Skip to main content

Kenyataan Penuh Presiden PAS

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’
.
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Takbir!!
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Syabas! Pas again proves itself to be relevant. liberal and progressive in Malaysian politics! Keep up the good work~!

Wong
Anonymous said…
YB,

Dalam bab agama ni, mesej yang disampaikan perlulah terang dan jelas.

Kalau tidak mesej tersebut akan disalah-ertikan. Malaysia Insider dalam tajuk hari ini mengatakan

"PAS backs use of Allah by Christians"

"PAS would like to state that based on Islamic principles, the use of the word Allah by the people of the Abrahamic faiths such as Christianity and Judaism, is acceptable,” said Hadi in a written statement which was read out by Information Chief Idris Ahmad".

Betul ke PAS bersetuju penggunaan Allah oleh pihak Kristian seperti dakwaan Malaysia Insider.

Dalam bab agama, tak perlulah PAS cuba nak dapatkan "mata" politik, imej PAS telahpun terjejas teruk . Mesej yang dihantar tidak berapa jelas dan didraf kan supaya tidak menyinggung pihak Kristian kan?

Malangnya mesej tersebut telah disalah-ertikan.

Sepatutnya mesej PAS adalah

"PAS tidak bersetuju nama Allah digunakan oleh pihak Kristian kerana ianya akan mengelirukan Umat Islam, mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Penggunaan nama Allah hanya boleh dibenarkan sekiranya Kristian menerima keesaan Allah. Allah Bapa dan Allah Anak tidak dibenarkan sama sekali.

Memandang Kristian sekarang ini tidak menerima keesaan Allah, maka PAS dengan kerasnya membantah pihak Kristian untuk menggunakan nama Allah"

Bukanke begitu, YB?
Anonymous said…
Eh? Archbishop ajak takbir?
Anonymous said…
KHALID, hang takbirr..aku rasa macam lawak pulak..
Anonymous said…
[Yusufali 3:64] Say: "O People of the Book! come to common terms as between us and you: That we worship none but Allah; that we associate no partners with him; that we erect not, from among ourselves, Lords and patrons other than Allah." If then they turn back, say ye: "Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah's Will).

This verse declares people to worship only the ABOSLUTE/THE ETERNAL/THE SUPREME/THE MIGHTY/THE BLISS/THE TREMENDOUS/THE COMPASSIONATE....indians and chinese are aware of the aboslute..ask any indian,even the most ordinary ones,they will be to say somethin about PARABRAHMAN,PARA SHAKTI,etc etc..and the chinese too are aware of the infinite,the eternal..it's the malays who r lil bit confused about ALLAH's aspects
jokersland said…
Syabas kepada pendirian yang di ambil oleh PAS dengan kenyataan ini. Isu ini tidak seharusnya di politikan. Keharmonian dan sikap tolak ansur kita sebagai rakyat Malaysia harus di utamakan bagi membolehkan negara kita maju.
Sejak BN kehilangan majoriti 2/3 mereka di Parlimen, berbagai isu yang kecil cuba di perbesarkan oleh mereka sebagai propaganda. Isu yang lebih penting seperti keadaan ekonomi yang semakin tenat, sistem pelajaran kita yang semakin ketingalan zaman dan kes rasuah yang semakin berleluasa cuba di alihkan oleh mereka.
Anonymous said…
Salaam,

Sememanglah dalam ayat2 Al-Quran tidak ada pada zahirnya larangan dengan kalimah nahi "seperti jangan guna kalimah Allah".

Tetapi dalam pada masa yang sama tak ada pula sighah amar atau perintah atau apa jua yang setanding dengannya menyuruh atau mengesyor penggunaan nama Allah itu. Contohnya "Gunakanlah nama Allah untuk sembahan kamu".

Faktanya dalam ayat2 Al-Quran kesemua penggunaan kalimah Allah oleh orang yang mensyirikkan Allah adalah dalam bentuk yang negatif. (Tak perlulah saya ulang balik ayat2 itu disini, boleh cek ayat2 yang YB gunapakai tu)

Ayat2 selepasnya atau sebelumnya atau yang dilain2 surah menunjukkan perintah untuk mengesakan, mensucikan kalimah itu dan larangan untuk mengaitkan kalimah Allah itu dengan sebarang kesyirikan atau mengaitkannya dengan apa yang tidak layak bagi-Nya.

Itu menunjukkan penggunaan kalimah Allah itu dalam konteks NEGATIF adalah DILARANG.

Dengan jihad dan dakwah Nabi SAW dan para sahabat, kini tiada seorang kuffar di Makkah dan Madinah yang menggunakan kalimah Allah itu secara negatif.

Dalam satu keadaan yang lain...

Dan sejak bila pula kristian Herald berkongsi konsep tauhid dengan orang Islam. Tuhan/Allah itu Esa bukan triniti?

Sejak bila pula kristian Herald tidak mengatakan Nabi Isa itu anak Tuhan/Allah?

Sejak bila pula kristian Herald yang bermazhabkan kristian Rom pakai Bible Arab?

Keadaan sekarang adalah moving backward. Dalam usaha umat Islam dalam menjaga kesucian kalimah Allah contohnya dengan arahan kabinet dan larangan penggunaannya oleh agama lain, ada pula pihak yang kononnya menyatakan "statement of fact" yang menyebabkan kalimah Allah itu secara rasminya digunakan dalam upacara-upacara kesyirikan yang jelas.

Sebab itulah dilarang juga orang tidak faqih bercerita tentang hukum agama secara sewenang-wenangnya. Orang yang betul-betul faqih tidak akan menyatakan sesuatu keharusan itu sekiranya keharusan itu membuka kepada pintu-pintu kemudaratan. Tak perlulah saya menunjukkan contohnya sebab saya sendiri tak mahu membuka pintu2 kemudaratan itu.

Sebab membuka pintu2 kemudaratan itu besar impaknya. Bayangkan kemudaratan itu menyebabkan berjuta2 orang pada setiap zaman mengamalkan sesuatu yang salah berdasarkan pendapat yang dikeluarkannya.

Kini memang mudahlah YB nak mengatakan YB bukanlah menyesyorkannya. Seolah-olah nak cuci tangan. Pada masa yang sama YB tatmainnu qolb dengan puak2 yang menyokong YB dan bersorak-sorak kan YB betul. Allah lebih Mengetahui apa yang telah terjadi. Para malaikat di akhirat besok akan memPACkan YB. Masa itu cubalah pertahankan diri sekiranya audit tersebut menunjukkan point pembukaan kemudaratan2 besar dikesan pada perbuatan YB.

Ini bukan menyebabkan orang2 Islam mengamalkan amalan bidaah atau pendapat yang salah. Ini berkaitan dengan sembahan2 orang bukan Islam yang akan dinamakan dengan panggilan Allah. Subhanallah. Nauzubillah.

Kalau YB kata renunglah sejenak, cubalah YB renungkan 100 jenak apa yang YB telah lakukan. Tolak ketepilah sentimen politik kepartian yang mengelabui hati dan pandangan. Memang mudah nak mengatakan "saya tak syor" tapi "statement of fact". Satu excuse yang tak bertanggungjawab. Di dunia ini bolehlah YB selamat.

Semoga saya tidak termasuk dalam golongan yang membuka pintu2 kemudaratan itu.
Anonymous said…
dmh1876

Alhamdullillah,

by this decicision more and more non MUSLIM would recite the word ALLAH and who know by doing so ALLAH would give them HIDAYAH i.e to open their heart to embrace ISLAM as their religion.

So to fellow MUSLIM dont be sad it is a blessing in disguise as the non MUSLIM indirectly is carrying out DAKWAH to the non MUSLIM.

I would like to tell you a 40 years old story about a friend of mine who is by the way was a non MUSLIM who like to steal shoe from a Mosque especially during hari raya coz that is when a lot of new shoes is available to pick and choose. You know what he converted to ISLAM 30+ years ago and now an AJK of the MOSQUE.

ALLAH work in various and mysterious ways, so belive me there a HIKMAH in all of this.

It is also a reminder to us who are busy fighting each others that we forgot as an UMMAH we should've been working together to achive a common goal.

This episode is an eye opener as it also reveal who are the real enemy at the gate.

To the non MUSLIM please use the word ALLAH as often as you can coz by doing so may ALLAH bless you and may ALLAH show you to the rightful path, AMIN.
Anonymous said…
saya sependapat dengan jokersland,pemimpin umno skg dah mampus sebab terlampau banyak makan rasuah dan di tuduh sbg pembunuh,ekonomi Negara paling teruk,nilai ringgit jatuh merundum,ini pimimpin melayu umno yg meburuk org melayu.
din_fighter said…
dalam isu ini. sayu sebagai umat islam sangat kesal dengan yb.. saya sokong ahli parlimen kulim... sepatutnya ahli parlimen kulim duduk dalam PAS, YB duduk kat DAP atau PKR..
syafiq said…
salam..kenapa ada manusia yg masih tidak sedar..Berikan pada yg bijaksana..ada manusia bila ada isu,berdekah2 bersuara..tapi bila tak timbul isu,diam membisu..imej PAS tercalar teruk,benarkah?atau sekadar mengiyakan kata kepimpinan 1 malaysia..YB,izinkan sy anak muda yg baru berusia 24 tahu ini berbicara..kalau hendak ditafsirkan apa yg PRESIDEN kami katakan,dengar dan buka mata dan telinga..tapi bukan mata dan telinga yg nampak dek mata kasar,tapi dengan mata dan telinga hati kita..Jgn kita jadi hero bila ada isu bangsa dan agama..tp kezaliman,rasuah,dan pnyalahgunaan kuasa di nafikan..Jgn pesongkan pandangan rakyat,kami x buta,x pekak,x bodoh..sdgkan yg buta,pekak,bodoh, mampu celik,dengar,dan cerdik dgn pemainan pemimpin besar yg ada..jgn jadi suara dibelakang..YB,sy harap YB setuju dgn apa yg sy nukilkan..jangan disalah ertikan,disalah laporkan..sy sentiasa berdiri diblakang YB dan rakan2 dalam PAKATAN RAKYAT..takbir!!..reformasi!!..salam..
Anonymous said…
Tuan jokersland,
Mungkin tuan kata ekonomi dan pelajaran lebih penting, tapi bagi kami umat Islam, Agama lebih penting dan mengatasi segalanya. Umat Islam telah lama bertolak ansur, adakah dalam soal agama yang dicabar, umat Islam perlu juga bertolak ansur?...
Agama Islam adalah segala-galanya bagi kami.
Anonymous said…
[Yusufali 20:111] (All) faces shall be humbled before (Him) - the Living, the Self-Subsisting, Eternal: hopeless indeed will be the man that carries iniquity (on his back).

This verse demands people to submit before THE SUPREME SELF.(an atribute of the SUPREME which is static..THE KALAM OF ALLAH )..how much longer must a malay muslim remain ignorant and suffer?
encik_roy said…
Mende la ko Khalid..Ko disable la setting anonymous dalam blog ko...ko x rasa ke banyak tentera2 bacul umno masuk blog ko bagi komen merepek2 ?...lain kali suruh org daftar dulu baru bg komen...mende la !...bijak la sikit wei..
Anonymous said…
Penjelasan secara am yang tidak menunjukkan pendirian sebenar. Jalan selamat beb! Ni lah politik, jgn kata agama, mak bapak pun boleh jual. Fikir lah sendiri YB.
Anonymous said…
"penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan"


????????????????????????

Tak faham ke clause ini?
Dan ayat seterusnya.

Fikir2 sikit.
hussin said…
persoalan pokok adalah, adakah penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan islam, BOLEH atau TIDAK? jawabnya jelas.

bab 'kebimbangan' yang menyusuli "bukan islam boleh gunakan perkataan 'Allah'" adalah perkara kedua walaupun ianya berasas.

Allah swt tidak pernah melarang bukan islam dari mengguna kalimah 'Allah', lalu siapakah kita yang gila meraban hendak menyekatnya?

kita bimbang dengan 'agenda' mereka sedangkan tindakan kita selama separuh abad tidak sedikit menyumbangkan ruang kepada mereka. masalah remaja bukan kerana agenda mereka tetapi silap tindakan kita dalam banyak hal. islam bukan dijadikan asas untuk kita mencapai status negara maju. kita bulat2 ikut acuan mereka.

kita tutup sekolah agama rakyat yang tidak sedikit menyumbang kepada 'kekuatan' islam dengan alasan yang kita ambil bulat2 dari mereka - tempat melahirkan pengganas! pada masa itu, kita tak kisah pun. kita bangga dan bermegah dengan simbol2 berunsur islam manakala umat semakin jauh dari islam. agenda merekakah?

wallahu'alam
Anonymous said…
khalid,khalid...hang kaki hisap ker? Bila boss kasi statement...hang sokong, hang bertakbir..poraahhhh...sendiri takde pendirian...cam boleh hancir parti..
Anonymous said…
salam YB ..

tabah hadapi segalanya .. cuma jaga2 ketika berkata dan memberi pendapat.. musuh YB ramai .. dlm selimut dn diluar selimut ...
xplorer said…
masalah disini ialah bukan masalah bahasa tapi agenda sebenar di sebalik penggunaan perkataan allah. Kalau benar nak guna sgt ALLAH kenapa versi bahasa melayu saja , dan kenapa versi bahasa inggeris masih kekal GOD atau JESUS . Tanya ler mana2 org kristian di malaysia atau di luar negara , confirm diaorg sendiri tak setuju .Yang pelik bangsa melayu sendiri yang bergaduh mempertahankan penggunaanya
Anonymous said…
anonymous7.43, kalau dah Dr. Asri, Ahmad Awang, Nik Aziz , Qardawi dan ramai lagi mereka yang ahli ugama berwibawa bersependapat dalam isu ini bahawa kalimah Allah boleh di gunakan oleh semua manusia kenapa anda masih tak terima ? Hujah yang di berikan olih mereka yang berilmu begitu rational dan hanya orang yang dangkal daya pemikiran akan berfikir secara extreme.
Anonymous said…
Kenapa YB tak ikut fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaaan? Bagi saya fatwa dari Majlis Fatwa ialah keputusan mutlak di Malaysia megatasi segala pendapat ulama individu atau oraganisasi lain. tak boleh dipertikaikan dan setahu saya inilah pegangan jamaah Islam iaitu ikut Majlis Fatwa.


YB, kawan saya bangsa Arab ada menerangkan saya makna Allah dari segi bahasa. Arab Kristian guna Allah kerana itu bahasa Arab untuk Tuhan tetapi di Malaysia, kenapa bangsa lain seprti Cina, India, Kadazan dan Iban nak guna perkataan Allah? Mereka tak ada nama lain ke? Allah adalah bahasa Arab, bukan bahasa Melayu. Jika orang melayu dah terima sebagai satu bahasa melayu seprti dalam Kamus Dewan maka guna Allah . Itu pandangan kawan saya dari sudut bahsa Arab.

Saya ada dengar ceramah yang memberi satu hujah menarik kenapa orang Eropah Kristian tak guna nama Allah untuk Tuhan? Jawapannya ialah senang sahaja ===mereka ada nama tersendiri . Mereka tak gunama Allah sebab mereka bukan orang Arab kristian tetapi eropah Kristian.

Mungkin perbincangan pengunna nama Allah ini bukan sahaja melibatkan ulama tetapi juga juga perlu pakar bahasa .


Satu lagi YB. orang melayu bawahan kat kedai kopi dah mula hilang keyakinan kepada PAS memperjuang hal Islam.Mungkin YB dan pemimpin PAS dan juga blogger-blogger PAS tak sedar. tetapi sekadar Untuk makluman YB. Harap maklum.
aku2 said…
Allah tahu dan amat mendengar hambanya yang mencintainya dan bersedih bila namanya diperlecehkan.

Ianya bukan perkara baru. Dalam Al Fatihah, orang Islam berdoa agar TIDAK menjadi golongan orang yang ZALIM.

Zaman sekarang sudah ada orang yang berani pegang lesen exclusive untuk beri orang yang ZALIM tersebut guna nama ALLAH sebagai terjemahan GOD. Itulah hakikatnya Al Fatihah pun tak pass. Tapi PAS punya pasal semuanya boleh.

Dan Allah juga tahu makhluknya yang memperdagangkan namanya. Dan orang tersebut akan berjawab dengan yang empunya nama - tunggu!
Anonymous said…
Bila ada ulama2 dah sependapat apa lagi yang dipeningkan?. Jgn cuba kaburi isu enjin jet hilang dengan isu ni.. Dulu mainkan racism, sekarang mainkan agama... Apa sebabnya.. KAMI DAH TENAT..
Sheik said…
nak jaga persahabatan dalam pakatan, inilah bahananya...
harunn said…
Salam to Akk

kenapa ramai pemimpin Pas bebeza pendapat , saya sokong kepimpinan Ustaz Harun Din dan Hassan Ali
kalau dari Pkr , saya nampak hanya Yb Zul saja yang layak bergelar pejuang Islam , lain hanya tahu mengampu saja , takut kepada kebenaran
Anonymous said…
Paling mudah jawapan seekor khalid adalah salah umno... haaa..haaa. Elok lah dlm umno ada shahrir burung tiung, dlm pas ada khalid gereja. adik beradik sedarah sedaging.
Ibnu Shariff said…
YB,

Syabas Pas Pusat,kerana statement yg begitu jelas. Core statement ialah :

"Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini."

Statement ini adalah umum untuk semua, samada Muslim atau Non Muslim.Senang nak faham.
bang_mi said…
salam..
yb khalid.. sy sentiasa bagi sokongan utk kebaikan islam.. tetapi sy minta jangan berbalah sesama muslim..
Hamba said…
Kepada Pimpinan Pas izinkan saya sedikit komen terhadap sebahagian dari kenyataan penuh Presiden Pas,sebagai komen kemuskilan yang perlukan penjelasan dalam satu wajah, bukan dalam wajah siasah syariiyah
Berikut ini dipetik sebahagian dari kenyataan rasmi Pas yang di paparkan oleh blok YB sendiri
“PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”
Bagi saya sepatutnya kenyataan ini ditulis begini “penggunaan nama Allah pada asasnya adalah( tidak ditulis adalah dibenarkan) digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi, sebelum kedatangan Nabi saw.
Ini adalah kerana perkataan adalah dibenarkan mempunyai maksud memberi laluan atau kelulusan atau sokongan penggunaan nama Allah kepada golongan yang ternyata mensyirikkan Allah. Allah tidak pernah membenarkan mereka menggunakan nama Allah secara yang syirik. Sebab itulah Allah mengutuskan Rasulullah saw menyeru kepada mereka “kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’(Maksud Surah Al Imran ayat 64).

Kemudian kenyataan Pas di bahagian ini.
“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.”
Memang pun pihak kristian telah menyalahgunakan perkataan ini sejak sebelum kedatangan Nabi saw lagi kemudian Rasulullah berusaha membetulkannya. Penggunaan kalimah Allah bukan Isu politik murahan, Ianya isu aqidah yang sangat penting terutama bagi golongan mereka yang tidak mengetahuinya. Diantara mereka yang menyokong,menentang dan berdiam diri, mana satukah pendirian yang menyelamatkan aqidahnya? Sepatutnya tindakan Pas ialah mengajak mereka yang mahu menggunakan nama Allah ini supaya mereka beriman kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw kepada kedua-dua golongan ini. Bukannya PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Hamba said…
Sambung sikit lagi YB
Dikhabarkan rombongan ketua pemuda Pas berjumpa pihak gereja untuk apa? Kalau semata-mata membenarkan apa yang gereja tuntut, itu bukan jalan Rasulullah. Jalan Rasulullah ialah mengajak mereka memeluk Islam seperti petikan dalil Quran yang dikemukakan oleh Tuan Presiden tadi iaitu” dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud:-
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

Pas sendiri telah mengemukakan hujah Alquran ini bagaimana menggunakan kalimah Allah secara yang betul dengan petikan tersebut
Apa maksudnya?, Maksudnya ialah Allah telah memerintahkan Rasulullah saw supaya berdakwah kepada golongan yahudi dan nasarani yang mempunyai tuhan yang sama sebagai asas persamaan dengan Islam supaya tidak mensyirikkan Allah ini dan kembali kepada Islam sebagai agama yang diredhai Allah.Apa tindakan Rasulullah? Tindakannya ialah Rasulullah berdakwah kepada golongan yang syirik ini.

Ini bermakna pimpinan Pas perlu mengikut cara Rasulullah berdakwah kepada mereka, bukan memberi kebenaran kepada mereka(dibenarkan) dan membuat kenyataan politik seperti kenyataan berikut:-

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Kenyataan ini adalah kenyataan truma dan prajudis kepada pesaing politik, bukan kenyataan yang mahu menyatakan pendirian aqidah secara tegas kepada semua golongan manusia. Walhal krisis ini telah dibukakan oleh Allah seluas-luasnya kepada pedokong Islam supaya menyeru mereka kepada Islam yang satu seperi yang telah dilakukan oleh Nabi saw, bukannya bertindak mengukuhkan lagi perbezaan itu dari segi undang-undang. Ini bukan isu Pas tuduh Amno,dan Amno tuduh Pas.
Perlu diingatkan Pas adalah wadah yang memperjuangkan addin yang bertunjangkan aqidah secara jelas dan tegas. Berdakwah secara politik adalah sebagai penyesuaian dalam kontek sistem demokrasi Malaysia. Pas bukan semata-mata parti politik seperti parti-parti lain yang mempunyai ruang lingkup matlamat yang terhad. Asasnya ialah AlQuran dan Assunnah. Pas adalah sangat berbeza dengan parti yang lain.
Nak pinjam perumpamaan Tn. Presiden lebih kurang begini maksudnya “ Janganlah kita sibuk bertelagah ketika api sedang membakar rumah kita, saling salah menyalah, walhal rumah kita sedang terbakar,
“Hilang enjin jet boleh diganti, hilang aqidah masuk neraka”
Wassalam
bang_mi said…
hamba..
kalau itu yg mereka beriman apakah kita boleh menghalangnya??? kalau anda rasa itu dah salah.. anda hendaklah berdakwah.. sebab itu berdakwah... sebagai contoh.. islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama tetapi adakah islam redha masih ramai yg tidak menyembh ALLAH.. sebab itu anda kene berdakwah.. dan adakah anda percaya isa itu anak ALLAH??? itu dah jawab soalan.. yg buang akidah bukan org yg mencari ilmu tetapi org yg membodohkn ilmu.. salam
Hamba said…
bang_mi
terima kasih atas komen bang_mi, saya insaf

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan