Skip to main content

Keputusan JK Displin

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Sebarang komen yang terlampau kritikal tehadap JK displin PAS, ataupun terhadap Dato PJ tidak akan disiarkan. Harap maklum.
Anonymous said…
padan muka hang
Anonymous said…
Bersabar sahajalah YB. Cara YB bukannya nak mengasak UMNO, tapi menjatuhkan PAS sendiri. Tak nampak UMNO akan tersungkur kalau orang dalam PR setiap hari jatuh menjatuhkan sesama sendiri. YB berseteru dengan Zulkifli Nordin, Datuk Zahrin dengan Guan Eng, Azmin dengan Dato'Khalid Ibrahim. Janganlah bermimpi di siang hari. UMNO akan terus memerintah sehingga akhir hayat YB. Berpijaklah di bumi nyata
ISA said…
Salam YB,

Saya salah seorang pengundi dalam parlimen YB.

Saya berharap YB tidak akan membuat sebarang rayuan dan berpegang kepada prinsip benar tetap benar.

Dan saya berharap benar supaya Pesuruhjaya PAS Selangor digantikan dengan seseorang yang lebih berkaliber.

Dan yang terakhir sekali, saya dan rakan2 seperjuangan dalam kawasan kami, sama sekali akan bersikap berkecuali dal PRU-13 nanti, selagi Hasan Ali masih lagi menerajui PAS Selangor.

Jika YB masih bertanding/menjadi calon Parlimen Shah Alam, dan tidak kiralah sesiapa pun yang bertanding maka tiada undi untuk PAS, kami lebih rela melihat PAS menjadi pembangkang daripada menjadi pemerintah (kerajaan).

Harap ianya menjadi pengajaran kepada kepimpinan PAS Pusat. Tuntutan kami supaya di adakan EGM seberapa segera.

Wala...? Sudah tidak relevan lagi masa kini. Itu semua sebagai ugutan bagi menghalalkan matlamat pemimpin yang mabuk kuasa.

noktah.

p/s: kepada YB, saya berharap teruskan perjuangan dalam menegakkan kebenaran dan Islam.
Anonymous said…
Tak pa YB, biasa lah tu, Harap bersabar
Greenbottle said…
you're ten years ahead of PAS' way of thinking.

be patient and don't make rash moves that will make things worse for all.

i am sure you're on the right but sometimes you need to remind yourself...."discretion is the better part of valour".

tabahkan hati dan selamat berjuang untuk Islam sdr Khalid yang saya hormati.
ummu asiah said…
Syabas YB, ramai yang bersama dengan YB dan kecewa dengan keputusan.

Sedih dan kesal memang ada di saat kita amat-amat inginkan satu kerajaan yang lain dari UMNO memerintah.

Perjuangan tetap diteruskan untuk menyelamatkan Malaysia dari pemimpin yang zalim dan tidak adil!!!!
Harimau-Menaip said…
Assalamualaikum Khalid;

Saya bukan orang PAS tetapi ramai rakan-rakan yang menganuti ideologi PAS. Saya juga bukan penokong kamu mahupun penentang kamu.

Cuma, kamu anggaplah hukuman ini sebagai hukuman dunia yang hadir kerana kesalahan-kesalahan kamu. Bina hidup baru.
machoman said…
Teruskan perjuangan YB!
Apocryphalist said…
Khalid al-Walid?

Izinkan saya mem-frasakan semula apa yang diperkatakan oleh Senator Lloyd Bensen kepada Dan Quayle dalam broadcast perdebatan Naib Presidan Amerika dalam tahun 80'an dahulu:-

"Saudara Khalid Samad, you are no Khalid al-Walid!"

Malahan, jika apa yang saudara buat sekarang ini anda lakukan pada zaman Omar al-Khattab dahulu, anda akan menangis ter-esak-esak kerana berterima kasih bahawa yang terpenggal dari tubuh badan saudara hanyalah jawatan saudara sahaja.

Untuk memahami minda melayu Islam tulin yang saudara masih juga tidak faham-faham hingga sekarang, sila tengok di sini.

Lihat dan perhatikan betul-betul. Jangan skip. This is a must see for everybody.

Apocryphalist
Anonymous said…
SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn.Terima Kasih
Anonymous said…
Rakyat Malaysia kebanyakkannya sudah pandai menilai yg benar & salah. Teruskanlah kepimpinan YB. Pasti ada yg menentang, tapi saya percaya bertambah ramai menyokong YB.
ustazku said…
Teruskan kerja YB.Kenapa nak gasak Dato PJ lagi.Kata terima dengan hati terbuka.Tunjukkan perangai pemimpin PAS tak sama dengan pemimpin UMNO hatta bila mereka dijatuhkan hukuman sekalipun.Akhlak kita dalam menerima keputusan ini akan menambahkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap PAS.Khalid AlWalid menerima surat pemecatan daripada Saidina Umar dengan jihad yang bersungguh-sungguh sehingga Islam menang.Maka saya mengharapkan YB menerima keputusan ini dengan semangat yang sedemikian rupa.Terima kasih
Evelyn said…
Assalamualaikum YB,

Semoga YB terus bersemangat untuk berjuang menegakkan Islam dan kebenaran. Generasi baru hari ini yang menyokong PAS tak termakan 'pil wala' yang semakin menebal dikalangan pendokong PAS. Yang benar pasti akan terserlah akhirnya. Good Luck!
zabri mokhtar said…
Assalamualaikum... Tn Hj YB,

Saya menyokong segala perjuangan YB dan ada apa2 yang perlu boleh saya lakukan.

Ya, saya setuju dengan penderian YB jangan merayu. merayu umpama kita telah mengaku bersalah.

Ikhlas,

zabri mokhtar
Budak hingusan said…
Buat YB Khalid,

Tahniah kerana anda salah seorang yang terpilih untuk melalui proses tarbiyah ini.

Dahulunya YB dipilih untuk ke ISA, kini untuk berhadapan dengan keputusan JK Disisplin. Bukan bermaksud saya menyamakan status hukuman JK Disiplin itu dengan ISA, tetapi iktibar dan nilai tarbiyah yang YB lalui, moga menjadi iktibar buat kami juga.

Cuma melalui pandangan saya yang kerdil ini, baik YB Hj Khalid mahupun YB Dato Dr Hassan, kedua-dua permasalahan berpunca daripada KOMUNIKASI. Saya rasa YB lebih bijak, renungkanlah dengan mata hati, berbincanglah dengan sahabat-sahabat dan para ahli yang benar-benar ikhlas dengan YB, bukan hanya sekadar menyokong dan mengampu YB tetapi juga berani menegur dan berlainan pendapat dengan YB kerana dengan cara ini sahajalah kesilapan dan kelemahan dapat kita perbaiki.
jab sp said…
Patutlah malam tadi riuh digerai surau ada penyokong yang mengamuk sakan kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa cakap cakap telah timbul, PR Selangor akan jatuh ketangan UMNO pada 30/01/2010.Rupanya inilah sebabnya.Keputusan Jawatan Kuasa Disiplin telah dikeluarkan.
Namun kebimbangan ini tidak akan jadi kenyataan kerana yang digantung adalah Khalid Samad(KS) ,bukan Hassan Ali.
KS meminta supaya Jawatan Kuasa Disiplin jangan diaibkan.Tapi bagaimana hasrat itu dapat diikuti olih pengulas-pemerhati-penyokong jika cara dan tindakan Jawatan Kuasa Dispilin PAS tidak lari jauh cara UMNO menyelesai masaalah parti mereka.Tidak perlu diulas apa yang UMNO lakukan pada ahli mereka,tetapi asasnya apa yang dilakukan olih Jawatankuasa Displin PAS menyalin dengan sedikit pengubahan apa yang dilakukan olih UMNO.Jika begini apa yang membezakan antara keduanya.Elek.
Amat diharapkan tindakan pergantungan ini tidak akan menutup mulut KS asalkan apa saja yang dilakukan KS selepas ini tidak memberi kesan sampingan pada PR.
Anonymous said…
jangan bimbang yb khalid,Allah bersama kita..dia tahu yg mana satu yg adil dan mana satu yg tidak adil..
Anonymous said…
Syabas YB Khalid. You are a true Muslim and a true leader. Teruskan perjuangan. God bless you & your family.
Ali Zaidan said…
"Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS."


Aii, khalid, kau sendiri tak faham isu ke? Kau dihukum sebab dedahkan perkara yang sulit dlm mesyuarat PAS negerikepada umum. Itu sebab utama. Bukan takat kau bantai Hasan Ali je. Takat bantai Hasan Ali, maybe kau kena amaran je. Macam Hasan Ali bantai Selcat.

Cehh betulla..

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/01/khalid-digantung-jawatan-hassan-ali.html
Anonymous said…
Anonymous 2:56am - Bila masa YB Khalid berseteru dgn Zul Kulim/SB? Zul yang serang YB Khalid la. Check your facts!
Pak Oncu said…
Salam YB Khalid,,, Den senada dgn ISA,,,,, terus kan perjuang anda,,,, jadi lah YB yg bukan mementingkan GLAMOUR.. cari lah dan buek lah untuk kepentingan pengundi di kawasan YG,,,,,
abdrahim kassim said…
Assalamualaikm Sdr. Khalid.

Harap saudara bertenang dengan keputusan semalam. Jangan bertindak terburu-buru seperti yang berlaku pada Ust. Nakahie.

Saudara tahu agenda jahat dalam PAS memang telah ada sejak dari dahulu lagi.

Pemain-pemainnya yang menyingkirkan Ustaz Nakahie dulu jugalah, saya nampak yang berperanan mengenakan saudara.

Kalau Nakhaie dia lari meninggalkan PAS tetapi saya harap saudara tidak begitu. Saya harap saudara dapat melakukan sesuatu menyusun stratigi untuk menghapuskan durjana-durjana di dalam PAS yang sentiasa mencipta sesuatu untuk melemahkan PAS.

Ramai ahli-ahli PAS berdiri bersama saudara. Saudara mempunyai tugas besar, bukan sahaja untuk membenteras kebejatan pemerintah tetapi juga durjana-durjana yang berkeliaran dalam PAS.

Selagi mereka ini berkeliaran dalam PAS, perkara seperti ini akan berulang semula.

,
Anonymous said…
Dear YB,

This is the first time i am here to render my SUPPORT and RESPECT to you. You have done nothing wrong and we, rakyat have a shape eyes to judge.

Why Hassan Ali only received paper warning while they suspended you for 6 months? I know you don't care about the post but PAS must act fair to at least sack Hassan Ali and send him back to Ummo..

YB, you know i have been casting my vote to PAS since 90s while people are still worrying about NEGARA ISLAM..(i am chinese) I am proud that i have never casted my vote to BN and MCA. But recently, i am fed up with the way PR especially PAS and PKR.. But don't worry, i won't give my vote to BN for sure but maybe i will give spoil vote.. I think PAS must back you up as you are doing and speaking the right things and not suspected you for 6 months. I think Anwar should sack the BN linked Zul but he didn't... I think he should reject the application for the trojan horse from former GERAK....

What the hell is going on with PR??? Especially PKR?????

Take care YB. You are one of the man who is doing the right thing and moving toward the right direction in PAS.
Anonymous said…
salam utk pejuang2 sekalian..

ape yg saya perhati YB msh cuba mngulangi ksilapn, seolah2 msh mneruskan rase tdk puas hati dgn YB hassan,tdk puas ati dgn kptsn JK disiplin..seolah2 mnyindir dgn kptsn yg dputuskn..menggunakn Qias yg salah..soal agama jgn nmpk lbh dr org yg layak bckp agama,parah kpd YB n PAS,bcakap la dgn pnuh teliti n rujuk org agama.Segarang2 Saidina Umar r.a ade cara yg baik d gunakan,keranian Yb mmg saya puji tp biarlah beradab,seolah2 Yb tdk thiqah pd pimpinan PAS.Saya sedihlah bila Yb bcakap bnde yg seolah2 ikut logik,agama bkn main logik je..satu lg pd isa yg bg komen..kamu bckap tdk relevan wala' zaman skrg seolah2 kamu sunnah rasulullah,wala' mestti ada dlm ssbuah jemaah,bkn main ikut mase je,time ssuai guna wala',xssuai wala xreleven,ni ape ni????
Anonymous said…
YB adalah seorang pemimpin yang saya sanjung! Teruskan perjuangan...UMNO akan terkubur
lan said…
salam YB, YB Shah Alam ku,

Minat saya terhadap parti tuan makin berkurang tapi jangan khuatir kerna sokongan saya pada tuan masih seperti dulu.. You're doing well and Im not alone to say this

tabah hadapi pecisan2 ujian ini ya
aku said…
haha funny!
tak mementingkan jawatan??
bukankah anda menentang Dr Hassan bilamana jawatan anda sebagai Timb. Pesuruhjaya Pas Selangor digugurkan oleh Dr Hassan Ali... dan anda mula berdendam mulai saat ituu...
Hasbullah Pit said…
"Aku berjuang bukan kerana Umar".... Ayat Khalid al Walid ketika dipecat


walaubagaimanapun, harap YB kurangkan sedikit kontroversi....
Ibnu Shariff said…
YB dah kesemua ahli PAS,

Apakah jawatankuasa disiplin menutup mata atas usha/perbuatan Hasan Ali yang bertentangan dengan keputusan muktamar ? Seorang hakim tak boleh menutup mata sebelah dalam membuat perhakiman.Jika seorang ahli bawahan seperti saya melangar keputusan parti, tiada impact, tapi kalau PJ Selangor ??? Saya merasa amat kecewa dengan keputusan JK Disiplin, dan saya harap JK Disiplin dapat turun ke Shah Alam, berhadapan dengan kami dan berbincang mengenai keputusan yang diambil.JK Disiplin mesti berani.
Anonymous said…
Ni kerja Yahudi & nasrani ni...
YB dgn DSAI sama aja...
YB Zul & Kickdefella macho...
Kami bising sebab YB berdua dah kaya ..Harta tak habis 10 keturunan.. Kami nak kena struggle..Tak ada Alphard macam Ahli majlis sekelian...
Anonymous said…
Elok juga YB senyap aje dan perlahan-lahan undur dari politik.

Semenjak YB jadi YB ni saya tak nampak kemajuan yang YB bawa tapi lebih kepada benda-benda yang kontroversial yang menghiris hati umat Islam.

Kalau kita dah merasakan kita ni dah jadi liabiliti kepada parti dan majoriti kepada umat Islam eloklah YB berundur saja.

Orang Islam kat Malaysia ni adalah pragmaktik, kalau tidak macam mana agama lain boleh berkembang.Tapi YB tak kisah hal tu, orang Islam yang tak sehaluan dengan pandangan YB, YB labelkan 'ekstremis','UMNO' 'rasis' dan sebagainya.

Takpelah YB kata orang seperti saya macam tu.. saya hanya pengundi atas pagar,bukan ahli UMNO pun dan pada pilihan raya lepas saya telah mengundi DAP dikawasan saya.

Menyesal saya mengundi parti pembangkang!Takkan berulang di pilihan raya akan datang.
Phuah T. S. said…
YB. Rakyat semua tahu bahawa apa yang YB lakukan adalah untuk kebaikan PAS dan Pakatan.
Anonymous said…
syabas...! yb khalid tuan buat apa yg patut dan yb hasan ali pun dah kena tindakan juga. olihitu yb hasan ali janganlah lagi mempertikaikan lagi apa apa keputusan dan tindakan pakatan rakyat selangor yg telah di persetujui bersama kerana mempertikaikan selcat secara terbuka seolah olah hasan ali bertindak bagi pihak UMNO adakah hasan ali proksi kpd UMNO? sb banyak tindakan beliau menguntungkan umno. teruskanlah berjuang yb khalid walaupun tak jawatan dlm parti.
Salam Yb Khalid,

Jadilah Khalid Al-Walid, pandang secara positive, constructive dan maju ke depan.

Buang masa saje fikir yang ni...

Banyak benda lagi yang enta kena buat, paling kurang datanglah ke kawasan ana kita anjur ceramah merayakan penggantungan enta (gurau aje)
Eagle Eyes said…
Assalamualaikum Wr.Wb.
Tahniah dan syukur Alhamduliiah kerana YB masih mampu berfikir secara waras. Pada saya YB tak perlu rayu. Apa yang ada pada jawatan dan kedudukan.JDP tentu dah fikir perkara itu sebelum buat keputusan. Yang penting teruskan perjuangan untuk mencapai matlamat utama PAS. Ketepikan halangan kecil baik dari dalam mahupun luar parti.Tentang keputusan atas PJ tuu takpayah YB komen. Lama-lama umum akan mengetahui. TQ.
Anonymous said…
Walaupun YB di gantung tapi YB masih nak menegakkan kononnya KEBENARAN daripada YB.

YB bukan setakat memalukan parti sahaja, tetapi telah mememalukan Islam dgn membenarkan kalaimah Allah.

Yb telah memalukan umat Melayu dgn cadangan bengap YB utk bina kuil dlm kawasan yg hampir semuanya melayu!

Sebagaimana kata saudara Isa, saya juga tidak akan mengundi YB atau mana-mana calon PAS sekali pun kerana sikap pemimpin PR yg terlalu mabuk kuasa.

YB, muhasabah lah.
Insaf lah.
Arif Omar said…
sudahlah. cakap aje banyak. jawatan tak penting dll. tapi kehulu ke hilir dari johor ke kelantan dan kemudian ke shah alam mencari tapak nak bertanding. itu bukan menunujkkan jawatan penting. cakap boleh le. habok pun tak ada
Anonymous said…
Tidakkah boleh di bawa bincang perkara2 yg tidak memuaskan hati secara berhemah.
Laporan dan kritikan secara terbuka bukan sahaja memburukan peribadi seseorang tapi berkaitan juga dengan parti.
Malah akan menjadi senjata musuh untuk melawan dan menjatuhkan krebiliti PR dan PAS itu sendiri.
Haziq Al-Fateh said…
Salam YB, YB jangan risau. Dalam perjuangan sememangnya ada pahit dan manis. Ttp yg penting musuh utama kita-BN akan kita tumbangkan bersama2 dlm PRU ke 13.

Saya sentiasa akan menyokong perjuangan YB Khalid !!!
Dalam PAS tidak ada masa nk fikir soal sakita hati..

xada masa nk fikir soal nk jatuhkan sama-sama pemimpin..

Diharap sebarag pertelingkahan diselesaikan secara adik-beradik bukannya nak tunjuk hebat dalam media..
jaguar said…
yb, saya sungguh berbangga adanya insan seperti yb dalam pas, dan saya harap yb tak perlulah buat rayuan kerana pada saya yb dah pun berjaya dalam misi untuk perkukuhkan pakatan...saya penyokong pas dari kajang selangor, amat berharap pesuruhjaya selangor ditukar dengan segera....saya persoalkan kenape tindakan beliau buat perjumpaan dengan blogger umno seolah2 sengaja ditutup, dan satu lagi kenapa pengerusi lembaga disiplin dipegang olen pemimpin yg masih ada jawatan dalam parti.. bukankah selalunya jawatan itu dipegang oleh bekas pemimpin yg dah takde kepentingan.....
Anonymous said…
Assalamu'alaikum.Y.B,pertamanya saya ucapkan takziah dan tahniah.Semoga Y.B diberi kekuatan utk meneruskan perjuangan Islam.Saya ada beberapa perkara yg tidak saya persetujui dgn Y.B,terutama dalam bab membuat kenyataan,banyak kenyataan Y.B mendahului pimpinan,yg lain adalah bab membocorkan rahsia parti.
Buat Isa - ingatlah,berjuang bukan kerana individu,jika hari ini anda silap,bolehkan anda akan silap selamanya??? Saidina Umar di zaman jahilyahnya pernah menanam anaknya hidup-hidup,apabila masuk Islam,dia diterima bahkan dilantik menjadi khalifah.
Wala' selagi pimpinan tidak bercanggah dgn quran dan hadis,bila bercanggah baru dibetulkan.begitu juga dalam sesuatu idea,selama belum diputuskan,ianya masih boleh dibantah dan dikritik,tetapi bila sudah menjadi keputusan,disitu perlunya wala'.Sudahlah dgn sikap kebencian membuta tuli anda itu... Jika anda merasakan tindakan anda memberi kebaikan kepada jemaah dan Islam,teruskan... dan fikir selapis lagi,bagaimana anda ingin menjawab didepan Allah...
Semoga Allah menunjukkan jalan yg lurus buat kita semua...
PSD said…
YB saya kagum dengan sifat YB yg sabar.sebenarnya kami di cawagan saya(selangor) terkilan malah terus bermesyuarat semalam untuk menentukan tindakan selanjut.sebulat suara kami akan menubuhkan cawanagan baru dengan segera dan akan hanya mengundang pemimpinan seperti YB,malah YB parlimen kami pun sudah berjaya di wala dan thiga kan secara total dan membabi buta.memang mengejutkan,malah pimpinan kawasan pun sama,mereka mengeji dan mengutuk YB dan yb saari.
PJ berasa sungguh banggan di kelilingi oleh org lantikan beliau,paling terkilan,khairuddin anak pak othman pun berjaya di brainwash kan,saya amat hotmat bapanya yg berfikiran open dan sifat dakwahnya saya kagumi.

ada ahli yg terlalu marah sehingga mahu keluar parti(org baru) tapi berjaya di tenteramkan oleh kami.

watch us YB starting 1st march..

PJ selangor and his team hv gone to the limit and our patience has been tested to the max.
Pacifist said…
kenada YB bergerak atas kapasiti individu dlm isu ini?bukankah kesepakatan jemaah lebih dekat dgn kebenaran?musuh islam sentiasa mengintai kita.
Q said…
Tahniah UMNO.InsyaAllah, kami bersama Tuan Guru Presiden & YB Khalid Samad.
Nasheed Tube said…
Assalamualaikum,

Saya tak tahu nak mula dari mana... Cuma saya nak meluahkan panilaian saya tentang senario dalam PAS sekarang...

Sejak awal Reformasi dulu, apabila orang ramai masuk PAS secara besar-besaran, saya dah dapat agak perkara seperti ni akan berlaku...

Pokok pangkalnya, kita PAS yang "terkejut" & mungkin kurang bersedia menerima keahlian mendadak ini telah "terlepas pandag" satu perkara pokok, iaitu TARBIAH ahli...
Saya lihat, ramai pemimpin baru (yang tidak arif tentang dasar PAS) tiba-tiba dilantik oleh akar umbi... Mungkin mereka terlalu mabuk dengan golongan yang dikatakan sebagai "profesional" yang tiba-tiba membanjiri PAS..

Barbalik pada isu ini, pada saya tidak ada sesiapa yang bersalah secara total di sini.. Kalau pemimpin cukup tarbiah, sepatutnya beliau boleh menerima teguran dengan belapang dada, walau sekeras mana pun teguran itu... Ibarat Rasulullah sendiri berlapang dada dengan teguran orang Badwi...

Budaya fitnah tak akan berlaku... Cantas mencantas tak akan berlaku, jamaah dalam jamaah tak akan berlaku...

Cuma saya harap YB terus bersabar...
nampaknya mcm tak mahu mengalah! Sudahla....
Anonymous said…
Saya tidak kisahkan tentang hukuman Jawatankuasa Disiplin kepada tuan. Bagi saya tuan mempunyai pendirian yang tersendiri.

Tetapi saya juga melihat wujud elemen-elemen roh UMNO yang mula tumbuh subur di dalam PAS iaitu wujud sikap tidak boleh menerima kritikan dari ahli sendiri. Adakalanya kritikan yang diberi dipandang sinis oleh pemimpin.

PAS sewajarnya sedar, PAS telah melatih ahli-ahlinya menjadi pengkritik yang baik dan bernas sepanjang penubuhannya dan ketika dilebel pembangkang. Jadi PAS wajar ingat bahawa kritikan di kalangan ahli wajar dilihat sebagai kritikan membina kerana mereka adalah pengkritik yang berpengalaman dan kebanyakkan mereka mahu PAS menjadi lebih baik dari sekarang dengan memperbaiki kepincangan-kepincangan kecil yang berlaku - kepincangan yang tidak menyalahi sebarang undang-undang tetapi mampu memberikan imej yang buruk. PAS sewajar jangan sekadar melihatkan dan mengandai kritikan yang diberi sekadar fitnah yang bertunjang dari pihak lawan.

Jangan jadikan PAS sebuah parti yang angkuh. Kelak binasa macam UMNO sebab gagal meneliti teguran yang diberikan.

Kritikan bukan bermakna untuk melemahkan PAS, tetapi ingin memantapkan PAS lagi agar lebih dihormati sebagai pejuang keadilan rakyat berlandaskan keagungan ajaran Islam. Sekian
Shazlan said…
Salam,
YB,

Bersabarlah... You should still stay in politics, figthing for the cause of rakyat and Islam WITH OR WITHOUT PAS.
Iskandar said…
Well done YB. You are right, there is always a price to pay when you want to bring about "change".
You are a hero.
You willingly sacrifice yourself for the betterment of all. That is true leadership in my eyes.

Follow your heart, you are blessed.
Anonymous said…
Hi YB. I am very disappointed with the way PAS is treating you. Many of my friends speak highly of you, regardless of PAS actions taken against you. We will still supoort you, whether you are in PAS, PKR or DAP or even independent. You are a man of principle, and truly the kind that is answerable to GOD / ALLAH first, and mankind second. I salute you for your discipline and integrity. Frankly many of us will never vote for Hassan Ali again in future elections. We will even give the votes to UMNO against him just to prove a point.
Adam said…
YB,

Saya berasa amat dukacita apabila ada sesetengah dari Pakatan yang bermain serang menyerang membuat kenyataan.

Kekerasan bukan penyelesaiannya. Pergaduhan dan pergolakan dalaman adalah amat berbahaya dan ini merupakan permainan UMNO.

Saya tak bersetuju dengan cara pimpinan menyelesaikan isu Zul Noordin, dan tidak juga bersetuju dengan cara Zul menyelesaikan ketidaksetujuan.
Anak Bapa said…
Layari www.anakbapa.blogspot.com untuk ulasan mengenai tajuk yang sama
zanariah osman said…
perjuangan menuntut kecekalan.saya bersetuju dgn apa yg dilakukan oleh saudara Khalid,tak payah merayu,saya bersependapat dgn saudara.kalau org atas tak mahu dengar teguran org bawah macam mno jugalah.bosan dgn wala.rasa malas nak mengundi2 nanti,mood dah merudum.
SM said…
YB,

This is my first time to your blog & thus my first time commenting.
You are are truly the type of MP that Malaysia needs.
Needles to say not only have you shown us Non-Muslims what a true Muslim you are, but you have also shown Malaysians what an honourable person you are.
Have patience. You have done what is right. God be wit you.
Peace.
dino said…
Bravo anak Pak Samad. Diasuh dengan prinsip. Saya telah lama mengagumi sdr adik beradik (Shahrir). Cuma saya lebih cenderung menyokong sdr kerana dari Partai Islam. Ir yang mendokong Islam. Bab jaga prinsip, anak Pak Samad yang bernama Shahrir tak nak jadi menteri kerana kalah MT UMNO sbg tanda dia hilang sokongan. Itu perjuangan dia. Bagi YB Khalid, jatuh bangunlah dalam PAS. Forever
anak malaysia said…
YB, you did the right thing !
kami supporter julung YB tetap akan bersama YB dalam apa keadaan sekalipun ... satu berjuangan yang baru bermula ..
Greg Lopez said…
Hi YB Khalid,

No worries. Your still YB of Shah Alam.

I can understand that the disciplinary committee decision was based on procedural issues - i.e. the way that you had addressed the issue with Datuk Hassan Ali.

However, I do hope that PAS (as well as PKR) understands that those in support of Middle Malaysia supports you.

If PAS does not addres the substansive issues of your debate with Datuk Hassan (as well as PKR with YB Zul Noordin), PR stands to loose the most.

With UMNO and Perkasa organising themselves, indecision and doubt in PAS and PKR's stand on "Middle Malaysia" will not raise the confidence on Middle Malaysians.

Best
Greg Lopez
CgLyn said…
Salam,

YB serupa macam YB Zul. Tidak disukai oleh orang dalam parti dan berani melawan tauke pulak tu. Cuma keadaan YB lebih teruk sbb turut tak disukai oleh orang UMNO.

Namun bagi orang tak berparti seperti ambe, amat kagum dengan keberanian dan ketegasan YB. YB berusaha bersungguh2 untuk memperbaiki parti YB walaupun terpaksa bergerak sendiri. Harapan ambe agar YB bersabar dgn segala tohmahan dan lakukanlah apa yang dirasakan terbaik untuk parti YB.
Anonymous said…
Yela Khalid ko jgn la nak hukum PAS pasal kononnya ko ckp benar. Hukuman yang diberikan ialah kerana ko bocorkan keputusan mesyuarat kt org luar yang sepatutnya confidential. Ko mmg taraf pengkhianat. Hassan Ali mmg tak salah kutuk Selcat sebab PR kena tahu gak, tujuan Selcat ditubuhkan ialah untuk menghukum & mengaibkan pegawai kerajaan yang berbangsa melayu. Kalau setakat menyoal pegawai kerajaan yang terima rasuah, ko ingat geng2 DAP n PKR cina setuju ke nak carik kesalahan pembayar2 rasuah yang terdiri drp tauke2 cina.

Tolongla khalid aku nak ko belah dari PAS kerana ko sekrg adalah beban kepada parti Islam, dan parti yang sesuai untuk ko x lain x bukan ialah DAP n ko amik la theresa kok jadi second wife ko..Almaklum dia kan ahli Kitab so klu ikut pikiran advance ko mmg dia bolehkan.

Wasalam..

x-kawan ko..
Anonymous said…
Hai Bro YB Khalid,
Lu ni sembang bolehlah...jadi Badud PAS dan PKR bolehlah...tolong jangan samakan diri lu dengah Khalid Al-Walid. Jauh panggang dari api Bro YB Khalid. Sedar tu.
Leithaisor said…
Terima kasih YB di atas pendirian tegas YB menentang perangai Hasan Ali yang sungguh melampau.

Perjuangan YB ke arah masyarakat yang mendahulukan semanagat muhibbah and saling memahami amat dikenangi.

Semoga YB akan terus menyumbang kearah pembangunan Malaysia yang lebih bersatu dan bersefahaman demi masa depan rakyat jelata.
Anonymous said…
Assalamualaikum wbt..

Baca dan fahami baik2..
Dalam amalan kehidupan harian, bukan hanya dalam politik.. kita sememangnya perlu berpesan kepada perkara kebenaran.. Berpesanlah dengan kesabaran, dan bukannya mengikut perasaan... Apa sekalipun hujah YB mempertahankan sebab/faktor tindakan YB, itu hanya alasan yang mencerminkan ketidakmatangan YB dalam menjadi seorang pemimpin yang disenangi rakyat. Tapi hanya mencerminkan seorang manusia yang ego.. tidak mengikut peraturan dan seorang yang sombong. Jika seorang yang datang menyokong tindakan terburu-buru YB, sepuluh orang akan berdiri menentangnya.. Sebaliknya, jika YB berfikir.. dan akhirnya memahami mengapa barisan tertinggi menegur tindakan YB, insyaallah.. tidak akan ada seorang pun kalangan ahli dalam parti menolak perjuangan YB..

"teruskan berfikir.. kerana seorang pemimpin zaman ini perlu mempunyai pemikiran yang global (memerlukan gabungan cendikiawan, termasuklah kalangan pemimpin tertinggi).. bukan hanya dengan fikiri\an sendiri yakni sempit dengan idea yang tidak memasukkan unsur-unsur penting lain(tidak mendapat sokonganpemimpin tertinggi)'...

Berfikir sebelum bertindak.. itu kunci kepada tempoh perjuangan seseorang pemimpin...

wallahualam...
Mat Zahari Ali said…
asmk yb

Tahniah yb bertindak secara profesional dan sesuai dengan politik masa kini yang melihat percanggahan pendapat sebagai kematangan berpolitik dalam dunia demokrasi moden.

Ini tidak mungkin dibenar dalam Umno yang semakin gila talak dengan kuasa yang telah terlepas.

juak-juak Umno jangan dilayan kerana mereka adalah kumpulan pendendam yang dengki dengan kehilangan kuasa yang mereka kuasai selam ini.

Tahniah pada YB yang menjadi penerus hala tuju politik baru PR yang Umno tidak akan faham selamanya.
Anonymous said…
kalu ikut apa yg dato harun din ulas,yb dah jatuh tahap kufur dah.sebab redha dgn perjuangan kalimah allah kpd org2 kafir yg memang jelas hanya untuk menghancurkan islam saja.pada kepada penyokong2 yb nie,bawak2 la mengucap.jgn sebab marahkan umno,langsung setuju dgn yahudi yg hanya bertujuan nak merosakkan islam.insaflah sblm terlambat.
harunn said…
salam

nampaknya khalid ni betul2 ego , ada ke Dato Hasssan Ali nak dilawannya

jadi kamu nak jatuhkan Hassan Ali ke , kalau Hassan Alu tak pegang Pas Selangor , belum tentu pas akan memang kat selangor kamu tau
salam YB.Saya mahasiswa dari Irbid,Jordan berharap agar YB akan terus bersabar dan kekal istiqamah dalam perjuangan.Sememangnya politik ini sebarang perkara boleh terjadi.Ini semua ujian Tuhan bagi menguatkan dan mengukuhkan lagi jatidiri Yb sendiri.Bak kata Abuya Asaari,ujian ini umpama angin yang kuat menghembus daun-daun yang kering dan ranting-ranting yang telah reput agar pohon itu kembali segar dan subur.Hasta Siempre La victoria.Hidup perjuangan.
ZBO said…
yb khalid.....


Bravo...bravo...apa jua hukuman kena terima dgn hati yg penuh terbuka sepatutnya...ini la politik baru kat m'sia...kena hukum tak bererti salah...kalau pr nak dapat putrajaya...kena ada ramai yb yg seperti yb khalid...kalau tidak...susah nak menghumban umno dan bn dlm pru13 nanti....teruskan siap siaga yb...
Unknown said…
salam....yb takbir dan syabas kpd yb. teruskan perjuangan demi islam. cuma hemmah drp yb perlu ditingkatkan. maassalamah wafi ri'ayatillah.
ikhlas drp abd ghaffar kemas salleh. batu caves.
dino said…
YB Khalid, saya sarankan tindakan berikut - dengan tidak menjejaskan prinsip YB:
i) Slow talk dengan PJ Selangor DHA. Rungkaikan kekusutan. Kalau perlu biar ada moderator yang YB dan DHA hormati.
ii) Laksanakan juga dengan YB Zul Nordin. Inipun elok ada org tengah sbg moderator.
Saya rasa ini akan menguatkan lagi PR dan menggerunkan UMNO Be End.
Abu Razeen 2 said…
cara datok Hasan respon dlm sidang media mirip macam respon Husam kpd kritikan Tantawi kpdnya dulu.

Lapang dada dan bersikap positif.

lepas tu terbukti TGNA endorsednya sbg bijak dan layak memimpin.

InsyaAllaah TGHH pun akan endorse Datuk Hasan jika beliau istiqamah berjuang dlm Pas.

For u bro Khalid if u feel ur mission has somewhat been accomplished by having D. Hasan being reprimanded so be it.

Let's move on.

i still believe that ur heart is not w umno.........not yet.
Anonymous said…
Asalam...

Alhamdulilah Ana bersyukur kerana tuan Faham akan perjuangan Islam yg tak pentingkan Pangkat??
Wala' dgn keputusan Syura..
Tiada Istilah pangkat dlm pejuang Islam
Pangkat diberikan Oleh Allah swt bukan dari manusia..
Allah swt akan uji orang yang ingin membantu agama Nya untuk menilai sejauah mana Iman & syukurnya umat itu selaku pendokong pejuang agamaNya.

Teruskan perjuangan kerana Allah swt.. tiada yg lebih baik dari Redho Allah swt.
Anonymous said…
salam YB,

pendapat2 dan komen2 YB amat menarik dan patut kite yg mendukung perjuangan sebagai seorang Islam bersama memikir dan bertindak sebagai seorang Islam untuk kejayaan Dunia dan Akhirat, Insya'allah.

kite tahu bahwa YB bukan ulama' tapi pemikiran yg kritis berlandaskan ajaran Islam amat perlu supaya fikiran kite lebih terbuka - kite yg selama ni di "brainwash" oleh pemimipin yg baik UMNO dan PAS dan sekutunya semacam org berbangsa melayu saja - yg memperjuangkan Islam - sedarkah kite sejauh mana kite org "melayu" sanggup berjuang kerana Islam dan ketaatan kite kepada ALLAH TA'ALA dan rasulNya Muhamad saw ? fikirkan .

dalam perjuangan apa ada pada pangkat - kalau amanah yg diberi tak boleh buat . Semua yg di izikan ALLAH boleh bercakap dgn hebatnya - tapi amalannya camne ?
ape guna menang dalam perjuangan - (pihanraya ) kalau isi perjuangan tarak - dan tak di redhai ALLAH TA'ALA - tapi mungkin bagi kumpulan tertentu orang melayu kite ni itu tak perlu asalkan melayu menang - korup ke , kaki perempuan ke , zalim terhadap org Islam ke , - itu tak kisah asal menang - nak jadi org besar - EXCO , MB macam2 .
konon nya bila menang macam2 boleh buat - tak sedar ke MATI bila2 masa boleh !

bangsa lain tak leh pakai - cina , india ke - kalau ISLAM pun di anak tirikan . SEDEH betul org melayu kite ni dan termasuk yg rasa dianya melayu tapi ....

campur aduk , pening - tapi pada dasar nya
tamakkan KUASA - sedangkan yg berkuasa hanya ALLAH TAALA - ALLAH maha besar maha agung.


saya hormati pemikiran kritis YB dan teruskan perjuangan utk menegakkan ISLAM di bumi ALLAH " UNTUK SEMUA" bukan utk melayu.
"PAS FOR ALL "

wassalam
Unknown said…
Hasan Ali boleh lepas?

Camne ni, puak UMNO dlm PAS makin bermaharajalela!

PAS menuju kehancuran, keektremisan!

Sumpah cerai Isteri tu camne?

senyap jerrr...?
mohamad said…
YB Khalid tapi bukan Khlaid al Walid(Jauh panggang dari api )

Omar Al Khattab pecat Amr Ibn A's dan Khalid Al Walid kerana ego
panglima-panglima ini merosakkan Islam.

Khalid Samad dipecat kerana ego dan kebodohan diri beliau yg berjuang tanpa asas yg betul.PAS sedar apa tindakan silent majority Muslim akan lakukan sekiranya pak Pandir seperti Khalid dibiarkan dgn kebodohannya

Sudah banyak kali saya tulis tapi tak siarkan .Nak asyik orang puji awak?
Anonymous said…
SALAM, SAUDARA YB KHALID,

'NUSRAH' ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG BENAR DALAM SEGALA TINDAKAN DAN PERBUATAN & NIAT (HANYA ALLAH TAALA YANG TAHU), TAPI TINDAKAN, PERBUATAN SERTA KENYATAAN YANG SAUDARA LAKUKAN AKHIR-AKHIR INI LANGSUNG TIDAK MENJURUS KEPADA KEBENARAN DLM MENCARI KEREDAAN ALLAH TAALA.. YANG NYATA SAUDARA TELAH BANYAK MENGGURIS HATI DAN PERASAAN SETIAP UMAT ISLAM YANG SAYANGKAN ISLAM (KECUALI SEGOLONGAN MANUSIA YANG TERLALU TAKSUB/ FANATIK PADA FAHAMAN POLITIK KEPARTIAN)TANPA SEDAR SAUDARA TELAH TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN SOSIALIS YANG DISANGKAKAN PERJUANGAN MURNI ISLAM TPI NAYTA TELAH DISESATKAN DALAM ISTIDRAJ ALLAH. BUATLAH ISTIQARAH & BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

WASSALAM.
Anonymous said…
salam Yb,

brother - kalau nak di halusi - nilah org PAS -
" jadi kamu nak jatuhkan HASSAN ALI ke , kalau hassan alu tak pegang PAS selngor , belum tentu pas akan menang kat selangor kamu tu "

we brother harun - ketentuan ALLAH
nak hukum tu ,tak tahu nak cakap - tapi fikirlah sendiri ...

ni yg kite kata TAMAKKAN KUASA -
" what do you think Datok Hassan Ali ? "

wassalam
Anonymous said…
YB silap pasal lawan towkey..mcm Anwarlawan Mahathir..YB kena ingat Pesusuruhjaya PAS adalah lantikan Presiden..Bila lawan Pesuruhjaya ibarat lawan Presiden..

Teruskan perjuangan YB...
Anonymous said…
Salam YB,

Semoga YB sentiasa diberikan taufik, hidayah dan innayah oleh Allah SWT, itu yg lebih penting dr apa2 tindakan manusia keatas YB klu YB rasa YB dipihak yg benar.
harunn said…
Kalau kita Dato Hassan Ali dia kata ini adalahan pelajaran untuk dia , bererti dia terima dengan hati yang tenang

tapi lain pula dengan Yb Khalid ni

kamu langsung tak kesal atau sedih
dengan lagaknya dia kata , akan terus lawan Dato Hassan Ali

apa ini , ini macam ke pemimpin Pas

Sepatutnya kamu kena la ikut kata ketua Pas Selangor , bukan lawan
samsudin said…
Salam YB,

Syabas diucapkan kerana berpegang kepada prinsip itu yang jelas. Manusia yang tiada prinsip elok dikategorikan sebagai haiwan sahaja. Selagi YB masih diposisi sbg ahli parlimen itu teruskan kerja untuk menegakan kebenaran dan juga membantu mengembalikan hak rakyat untuk terus bersuara.
Anonymous said…
Mengulas isu Wala' yang disebut saudara Isa sebelum ini yang menyatakan ia dah tak releven lagi masa kini, saya harap dia banyak lagi ikut program tarbiyah. Mengaji tak abis lagi tu saudara Isa. Sampai nak memboikot PAS dan menyatakan Wala' hanya nak halalkan sokongan membabi buta pada pimpinan, banyak la mengaji sikit saudara. Jangan jadi Abu Lahab Moden yang jahil tapi sombong..
Anonymous said…
Jikalau semua orang didunia gunakan ALLAH atau menyembahnya bukankah patutnya berbangga?
artchan said…
I will continue to vote for you.
Anonymous said…
Hopefully you'll be the next Selangor PAS commissioner in the near future
oza said…
Sdr Khalid Samad.
Keluar je la dr PAS. Masuk je PKR, ajak Nizar, Husam sekali. Ko orang bole jadi pelapis pemimpin negara. Tp ko orang takkan dpt kalau atas tiket PAS. Jangan takut, pengikut korang mesti faham, masuk sama2. Line up yg ada kat PAS la ni tak dak harapan dah. Kalau ada Ust.Fadzil mcm dulu xpe gak, moderate,syok org muda follow. Skrg ni yang ada promising ada kat PKR, tp kena tlg clean up la segelintir mangkok hayun yg msh dok bergayut kat dlm PKR nu. DSAI mesti support. Azmin sorg tak cukup. Ko orang bole kolaborat, mesti cun. Dgn UMNO, BN dan dgn PAS sekali kita sapu
Anonymous said…
# Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad? #

YB mengamakan diri semacam Khalid al - walid ??? mampu ke ??? tidak kah bunyinya semacam melampau , x tahu malu dan rasa macam bagus ??? YB , riak dan bangga diri itu penyakit hati yang sangat bahaya . saya dlu memberi undi kepada PAS , tapi utk PRU 13 .. tidak akan lagi .. tq kerana mmberikan imej negatif kepada PAS dan memberikan peluang kepada UMNO ..tq
Anonymous said…
masih bau2 egois..
MOHD AZMI ARIFFIN said…
" BERANI KERANA ALLAH SWT, NUR RASULULLAH SAW DAN KEBENARAN ".BERDOALAH KEPADA ALLAH SWT, SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA PARA PEMIMPIN PAS UNTUK BERLAKU ADIL KEPADA SEMUA. " YA ALLAH, TETAPKAN HATI KAMI PADA KEBENARAN AGAMAMU, PELIHARALAH KAMI DARI PERPECAHAN UMMAH, DAN BERIKANLAH TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI TENTANG KEBENARAN. AMIN !!!"
ISA said…
Kepada Anonymous dan mereka2 yang menyelar berkaitan ayat "wala sudah tidak relevan masa kini".

1) Buat sekalian anonymous, cubalah menjadi orang yang ada jatidiri dan teloq, jangan tahu bercakap tetapi dayus meletakkan nama anda.

2) Wala kepada Allah dan Rasul wajib, tetapi wala kepada pemimpin ada batas dan hadnya.

3) Wala kepada pemimpin? Pemimpin yang sebagai mana? Allah anugerahkan akal untuk berfikir, mengkaji dan mencari ilmu.

4) Janganlah jadi seperti baghal, lain kali khususkan dulu pengertian wala yang sebagaimana jika ianya hendak di patuhi.

5) Khususkan juga adap dengan pemimpin dan adab sesama ahli serta adab umum.

Saya bercakap berkaitan wala dari sudut pandang siyasah syariah. Bukan dari sudut pandang fekah seperti saudara2 sekali.

Sebab itulah PAS bertambah hancur, kerana adanya jemaah yang wala membuta tuli dan jumud.
Anonymous said…
Dear YB,
You have my respect. We need more people like you in PR instead of people like Hasan Ali.
Vromm2!! said…
# Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad? #

ok ape cakap camtu, mungkin tafsiran seseorang berlainan. pd pendapat sy, khalid samad menganggap khalid al walid tu sangat hebat kerana sayap ketenteraan beliau sangat besar. Tp jika dibandingkan, jawatan yang sangat besar macam khalid al walid tu pun khalid alwalid sanggup, apetah lagi jawatan macam khalid samad yang sangat kecil ni. mesti la lagi sanggup. itu le perumpamaannya..bukan ego atau riak adeyy... pikir jauh sikit la bro
aZRoy said…
Salam YB Khalid,

Congrats YB. and yes i do agree on the minimal objective achieved. at least hasan ali will not dare to try again criticize pr in public, in accord to ameno profit.

you have my support.
Anonymous said…
Saudara YB,

Saya bukan ahli PAS tp menyokong perjuangan yang dibawa oleh generasi muda dan pelapis dlam PAS seperti saudara YB. Bagi saya kepimpinan Pas yg mewakili generasi lama tidak lagi relevant dgn perjuangan Pas masa kini dan saya percaya kalau beginilah corak perjuangan yg dibawa Pas sekarang, hasrat untuk mengambil alih kerajaan persekutuan hanya tinggal impian. Mengapa kita perlu sayang kat UMNO, kalau orang-orang Malayu yg sebangsa dan seagama dengan mereka pun mereka cuba tipu seperti kes royalti minyak di Kelantan. Mengape masih ada lagi golongan dlm Pas yg hendak berpeluk dan tidur sebantal dgn golongan yg bertahun2 menzalimi rakyat Kelantan? apa pun, harap YB istiqamah dalam perjuangan. Biarlah Jawatankuasa Displin hendak menghukum YB berapa lama, yg penting Yb teruskan perjuangan menjadikan Pas sebuah Parti Islam yg akan memerintah negara ini dengan adil sebagaimana yg dituntut oleh agama Islam itu sendiri.
Blog Anak Bapa said…
Takut adalah perkara terakhir yang kita boleh andaikan daripada YB Khalid. Anak Bapa telah lama mengenali beliau malah kumpulan usrah kami ketika di England adalah kumpulan usrah yang sama (tahun 70an walaupun beliau jauh lebih senior daripada Anak Bapa) dan kemudian bersama dengan beliau dalam PAS sebaik kembali ke tanah air. Kami ini boleh dianggap generasi era permulaan “kepimpinan ulama” atau generasi pra “peristiwa Memali”. Walaupun kami bergerak di dalam PAS di tempat yang berbeza tetapi hubungan kami tidak pernah putus. Ketika YB Khalid menjadi YDP PAS Kawasan Lembah Pantai di era Ustaz Nakhaei menjadi Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Anak Bapa menjadi AJK Kawasan yang sama. Seterusnya apabila beliau berpindah ke tempat lain maka Anak Bapa menggantikan beliau menjadi YDP PAS Kawasan Lembah Pantai. Masa tu PAS Lembah Pantai terkenal dengan Pak Din Hancur (al-fatihah kepada arwah pejuang yang gigih ini). Semasa pergi belajar bahasa Arab di Jordan pada awal tahun 2000, kami masing-masing bawa keluarga ke sana selama setahun (cuma jangan tanya dah boleh cakap Arab ke belum).

Lagi...
harunn said…
Yb Khalid serta penyokong kuat serta yang sewaktu dengannya

sila lawat laman wesite ini untuk medapat maklumat ,

http://zul4kulim.blogspot.com/

cuba baca dengan tenang , sucikan hati dari pengaruh setan laknat

semoga mendapat hidayah
Anonymous said…
Dear Bro. Khalid, as a very old acquiantance of yours, I pray that you will be steadfast in weathering this storm. Nowadays I think the only wala' worth giving to is to TGNA only. But then again, this is only my opinion, a nobody in the party! As someone who has been through the ups and downs of PAS since the 1980s sometimes it sickens me to see young punks nowadays who claim to work for PAS and yet having their own personal agenda. At the end of the day we will be brought kneeling before Allah and thereupon we will be judged! From your old bro. UIA88-92PJ.
Tinta Hitam said…
Well.let it be lah.The people are with you YB.Sometime PAS had to learn waht is the the true meaning of "free speaking".I believe PAS is still in cultural shock after taking helm few states govt.PAS leders and PAS supporters might felt they are very open minded and ready to take critism like Sayiddina Omar with the sword wielding man.However it was easy said than done.PAS leaders had found out just that.

It still need time to adjusted its actions,agaknya lah.Hopefully I am right..
Anonymous said…
Salam yb Khalid.I,m never interested in politic b4 until last election 08. My age was 43 when I casted my 1st vote.I voted for pas bcoz in my consituant pas was the ONLY alternative party contesting against umno.Not bcoz I know pas was gud or anything else,but sick n tired of umno.But if pas is doing the same thing as umno.I wont vote or vote for umno come nxt election.sye mungkin salah satu dr kelebihan vote pas last election. kalu ramai orang brfikir mcm saya. aknkah pas mndpt result yg sama nxt election(soalan utk PAS) TQ salam dr sye n famili
ISA said…
Salam YB,

Maafkan saya, sekadar pencerahan kepada jemaah yang wala membabi buta.

Daripada Ali bin Abi Talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka)[1]”

[1] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.
ningrat said…
salam yb,
biasalah adat berpolitik..ada kesalahan dah hukuman...ini lebih baik dari parti yang lain..sikap cah keting tiada dlm diri YB..
apa pun..terus majukan Shah Alam...kalau boleh..TOL batu 3 tuh kurangkan sikit kosnya...tiap2 hari saya ke kl...mana2 tol kat area parlimen Yb tolong kurangkan...kami dah tak tahan ni... tq
baei said…
Assalamualaikum YB Khalid, saya tidak tahu sangat isu yang menyebabkan yb digantung. Tetapi sebagai rakyat Selangor yang mengambil berat persoalan politik negara, saya berharap yb dapat mengambil pengajaran yang berguna demi kebangkitan Islam semula di negara ini.
YB, dalam politik 2 X 2 bukan jawapannya 4, boleh jadi 5 dan boleh jadi 10, jadi keputusan terhadap YB bukanlah hakikat hukuman tetapi satu tindakan bijak membersihkan nama baik parti.
Selain itu YB, perjuangan apa juga apatah lagi parti ada strateginya. Maka apa juga persoalan dalam parti perlu dibincang secara tertutup dan diselesaikan secara tertutup juga. Hal ini kerana pergeseran dalaman apabila diketahui musah, perkara positif dijadikan negatif.
Apabila keadaan ini terjadi, stretegi perlu ditukar lagi, kesannya perjaungan Islam akan terus terbantut. Saya harap apa yang disebut ini bukanlah ibarat mengajar itik berenang tetapi sekadar memenuhi tuntutan Agama, addenu naseihah. Wallahuaklam.
Anonymous said…
tolongla.......jangan kejar duniawi.......kejar jawatan dalam politik....engkau tu jangan cuba nak jalankan islam liberal di malaysia...............cuba nak samakan islam dengan agama lain........................bertaubat la.......woiii khalid....
browsing said…
pls ignore harunn
he is a paid dumbno cybertroopers.
dia ni banyak bagi komen di tranungkite menyamar sbg penyokong "perpaduang" dan mendapat pujian dari geng perpadunang di sana.cuma bezanya genmg perpaduang dr dulu spi skg syok sendiri.
bang am said…
saya yakin YB org yg istiqamah. sejarah mencatatkan YB dah berjuang dari Kuala Krai (86), Arau (90), Sri Gading (99), Kota Raja (04), semua out. sampailah 2008 jadi YB di Shah Alam. Apa ada hal pada kekalahan...

u r the true warrior for PAS... congrats YB!!
Anonymous said…
...gua tatappppppppppppppppp pankah lu ..
INFO DPPSA said…
TINDAKAN TATATERTIB : PENDIRIAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM

Isu tindakan disiplin terhadap YDP PAS Kawasan Shah Alam Dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mendapat perhatian serius oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam dan kami juga percaya banyak pihak yang terkejut dengan apa yang telah diputuskan.

Walaubagaimanapun DPPSA bersyukur dan lega kerana PAS dilihat mempunyai mekanisme yang tegas untuk menjaga keutuhan dan kemantapan parti.

PAS semenjak akhir-akhir ini dilihat mula diminati oleh sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Jesteru kehadiran pelbagai jenis golongan ke dalam PAS sudah semestinya akan membawa bersama pelbagai bentuk ragam dan warna. Maka PAS perlu memperkasakan jawatankuasa tatatertibnya agar dapat memastikan tindakan ahlinya tidak melanggar perlembagan atau akhlaq parti.

DPPSA juga berbangga dengan sikap Pesuruhjaya PAS Selangor dan Yang Dipertua PAS Shah Alam kerana masing-masing mampu menterjemahkan sikap matang dan berlapang dada yang patut menjadi contoh kepada keseluruhan ahli di dalam menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib ini. Sikap keterbukaan dan berlapang dada sahaja mampu meredakan segala kegusaran dan rasa tidak selesa terhadap sesuatu keputusan.

DPPSA memahami kesukaran Lembaga Disiplin yang terpaksa menangani kes rumit ini yang mana ianya memang jarang berlaku dalam parti PAS sebelum ini. Atas kapasiti itu adalah mustahil untuk lembaga disiplin memuaskan hati semua pihak dalam keputusannya. Namun kita amat meyakini lembaga disiplin telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

DPPSA juga melihat bagaimana kedudukan YB Khalid dan YB Datuk Hassan Ali sebagai individu baru dalam konteks kemenangan.

PAS baru mengecapi erti kemenangan di Selangor dan masing-masing sedang belajar untuk mengurus kemenangan tersebut. Sebagaimana kami Dewan Pemuda PAS Shah Alam juga baru dalam memahami rentak mengurus kemenangan ini. Jesteru dalam meniti proses ini ada masanya akan berlaku kesilapan dan perlu diperbetulkan agar kesilapan tidak berulang. Janganlah dilihat kesalahan ini terlalu besar sehingga tidak boleh dimaafkan. Malang lagi kalau masih ada yang terus membesar-besarkan kesalahan ini. Sampai bila pun penyelesaian tidak akan terlaksana.

DPPSA menyeru agar kes ini menjadi suatu pengajaran berguna untuk kita memperkukuhkan saf dan mara dengan lebih tersusun untuk mengisi kemenangan dan seterusnya menjadi benteng pertahanan Pakatan Rakyat di Selangor ini. DPPSA menekankan bahawasanya TARBIAH wajib diperkasakan agar dapat dipastikan ahli-ahlinya berkualiti. Kes ini hanyalah secebis kes dalam asam garam berjuang. Akhirnya nanti PAS akan terus utuh sebagai parti matang yang mampu menerajui pentadbiran Malaysia.

DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM

http://infodppsa.blogspot.com
Sivakumar said…
"Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?"

Itu dia semangatnya, YB. Jangan putus asa. Apa yang YB lakukan adalah berdasarkan prinsip. Itu yang penting. Dalam sejarah, semua yang berdiri dan berjuang demi prinsip keadilan sentiasa menghadapi cabaran, sama ada dari musuh atau dari sahabat sendiri juga.

Tapi YB jangan kecewa kerana kami rakyat dan Tuhan tetap dengan YB.

Penting sekali, matlamat YB tercapai, iaitu untuk menunjukkan bahawa tindakan Tuan Pesuruhanjaya PAS, Hasan Ali, adalah terbukti SALAH dan beliau didapati SALAH oleh jawatankuasa disiplin PAS dan telah dikenakan hukuman.

Yang YB Khalid dikenakan hukuman yang lebih berat semata-mata kerana membuktikan bahawa Hasan Ali memang bertindak SALAH sangat mengelirukan.

Ini membuatkan saya terfikir tentang pengaruh dan kuasa fraksi atau golongan yang berbeza dalam kepimpinan PAS. Saya bimbang golongan yang bersimpati dengan mereka-mereka yang salah lebih berkuasa. Ini merunsingkan saya kerana ianya melibatkan masa depan dan kekukuhan Pakatan Rakyat. Saya bimbang ada fraksi tertentu yang tidak yakin sangat pada Pakatan Rakyat dan akan mudah mengalih sokongan sekiranya Pakatan Rakyat menghadapi cabaran kuat.

Sekian, selamat sejahtera.

Dari seorang anak bangsa Malaysia.
This comment has been removed by the author.
Bila seseorang mengharapkan Lembaga Disiplin membuat keputusan yang dapat memberikan PERSEPSI positif kepada PAS, maka mungkin dia akan kecewa.

Itulah sebabnya ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan keputusan ke atas Dr Hasan Ali dan Hj. Khalid Samad.

Tujuan Lembaga Disiplin adalah untuk mendisiplinkan ahli. Memberikan keinsafan dan keserikan. Serta untuk mengingatkan yang lain agar tidak buat kesilapan sama. Hukumannya lebih berbentuk mendidik dan mengingatkan. Methodnya- terima laporan, siasat, teliti, dengar pembelaan dan nilai secara objektif berdasarkan FAKTA KES. Lembaga Disiplin tidak disuruh meneliti KESAN keputusannya kelak dari sudut POLITIK. Itu keadilan perbicaraan.

Lembaga Disiplin sudah melaksanakan keputusan. Dah pun dihebahkan. Ahli wajar terima. Kecuali jika ada ketidakadilan ketara--suarakan kepada yang berkenaan. Jangan bantah terbuka seperti Abdullah Karim.

Memanglah. Sedikit sebanyak keputusan itu mungkin ada kesan sampingan ke atas sokongan politik. Hj Khalid ada peminat tersendiri. Dr Hasan pun ada yang meluat (sauh). Tak kurang juga penyokongnya. Namun itu di luar pertimbangan Lembaga Disiplin.

Kalau mahu bentuk persepsi, itu tugas unit lain contohnya JK Pusat, JK Politik atau Presiden sendiri. Contoh tindakan: tukar Pesuruhjaya. Contoh sahaja. Mmm
Anonymous said…
Boleh la YB tumpukan masa utk PEMBANGUNAN PENDUDUK SHAH ALAM..

Adakah lebih banyak AKTIVITI KEROHANIAN dan EKONOMI..

Jangan harap orang lain tetapi YB Khalid sendiri yg patutu USAHAKAN dan berfikir untuk MEMBANTU kami di SHAH ALAM ini..

Satu lagi cuba YB fikirkan macam mana nak BANTU MASYARAKAT ISLAM yg mempunyai masalah PEMBANTU RUMAH.. bagaimanakah caranya YB boleh bantu mereka untuk mengantikan PEMBANTU RUMAH itu..

Cuba YB selesaikan masalah ini dengan mengambil Sirah Rasullullah saw dimana baginda disusu oleh ibu susu baginda..

sekian selamat meneruskan perjuanagn..
Anonymous said…
SANGKAR EMAS.
Salam diucapkan keatas saudaya YB Khalid. Harap bersabar atas keputusan ini. Anggaplah ia sebagai gigitan anak kecil yang belum tumbuh gigi, Tidak memberi bekas pun. Keputusan ini sebenarnya menunjukkan belang sebenar sekelompok kecil yang menjadi penguasa dalam PAS Pusat kini. Namun saya yakin ALLAH akan membantu hambanya yang menolong AgamaNya. Allah tidak akan membiarkan hambanya yang benar keseorangan. Percayalah. Saya juga harap, YB tidak merayu dengan keputusan tersebut. Ambil yang positif atas keputusan JK disiplin. Apa yang merungsingkan saya sekarang ialah, kepercayaan rakyat dan pengundi PAS sekarang. ADAKAH PAS BENAR BENAR MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN BERPEGANG DENGAN PRINSIP KEADILAN. JIKA YB SENDIRI SEBAGAI AHLI PAS BOLEH `DIADILI` SEBEGINI RUPA, BAGAIMANA PULA PAS MENJAMIN `KEADILAN` TERHADAP RAKYAT MALAYSIA YANG BUKAN AHLI PAS, JIKA MEMERINTAH KELAK????? MARI KITA TANYA JAWAPANNYA DARI DATO` UST TUAN HAKIM YANG BIJAKSANA.
azmie sek 17 said…
syabas jk displin PAS

org yang mcm YB ini sgt mgelirukan pengundi..jadi jika YB masih nak jadi YB pada PRU13 pi lah cari tempat lain cthnya kat timor leste ke...he he

Tiada tempat utk YB dibumi shah alam,kami pengundi yg mengundi YB dahulu akan pastikan Yang Berhormat Khalid Samad akan jatuh tersungkur..insyaallah takbirrrr...
sek 18 said…
azmie sek 17

tolong jangan buat lawak di sini.

saya pr12 dulu pangkah bn,akan datang akan pangkah yb khalid jika beliau bertanding lagi
Zaimaz said…
YB Khalid dihukum oleh proksi UG di Perak.

Saya Mohammad Nabeel Dzafer, SU Lajnah Penerangan dan Da'wah PAS Kaw. Gerik, telahpun mengambil persetujuan dari YB utk turun dan mengisi program pendedahan Perlembagaan PAS, Dialog Isu Semasa, Kuliah Maghrib dan ceramah Politik pada 20 Feb ini. Segala persiapan telah diatur. Sebagai kaki tangan KERAjaan Persekutuan, saya memahami erti keputusan JKD PAS terhadap YB Khalid.
Kawasan Gerik yg tandus dari gerakerja Penerangan yg terancang dan bervisi telah dihalang utk program bulan Feb ini oleh proksi UG, iaitu PJ Perak dgn alasan bimbangkan fitnah(?) di masa mendatang. Langsung tak masuk akal! Fitnah apanya ? atau dah dapat nasihat dari SU Agong PAS Pusat yg telah melantiknya sekaligus menafikan keperluan meletakkan YB Ir Hj. Nizar ke tempat itu berdasarkan maslahah politik semasa.
Ini belum menang dan memerintah , kalau sudah memerintah dan bergelar, habislah kesemua pejuang yg tidak sedia bersekongkol dgn puak Ganu/UG akan dicantas.
Tak puas hati lagikah dgn keputusan JKD? Memadailah YB Khalid di hukum dengan penggantungan jawatan dan larangan membuat kenyataan media sepanjang penggantungan itu!. Sebagai ahli Parlimen dgn kredibeliti ilmu jua pengalaman beliau , tenaganya masih amat diperlukan untuk terus menyedarkan ahli di peringkat bawahan untuk menjadi pejuang serta petugas yang berkesan.
Inilah hikmahnya barangkali kenapa ALlah menarik semula kuasa pemerintahan PAS dan rakan-rakan PR diPerak lantaran masih ada kepimpinan yang tidak bersedia memperjuangkan kebenaran Islam dan masih ikut nafsu puak Ganu/UG.
Baru-baru ni dalam Ijtima' Nuqaba' Perak, Sdr. ABC diundang untuk memberikan ucaputama. Beliau bukan sahaj berucap menyentuh serba sedikit tentang tarbiyyah malah turut mengulas beberapa dakwaan para bloger darihal kebiadapannya terhadap YAB Tok Guru Mursyidul Am PAS .
Bilakah PAS Perak hendak sedar mainan jahat puak Ganu/UG?
Barangkali jarang melangkah keluar dan menerima laporan dari Harakah dan puak Ganu, kepimpinan PAS Perak tak tahu realiti PAS Ganu semasa memerintah mahupun selepas diambil kembali oleh ALlah kuasa pemerintahan dari tangan kotor mereka.
Setakat ini umum mengetahui dengan maklumat terperinci puan Ganu/UG adalah pencetus masalah di dalam PAS dan PR. Moga ALlah menggagalkan segala perancangan jahat serta khianat geng Ganu/UG Amin Ya Rabbal ' alamin.
adhanour said…
salam YB.

teruskan berjuang, selagi YB terus berpegang pd Quran dan Sunnah kami tetap sokong YB.


adhanour
Anonymous said…
dmh1876:

A mailman walked down the street and saw Little Johnny playing in a pile of shit, had it between his fingers and smeared over his body.

The mailman asked him what he was doing and Johnny looked up and said, "Making a Mailman".

This pissed the mailman off, he went up the street and saw a fireman. He told the fireman what the boy was doing and what a smart ass the kid was, the fireman said that he would have a talk with the boy.

The fireman walked up to Little Johnny and asked him what was he doing playing in pile of shit, Johhny looked up and said, "Making a Fireman."

This pissed the fireman off, he left to tell a PR Politician. The PR Politician said that he would have a talk with the boy. The PR Politician asked Little Johnny, "What are you doing, playing with a pile of shit?"

Little Johnny looked up and said nothing.

The PR Politician said, "You told the mailman and the fireman that you were making a fireman and a mailman, why don't you tell me that you are making a PR Politician."

Little Johnny looked up and without a grin said, "I ain't got enough shit".


But personally I don think Johnny need more shit coz PR are full of shit already as its attracting maggots and flies.
org kampung said…
salam akhi, dan juga semua teman-teman seperjuangan..

saudara dan dr hasan bagi ana keduanya mencintai ISlam dan parti melebihi kepentingan diri, tahniah semoga Allah membalas keikhlasan itu semua.. justeru amat besar ganjarannya jika ada dikalangan anta berdua yang memulakan dan menghulur salam kemesraan kembali demi Allah dan Rasulnya.. pls, demi ISlam akhi..

org kampung...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan