dah marak nanti siapa yang nak padam?, dia sendiri? ataupun telefon bomba. jais dan mais janganla menyebok hal ni dengan nak berdemo. nanti terserlahlah satu kebodohan bagi badan yang menaungi umat islam seluruh selangor. tak malu ke?.
Anonymous said…
to keyrool 1.28am:

1) they have to understand. by god, they better do. dah lama umngok memperbodohkan bangsa melayu. umngok nak memperbodohkan orang melayu bermula dari bangku sekolah lagi supaya menjadi pak turut. tak erti ekonomi, tak erti isu sebenar, tak tanya2 (apparently, it's not 'malay culture' to question 'pemimpin'), melayu jadi blur2... asal dapat makan, diorang tak tanya pasal rasuah dan segalanya.

2) cina dan india dijadikan bogeymen. kononya cina dan india yang rampas hak/duit melayu. ya, memang ada cina yang bersubahat dgm umngok. namanya mca. mca bukan cina. cina bukan mca. ling liong sik bukan cina jujur. chan kong choy bukan cina jujur. mereka semua ni cina haprak. warga malaysia yang haprak. patut dihumban masuk penjara. pasal cuir duit rakyat.

3) please, help educate the malay masses re the economy and ask them to question the integrity of malay leaders. if the chinese ask, umngok and utusan meloya say we cabar ketuanan melayu pasal polis/macc/hakim itu 'institusi melayu'. throw away umngok leaders and replace with malay leaders from pkr and pas. but not hassan ali and zul kulim. and that nasha pas-2nd-man.

4) cina tak nak jadi taikor di malaysia. biar melayu jadi taikor. tapi jadi taikor pun, kena jaga adik. jangan curi duit rakyat. tell that to the malay masses.

kuburkan umno.
kuburkan umno.
kuburkan umno.
kuburkan umno.

4RAKYAT
Darth Anwar said…
Wahai Khalid Samad dan penyokong-penyokongnya,

Hentikanlah retorik PAS maha Islam korang ni. Makin banyak korang mencacai makin meluat umat Islam.

Korang sedar ke tak bahawa HARON DIN DAH FATWAKAN ORANG-ORANG MACAM KORANG NI BOLEH JATUH:

K A F I R

Saya ulangi: Boleh jatuh KAFIR sebab relakan penyembah God in Heaven samakan tuhannya dengan Allah.

Kalau kapay, maknanya semua kerja-kerja 'Islam' korang tu sia-sia and nonsense.

Nik Aziz pun dah kata tak boleh.

Korang ni mangkuk hayun jenis apa ni?

Sapa yang lebih tinggi ilmu agama, Depa dua orang tu atau Khalid?

Moron!!!!!
Anonymous said...

"... bukan larang sebut ALLAH tapi mintak jangan guna ALLAH dalam majalah dakyah triniti Bahasa Melayu Herald The Catholic Weekly dan sentuh Perlenbagaan dgn hujah Human Rights sedangkan Islam Agama Rasmi..."

Kamu paham apa erti tu Agama Rasmi?

"...so nanti Homoseks legal sebab hujahnya Human Rights...Kristian sokong homo atau lesbian"

Kepala Hotak kau yang Kristian tu sokong homo! Bagai katak dalam tempurong kau ni....


KaKiaYam
ssr said…
They say god is great don't worry yb as a true man of god continue with your good work and allah shall bless you.
rashidi said…
Hi Pak Khalid Gereja,
Mak cabar u supaya siarkan komen ini..
Me ..layu macam kamu semua memang dankal, bodoh dan dungu...yang post this article is chinese....biasa la nak suruh melayu berpecah belah....ini la dekat akhir zaman...islam dengan islam bertelagah....Pak khalid ..kalau di Pakistan atau Afganistan ....dah lama di tembak oleh hitman...nasib baik hang kat Malaysia...kamu pak khalid...penghancur PAS....aku dah lama sokong PAS...pun dah naik menyampah pada PAS gara2 tindakan ko Pak Khalid. Ko tak da...jiwa islam...jiwa melaga2kan islam ada lah....aku harap pihak tertinggi PAS AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA....lagi banyak statement ko....makin ramai melayu....berpihak pada UMNO nanti....I am not surprise if the next election PAS shah Alam jatuh kat UMNO...
Anonymous said…
I support YB on this. JAIS and MAIS have time and again shown that they are serving BN's agenda. Whilst I support free speech and right to demonstrate, such agencies should not be manipulated to suit certain political interest.
Anonymous said…
Selena Tay
Saya telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik.

Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

14hb Jan 2010
Anonymous said…
apala nasib warga SHAH ALAM ada wakil rakyat yang makin lama kebodohanye makin berleluase ...makin lame makin menyampah dengar pendapat YB yang sunguh dangkal ini..


YB ni kalau dilihat sebenarnye bukanlah nk memperjuangkan islam sangat.. tpi lebih kepada politik .. isu nama ALLAH untuk golongan bukan islam ni tidak ada kene mengene dgn isu politik pon .. this is because of islam . u tau x kenape org ramai dok tentang pengunaan nama Allah ??? mereka tentang bukan sebab parti politik nye.. tpi untuk agama .. bayangkanlah suatu masa nnti jika pengunaan nama ALLAH dibenarkan bagi org kristian, anak cucu YB berkawan dgn org kristian.. org kristian ckp tuhanye allah, islam ckp tuhanye allah.. dah xda beza da.. suatu mase nnti akan jadi kekeliruan pada masyarakat dlm malaysia nih.. boleh dikatakan makin lama mkin kurgla pengetahuan agama pada generasi muda sekarang ini.. semakin banyaklah orang murtad dan syirik jika benda ini tidak dikawal .. kenape nak munyusahkan banyak pihak ??? YB sebagai orang islam sepatutnye memperjuangkan agama di dunia ini, tambah lagi YB sebagai wakil rakyat yang mempunyai kuase berbanding rakyat biase...
this is simple lah.. u nak anut u punye agama, go on ! xda sape halang.. tpi please don't ever disturb the muslims .. kenape nak pening2? kenapa org kristian mahu menukar penggunaan name ALLAH ?? SUNGGUH KETARA YG MEREKA MEMPUNYAI AGENDA ...saya sunguh x faham kenape YB begitu menentang benda yg sepatutmye.. YB selame ni dok laung2 pihak umno yg mempolitikn isu .. tpi sekarang amat jelas siape yg mempolitikkn isu ini ... YB atau UMNO ????????????????????


inilah masalahnye bile manusia semua jadikan ideolagi masing2 sebagai jlan hidup. Semua nak jadi tuhan. sendiri yang sesuka hti menghalalkan dan mengharamkan. Stakat bagi dalil apa pon, x guna.
Anonymous said…
//Apa ingat awak seorang aje yang boleh berdemo, boleh kata Kristian boleh guna nama Allah, sedangkan orang lain tak boleh berdemo dan menyatakan tidak setuju terhadap orang Kristian menggunakan nama Allah?//
Lu belajar sampai darjah berapa aah?Demo not the main issue..the maisn issue is,apasai lontar molotov cokcktail?Secara lazimnya, yg bodoh bin dungu akan lontar bomb,akan lucutkan seluar mereka dan kencing atas banner..betui tak?
ahli pas selangor said…
to anon 9.48

speak for yourself

kami pun ahli2 pas yg amat menyokong dengan YB khlid samad.
Anonymous said…
Hairan sungguh tengok penyokong parti-parti politik baik PR atau BN. Ini bukan soal parti atau politik. Ini soal ugama. Dalam keadaan sekarang, apabila ugama Islam sebagai agama rasmi di perlekehkan dan puak kafir harbi sengaja menjadikan ia isu supaya kita umat islam berpecah belah, korang masih dengan politik. Akal taruk bontot ka. KAkitangan mais atau jais yang berdemo tu bukan mewakili jabatan, tetapi sebagai individu-individu yang masih mempunyai harga diri, bukan nya macam korang, demi kuasa , buntut kafir pun sanggup jilat. Sedar lah melayu islam hoi! hoi! hoi! Bodoh kau khalid.
Anonymous said…
Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab. Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ lebih superior daripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah

Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali menterjemahkan ‘Allah’ kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan lafaznya yang asal iaitu ‘Allah’.
Lagu-Lagu Negeri said…
Harap kerajaan HARAMkan juga rakyat-rakyat negeri ini menyanyikan lagu negeri masing-masing... Allah hanya untuk Melayu di Malaysia, Negara kita unik tak sama dengan negara-negara lain!

Lirik lagu negeri Perak
=========================
Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

lirik lagu negeri Kedah
=======================
Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

lirik lagu negeri Pahang
=========================
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.

lirik lagu negeri Johor
=========================
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

lirik lagu negeri Trengganu
=============================
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Anonymous said…
SAYA MENYERU SUPAYA PEMBERI KOMEN DLM RUANGAN INI MEMULAUKAN ORANG INI(KHALID SAMAD)KERANA TAK HABIS2 MENYALAHKAN ORG LAIN WPUN APA PUN ISUNYA.DGN CARA KITA TAK MMBACA TULISAN2 BELIAU INI MENGELAKKAN KITA MENCERCA BELIAU,DAH LAH DIA MENUDUH BUKAN2 TANPA BUKTI LEPAS TU KITA YG DOK BACA ,ADA YANG TERPENGARUH DOK SMPAIKAN KAT ORG LAIN DAH MMANJANGKAN FITNAH DPT DOSA JE..TAPI YG TAK TERPENGARUH MENGUTUK PUN DPT DOSA JGK..LEBIH BAIK LA..KITA:-

PULAU KAN KHALID SAMAD,PULAUKAN KHALID SAMAD,PULAUKAN KHALID SAMAD,PULAUKAN KHALID SAMAD,PULAUKAN KHALID SAMAD,PULAUKAN KHALID SAMAD,PULAUKAN KHALID SAMAD.
Anonymous said…
Hoi Lagu2 Negeri....

Lagu2 negeri tu ada dalam Bible ke? Hahahahahaha........kebanyakan org Melayu x suka penggunaan nama Allh bkn pada sebutan tapi pada kemungkinan penggunaan nama Allah itu dalam terbitan2 yg disengajakan utk ditatap oleh kalangan anak2 Melayu Islam yg makin dangkal pengetahuan Islam mereka.

Sebelum ni takder masalah...lainlah sebelum ini beratus2 pengikut Katolik mengalami sindrom lidah berpusing selagi tak diganti dgn nama Allah.

Itu jer. Hak sesetengah pihak utk bersetuju dan juga hak sesetengah pihak utk tidak bersetuju. Setiap pihak berhak utk membawa nas2 dan dalil2 utk mempertahankan hujah masing but utk mengkritik nas aku lebih baik dari engkau....that is not your choice.

What if lepas ini org2 bkn Islam insist pulak on using "bin" dan "binti" instead of "anak lelaki"? And insist of using arabic name...well arabic christian pun guna nama abdul...samad...hamid...husin...karim. Campur pulak dgn ura2 nak menggugurkan "agama" dan "keturunan" dari borang2 dan dokumen penting...is that the 1Malaysia yg diimpi2kan?

if u asked me...both side dah kene main...UMNO kene main...PAS pun kene main.
Anonymous said…
Juak2 UMNO sedang menggunakan lambang salib keatas TGNA..

satu lagi projek pembela agama oleh UMNO dan Barisan Nasional!
Bang bob said…
Aslkm.. Saya tak pasti samada YB dah buat report polis atau belum mengenai demo ini. Perbuatan pijak gambar YB mesti dibuat report polis dan SPRM ..mengenai salah guna kuasa JAIS/MAIS. Tak mustahil jika puak-puak ini boleh bertindak lebih dari itu. Saya harap mereka ini tidak menjadi dalang kepada kejadian serangan ke atas gereja... memalukan Islam.
AbgTuah said…
SALAM YB..

IZINKAN SAYA MELUAHKAN SEDIKIT PENDAPAT

KENYATAAN DAN HURAIAN

DATO HARUN DIN
DATO HASSAN ALI
DATO TAIB AZZAMUDDIN
YB ZUL..
DAN TERKINI DATO NIK AZIZ

TAK RUGI DIAMBIL KIRA PANDANGAN DAN PENDAPAT MEREKA..

JADI SEELOK-ELOKNYA UNTUK KEBAIKAN SEMUA, BINCANG SEMULA DENGAN MEREKA YG TERSEBUT DAN AMBIL JALAN TENGAH YANG TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN DAN UNTUK KEBAIKAN SEMUA.
Tolstoy said…
Buat apa yang YB rasa betul and bukan kerana desakan atau ancaman dari orang lain. Selalunya, suara yg paling lantang dan kuat tak semestinya betul. Kagum dgn YB kerana berani berdiri atas prinsip sendiri.
Anonymous said…
khalid ni bukan apa

saja nak tunjuk kononnya dia pon vokal macam abang dia

tp abang dia cakap guna otak. ada prinsip. dia ni cakap guna kepala lutut

khalid samad penyebab ora ng melayu semakin hilang percaya pada pas selangor

kalau pas hilang kerusi kat selangor, salahkan khalid samad

bercakap ikut sedap mulut. rasa diri dah lebih besar dari pas!
Anonymous said…
kepada jahil-jahil yang dibayar untuk menaip segala jenis kutukan dan cercaan. hentikanlah statement KAMI AHLI PAS, KAMI ORANG SHAH ALAM DAN KAMI DULU MENGUNDI PAS. Cakap je terus terang KAMI MAKAN GAJI DENGAN MENCERCA DAN MENYERANG BLOG ORANG LAIN SUPAYA PARTI KAMI AKAN TERUS BERKUASA DAN KAMI ANAK BERANAK DAPAT KONTRAK SAMPAI 7 KETURUNAN.
Budak hingusan said…
Salam YB.

Maaf ye, rasanya tidak tepat untuk menyatakan MAIS & JAIS terlibat secara langsung dgn puak pelampau yang berdemo sendirian d luar masjid.

Mais/Jais ambil pendekatan adakan majlis penerangan di dewan bwh msjd negeri, puak2 umno je panas agaknya, lebih sanggup jadi kera sumbang berdiri tengah panas 2/3 kerat sebab kalau dok dalam masjid lagi panas.

Ada bagusnya juga MAIS/JAIS lead sebab pendekatan baik. Di dalam masjid takde langsung gambar @ nama YB.

Sebenarnya ramai yg kurang jelas dgn stand PAS, 2 perkara iaitu ttg bab hukum & ttg siayah syariah yang tidak dijalinkan. Malah, yang lebih menonjol adalah tentang hukum.

Tak perlulah YB nak keruhkan lagi hubungan dengan YB Hasan Ali, buruk bebenor kata orang Perak, dah tua2 bergaduh lagi. Alang2 nak gaduh, kita buat wrestling Piala Presiden, nak? Jual tiket boleh gak collect duit untuk dana PRU akan datang ;-)
Wan Adli, Kubur Panjang, Pendang said…
Dear YB Khalid Samad,
In Allah issue, it seems as if you agree with the use of the name Allah by Catholic Church to name their Trinity God. This implies that you could conceptualise another thing, beside the One Real-True God, worthy of the name Allah. So, I would like to ask you a question from the Qur’an, chapter Maryam (19), verse 65, “hal ta‘lam lahu samiyya?”, the translation is “do you know of any who is worthy of the same Name as He?”
harunn said…
Salam to all

Saya nampak YB ni makin mabuk kuasa nampak , banyak syok sendiri macam nizar tu

kalau rakyat yang bantah mungkin kamu kata rakyat tu pro umno la apa la

tapi kalau Ustaz Harun Din dengan para Ulamak yang bantah puak kapir guna kalimah Allah , nak kata pro umno juga ka

Hassan Ali pun Bantah , Sultan Selangor pun bantah , tapi kamu keras kepala juga , tak nak mengalah lagi , betui la kamu ni ego besar

makin lama tengok muka , makin meluat la , malang betui orang shah alam dapat orang camni

kami tak nampak pun yang kamu ni berjuang untuk Islam , yang nampak hanya nak bela orang lain je
Anonymous said…
YB.. mat khusrin sudah mengamuk....

tak masyuk kot..kesian dia..
Anonymous said…
...yang hanya nak bela orang lain je"...harunn

"orang lain" it siapa? Orang Nepal ke atau orang dari Nigeria? YB Khalid bela orang sendiri, orang negara sendirilah. Ada baca tentang FX Malaysia 2009? Lagi satu generasi lagi (lebih kurang dalam 20 tahun), Malaysia mungkin jadi pengekspot maid. Masa it, kalau kata "orang lain" mungkin lebih tepat. Lawan sesama sendiri, akhirnya betul betul jadi orang suruhan "orang lain".
CgLyn said…
Setuju dgn YB, tak perlu demo. Hanya mencetuskan huru-hara dan perbalahan. Buktinya gereja dan surau dirosakkan. Jgn simbah petrol ke dalam api. Isu ini dapat diselesaikan melalui perbincangan. Jangan terpedaya dengan pihak yang sengaja menjadikan isu ini sebagai modal politik.

PAS for all, Allah for all.
Anonymous said…
YB,

YB Khalid tak berhak untuk bercakap mengenai isu agama memandangkan YB sendiri bukan ahli

YB hanya mempunyai kelulusan kejuruteraan,

sekiranya mempunyai pendapat peribadi pun, simpanlah dalam hati, tak payahlah nak cerita dalam blog,

nak quite verses quran

YB tak arif dalam hal ini,

sila rujuk kepada ulama PAS sendiri sekiranya YB rasa Ulamak UMNO ini tak boleh pakai

P.s : saya rasa YB nasib YB akan menjadi telur dihujung tandduk dalam next PRU13

Salam

Dulu saya vote PAS, tapi next GE kena pikir 2 kali
Anonymous said…
//So, I would like to ask you a question from the Qur’an, chapter Maryam (19), verse 65, “hal ta‘lam lahu samiyya?”, the translation is “do you know of any who is worthy of the same Name as He?”//

th proper translasi in english is..

So, I would like to ask you a question from the Qur’an, chapter Maryam (19), verse 65, “hal ta‘lam lahu samiyya?”, the translation is “do you know of any who is worthy of the same Name as He?”

hah..so simple lah wahai katak dibawah temperung..first and formost,it's very clear,the HE is the ABSOLUTE ok..this the ultimate..nothing else exists beyond the absolute..the HE is certainly not "allah tuhanku yg melayu"..even jesus didnt say he is god(only loafers with low iq bla bla about jesus being a god)..and.." do you know of any who is worthy of the same Name as He?”..simply means is there anyone,or anything greater then the absolute/HE?Only in Malaysia,we can get.."ALLAH TUHAN MELAYU" hakcipta terpelihara UMNO..
Anonymous said…
yo anaon 11:42..lu ni,now n forever UMNO hapraklah..lu dibayar utk jadi goosetepos..lol!!
bungled said…
Orang Melayu -Muslim yang berfikiran waras seperti Khalid, Nizar dan Nik Aziz boleh dihitung dengan jari2 sebelah tangan.
Bagi yang lain, emosi,'sensitiviti' dan isu ketuanan jauh lebih penting daripada hujah, pemikiran kritis, undang2 atau keadilan.
Inilah Malaysia.
TheBendahara said…
YB Khalid,
kami tahu YB seorg yg berilmu(cerdik dlm ilmu ugama)boleh berikan dalil dan sebagainya, namun YB perlu ingat diluar sana ada anak2 muda(Islam) yg kurang pendidikan islam senang dipengaruh..
Contoh seandainya mereka minum arak dan tak solat; senang bg mubaligh kristian pengaruh mereka; berkata "kita sembah tuhan yg sama iaitu Allah, jadi marilah convert (jadi kristian)xyah risau dosa pahala xyah solat..apa nk risau tuhan kita sama(sembah Allah)"..ini yg YB mahukan??
Adakah selepas ini, YB sokong pulak agama lain mengunakan "Allah" untuk mengantikan berhala pulak? Sifatnya berbeza, namun oleh kerana mereka nak gantikan "tuhan" kepada "Allah", sama mcm Herald sahaja tindakannya..
Kita mengucap kalimah syahahadah "aku naik saksi tiada tuhan disembah melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah"..adakah kristian mengucap kalimah ini?
TheBendahara said…
Lezz,
Hujah sahaja tidak memadai untuk menjaga masa depan anak bangsa kelak...
Anonymous said…
Assalamualaikum,
Tak abeh2 pakai isu ni utk politik. Duk la gaduh2 sama2 sendiri. Org lain duk ketawe2 tgk kite gaduh2. patutnye bersatu la dlm mende2 camni.

Bukannya org bukan islam xboleh pakai kalimah Allah ni. Org yang percaya dgn kitab Allah (Injil , Torat & Al-Quran) akan percaya pada Allah tuhan yg satu. Tp zaman skrang ni Injil & Torat tu dah dicampur aduk ngan kata2 manusia. Ajarannye dah tugang tebalik. Org Kristian dah baca Injil yg suci dulu dah. dah xdak dah pun. Yg tinggal Al-Quran. So, kalau lah org2 ini guna nama Allah utk memuji Allah xpe. xsalah rasanye. Tp takut kalo diorg2 ni tuleh mende pelik yg bertentangan dgn ajaran Islam. Dan ada pulak org Islam yg xtau gapo dio tu percaye la pulak dgn isi kandungan. Tu je yg sy takut. So sebelum kite benarkn diorg pakai baik kite larang je dulu..sebelum jadi ape2.

Ni bukan politik dah cik abg oi. igt tu.cucu2 ko tu nanti kang tersalah akidah baru hang tau. Don't make this as the beginning of the end.

Assalamualaikum
Anonymous said…
To anon 6.10 pm

Demi Allah aku pangkah PKR dan PAS di Parlimen Tanah Merah PRU 208 dulu

Next GE Sorilah,

ramai dah tau dah PAS punya perangai

bertopeng agama untuk kepentingan politik
Anonymous said…
isk. otak apa yang ko guna nih?
YB. hentikanlah komen-komen anda tentang perkara-perkara yang YB bukan arif tentangnya. Saya lebih yakin hujah Datok Dr Harun Din berbanding hujah YB tentang kalimah Allah yg di guna pakai oleh orang2 kristian. Sebnarnya YB selalu sahaja mencari publisiti dengan cara mendatangkan polimik. Ramai tokguru-tokguru dari PAS yang berhujah menggunakan dalil dan nas yang mereka memang ariff tentangnya. Berlainan dengan hujah-hujah YB walaupun YB guna pakai dalil dan nas saya yakin YB tidak ariff tentang dalil dan nas yang yb berikan.Lihat sahaja latar belakang YB. Hentikanlah segala tafsiran dan komen-komen YB yang selalu membawa polimik. Saya mohon... berikan tugas ini kepada mereka yang benar-benar alim dan arif tentangnya. Saya sangat terpegun dan syahdu tentang betapa pemimpin pas dikalangan cerdik pandai agama tidak pula memberi sebarang komen dan pandangan yang mengundang polimik. Polimik yang YB selalu bangkitkan bukan sahaja mengelirukan masyrakat yang tidak mendalam ilmunya malahan orang pas yang selalu mengikuti pengajian pun terkeliru tentang hujah dan komen-komen YB... tolonglah hentikan.. biarkan pimpinan pas dari kalangan ulamak dan ustaz yang memberi komen. Galagat YB kebelakangan ini menjadikan orang pas sendiri meluat melihatnya. Janganlah berlagak segala-galanya pandai... tolonglahh
Anonymous said…
ya saya stuju dengan kulaaan,

udoh ler YB pindah tanding dekat Pantai Remis dekat tempat saya, confirm YB menang
Anonymous said…
Tuan YB Khalid,
Tuan nak hujah apa lg bhw Allah tak boleh digunakan oleh agama lain? Tokoh Kristian sendiri ada mengakui hasrat akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu/Islam bagi menunjukkan 'Tuhan kita sama.' Keputusan hakim tempohari akan mengikat bahawa Allah = Tuhan. Lepas ini boleh sahaja mereka menulis Allah Bapa, Allah Anak dsb. Malah mungkin pengikut Hindu juga boleh mendakwa Patung Emas di Bt Caves sebagai Allah. Hujah kita ialah surah Al-Ahad. YB baca surah itu untuk membezakan Allah bagi umat Islam dan orang lain.
Unknown said…
salam YB Khalid,

Orang katolik sebenarnya sudah mempunyai nama bagi tuhan mereka. nama tersebut adalah YHWH. Jadi kenapa orang catholic sibuk sangat nak guna nama Allah, nama yang maha suci dalam agama Islam. Mereka nak adopt nama Allah dan memberinya konsep triniti, kenapa?. Adalah tanggung jawab orang islam untuk memelihara kesucian nama Allah. Berbalik kenapa orang2 catholic tidak guna nama YHWH dalam bible terjemahan mereka?? Jawapanya mereka (catholic) sendiri dilarang menyebut atau menggunakan nama YHWH (nama tuhan mereka)kononnya bagi menjaga kesucian nama YHWH. Pelik sungguh mereka ini, berbeza dengan orang islam, yg digalakkan menyebut nama Allah dan memuji kesucian dan kebesaran nama Allah, tetapi mereka sebaliknya.

menurut "Vatican Congregation for Divine Worship and the Sacraments, dated June 29 2008"
rujuk website

http://www.catholicnews.com/data/stories/cns/0804119.htm

"By directive of the Holy Father, in accord with the Congregation for the Doctrine of the Faith, this congregation ... deems it convenient to communicate to the bishops' conferences ... as regards the translation and the pronunciation, in a liturgical setting, of the divine name signified in the sacred Tetragrammaton," said the letter signed by Cardinal Francis Arinze and Archbishop Malcolm Ranjith, congregation prefect and secretary, respectively.

The Tetragrammaton is YHWH, the four consonants of the ancient Hebrew name for God.

"As an expression of the infinite greatness and majesty of God, it was held to be unpronounceable and hence was replaced during the reading of sacred Scripture by means of the use of an alternate name: 'Adonai,' which means 'Lord,'"

......

"Apart from a motive of a purely philological order, there is also that of remaining faithful to the church's tradition, from the beginning, that the sacred Tetragrammaton was never pronounced in the Christian context nor translated into any of the languages into which the Bible was translated."
seterusnya
The two Vatican officials noted that "Liturgiam Authenticam," the congregation's 2001 document on liturgical translations, stated that "the name of almighty God expressed by the Hebrew Tetragrammaton and rendered in Latin by the word 'Dominus,' is to be rendered into any given vernacular by a word equivalent in meaning."

Ini mungkin juga bermakna semasa mubaligh catholic tiba di Borneo mungkin 400-500 tahun dulu, penduduk tempatan pada ketika itu adalah beragama Islam. Apakah kita nak biar sejarah hitam ini merebak di seluruh Malaysia. nama tuhan orang catholic adalah YHWH, tetapi mereka sendiri tidak dibenarkan mengguna nama tersebut, kerana Vatican bimbang nama tersebut tercemar. Apakah kita orang Islam diMalaysia nak biar paderi catholic kebebasan mencemar kesucian nama Allah??
Anonymous said…
@January 16, 2010 5:34 AM

waah..u masih hisap ibu jari kot..what a $#@!!
Anonymous said…
//Orang katolik sebenarnya sudah mempunyai nama bagi tuhan mereka. nama tersebut adalah YHWH//

my goodnerss..this i did not know.. people have no idea what this vatican fellas r "calling"..i think i said in another blog,christianity in europe has been under falsehood..and our gomen pulak is acting,behaving exactly like an agent of falsehood by not allowing christians to use the word ALLAH,who is the "Lord",the "Father",the "most high" mentioned in the bible..
Anonymous said…
//Pelik sungguh mereka ini, berbeza dengan orang islam, yg digalakkan menyebut nama Allah dan memuji kesucian dan kebesaran nama Allah, tetapi mereka sebaliknya.//

I agree with hans..the jews also utter those "words" on the day of atonement..those "words" must never ever be uttered..very dangerous,becos it's related to the "fallen angels"..more evidence can be given..
Mv Agusta said…
Khalid Samad, anda adalah cerminan wajah sebenar PAS. PAS la nie tak supo dulu.... mata duitan, jual agama, kroni serta lebih hebat dari umnongok. PAS jauh lebih memudaratkan. Suck PAS for all
Anonymous said…
aku rasa ko lagi teruk khalid.. ko pertikai MAIS dan JAIS.. aku rakyat malaysia terpikir sebab kenapo ko nak potes MAIK da JAIS pulak.. apa hal ko?.
Anonymous said…
My god Khalid Samad you are so naive...you should have not been a leader.
Dan pada penyokong2 PAS yang dah tak boleh nampak yang hak dan yang batil kawinkanlah anak-anak kamu dengan Khalid Samad ni...
Pergi balik baca Kamus Dewan Bahasa.Tanya juga Uztaz Haron Din.
Anonymous said…
//Khalid Samad, anda adalah cerminan wajah sebenar PAS. PAS la nie tak supo dulu.... mata duitan, jual agama, kroni serta lebih hebat dari umnongok. PAS jauh lebih memudaratkan. Suck PAS for all//

UMNO!all the time suckin thumb waat..
Anonymous said…
Bila you dah kalah dalam PRU13 nanti boleh lah apply jadi pateri atau noja gereja kelak

Accidental leader la you nie
Anonymous said…
Christianity
Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, use the word "Allah" to mean "God".[3] The Christian Arabs of today have no other word for 'God' than 'Allah'.[6] (Even the Arabic-descended Maltese language of Malta, whose population is almost entirely Roman Catholic, uses Alla for 'God'.) Arab Christians for example use terms Allāh al-ʼab (الله الأب) meaning God the father, Allāh al-ibn (الله الابن) mean God the son, and Allāh al-rūḥ al-quds (الله الروح القدس) meaning God the Holy Spirit (See God in Christianity for the Christian concept of God).

Arab Christians have used two forms of invocations that were affixed to the beginning of their written works. They adopted the Muslim basm-Allah, and also created their own Trinitized basm-Allah as early as the eight century CE.[25] The Muslim basm-Allah reads: "In the name of God, the Compassionate, the Merciful." The Trinitized basm-Allah reads: "In the name of Father and the Son and the Holy Spirit, One God." The Syriac, Latin and Greek invocations do not have the words "One God" at the end. This addition was made to emphasize the monotheistic aspect of Trinitian belief and also to make it more palatable to Muslims.[25]

According to Marshall Hodgson, it seems that in the pre-Islamic times, some Arab Christians made pilgrimage to the Kaaba, a pagan temple at that time, honoring Allah there as God the Creator...


In other scripts and languages
Allah in other languages with Arabic script is spelled in the same way. This includes Urdu, Persian/Dari, Uyghur among others.
Bengali: আল্লাহ Allah
Bosnian: Allah
Chinese: 阿拉 Ālā, 安拉 Ānlā; 真主 Zhēnzhǔ (semantic translation)
Greek: Αλλάχ Allách, Θεός Theós (God)
Hebrew: אללה Allah
Hindi: अल्लाह Allāh
Japanese: アラー Arā, アッラー Arrā, アッラーフ Arrāfu
Maltese: Alla
Korean: 알라 Alla
Russian, Ukrainian, Bulgarian: Алла́х Allakh
Serbian, Belarusian, Macedonian: Alah, Алах
Thai: อัลลอฮ์ Anláw
source:http://en.wikipedia.org/wiki/Allah
Anonymous said…
Jesus gospel has been falsifed by europeans..and as a result,"the fallen ones" r worshipped as god..Ethopians r true christians..
Anonymous said…
YB Khalid, I respect you for not being shallow minded.. as your opponents.. Respect you for all that you spoke of in 101 east.. Thanks..
Anonymous said…
apakah sebebnar isu HERALD itu??

Terjemahan GOD itu pada pendapat mereka adalah ALLAH dalam bahasa MELAYU..

YB setuju?? Jikalau YB setuju sila buat sidang MEDIA dan beritahu rakyat yang YB setuju dan sokong KRISTIAN guna kalimah ALLAH..

CUma satu sahaja CUBA YB mengucap 2 kalimah SYAHADAH dan terjemahkan dalam bahasa MELAYU dan Inggeris..

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Tuhan??
Aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu Rasul Tuhan??

Minta YB tetap kan PENDIRIAN..

Adakah YB sedar bagaimana PERANG SALIB berlaku ?? Dan bagaimana dan kenapa KERAJAAN ISLAM tumbang??


KErana AKIDAH mereka dikucarkacirkan..

YB pun tahu bahawa iman umat islam di malaysia sekarang macam mana kan.. memang kita boleh salahkan kerajaan sekarang tetapi adakah kerana itu YB sanggup memberi jalan mudah kepada Mubaligh Kristian untuk menyesatkan anak-anak kita??
Anonymous said…
Mr YB,
BO LA DOK KUCA NYO,
KIJO LAIN BANYOK LG NOK BUAT,
WAT MALU PAS JAH
Anonymous said…
YB

WHAT EXACTLY ARE YOU TRYING TO DO?
ARE YOU TRYING TO BE POPULAR OR JUST
LIKE NIK AZIZ, SO ANGRY AT UMNO THAT
ANYTHING UMNO SAYS YES YOU WILL SAY NO.

CONVEY MY SALAM TO ALI REZA

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-